Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh Umat Islam

25 11 2009

Tanjong Karang, 25 Nov : Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada hari jumaat, iaitu 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430H, Pusat Khidmat Masyakat (PKM) DUN Sungai Burong, ingin mengucapkan salam Aidiladha dan persaudaraan buat semua Umat Islam terutamanya di Parlimen Tanjong Karang khususnya di DUN Sungai Burong.

Esok, tanggal 9 Zulhijjah, Jamaah Haji dari seluruh pelusuk dunia telah meneruskan aktiviti haji dan berwukuf di Padang Arafah. Dapat kita bayangan di Padang Mahsyar kelak. Keadaan ini harus dijadikan iktibar dan peringatan buat kita juga, semoga ia akan menguatkan lagi keazaman kita dalam beribadah.

Dalam pada itu, Pihak PKM DUN Sungai Burong,  juga ingin mengajak seluruh umat Islam yang tidak berpeluang menunaikan haji, untuk merenungi akan kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim di dalam menunaikan perintah Allah s.w.t. dan kesabaran baginda melalui ayat 102 – 103, surah As Saffat,:

“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata : “Hai anakku, Sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka Fikirkanlah apa pendapatmu.” Ia menjawab : Hai ayahku! Kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.”

Di dalam melaksanakan perintah itu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail telah menyerahkan diri mereka sepenuhnya di dalam melaksanakan perintah Allah sehingga dengan kurnia Allah yang maha Penyayang, Allah telah menghantarkan seekor kibasy untuk menggantikan Nabi Allah Ismail yang juga disebutkan di dalam surah As Saffat,ayat 106 – 107:

“Sesungguhnya ini benar-benar satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.”

Oleh itu, dalam kegembiraan menyambut Hari Raya, PKM  DUN Sungai Burong menyeru kepada umat Islam yang berkemampuan pada hari ini untuk melakukan ibadat korban. Ibadat korban bermaksud menyembelih haiwan tertentu seperti unta, kerbau, lembu atau kambing pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 Zulhijah.

Semoga perayaan Aidiladha ini akan menjadi pencetus kesedaran kita untuk berubah menjadi lebih baik dan maju lagi, kerana tiap umat Islam itu adalah hamba Allah yang terbaik dari kalangan hamba-hambaNya yang lain.





Seminar Katakan Tidak Kepada Keganasan Rumahtangga

23 11 2009

Dato’ Manan, 21 Nov : “Seminar Katakan Tidak Kepada Keganasan Rumahtangga” telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong dibawah program “One Stop Crisis Center (OSCC)” dari jam 8.00pagi sehingga jam 1.00 tengahari di Dewan Melati Kampong Dato’ Manan Darat.

Program yang julung-julung kalinya diadakan ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada wanita mengenai konsep “keadilan” dalam hubungan kekeluargaan, memberi kefahaman dan kesedaran wanita terhadap hak-hak mereka yang dilindungi oleh undang-undang dan menyediakan tempat yang selamat untuk mendapatkan rawatan.

Walaupun OSCC telah lama diwujudkan, namun masih terdapat ramai orang awam yang tidak mengetahui kewujudan pusat ini dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai, kata Hajjah Rohainah binti Haji Hasan selaku pengendali program tersebut.

Justeru, katanya, dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), program OSCC dimana kempen kesedaran akan dilaksanakan dalam bentuk jaringan dengan badan bukan kerajaan (NGO). Kempen ini memberikan kesedaran tentang keganasan rumahtangga, memberi maklumat berkaitan undang-undang keluarga dan menghebahkan maklumat mengenai OSCC ini kepada orang ramai, katanya lagi.

Selain ceramah, yang telah disampaikan oleh, Zawiah Mohd Amin, sesi forum yang bertajuk “OSCC: Peranan dan Maklumat” turut diadakan oleh pihak penganjur yang dipengerusikan sendiri oleh Hajjah Rohaina.

Manakala ahli-ahli panelnya terdiri dari Pengarah Hospital Tanjong Karang, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor, Pegawai Polis Daerah Kuala Selangor dan seorang peguam syar’ie dari sebuah firma guaman di Kuala Lumpur yang banyak terlibat dengan badan NGO. Selepas itu sesi soal jawab diantara peserta dan ahli panel turut diadakan.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah PKM DUN Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman. Turut hadir ialah Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Ustaz Mohd Judi Sarjo, Pegawai PKM DUN Sungai Burong, Mohd Faizal Mohd Barja.

Bendahari PAS Tanjong Karang, Haji Abu Hasan Amat, Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Tanjong Karang, Haji Mohd Saad Bakar, Abu Zaki Razak, Ustazah Hajjah Asmah Ahmad, Norhidayah Parmin dan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Mukim Tanjong Karang 1 dan 2 juga turut hadir memeriahkan program tersebut.





Keganasan-keganasan yang sering berlaku dalam rumahtangga

23 11 2009

Dato’ Manan, 21 Nov : Keganasan ialah perbuatan yang menganiaya dalam pelbagai cara. Keganasan meliputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas budaya. Sehingga ada berjuta manusia lelaki atau wanita menggangapnya sebagai satu cara hidup, kata Zawiah Mohd Amin sewaktu berceramah dalam Seminar “Katakan Tidak Kepada Keganasan Rumahtangga” melalui program “One Stop Crisis Center (OSCC)” di Dewan Melati Kampong Dato’ Manan Darat.

Keganasan rumahtangga secara umumnya ialah bentuk penyalahgunaan kuasa, apabila seorang pasangan, lazimnya lelaki, cuba mengawal, menguasai atau mendominasi pasangannya. Keganasan rumahtangga bermaksud tindakan keganasan terhadap pasangan atau bekas pasangan.

Jenis-jenis keganasan rumahtangga yang dilakukan oleh pasangan atau ahli keluarga yang lain dikategarikan seperti, penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan psikologi dan penderaan ekonomi.

Penderaan fizikal katanya, ialah bertujuan untuk menakut-bakutkan mangsa yang menyebabkan kecederaan fizikal seperti menampar, memukul, menumbuk dan menendang. Penderaan seksual pula melibatkan sebarang bentuk hubungan seksual yang dipaksakan keatas mangsa oleh pendera seperti rogol. Pencabulan maruah, sumbang mahram dan liwat.

Manakala penderaan psikologi pula ialah bermaksud penderaan mental dan emosi seperti melalui perkataan-perkataan untuk manipulasi emosi yang sengaja direka untuk memaksa mangsa tunduk kepada tekanan pendera. Dan penderaan ekonomi pula termasuklah tindakan seperti menafikan hak, tidak memberi perbelanjaan yang wajar, enggan menyumbang dari segi kewangan dan mengawal pencapaian ke atas penjagaan kesihatan dan pekerjaan.

Program seminar yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah PKM DUN Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Ustaz Mohd Judi Bin Sarjo, Pegawai PKM DUN Sungai Burong, Mohd Faizal Mohd Barja, Bendahari PAS Tanjong Karang, Haji Abu Hasan Amat, Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Tanjong Karang, Ustazah Hajjah Asmah Ahmad, Norhidayah Parmin, Haji Mohd Saad Bakar, Abu Zaki Razak dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Mukim Tanjong Karang 1 dan 2.

Dalam menangani masalah keganasan yang banyak berlaku sekarang pihak kerajaan dan masyarakat perlulah memainkan peranan yang sewajarnya seperti mendidik masyarakat tentang fenomena keganasan rumahtangga. Mendidik wanita tentang hak-hak mereka di sisi agama dan undang-undang, katanya.

Selain itu, mendengar dengan simpati seperta menyarankan mangsa membuat aduan kepada pihak yang berkenaan.





PKM DUN Sungai Burong dan PAS Tanjong Karang lawat AJK PAS Kawasan terlibat dengan kemalangan

20 11 2009

Parit 4, 19 Nov : Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman, merangkap Yang Dipertua PAS (YDP) Tanjong Karang telah melawat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Tanjong Karang, Khadijah Sarani, yang ditimpa kemalangan jalanraya berhampiran dengan rumahnya di Parit 4, Ban 2, Sungai Burong Sekinchan pada 2 November 2009, Isnin jam 4.30 petang.

Semasa kejadian, Khadijah, yang sedang membawa motorsikal dari rumahnya, sebelum sebuah lagi motorsikal secara tiba-tiba keluar daripada simpang dan dirempuh oleh beliau dan mengakibatkan kakinya patah dan terpaksa menjalani pembedahan untuk memasukkan besi pada 13 November 2009 di hospital Sungai Buloh.

Akibat daripada kemalangan tersebut,  beliau yang juga AJK Dewan Muslimat PAS (DMP) Tanjong Karang dan AJK Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Parit 4 Sungai Burong, telah menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh selama 13 hari sebelum dibenarkan pulang pada 15 November 2009, ahad.

Dalam lawatan tersebut, pihak PKM dan PAS Tanjong Karang telah menyampaikan sumbangan kepada beliau untuk meringankan beban yang sedang ditanggung olehnya yang bekerja sendiri sebagai seorang usahawan dan merupakan Ibu Tunggal kepada  seorang anak.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Naib YDP PAS Tanjong Karang, Haji Misran Serman merangkap Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Tanjong Karang, AJK PAS Tanjong Karang, Abu Zaki Razak dan Pengerusi JKKK Parit 4 Sungai Burong, Esa Ramli.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Tanjong Karang, Ustazah Hajjah Jamiyah Yusoff, AJK-AJK PAS Tanjong  Karang,  Ustazah Hajjah Asmah Ahmad , merangkap Timbalan Ketua DMP Tanjong Karang dan Norhidayah Parmin, merangkap Setiausaha DMP Tanjong Karang telah melawat beliau semasa di Hospital Sungai Buloh.





Ibu Pegawai PKM DUN Sungai Burong selamat menjalani pembedahan

18 11 2009

Bandar Tun Razak, 16 Nov  : Ibu kepada Pegawai Teknologi Maklumat (IT) Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong, Mohd Faizal Mohd Barja, Supatmi Sanimon, 62, telah selamat menjalani pembedahan kecil untuk membung batu karang dalam hempedu yang telah dihidapinya sejak 11 tahun yang lalu.

Pembedahan yang mengambil masa selama kira-kira satu jam itu bermula jam 1.30 petang sehingga 2.30 petang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

Beliau yang sebelum ini dijadualkan melakukan pembedahan pada bulan April 2009 yang lalu terpaksa ditunda kerana mengalami masalah kesihatan pada waktu itu sebelum diberi tarikh yang baru pada hari ini. Sebelum itu, beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pada hari rabu dan khamis lalu (12 dan 13 November 2009) sebelum diberi kebenaran pulang selama 2 hari.

Pada 15 November 2009, ahad beliau dimasukkan semula ke hospital berkenaan untuk menjalani pembedahan seperti yang dijadualkan sebelum ini.





Majlis Penyampaian Sumbangan Skim Mesra Usia Mas kali ke-2

16 11 2009

Parit 4, 13 Nov   :               Majlis penyampaian baki sumbangan sebanyak RM1,500 kepada waris yang telah kematian anggota keluarga sekali lagi diadakan di Perkarangan Pejabat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Parit 4 jam 2.30.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kuala Selangor Haji Mohd Misri Haji Idris. Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Pusat Khidmat DUN Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Tanjong Karang dan Pegawai Khas PUSAT Khidmat Rakyat DUN Permatang, Shahibul Akma Kudus merangkap Timbalan Ketua Cabang PKR Tanjong Karang.

 

Untuk penyampaian kali ini seramai 43 orang waris telah menerima sumbangan dari program Mesra Usia Emas (MES) yang telah diwujudkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor sebaik sahaja diberi mandate untuk memerintah selepas Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.

 

Daripada jumlah 43 orang tersebut, 22 orang terdiri dari DUN Sungai Burong manakala 21 orang daripada DUN Permatang.

 

Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Nor Az Azlan Ahmad, merangkap Setiausaha PAS Tanjong Karang, Ketua Angkatan Muda Parti KeADILan Rakyat (PKR) Tanjong Karang, Abd Wahab Khalid, Setiausaha Cadang PKR Tanjong Karang, Mohd Yahya Mat Shaari serta Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Parlimen Tanjong Karang turut hadir memeriahkan program tersebut.





PKM Lantik Pembantu Tadbir baru

11 11 2009

Tanjong Karang, 11 Nov :              Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negepkm-inari (DUN) Sungai Burong telah melantik, Fazlena binti Sharif, 25, sebagai Pembantu Tadbir yang baru berkuatkuasa pada 11 November 2009 menggantikan  Sofiah binti Abdul Majid yang melepaskan jawatan pada akhir bulan yang lalu kerana mendapat tawaran lain.

 Fazlena yang sebelum ini bekerja di sebagai pembantu kedai pakaian di Tanjong Karang akan mengambil alih tugas-tugas yang sebelum ini dilakukan oleh oleh sofiah seperti borang Mesra Usia Mas (MES), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan pentadbiran pejabat DUN.

Segala urusan berkaitan boleh menghubungi beliau terus di pejabat DUN Sungai Burong.

Pihak PKM berharap dengan perlantikan tersebut akan dapat melicinkan pentadbiran PKM DUN Sungai Burong.

PKM DUN Sungai Burong ditadbir oleh beberapa orang kakitangan iaitu, Mohd Faizal Mohd Barja selaku Pegawai Teknologi Maklumat (IT) dan dibantu oleh Abu Zaki Razak selaku Pembantu Tadbir (Tuisyen Rakyat dan SPIES). Manakala Drs Mohd Rashdi Deraman pula adalah Pengarah PKM DUN Sungai Burong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong.





AJK JPD selamat melahirkan cahayamata ke-8

7 11 2009

Tanjong Karang , 7 Nov  :               Ketua Hal Ehwal Wanita Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong. DSC00235Norshidah Samat, 42, selamat melahirkan cahayamata ke-8 di Hospital Sungai Buluh jam 8.30 malam melalui pembedahan pada 27 Oktober 2009 yang lalu.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Tanjong Karang, melahirkan bayi perempuan seberat 3.5kg dilahirkan menggunakan kaedah pembedahan di hospital berkenaan setelah melebihi tarikh yang dijangka oleh pihak Dr.

Antara pimpinan PAS yang telah menziarahi beliau ialah isteri Yang Dipertua PAS (YDP) Tanjong Karang, Ustazah Alfiah Kayun, Setiausaha PAS Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, Penolong Setiausaha PAS Tanjong Karang, Mohd Faizal Mohd Barja, merangkap AJK Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor dan Nadhirah Shariff, AJK Dewan Muslimat PAS Negeri (DMPN) Selangor.





Pembantu Tadbir PKM DUN Sungai Burong meletak jawatan

3 11 2009

Tanjong Karang, 2 Nov   : Pembantu Tadbir Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangpkm-sofiah03an Negeri (DUN) Sungai Burong, Sofiah Abdul Majid telah melepaskan jawatan berkuatkuasa pada 30 Oktober 2009 yang lalu, kerana telah mendapat tawaran kerja yang baru.

Sofiah mula berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir pada Mei 2009 yang lalu dan telah berkhidmat di PKM selama  lima bulan. Pihak PKM DUN Sungai Burong mengucapkan jutaan terima kasih diatas segala sumbangan yang telah diberikan oleh beliau selama bertugas di PKM DUN Sungai Burong dan mengucapkan selama berjaya dalam tugas yang baru disandang.

Sehubungan dengan itu, PKM DUN Sungai Burong sedang mencari Pembantu Tadbir yang baru bagi menggantikan Sofiah dalam Masa yang terdekat. Untuk sementara waktu segala urusan berkaitan dengan Skim Mesra Usia Emas (MES) dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) serta pentadbiran pejabat akan diuruskan oleh Pegawai PKM, Mohd Faizal Mohd Barja dan Pembantu Tadbir, Abu Zaki Razak sehingga Pembantu Tadbir yang baru dilantik dalam masa yang terdekat.