Ahli PAS perlu bekerja keras mempertahankan kerajaan PR di negeri Selangor

28 01 2009

Tanjong Karang, 24 Jan : Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (AJK), Ustaz Dato’ Tuan Ibratuan-ibrahim03him Tuan Man, berkata, seluruh ahli PAS mestilah bekerja keras dari sekarang untuk mengekalkan pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di Negeri Selangor di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Banyak perkara positif telah dapat dilakukan sejak PR memerintah Negeri Selangor, katanya sekita berucap di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Kemenangan Calon PAS Haji Mohd Abd Wahid Endut di dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini merupakan bukti bahawa rakyat mahukan perubahan demi untuk keselesaan mereka, katanya lagi yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.

Bagi memastikan PR khususnya PAS berjaya di dalam pilihanraya umum akan datang setiap ahli PAS mestilah mewajibkan anak-anak dan ahli keluarga sendiri mengisi borang PAS. Adalah menjadi tanggungjawab kepada Ibubapa untuk melibatkan anak-anak mereka di dalam jamaah Islam, katanya lagi.

Turut hadir ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim, Pengarah Jawatankuasa (JPD) Sungai Burong, Mohd Rahsdi Deraman, Ketua-Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin, Ustazah Jamiyah Yusof, dan Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja, Haji Rosman Saiman, Haji Mahat Mohamd dan lain-lain.

Program yang julung-julung kalinya diadakan ini adalah bertujuan untuk memberikan motivasi kepada petugas-petugas PAS di dalam pilihanraya umum akan datang. Program ini telah mendapat smabutan yang sangat menggalakkan terutama daripada Muslimat.





Sumbangan sempena Tahun Baru Cina

23 01 2009

img_2304Tanjong Karang, 23 Jan : Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong telah menyampaikan sumbangan kepada kaum Cina sempena dengan Tahun Baru Cina yang akan disambut beberapa hari sahaja lagi di depan Pejabat PKM DUN Sungai Burong.

Seramai lebih 100 orang miskin dari kaum tersebut telah diberikan sumbangan berbentuk hamper bagi meringankan beban yang ditanggung mereka sempena dengan perayaan tersebut. Hamper tersebut telah diserahkan oleh Pengarah PKM DUN Sungai Burong, Mohd Rashdi Deraman.

Di dalam ucapannya, Mohd Rashid, berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor sekarang sangat prihatin dengan nasib golongan rakyat yang miskin tanpa mengira kaum sama ada Melayu, Cina atau India.

Oleh yang demikian, menurutnya, Semua Kaum mestilah memberikan sokongan padu kepada Kerajaan yang ada sekarang.

Program yang julung-julung kalinya diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkanimg_2303 daripada kaum cina. Di dalam program tersebut juga Kaunter pendaftaran Kelab Penyokong PAS telah dibuka dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat cina.

Turut hadir ialah Ustaz Muda Mohamad, Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan, dan beberapa pemimpin masyarakat dari keturunan cina.