Tokoh : Tuan Haji Abu Hasan Bin Amat

25 02 2010

Beliau merupakan seorang tokoh yang “low profile” dikalangan pimpinan PAS Tanjong Karang, tetapi jiwanya adalah seorang yang tegas dengan pendirian. Ini terbukti  kerana sejak berkhidmat dengan kerajaan sebagai seorang guru, beliau telah lama menentang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pihak kerajaan yang memerintah iaitu Umno dan Barisan Nasional (BN).

Tokoh yang dimaksudkan pada kali ini ialah, Bendahari PAS Tanjong Karang, Haji Abu Hasan Amat, yang juga merupakan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Tok Adam, Mukim Tanjong Karang 2.

Latar Belakang

Haji Abu Hasan Amat, 73, atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Abu Hasan, dilahirkan pada 29 April 1942 di Beranang Selangor. Beliau merupakan anak ke-4 daripada 8 orang adik beradik kepada pasangan, Amat Bin Abd Ghani dan Sanah Binti Khalifah Jaafar. Bapanya bekerja sendiri  manakala ibunya adalah seorang suri rumah sepenuh masa..

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Plong, Paya Jaras, Selangor pada tahun 1950 – 1955. Selepas tamat pelajaran di sekolah tersebut, beliau telah menyambung pelajaran ke Darjah khas iaitu darjah 7 di Sekolah Kebangsaan Princess Road Kuala Lumpur pada tahun 1956 sehingga 1957.

Kerjaya

Setelah tamat pelajaran dalam Darjah 7 beliau telah memulakan kerjaya sebagai seorang guru pada Disember 1957. Sekolah pertamanya ialah  di Sekolah Kebangsaan (SK) Seputih, Kuala Lumpur sehingga tahun 1959. Pada tahun berikutnya (1960) beliau telah ditugaskan mengajar di SK Bangsar Road, Kuala Lumpur, sehingga tahun 1962.

Pada tahun 1963 beliau telah berpindah ke Tanjong Karang dan telah ditugaskan mengajar di SK Dato’ Manan sehingga tahun 1971. Manakala pada tahun 1972 beliau telah dilantik sebagai Guru Besar di SK Parit Serong sehingga tahun 1974 sebelum di SK Bukit Mancong di Sungai Buaya, Hulu Selangor, iaitu sebuah sekolah yang terletak di perkampungan orang asli, juga sebagai Guru Besar sehingga tahun  1977.

Beliau sekali lagi dipindahkan dan menjadi  Guru Besar di SK Changkat Bintang, Slim River, Perak selama setahun iaitu pada tahun 1978 sehingga tahun 1979. Semasa mengajar di sekolah tersebut, beliau telah berulang alik dari rumahnya di Sungai Buaya, pada satu hari kereta yang dipandunya sewaktu dalam perjalanan untuk ke sekolah, beliau telah mengalami kemalangan yang menyebabkan kereta yang dinaikinya terbalik kerana terlanggar tembok bukit. Tetapi beliau bersama rakannnya terselamat dalam kejadian tersebut.

Selepas kejadian tersebut, beliau telah dipindah di SK Sungai Buaya dari tahun 1980 sehingga tahun 1989 sebagai Guru Penolong Kanan (GPK) 1.

Pada tahun 1990 beliau kembali semula ke Tanjong Karang dan dilantik sebagai GPK 1 SK Tanjong Karang sehingga tahun 1992,  sebelum dipindahkan ke SK Sungai Terap dari tahun 1993 sehingga beliau bersara pada tahun 1997, juga sebagai GPK 1 di sekolah tersebut.

dsc00170Keluarga

Beliau telah mendirikan rumahtanga dengan seorang guru, Hajjah Supiah Binti Supian, 59, pada tahun 1970. Hasil perkongsian hidup selama 40 tahun, beliau telah dikurniakan seramai 8 orang cahayamata, 4 lelaki dan 4 perempuan. Isteri juga telah bersara sebagai seorang guru pada tahun 2008 yang lalu.5 orang anaknya telah bekerja dan 2 daripadanya telah mengikut jejak langkahnya sebagai guru.

Manakala 3 orang lagi anaknya masih menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) Johor dan di Kaherah Mesir. Beliau juga telah dikurniakan seramai 14 orang cucu.

Terlibat Dengan Politik

Beliau tidak terlibat secara aktif dengan politik kepartian sejak dari muda, walaubagaimanapun hatinya tetap berjiwa sebagai pembangkang. Pada awalnya beliau hanyalah sebagai aktivis yang bebas walaupun telah lama menentang Umno dan BN.20040319

Mula terlibat dengan politik kepartian sebaik sahaja Umno menghadapi krisis politik pada tahun 1987 apabila Tengku Razaleigh Hamzah keluar daripada Umno dan menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46). Beliau menyertai PMS46 pada tahun 1987 dan setahun kemudian telah dilantik sebagai Setiausaha PMS46 Bahagian Tanjong Karang pada tahun 1988 sehingga parti tersebut dibubarkan pada tahun 1996 apabila Presidennya, Tengku Razaleigh Hamzah betindak membubarkannya untuk menyertai semula Umno.

Pada tahun 1998 beliau bersama rakan-rakannya telah menyertai PAS dan telah menubuhkan PAS Cawangan Taman Damai, beliau telah dipilih sebagai Ketua Penaja PAS Cawangan tersebut sehingga ia diluluskan. Setelah diluluskan beliau telah dilantik sebagai Setiausaha PAS Cawangan tersebut dari tahun 2001 sehingga tahun 2006. Manakala pada tahun 2007 beliau sekali lagi telah dipilih sebagai Ketua PAS Cawangan Taman Damai sehingga sekarang.

IMG_0303Diperingkat Majlis Tindakan DUN (MTD) Sungai Burong, beliau telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) MTD pada pilihanraya umum ke-11 tahun 2004 dan pilihanraya umum ke-12 tahun 2008 yang lalu. Selain itu beliau turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Unit Peti Undi (UPU) Tanjong Karang Tempatan Kilang dan Tanjong Karang Tempatan Ladang dalam 2 pilihanraya tersebut (2004 & 2008).

Manakala diperingkat kawasan mula diberi peranan sebagai AJK PAS Kawasan pada tahun 2007-2009. Manakala bagi sesi 2009 – 2011 beliau telah dilantik sebagai Bendahari PAS Kawasan Tanjong Karang.

Dalam masa yang sama beliau turut dilantik sebagai AJK Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong sejak tahun 2010.

Jejak langkahnya sebagai sebagai aktivis PAS turut diikuti oleh salah seorang anaknya iaitu, Israqi Faris, yang memegang jawatan sebagai Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC) Taman Damai, danIMG_0310 pernah menjadi Setiausaha Kerja (SUK) PAS Tanjong Karang pada tahun 2009.

Terlibat Dengan JKKK

Selepas PAS bersama rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat untuk mentadbir negeri Selangor didalam Pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu, beliau sekali lagi diberi peranan sebagai Setiausaha JKKK Kampong Tok Adam pada tahun 2008 sehingga sekarang.

___________________________________________________________________________________________________

Oleh : Mohamad Faizal Mohamed Barja

*Update 4/8/2015 – Penulis adalah Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang Merangkap Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang





Ketua PKR Cabang Tanjong Karang dimasukkan ke IJN

23 02 2010

Kuala Lumpur, 23 Feb : Ketua Parti KeADILan Rakyat (PKR) Cabang Tanjong Karang, Haji Abd Kudus Omar,  yang juga Pengarah Pusat Khidmat Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang, telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur sejak hari khamis yang lalu kerana masalah jantung.

Menurut anaknya, Shahibudil  Akmar Kudus, bapanya dimasukkan ke IJN kerana masalah jantung dan pihak IJN telah memasukkan tiub untuk melancarkan perjalanan darah ke jantung. Beliau kini dalam keadaan yang stabil dan dijangka keluar daripada IJN Pada hari ini (Selasa).

Walaubagaimanapun, Haji Kudus masih memerlukan rawatan susulan daripada pihak IJN, oleh kerana itu, jika dibenarkan pulang pada hari ini, beliau akan dibawa ke rumah adiknya di Seremban, Negeri Sembilan untuk berehat selain berhampiran dengan IJN untuk mendapat rawatan seterusnya, katanya yang juga Naib Ketua PKR Cabang Tanjong Karang dan Pegawai Khas PKR DUN Permatang.

Penasihat Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dijangkan akan melawat beliau di IJN hari ini. Manakala Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizabeth Wong Keat Ping, telah melawat beliau di IJN.





Ibu Haji Sujak Arshad meninggal dunia

11 02 2010

Dato’ Manan, 11 Feb : Ibu kepada, Haji Sujak Arshad, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Block COJ Sawah Sempadan, Hajah Mariam Binti Kalil, 83, telah meninggal dunia dirumahnya jam 12.50 pagi di Kampong Dato’ Manan kerana sakit tua.

Allahyarhamah telah meninggalkan 10 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham suaminya, Haji Arshad Bin Suparjo, yang telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

Menurut cucunya, Ustaz Sya’ban Sujak, Allahyarhamah telah disembahyang oleh Ustaz Jais manakala jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampong Dato’ Manan.

Bendahari PAS Kawasan Tanjong Karang, Haji Abu Hasan Amat dan beberapa pimpinan PAS Kawasan dan Cawangan-cawangan antara ratusan ahli dan penyokong PAS serta penduduk kampong yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.

Selain Haji Sujak, yang dilantik sebagai Pengerusi JKKK Block COJ Sawah Sempadan dan Ketua PAS Cawangan Raden Mas Block N Sawah Sempadan, antara anaknya yang terlibat secara langsung dengan PAS ialah Haji Sukim Arshad, selaku Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan Sungai Tengi Kanan dan Haji Baharuddin Arshad, Bendahari PAS Cawangan Kampong Dato’ Manan.

Manakala cucunya yang terlibat dengan PAS antaranya ialah Ustaz Sya’ban Sujak, iaitu AJK Urusan Ulama’ PAS Tanjong Karang dan Setiausaha PAS Cawangan Randen Mas Blok N Sawah Sempadan dan Ustaz Suparman Sadikan yang dilantik sebagai Pengerusi JKKK Kampong Panchang Bedena, Sabak Bernam yang juga AJK PAS Kawasan Sabak Bernam.

Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah





PKM Sungai Burong raikan program PAS Cawangan Batu 9

11 02 2010

Batu 9, 10 Feb  : Penasihat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman, merangkap Yang Dipertua PAS (YDP) Tanjong Karang dan Pengarah PKM DUN Sungai Burong, Haji Misran Serman, merangkap Naib YDP Tanjong Karang telah meluangkan masa kira-kira satu jam untuk menghadiri program ramah mesra bersama ahli-ahli PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah yang diadakan di tapak Markaz PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, Lorong Menanti 1 Tanjong Karang.

Program yang bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara pimpinan PAS Cawangan dan ahli-ahli tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari ahli.

Lebih meriah lagi ialah dengan adanya jamuan BBQ yang disediakan. Antara menu yang disediakan ialah Kerang Bakar, Ayam Bakar, Keli Bakar dan Pari Bakar selain Nasi dan Air Tebu.

Program yang berjalan dalam keadaan santai tersebut bermula pada jam 9.00 malam sehingga jam 1 pagi. Lebih memeriahkan suasana ialah dengan kehadiran ramai dikalangan anak-anak muda dari Kampong Sungai Tengi Kiri yang menyertai program tersebut. Tidak ketinggalan ialah ahli-ahli Muslimat PAS Cawangan yang turut tidak ketinggalan untuk hadir memeriahkan suasana.

Antara pimpinan PAS Kawasan yang turut meluangkan masa ialah Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS),  Bendahari Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang, Muhamad Abd Majid dan Ahli Jawatankuasa (AJK) DPP Kawasan, Mohd Norusabah Abd Ghani.

Ketibaan tetamu jemputan telah disambut oleh Ketua PAS Cawangan, Mohamad Shahri Jabbar, Naib Ketua PAS Cawangan, Haji Tasuki Akad, Setiausaha PAS Cawangan, Mohd Faizal Mohd Barja dan Ketua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC) Norazmah Muhd Kassim.





Gotong royong baiki masjid dilanda ribut di Bistari Jaya

8 02 2010

Bistari Jaya, 7 Feb : Seramai lebih 20 orang anggota Briged Amal Selangor dan penduduk kampong telah mengadakan gotong royong untuk membaiki masjid Ar-Ridzuan, Kampong Bistari Jaya yang telah dilanda ribut pada petang 4 Februari 2010 yang lalu. Dalam kejadian tersebut sebanyak 13 buah rumah turut mengalami kerosakan dibahagian bumbung.

Menurut pengarah Briged Amal Selangor, Azri Mohamad Arish, Briged Amal Selangor bersama penduduk kampong telah membantu mengganti kubah masjid yang rosak akibat kejadian ribut tersebut. Selain itu turut menggantikan bumbung dan siling yang telah rosak. Selain itu, Anggota Briged Amal juga turut mengecat bilik gerakan dan pagar masjid.

Nazir masjid, Haji Razali Shamsudin, bagi pihak pegawai dan jawatankuasa masjid begitu gembira dengan kehadiran anggota Briged Amal yang telah memberikan komitmen sepenuhnya dari awal pagi hingga akhir program pada waktu petang.
 
Haji Razali dalam ucapan nya dalam majlis ringkas sebelum anggota Briged Amal bertolak balik, sangat terharu dengan bantuan yang di telah berikan. Dalam keadaan sebak beliau telah merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada anggota Briged Amal yang turun membantu dengan hati yang tulus ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Turut hadir ialah, Setiausaha PAS Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, merangkap Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Shahran Mohd Salleh, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Tanjong Karang, Mohamad Jinal Ariffin, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Bistari Jaya, AJK Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang merangkap Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 1D Pasir Penambang.

Dalam perkembangan berkaitan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Khalid Ibrahim telah melawat tempat tersebut pada hari kejadian. Beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM15,000 untuk membaiki masjid Ar-Ridzuan.

Sementara itu, Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong, Haji Misran Serman, yang juga Ahli MDKS dan Naib Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang dan Pegawai PKM, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Penolong Setiausaha PAS Tanjong Karang turut melawat kampong tersebut pada hari jumaat pagi.
 





Khas Balasungkawa : Ustazah Hajjah Kalthom Othman

4 02 2010

Ustazah Hajjah Kalthom Othman, satu nama yang cukup dikenali di kalangan aktivis PAS. Bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang kesembilan ini dilahirkan pada 23 Julai 1949 di Narathiwat, Thailand. Beliau merupakan anak kedua daripada 5 orang adik-beradik, 3 lelaki dan 2 perempuan kepada pasangan, Haji Othman Awang dan Hajjah Aisyah Yahya. Kedua ibu bapanya adalah dari kalangan alim ulama’.

Ustazah Kalthom Othman atau lebih mesra dengan panggilan Mak Som, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Narathiwat, Thailand. Kemudian menyambung pelajaran di peringkat menengah di Madrasah At Tahzib Islamiyah, Pasir Puteh, Kelantan. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK), Nilam Puri, Kelantan pada tahun 1968 hingga 1970 dan berjaya memperolehi Sijil Dakwah dan Kepimpinan.

Beliau telah mendirikan rumahtangganya yang pertama dengan En Mohd Zin Mat Min, yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan dan Ketua PAS Cawangan pada tahun 1972. Pasangan ini kemudiannya  telah dikurniakan seramai 2 orang cahayamata, kedua-duanya perempuan. Anak Sulungnya, Ustazah Nor Asilah, 36, menjadi tenaga pengajar di Yayasan Islam Kelantan (YIK) dah telah mendirikan rumahtangga. Manakala anak keduanya, Siri Barizah, 30, bekas penuntut di menuntut di Kolej Muassasah Darul Ulum, Kedah.

Ustazah Kalthom Othman telah mendirikan rumahtangga buat kali kedua dengan En  Hussein Abdullah pada akhir tahun 1998, yang bekerja sendiri dan merupakan Setiausaha PAS Cawangan Banggol Kerian, Pasir Puteh, Kelantan .

Sebaik sahaja PAS mengalami kekalahan teruk di Kelantan dalam Pilihanraya tahun 1978, PAS telah menghadapi kekurangan tenaga penceramah terutama di kalangan muslimat. Bagi mengatasi masalah tersebut Dewan Muslimat dan Pemuda telah menganjurkan pertandingan syarahan untuk mencungkil bakat-bakat baru. Ustazah Kalthom Othman, telah menyertai pertandingan tersebut dan telah berjaya menewaskan calon-calon lain.

Bermula dari situ,  beliau mula terlibat secara aktif sebagai tenaga penceramah Muslimat PAS Kelantan. Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Setiausaha Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Tumpat (1979) sebelum akhirnya menjadi Ketua DMP bagi kawasan yang sama . Seterusnya beliau diberi kepercayaan menjadi Naib Ketua DMP Negeri Kelantan (1979-1992) semasa kepimpinan Allahyarhamah Ustazah Hajjah Wan Asma’ Abdul Kadir. Memangku jawatan Ketua DMPN Kelantan dari tahun 1992 hingga 1993 sebelum kemudiannya diamanahkan sebagai Ketua DMP Negeri Kelantan (1993-2001) bagi menggantikan Allahyarhamah Ustazah Hajjah Wan Asma’ Abd Kadir, yang melepaskan jawatan kerana sebab-sebab kesihatan . Beliau telah memimpin DMPN Kelantan sejak dari itu sehinggalah tahun 2001.

Di peringkat pusat Ustazah Hajjah Kalthom pernah dipilih sebagai Naib Ketua DMP Pusat (1993-2001) semasa Ustazah Hajjah Jamilah Ibrahim, menjadi Ketua DMP Pusat. Dalam masa yang sama beliau turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat sehingga tahun 2003. Manakala pada tahun 2001 beliau telah dipilih sebagai Timbalan Ketua DMP Pusat, semasa To’ Puan Ustazah Hajjah Fatimah @ Zainab Ibrahim, menjadi Ketua DMP Pusat. Seterusnya pada tahun 2003 beliau telah diberi kepercayaan oleh para perwakilan untuk dipilih sebagai Ketua DMP Pusat yang baru bagi menggantikan To’ Puan Ustazah Hajjah Fatimah Ibrahim.

Walau bagaimanapun, beliau telah melepaskan jawatan sebagai Ketua DMP Pusat di atas sebab-sebab kesihatan di dalam pemilihan pada tahun 2005 yang lalu. Kini, beliau masih diamanahkan sebagai AJK DMP Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan DMP Pusat. Di samping itu, beliau juga adalah AJK DMP Negeri Kelantan selain Ketua DMP Kawasan Pasir Puteh, Kelantan.

Di dalam Kerajaan Negeri Kelantan, beliau pernah menjadi Pegawai Hal Ehwal Wanita, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (1990-1991). Manakala pada tahun 1991 beliau telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (ADN) @Senator selama 2 penggal sehingga tahun 1997. Selain daripada itu,  beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Tumpat dan Ahli Majlis, Majlis Daerah Pasir Puteh selain menjadi Pegawai halaqat, Kelantan dari tahun 1997-2004.

Jejak langkahnya sebagai ahli politik telah diikuti oleh anaknya, Ustazah Nor Asilah Mohd Zin, yang kini memegang jawatan sebagai Setiausaha DMP Kawasan Pasir Puteh.

Mengenai hobinya, pada waktu lapang beliau gemar menjahit dan menanam pokok bunga serta membaca buku-buku agama.

Menyentuh persoalan berkaitan pemimpin yang menjadi idolanya, beliau telah menamakan bekas Presiden PAS, Almarhum Ustaz Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, Musyidul Am PAS, YAB. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abd Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai antara tokoh yang dikagumi beliau. Manakala di peringkat Antarabangsa pula, Almarhumah Saidah Zainab Ghazali, merupakan idola pemimpin yang bersuara lantang ini .

Dengan pengalamannya selama 2 penggal sebagai Ahli Dewan Negara dan terlibat secara langsung dengan masyarakat, beliau telah dipilih oleh parti sebagai Calon PAS di Parlimen Pasir Puteh di dalam Pilihanraya Umum ke-11 pada tahun 2004 yang lalu menentang calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Che Min Che Mat. Di dalam Pilihanraya tersebut beliau berjaya menewaskan calon BN dan mewakili PAS selama 3 bulan Di Dewan Rakyat sebelum kemenangan beliau akhirnya ditarik balik oleh mahkamah atas sebab-sebab teknikal.

Allahyarhamah yang telah banyak berjasa kepada perjuangan PAS khususnya Muslimat telah kembali kerahmatullah pada 3 Februari 2010 di Hospital Universiti Kubang Kerian (HUSM) kerana diserang ‘massive stroke’ kira-kira jam 1.30 pagi.

Allahyarhamah dimaklumkan diserang angin ahmar di rumahnya pada jam 2.30 petang semalam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis kemudiannya dirujuk ke HUSM. Jenazah telah disemadikan selepas Zohor di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh.

__________________________________________________________________
Dipetik daripada buku SRIKANDI MATARANTAI PERJUANGAN yang diterbitkan oleh Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan DUN (HEPDUN) Dewan Muslimat PAS Pusat pada tahun 2006





Bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat meninggal dunia

3 02 2010

Pasir Puteh, 3 Feb : Bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) Ustazah Hajjah Khalthom Othman, 61, telah meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian kerana diserang setelah diserang ‘massive stroke’ kira-kira jam 1.30 pagi.

Beliau dimaklumkan diserang angin ahmar di rumahnya pada jam 2.30 petang semalam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis kemudiannya dirujuk ke HUSM. Jenazah telah disemadikan selepas Zohor di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh.

Ustazah Khalthom yang lebih mesra dengan panggilan Mak Som merupakan seorang pimpinan Muslimat yang komited dan cekal. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) selama dua penggal dari tahun 1991 sehingga tahun 1997. Manakala pada tahun 2004, beliau telah bertanding di kerusi Parlimen Pasir Puteh dan telah memenangi kerusi tersebut selama 3 bulan sebelum diisytiharkan kalah oleh mahkamah.

Di dalam parti pula beliau pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat dari tahun 1991 sehingga tahun 2001. Manakala di peringkat DMP pula pernah memegang jawatan sebagai Ketua DMP Negeri Kelantan  dari tahun 1991 menggantikan Ketua DMP Negeri, Ustazah Hajjah Wan Asma’ Wan Abd Kadir yang meelpaskan jawatan kerana uzur pada waktu itu.

Manakala diperingkat DMP Pusat pula telah diamanahkan sebagai Naib Ketua DMPP pada tahun 1991 sehingga tahun 2001 sebelum diamanahka sebagai Timbalan Ketua DMPP dari tahun 2001 – 2003. Manakala pada tahun 2003 beliau telah diamanahkan sebagai Ketua DMPP selama sepenggal sehingga tahun 2005.

Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada perjuangan PAS khususnya Dewan Muslimat. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.





Masyarakat Cina diseru terus beri sokongan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat

1 02 2010

Tanjong Karang, 31 Jan : Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chau, menyeru kepada masyarakat cina supaya terus memberi sokongan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor khususnya PAS dalam Pilihanraya Umum akan datang.

PAS, menurutnya, bukanlah parti yang ganas seperti yang diwarwarkan oleh pihak musuh sebelum ini. Kelantan adalah contoh yang terbaik bagaimana PAS boleh mentadbir negeri yang majoritinya terdiri daripada orang melayu tetapi dalam masa yang sama rakyat dikalangan bangsa lain tidak ditindas.

Rakyat negeri Selangor bertuah kerana Kerajaan Negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR) telah banyak melakukan program untuk membantu rakyat khususnya bagi yang kurang berkemampuan, seperti pemberian 20 liter padu air secara percuma, Skim Mesra Usia Emas (MUE) untuk rakyat negeri Selangor yang berusia 60 tahun keatas seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini oleh kerajaan negeri Kelantan dan sebagainya.

Oleh sebab itu, beliau sangat berharap agar semua rakyat di negeri Selangor terus menyokong kerajaan negeri yang ada sekarang supaya pelbagai program yang diatur dapat dilaksanakan dan rakyat akan menadapat faedahnya, katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Hamper dan Ang Pau sempena Tahun Baru Cina yang diadakan di Tokong Chee Xin Tan, Jalan Medan Penjaja Tanjong Karang daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong. Seramai 50 orang masyarakat Cina telah diberi sumbangan di dalam majlis tersebut.

Penasihat PKM DUN Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman, merangkap Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Timbalan YDP PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohd Judi Sarjo, merangkap Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang, Ustaz Mat Hasbollah Sudin dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Mukim Tanjong Karang 1 dan 2 serta Pengerusi Kelab Penyokong PAS Tanjong Karang, Ah Yong, turut hadir.





PKM Rai Masyarakat Cina Sempena Tahun Baru Cina

1 02 2010

Tanjong Karang, 31 Jan : Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Cina tahun, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong telah menyampaikan sumbangan kepada masyarakat cina yang kurang berkemampuan. Program tersebut yang julung-julung kalinya diadakan itu diadakan di Perkarangan Tokong Chee Xin Tan, Jalan Medan Penjaja Tanjong Karang.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chau. Antara yang berucap ialah Penasihat PKM Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman. Antara yang hadir ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Tanjong Karang, Haji Mohd Saad Bakar, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) .

Seramai 50 orang warga emas dari kalangan kaum cina telah diraikan dalam majlis tersebut dalam bentuk hamper. Rata-rata masyarakat dari kaum cina sangat menghargai  program yang dijalankan oleh PKM Sungai Burong tersebut.