Ustaz Mat Hasbollah Dilantik Sebagai Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong

15 07 2013

Tanjong Karang, 15 Jul    : Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kawasan (JPrK) Tanjong Karang, Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin, disahkan sebagai Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong menggantikan penyandang sebelum ini,Featured image Ustaz Mohamad Judi Sarjo yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang.

Mat Hasbollah, 43, adalah anak kelahiran Batu 10 Tanjong Karang dan pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Tanjong Karang mulai tahun 2003 – 2011 sebelum melepaskan jawatan atas factor umur dan dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Tanjong Karang, sebelum diamanahkan sebagai Pengarah Pilihan Raya.

Mat Hasbollah yang lebih mesra dengan pangilan “Ustaz Mat” bergiat aktif dengan PAS sebagai sahaja pulang daripada Makkah dan telah diamanahkan pelbagai jawatan dalam parti. Selain itu, beliau juga pernah menjadi Guru KAFA sebelum meletakkan jawatan pada tahun 2004 selepas Pilihan Raya akibat daripada tekanan politik daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika itu.

Telah mendirikan rumahtangga, isteri pertama ialah, Ustazah Norhafizah Md Toha dan telah dikurniakan seramai empat orang cahayamata. Kemudian beliau telah mendirikan rumahtangga kali kedua dengan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Tanjong Karang, Ustazah Hajjah Jamiyah Yussuf.