Ahli Majlis PBT dan Pengerusi JKKK terina bonus daripada Kerajaan Neger Selangor

30 07 2012

Shah Alam, 28 Jul    :    Bagi menghargai pengorbanan kakitangan anggota perkhidmatan awam di negeri Selangor sempena Hari Raya Eidulfitri yang akan tiba tidak lama lagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan bonus untuk kakitanga awal iaitu separuh gaji atau minimum RM500.00 kepada setiap penjawat awam di negeri ini.

Selain itu, turut menerima bonus daripada Kerajaan Negeri Selangor ialah Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKK) seluruh Selangor. selain itu mereka turut diberikan tambahan bonus khas sebanyak RM200 daripada grand Selangorku. Tambahan bonus ini akan dimasukkan kedalam akaun Tabung Haji masing-masing bagi yang beragama Islam. Manakala yang bukan beragama Islam akan dimasukkan ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) masing-masing.

Beliau mengumumkan perkara tersebut sewaktu menyampaikan ucapan sempena majlis berbuka puasa bersama Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pengerusi- Pengerusi JKKK dan Nazir Masjid di seluruh negeri Selangor yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam Dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Dr Yaakob Sapari, Ahli-ahli Dewan Negeri (ADUN) Bangi, Dr Haji Shafie Abu Bakar, ADUN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz, ADUN Bukit Malawati, Muthiah a/l Maria Pillay, Ahli Dewan Negara, Senator Syed Shahir Syed Mohamad dan ramai lagi.

 

 

 





MDKS Diminta Ambil Berat Rungutan Dan Keluhan Masyarakat Terhadap Perkhidmatan PBT

25 07 2012

Kuala Selangor, 25 Jul    :    Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Faizal Mohd Barja, hari ini meminta pihak MDKS mengambil berat rungutan dan keluhan masyarakat setempat berhubung dengan kebersihan di tempat sampah dan kemudahan awam lain yang terletak dibawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“saya sering mendapat rungutan daripada orang ramai mengenai keadaan kebersihan di pasar basah Tanjong Karang, ada kalanya sampah yang ditinggal oleh peniaga terlalu banyak dan dibuang diluar tong-tong sampah yang disediakan disebabkan oleh  tong sampah terlalu penuh” katanya

”saya mencadangkan agar pihak Majlis, menambah atau menyediakan tong sampah yang lebih besar supaya tidak berlaku lambakan sampah yang terlalu banyak dan boleh mencacatkan pemandangan, selain menimbulkan masalah bau yang tidak menyenangkan pengunjung”, katanya lagi yang juga Setiausaha Sekretariat Ahli-ahli Majlis MDKS.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan, juga turut menyentuh mengenai kemudahan awam seperti tandas awam yang tidak diselenggara dengan baik dan mendapat rungutan daripada pengunjung

“Kebanyakan rungutan mereka adalah mengenai premis milik majlis yang berada dalam keadaan seperti tidak terurus dengan baik antaranya ialah kerosakan tandas awam seperti tiada kunci pintu, paip rosak dan sebagainya sebagaimana di tandas awam medan selera Tanjong Karang” katanya lagi

Gesaan itu dilakukan sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan sempena dengan Mesyuarat Penuh Bil 7/2012 di MDKS yang mewakili pihak PAS.

 

 

 





19 07 2012





Penghijrahan Golongan Artis Atas Kesedaran Sendiri

16 07 2012

Tanjong Karang, 16 Jul    :  Buat pertama kalinya sembang santai bersama artis terkemuka tanah air, Khairie Othman dan Sulaiman Ibrahim atau Leman Raja Lawak, telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong dengan kerjasama Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) zon 1C dan 1D Tanjong Karang serta Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 1C dan 1D MDKS yang tapak letak kereta berhadapan Restoran Pantimur.

Khairi yang memegang watak Leftenan Adnan, berkata, Sepanjang terlibat dalam dunia seni, beliau telah banyak membintangi filem dan drama tempatan, antaranya Puteri Impian, Seri Dewa Malam dan banyak lain selain Leftenan Adnan.

Selain itu, katanya, saya turut menjadi Pengarah dan penulis sepanjang lebih 20 tahun terlibat dalam dunia seni. Saya juga turut terlibat sebagai jurulatih untuk scuba yang bertauliah dari scuba diving international (SDI)

Dalam program tersebut, beliau turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kononnya penghijrahan beliau dari dunia seni ke dalam dunia politik adalah kerana beliau sudah tidak mendapat tempat dalam dunia seni.

“Setiap orang berhak untuk memilih dan menyokong sesiapa sahaja. Apa yang saya lakukan hari ini adalah daripada  kesedaran dalam diri saya sendiri untuk berubah kepada yang lebih baik dan bukiannya seperti yang mereka dakwa”, katanya

Bahkan sejak saya terlibat secara langsung dengan masyarakat, jadual program saya penuh sehingga bulan September termasuk di bulan Ramdhan, justeru itu dakwaan tersebut sangat tidak berasas sama  sekali.

Sementara itu, Leman Raja Lawak, turut bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Khairie, iaitu fenomena penghijrahan ramai artis dalam masyarakat sekarang adalah diatas kesedaran diri masing-masing untuk melihat negarta ini dipimpin oleh pemimpin yang lebih baik daripada yang ada sekarang.

Sembang santai terebut telah dipengerusikan oleh perunding motivasi, Ustaz Mohd Noor Sahar daripada Kuala Selangor.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras PKM DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Bin Sarjo. Hadir sama dalam program tersebut ialah Ahli-ahli Majlis MDKS, Mohd Faizal Mohd Barja, Haji Miran Serman, Pengerusi PeBT zon 1A dan 1D Tanjong Karang, Abd Malek Abdul Majid dan Sharan Mohd Salleh dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Haji Sujak Arshad, Tasimin Pomin, Haji Juhari Satiran dan Saifuddin Ismail.





Program Khas Terima Kasih Rakyat Untuk Hargai Sokongan dan Mendapat Maklumbalas dari Rakyat

14 07 2012

Tanjong Karang, 13 Jul    :    Program khas terima kasih rakyat telah diadakan di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang mulai jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Program tersebut diketuai oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim bersama-sama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor.

Pegawai Daerah Kuala Selangor, Dato’ Haji Misri Idris, memulakan ucapan selaku tuan rumah pada program berkenaan diikuti dengan ucapan daripada Khalid Ibrahim selama setengah sebelum program sesi aduan rakyat bertemu dengan Menteri Besar dan anggota EXCO Kerajaan Negeri diadakan sehingga jam 12,30 tengahari.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri, Haji Iskandar Abdul Samad, Dr Yaakob Sapari, Dr Hajah Halimah Ali, Dr Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Hajah Noraini Roslan Pegawai Penyelaras PKM DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judin Sarjo dan Pegawai Penyelaras PKR DUN Permatang.

Program ini melibatkan seluruh anggota masyarakat yang terdiri daripada pemimpin sehingga masyarakat bawahan seperti Ahli-ahli Majlis, Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Nazir Masjid dan sebagainya.





11 07 2012





11 07 2012





Warga Emas Gembira Dipilih Sebagai Peserta Jom Shopping

10 07 2012

Alam Jaya, 10 Jul    :     Setelah lebih dua bulan program Jom Shopping yang duanjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dihentikan disebabkan oleh masalah teknikal. Hari ini Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong telah membawa nseramai 100 orang warga emas untuk menyertai program tersebut yang diadakan di Econsave Alam Jaya.

Seorang warga emas yang ditemui, Ustazah Hajjah Siti Sabariah Hashim, 75, melahirkan rasa syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah memilihnya dan suami, Haji Mohd Ridzwan Abd Hamid sebagai salah  seorang peserta jom shopping untuk kali ini.

Dengan adanya program ini, dapatlah saya membeli barangan keperluan harian untuk digunakan pada bulan Ramadhan akan datang, katanya yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Tanjong Karang.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo berkata, Program Jom Shopping ini menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR) amat prihatin dengan rakyat terutamanya golongan warga emas.

Berbanding Kerajaan sebelum ini, Rakyat Negeri Selangor amat bertuah kerana telah mendapat bermacam-macam kemudahan sepanjang empat tahun memerintah negeri Selangor antaranya ialah Skim Kesihatan Wanita, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) pemberian 20 meter air secara percuma dan sebagainya, katanya lagi yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang

Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah  Kuala Selangor (MDKS), Mohd Faizal Mohd Barja, Haji Misran Serman, Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Musa Hussein, Saifuddin Ismail dan Norazman Serin antara yang turut hadir.

 

 

 





Tingkatkan Amalan Di Bulan Ramadhan

9 07 2012

Sungai Sireh , 8 Jul    :    Forum perdana sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang  bertajuk Marhaban Ya Ramadhan telah diadakan di perkarangan Masjid At-Tuqo’ Sungai Sireh yang menampilkan dua orang ahli panel iaitu Pensyarah Universiti Malaya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan Pendakwah Bebas, Ustaz Ghazali Omar Al-Hafiz dan dipengerusikan oleh Imam Masjid Ar-Raudhah Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Adzim Basri Al-Hafiz.

Pensyarah UM, Dr Zuhdi berkata, majoriti Umat Islam terutamanya orang melayu hari ini tidak menghayati bulan Ramdhan dengan baik. Kebanyakkan Umat Islam hari ini hanya menyambut Bulan Ramadhan sekadar bersahur dan berbuka semata-mata.

Sedangkan, katanya, bulan ramadhan adalah merupakan bulan tarbiyah untuk meningkatkan amal ibadah kepada Allah S.W.T. Di dalam bulan Ramadhan Umat Islam digalakkan untuk melakukan amal ibadah seperti bertadarus, qiamullail, bersedekah dan sebagainya.

Sementara itu, Ustaz Ghazali Omar berkata, pada masa kini Umat Islam begitu ghairah untuk membuat kenduri tahlil dan sebagainya di bulan syaaban, sedangkan di dalam Islam, Umat Islam digalakkan untuk bersedekah pada bulan ramadhan kerana pahala yang diterima oleh mereka yang bersedekah belipat kali ganda berbanding di bulan lain.

Bahkan memberi makan kepada orang yang berpuasa akan mendapat pahala sama seperti orang yang berpuas sebagaimana hadith Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pegawai PKM DUN Sungai Burong, Abd Malek Abdul Majid, yang juga Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 1A Tanjong Karang dan Pengerusi JKKK Sungai Sireh, Musa Hussein.

Program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong dengan kerjasama Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Zon 1D Tanjong Karang dan  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.





Rancangan Tempatan MDKS 2025

5 07 2012

Kuala Selangor, 5 Jul    :    Program publisiti awal Rancangan Tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 2025 yang bertujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai khasnya penduduk tempatan dan memberi peluang kepada mereka untuk memberikan pandangan, cadangan awal, hasrat serta aspirasi untuk diambilkira dalam kajian RTMDKS 2025 telah diadakan di De Palma Inn Kuala Selangor.

Program  ini adalah selaras dengan Seksyen 12 (3), Akta 172 yang menetapkan bahawa rancangan tempatan hendaklah mengandungi suatu peta dan suatu penyataan bertulis dan hendaklah membuat rumusan yang mengandungi apa-apa perincian yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), kata Setiausaha MDKS, Haji Azahari Sairin sewaktu berucap mewakili Yang Dipertua (YDP) MDKS Kuala Selangor.

PBPT pula, katanya, akan membentangkan mengenai cadangannya bagi memajukan, menggunakan tanah dalam, melindungi dan memperelok alam sekitar dari segi fizikal bagi memelihara topografi semulajadi, pengindahan landskap, memelihara dan pengindahan siri dan rupa bangunan dalam memperbaiki system telekomunikasi dalam dan mengendalikan lalu lintas dalam kawasan Rancangan Tempatan.

Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan penduduk tempatan terhadap isu-isu perancangan terkini terhadap aspek pemeliharaan bangunan warisan, perniagaan, lalu lintas, infrastruktur dan utiliti serta  langkah-langkah untuk mengatasi isu-isu perancangan berkenaan, katanya lagi.

Dalam program tersebut, peserta telah dipecahkan kepada lima kumpulan untuk membincangkan beberapa topic untuk dicadangkan sebagai rancangan tempatan 2025 antaranya ialah Pertanian, perikanan, penternakan, perdagangan, pengangkutan, perindustrian dan sebagainya.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Ahli-ahli Majlis, MDKS,  Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK) seluruh Daerah Kuala Selangor, Jawatankuasa Penduduk (JKP) wakil sekolah dan jabatan-jabatan kerajaan lain.