PAS Tetap Berjuang Diatas Dasar Islam

23 11 2015

Seri Gambut, 22 Nov    :    Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS (DMP) Malaysia, Ustazah Hajah Wan Hasrina 20151122_220444Wan Hassan, berkata, PAS tetap berdiri teguh diatas dasar dan prinsip Islam sebagaimana yang terkandung di dalam Perlembagaan PAS. Sejak daripada penubuhan PAS sehingga sekarang cita-cita PAS untuk menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia tidak pernah berganjak sehingga sekarang.

Setiap Umat Islam hendaklah yakin bahawa kemenangan adalah milik Allah, oleh itu jangan kita mudah menggadaikan prinsip perjuangan kita semata-mata untuk mencapai kemenangan dengan mudah, katanya yang juga Ketua DMP Negeri Selangor.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Shafie Ngah, pula berkata, 20151122_225350Tindakan PAS untuk berkecuali semasa pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di Parlimen baru-baru ini adalah kerana demi untuk kepentingan rakyat.

Ini kerana, katanya, RUU Perbekalan ataupun Bajet adalah melibatkan antaranya gaji kakitangan awam. Cuma kita bayangkan seandainya Bajet tersebut ditolak bagaimana kerajaan hendak membayar gaji kepada kakitangan awam pada tahun hadapan? Soalnya.

Siapa dikalangan tuan-tuan atau puan-puan yang bekerja tetapi tidak mahu menerima imbuhan ataupun gaji?. Sebab itulah PAS sebagai sebuah parti politik yang berpengalaman dan matang mengambil sikap berkecuali semasa Bajet 2016 di Parlimen baru-baru ini, katanya lagi yang juga Timbalan Speaker DUN Selangor.

Penjelasan tersebut dibuat semasa program penjelasan isu semasa sempena program Semarak Hijau yang diadakan di perkarangan rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seri Gambut.

Dalam program yang sama juga seramai 20 orang penduduk kampong telah diberikan sumbangan berbentuk barangan asas dan telah disampaikan oleh Ustaz Shafie
IMG-20151122-WA0397
Hadir sama didalam program tersebut ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Timbalan YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Penolong Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Azman Abdul Azis, Bendahari PAS Kawasan, Haji Roslan Jamaluddin dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Norsidah Samat, Sri Rahayu Chamsari, Norazman Serin dan lain-lain.





Program Semarak Hijau Mendapat Sambutan Yang Menggalakkan Daripada Orang Ramai

23 11 2015

Tanjong Karang, 22 Nov    :     Program SemaIMG-20151122-WA0278rak Hijau yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Tanjong Karang yang berlangsung selama sehari telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai.

Program yang dimulakan sejak awal pagi bermula dengan program Sarapan Pagi bersama pIMG-20151122-WA0282enduduk yang diadakan di Kampung Sungai Sireh, kemudian di Kampung Sungai Burong yang diadakan di Perkarangan Masjid Ar Rahmah Batu 12 Sungai Burong.

Di Masjid Ar Rahmah, anatra program yang diadakan ialah program gotong –royong membersihkan persekitaran masjid, gubahan buah, pertandingan mewarna, program tukar minyak hitam percuma dan kaunter Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) serta penyampaian sumbangan kepada penduduk kurang berkIMG-20151122-WA0386emampuan dan telah disampaikan oleh Timbalan Speaker DUN Selangor, Ustaz Shafie Ngah.

Manakala pada waktu petang, program yang sama telah diadakan di perkarangan masjid Darus Solehen. Pada waktu petang antara program diadakan ialah gubahan tuala, tukar minyak hitam percuma, pertandingan mewarna dan penyampian sumbangan kepada penduduk yang kurang berkemampuan.
IMG-20151122-WA0384
Selain itu, program penjelasan isu semasa dan dialog antara pemimpin dan masyarakat turut diadakan. Antara pimpinan PAS yang hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Selangor, Ustaz Shafie Ngah dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Hajah Wan Hasrina Wan Hassan, yang juga Ketua DMP Negeri Selangor.IMG-20151122-WA0298

Pada waktu malam pula ceramah penjelasan isu-isu semasa telah diadakan di perkarangan rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seri Gambut, Mad Janal Nawawi, juga oleh Ustaz Shafie Ngah dan Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan.





Kerajaan Selangor Nafi Naikan Tarif Air Tahun 2016

23 11 2015

IMG-20151122-WA0155Batu 12, 22 Nov    :    Kerajaan Negeri Selangor sangat prihatin dengan masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat di negeri ini, yang sangat terbeban dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup, oleh itu Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, semasa membentangkan belanjawan 2016 telah bersetuju antaranya menaikkan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) daripada RM1,300.00 kepada RM1,500.00 pada tahun hadapan, kata Timbalan Speaker DUN Selangor, Ustaz Mohd Shafie Ngah.

Mengenai khabar angin yang mengatakan tarif air akan dinaikan pada tahun hadapan oleh Kerajaan Negeri Selangor, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor  itu menafikan dakwaan tersebut.

“Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah berhasrat untuk menaikkan tarif air seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, oleh itu berita tersebut adalah palsu dan bersifat IMG-20151124-WA0104khabar angin semata-mata”, katanya lagi yang juga Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan Bangi

Beliau berkata demikian sewakti berucap merasmikan  program Semarak Hijau yang diadakan di Perkarangan Masjid Ar Rahmah Batu 12 Sungai Burong anjuran PAS Kawasan Tanjong Karang.

Dalam program tersebut pelbagai program telah diadalah seperti kelas ukiran buah oleh Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Sungai Burong, Program tukar minyak motor percuma yang dikendalikan oleh Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPP), Gotong –royong bersama masyarakat setempat dan penyampaian sumbangan kepada IMG-20151122-WA0027golongan yang kurang berkemampuan.

Dalam program yang sama Shafie turut berkesempatan menziarahi beberapa orang penduduk yang uzur serta menyampaian sumbangan kepada mereka dan diiringi oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Ketua DPP Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud dan Pengerusi Lajnah kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan, Norsidah Samat.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Timbalan YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo,  Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 1A Tanjong Karang, Mohamad Azman Abdul Azis, yang juga Penolong Setiausaha 2 PAS Kawasan, Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Haji Mohd Sa’ad Bakar, Md Yatim Mohd Said, Mad Janal Nawawi, Norazman Serin dan Abd Wahab.





YB Shafie Ngah Sarapan Pagi Bersama Penduduk

23 11 2015

Sungai Sireh, 22 Nov    : Timbalan Sepaker DUN IMG-20151122-WA0057Selangor Ustaz Haji Shafie Ngah, berkesempatan bersarapan pagi bersama-sama penduduk Kampung Sungai Sireh dan beramah mesra dengan mereka.

Program sarapan pagi tersebut anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Sireh yang IMG-20151122-WA0025diadakan di kedai Abu berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh.

Menurut Pengerusi JKKK Sungai Sireh, Musa Hussein, “program seperti ini bukanlah kali pertama dibuat oleh JKKK Sungai Sireh, program seperti ini dapat mendekatkan penduduk setempat dengan pemimpin selain dapat bertukar-tukar padangan dan mengetahui perkembangan semasa”IMG-20151122-WA0056

Hadir sama dalam program tersebut ialah Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Timbalan YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja dan beberapa Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Norazman Serin, Mad Janal Nawawi, Norsidah Samat dan lain-lain.





Kerajaan Selangor Jaga Kebajikan Rakyat Sejak Lahir

21 11 2015

IMG-20151120-WA0116Sungai Gulang-gulang, 20 Nov    : Kerajaan Negeri Selangor telah banyak memberikan kemudahan bagi membantu rakyat di Negeri Selangor tanpa mengira fahaman politik dan sebagainya. Antaranya ialah seperti program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan sebagainya, kata Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Nor Az Azlan Ahmad.

Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat sejak tahun 2008 mengambil berat soal kebajikan penduduk sejak dari awal kelahiran sehingga meninggal dunia, sebagai contoh anak-anak kelahiran Selangor diberikan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), IMG-20151120-WA0114bagi pra sekolah diberikan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) bagi kanak-kanak yang ibubapanya berpendapatan RM2,500.00 kebawah, katanya lagi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong.

Bagi anak-anak yang telah berjaya menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Awam dan Swasta (IPTA/S) mereka diberikan ganjaran sebangan RM1,000.00 begitu juga bagi anak muda yang mahu mendirikan rumah tangga kali pertama diberikan insentif sebanyak RM500.00, katanya lagi

Manakala bagi warga emas yang telah berumur 60 tahun keatas layak didaftarkan melalui Skim Mesra Usia Emas (SMUE), yang mana manfaatnya, jika warga emas tersebut meninggal dunia warisnya akan diberikan sebanyak RM2,500.00.

IMG-20151120-WA0088Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Hari Kecemerlangan Pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Mamba’ul Huda Sungai Gulang-gulang, yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung tersebut.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib YDP PAS Kawasan, Haji Mohd Maskuri Mardzuki, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Gulang-gulang, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, yang juga Pengerusi PASTI Kawasan, Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan, Mohamad Azman Abdul Azis, yang juga Setiausaha PASTI Kawasan dan Ketua PAS Cawangan Sungai Gulang-gulang, Haji Chamsari Kasaman





Pembentukkan Sahsiah Pelajar Bermula Dari Peringkat Rendah

19 11 2015

IMG-20151120-WA0142Parit 3 Ban 2, 18 Nov : Pendidikan diperingkat sekolah rendah khususnya Sekolah Rendah Agama (SRA) sangat penting bagi kanak-kanak, kerana pada peringkat inilah pentingnya pembentukkan sahsiah diri bagi pelajar-pelajar, kata Haji Hanafi Mohd Mat Dom, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Kawasan Tanjong Karang.

Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PIMG-20151120-WA0121SRA) sangat penting bagi menilai sejauh mana pelajar-pelajar dapat menguasai ilmu yang dibe
rikan oleh guru-guru sepanjang berada di sekolah tersebut, katanya lagi sewaktu merasmikan Hari Kecemerlangan Pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA) Block S Sungai Burong bagi mewakili Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad.

Kejayaan sekolah ini dalam PSRA, katanya, yang memperolehi 8 MumIMG-20151120-WA0125taz adalah merupakan satu keputusan yang membanggakan. Tambahan pula difahamkan oleh guru-guru SRA ini, ia merupakan
keputusan terbaik sejak 15 tahun yang lalu.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seri Gambut, Mad Janal Nawawi, yang juga Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SRA Block S Sungai Burong.





11 Orang Pelajar SRA Block P peroleh Mumtaz dalam PSRA

19 11 2015

Tanjong Karang 18 Nov  : Sekolah Rendah Agama (SRA) Block P Sawah Sempadan telah mencatat seramai 11 orang IMG-20151118-WA0104pelajarnya memperolehi keputusan Jayyid Jiddan (Cemerlang) bagi Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) tahun 2015.

Manakala 15 orang pelajar mendapat keputusan Jayyid Jiddan (Sangat Baik), 6 orang mendapat Jaid (Baik) dan 8 orang Makbul (Lulus).

Keputusan itu diumumkan semasa majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah SRA Block P Sawah Sempadan yang dirasmikan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan IMG-20151118-WA0110Ahmad.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Block DKPV, Norazman Serin, yang juga Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SRA Block P Sawah Sempadan.

Turut hadir ialah Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Zon 1A Tanjong Karang, Mohamad Azman Abdul Azis dan Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Norsidah Samat.IMG-20151118-WA0070

Dalam majlis tersebut 11 orang pelajar yang memperolehi Mumtaz telah diberikan  sumbangan sebanyak RM100 dan disampaikan oleh Nor Azlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong.

Keputusan keseluruhan calon PSRA yang memperolehi mumtaz bagi daerah Kuala Selangor pada tahun 2015 telah meningkat berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun ini seramai 589 orang calon telah mendapat Mumtaz berbanding 359 pada tahun 2014





Rumah Hangus Terbakar : Warga Emas Selamat

18 11 2015

IMG-20151119-WA0068Parit 3, 18 Nov : Berpantang maut sebelum ajal, begitulah nasib yang menimpa seorang warga emas apabila rumah yang didiaminya terbakar sewaktu beliau sedang berehat pada waktu tengahari.

Turinah Jono, 79, bernasib baik kerana tersedar semasa api mula marak dari salah sebuah bilik dirumahnya, beliau cuba memadamkan api tersebut dengan menggunakan bekas air, namun tidak berjaya kerana api marak dengan begitu cepat dan beliau keluar daripada rumahnya melalui pintu dapur untuk  menyelamatkan diri.IMG-20151119-WA0069

Beliau yang tinggal berdua bersama salah seorang anaknya, hanya bersendirian dirumah kerana anaknya tiada dirumah sewaktu kejadian.

Semua dokumen penting dan barangan rumah hangus terbakar dan tidak dapat diselamatkan. Sewaktu pasukan bomba dan penyelamat tiba rumah makcik sudah hangus kerana api marak dengan begitu IMG-20151119-WA0074cepat, katanya sewaktu ditemui dirumah anaknya yang terletak bersebelahan dengan rumahnya.

Simpati dengan nasib yang menimpa beliau sekeluarga, PAS Kawasan Tanjong Karang diketuai oleh Yang Dipertuanya, Nor Az Azlan Ahmad dan Pengerusi Briged Kebajikan Tanjong karang, Mohamad Faizal Mohamed Barja, tampil memberikan bantuan barangan asas makanan dan wang ringgit untuk meringankan beban beliau.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kawasan, Esa Ramli, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan, Norsidah Samat dan Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Sungai Burong, Mislihah Sekak.





Konvokesyen PASTI Kawasan Tanjong Karang Berlangsung Dengan Meriah

15 11 2015

Tanjong Karang, 14 Okt : Kerajaan Negeri Selangor sentiasa prihatin dengan pembangunan modal insan dengan IMG-20151114-WA0060memberikan pelbagai inisiatif kepada pelajar di Negeri Selangor, kata Timbalan Speaker DUN Selangor, Ustaz Shafie Ngah.

Bagi pelajar pra sekolah seperti di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kerajaan negeri Selangor telah memberikan insentif sebanyak RM50.00 kepada pelajar melalui Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang ibubapanya berpendapatan RM2,500.00  kebawah.
IMG-20151114-WA0024
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Tanjong Karang kali ke 13 yang diadakan di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang.

Dalam majlis tersebut seramai 220 orang belajar PASTI berusia enam tahun daripaIMG-20151114-WA0031da 11 buah PASTI di Kawasan Tanjong Karang, yang telah menamatkan pelajaran bagi sesi 2015 telah menerima sijil masing-masing.

Sementara itu dua orang pelajar pelajar telah diberikan anugerah sebagai Pelajar Cemerlang 2015 bagi seluruh PASTI Kawasan Tanjong Karang, iaitu Nor Husnina Sanusi (bagi kategori 5 tahun) dari PASTI al Ikhlas Kampung Parit 4 dan Muhammad ‘Atif Sazali (kategori 6 tahun) dari PASTI An Najah Kampung Sungai Yu
IMG-20151114-WA0149
Bagi kategori Guru Cemerlang 2015, Sutirah Abdullah dari PASTI Al Ikhlas Parit 4 Sungai Burong telah dipilih dan menerima sijil penghargaan, plak dan wang tunai dan telah disampaikan oleh Ustaz Shafie Ngah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor

Hadir sama dalam majlis gilang gemilang tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo dan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud.





AJK PAS Kawasan Tanjong Karang Sesi 2015 – 2017

10 11 2015

poster AJK PAS Kaw 2015-2017