PR Tetap Akan Turunkan Harga Minyak Apabila Mengambil Alih Putrajaya

29 10 2012

Sungai Gulang-gulang, 28 Okt    :    Program Jelajah Merdeka Rakyat yang diadakan di Warung Ibu Nasi Ambeng hari ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai sempena kedatangan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Umum PKR.

Dalam ucapannya Anwar berkata, Pakatan Rakyat (PR), mahu membawa politik baru bedasarkan kepada fakta bukannya budaya politik samseng seperti yang dilakukan oleh Umno. Mereka kini tidak lagi mampu berhujah dengan fakta, oleh itu mereka menggunakan kaedah menyerang PR dengan pelbagai fitnah.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga turut menegaskan sekali lagi, apabila PR mengambil alih Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang, PR berjanji akan menurunkan harga minyak yang menjadi keperluan rakyat selain itu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turut dihapuskan untuk meringankan beban rakyat.

Sementara itu Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata, Kejayaan PR dalam mengurus tadbir kerajaan telah terbukti dengan laporan yang dikeluarkan oleh Audit Negara yang memuji pentadbiran empat buah Kerajaan dibawah PR iaitu Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

Justeru dakwaan Umno yang mengatakan Negara akan bangkrup sekiranya PR mentadbir Negara ini adalah satu pembohongan untuk menipu rakyat, sebaliknya Negara akan bangkrup sekiranganya terus ditadbir oleh Umno dengan pelbagai penyelewengan dan salahguna kuasa dan rasuah yang terus berleluasa dibawa Umno, katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu berkata lagi, Kita lihat di negeri Selangor apabila Kerajaan menjalankan amanah rakyat dengan baik, rakyat akan turut menikmati hasilnya sebagaimana sekarang. Bahkan negeri Selangor mempunyai simpanan kewangan yang kukuh berbanding Kerajaan Pusat yang ditadbir oleh Umno.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin, yang juga Ahli Parlimen Ampang, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Haji Mohd Yahya Mat Sahri, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat (PKR) DUN Permatang yang juga Ketua PKR Cabang Tanjong Karang.

Turut hadir ialah Ahlli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Nor Az Azlan Ahmad, Haji Misran Serman, Mohd Faizal Mohd Barja, Zainal Abidin Abdul Samad, Nor faizah Ismail, Lee Bon Hong dan Haji Mohd Fakharuddin Islam dan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong Tanjong Karang.





Kembara Amal Aidiladha Perlu Diteruskan Pada Masa Akan Datang

29 10 2012

Sungai Kajang, 28 Okt    :    Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang dan Kuala Selangor  hari ini telah melaksanakan program Kembara Amal Aidiladha yang dikelolakan oleh DPP Negeri Selangor di kampong Lembah Pantai Sungai Kajang.

Dalam program tersebut sebanyak seekor lembu telah dikorbankan oleh DPP Tanjong Karang dan Kuala Selangor untuk diagihkan-agihkan dagingnya kepada penduduk Lembah Pantai dan Desa Kasih yang terletak berhampiran dengan kampong tersebut.

Program yang julung-julung kalinya diadakan di kampong tersebut telah mendapat sambutan dan kerjasama yang baik daripada penduduk tempatan.

Program telah dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN)  Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo. Dan turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) DPP Negeri Selangor, Mohd Faizal Mohd Barja, Naib YDP PAS Kawasan, Haji Misran Serman, Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Jabatan Amal Malaysia (JAM) Ustaz Aidiham, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Sungai Kajang, Ustaz Haji Hairon Dahlan.

Di dalam ucapannya, Ustaz Mohamad Judi, menghargai dan mengalu-alukan program yang dilakukan pada hari ini, dan mengharapkan supaya program-program seumpama ini akan diadakan pada masa-masa akan datang.
 
“Saya harap usaha seperti ini akan dilakukan secara berterusan oleh Pemuda untuk mendekati rakyat di peringkat bawahan, bagi pihak PKM kita sangat mengalu-alukan program seperti ini dan diharapkan agar usaha ini akan diteruskan pada masa akan datang” kata Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang sewaktu memberikan ucapan perasmian program tersebut.

“Sempena dengan Hari Raya Aidiladha juga, marilah sama-sama kita menghayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim yang menurut perintah Allah supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail dengan ikhlas. Dengan keikhlasan Nabi Ibrahim dan Ismail, Allah S.W.T telah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas” katanya lagi.

Oleh yang demikian, katanya, kita hendaklah sentiasa ikhlas dalam melakukan sesuatu ibadah dan dengan keikhlasan tersebut, Insya-Allah akan diberi ganjaran yang baik disisi Allah S.W.T

Selain program korban sempena dengan Aidiladha, pelbagai acara turut diadakan pada hari ini, seperti sukaneka kanak-kanak yang dikenadalikan oleh DPP Kuala Selangor dan menyampaian sumbangan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.





Rumah Terbuka Sempena Aidil Adha

29 10 2012

Parit 4, 28 Okt    :    Sempena dengan kedatangan Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit 4, Esa Ramli telah mengadakan rumah terbuka di perkarangan rumahnya mulai jam 11.00 pagi sehingga 2.00 petang

Biasanya orang ramai akan mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Puasa, tetapi berlainan dengan saya yang mengadakan rumah terbuka semasa hari raya aidil adha, kata pengerusi JKKK par it 4, Esa Ramli

Alhamdulillah, katanya, sambutan daripada masyarakat sangat menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 600 orang penduduk tempatan dan sekitarnya. Pada tahun ini saya turut mengadakan “reunion” untuk rakan-rakan Sekolah Rendah dan Menengah sekitar tahun 1970-an dan 80-an. Seramai lebih 60 orang rakan telah menghadiri majlis pada hari ini.

Selain itu, sebanyak dua ekor lembu dan seekor kambing telah dikorbankan pada hari ini bagi menjayakan program rumah terbuka, katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Tanjong Karang.

Antara pemimpin masyarakat yang turut hadir pada hari berkenaan ialah Penghulu Mukim Tanjong Karang 1, Jumasri Jumin, Pengerusi-Pengerusi JKKK Mukim Tanjong Karang 1 dan 2.





Umat Islam Lakukan Ibadah Korban Sempena Aidil Adha

26 10 2012

Tanjong Karang, 26 Okt    :    Umat Islam seluruh dunia hari ini telah menyambut Hari Raya Aidiladha. Sebagai mana Umat Islam di Negara lain, Umat Islam di negeri ini turut melakukan ibadah korban bagi menghayati sejarah pengorbanan  Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail selepas solat sunat Aidiladha.

Tidak ketinggalan, turut melakukan ibadah korban pada hari ini ialah penduduk kampong di Surau Batu 10 Bagan Tengkorak Tanjong Karang

Menurut seorang penduduk yang ditemui Abd Aziz Ishak, berkata, pada tahun ini surau Batu 10 telah mengorbankan sebanyak 6 ekor lembu untuk diagihkan kepada kira-kira 200 orang penduduk Kampung Bagan Tengkorak.

Sementara itu Masjid Ar-Raudhah Tanjong Karang turut melakukan ibadah korban dengan menyembelih sebanyak enam ekor lembu untuk diagih-agihkan kepada penduduk sekitar qariah masjid tersebut.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Kajang, SitI Khadijah Sheikh Osman, agihan korban pada tahun ini telah diberikan kepada penduduk di dalam qariah Masjid Ar Raudhan seramai kira-kira 480 orang.

“Program korban pada kali ini diadakan mulai awal pagi pada hari sabtu dan berakhir pada waktu tengahari sebelum diagih-agihkan kepada orang ramai. Selain itu pihak masjid turut mengadakan jamuan pada waktu tengahari untuk petugas yang telah bertungkus lumus menajayakan ibadah korban pada hari ini”





JKKK Sungai Kajang Bersarapan Bersama Rakyat

24 10 2012

Bagan Tengkorak, 24 Okt    :    Buat pertama kalinya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Sungai Kajang telah mengadakan program sarapan pagi bersama rakyat di Kedai Rosli Jalan Bagan Tengkorak Tanjong Karang.

Menurut Pengerusi JKKK Sungai Kajang, Ustaz Haji Hairon Dahlan, matlamat program tersebut diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepadan pemimpin masyarakat setempat terutamanya Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong dan AJK JKKK Sungai Kajang bertemu dengan rakyat.

Selain itu, melalui program sebegini  juga dapat merapatkan hubungan dengan masyarakat sekaligus mendengar sendiri permasalah dan maklumbalas mereka terhadap kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, katanya lagi.

“Sambutan yang diterima daripada masyarakat dalam program kali ini sangat menggalakkan dan mereka memuji program seumpama ini diadakan, dan mengharapkan usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang”

Selain dapat bersembang dengan masyarakat setempat, katanya,  Pihak PKM DUN Sungai Burong turut mengedarkan buletin Info Sungai Burong, kepada orang ramai yang hadir, sekaligus orang ramai dapat mengetahui perkembangan dan aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor melalui PKM DUN Sungai Burong.

Sementara itu Pegawai Penyelaras PKM DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, menghargai usaha yang dilakukan oleh JKKK Sungai Kajang pada hari ini. Bagi pihak PKM DUN Sungai Burong, kami memang mengalu-alukan program-program berbentuk kemasyarakatan seperti ini kerana secara tidak langsung dapat bertemu dengan rakyat secara santai.

Biasanya rakyat dapat bertemu dengan pemimpin dalam keadaan formal, dan ada kalanya mereka tidak dapat meluahkan harapan dan keinginan mereka dalam keadaan sebegitu. Oleh yang demikian melalui program seperti ini dapatlah mereka meluahkan masalah yang mereka hadapi dengan bersahaja sambil bersembang, katanya yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang

Hadir memeriahkan program tersebut ialah Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Mohd Faizal Mohd Barja dan Haji Misran Serman, Penghulu Mukim Tanjong Karang 1, Jumasri Jumin, Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mukim Tanjong Karang 1 dan Bekas Ahli Majlis MDKS, Haji Mohd Saad Ibrahim, yang juga bekas Naib YDP PAS Tanjong Karang





Siapa Yang Membela Nasib Melayu PR atau Umno

23 10 2012

Tanjong Karang, 22 Okt    :    Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu hari ini mendedahkan siapa sebenarnya yang benar-benar membela dan menjaga kepentingan Melayu, samaada Umno atau Pakatan Rakyat (PR) sebagaimana propaganda yang banyak mereka mainkan melalui media perdana.

Kita lihat contoh dalam Pilihanraya Umum (PRU) tahun 2008 yang lalu di Parlimen Kota Raja calon PAS, Dr Hajah Siti Mariah Mahmud menentang calon BN, SA Vigneswaran dan dimenangi oleh PAS siapa yang menambah suara melayu di Parlimen, PR atau Umno?, soalnya.

Begitu juga di Paarlimen Hulu Selangor, Dato’ Dr Zainal Abidin Ahmad menengalahkan calon Bn, Dato’ G Palanivel dan dimenangi oleh PKR, Selain itu di Parlimen Kuantan, Hajah Fuziah Salleh menentang Fu Ah Kow daripada Bn dan dimenangi oleh PKR, adakah suara kemenangan tersebut menyebabkan kedudukan melayu semakin tergugat di Parlimen? Soalnya lagi.

Kemudian kita lihat sebaliknya, bila berlaku Pilihanraya Kecil (PRK) di Hulu Selangor PKR meletakkan Dato’ Zaid Ibrahim manakala Bn meletakkan P. Kamalanathan sebagai calon dan di menangi olen Bn siapa pula yang menyebab suara melayu semakin terhakis di Parlimen sekarang?, ujarnya lagi

Ini menunjukkan Umno hanya menggunakan isu Melayu sebagai propaganda untuk menarik sokongan rakyat terhadap mereka dalam PRU akan datang bukannya untuk membela orang Melayu. Kita boleh lihat apa yang berlaku di Negeri Kelantan yang mempunyai jumlah sebanyak 97% orang Melayu, sepatutnya jika benar-benar mereka ingin membantu orang Melayu, mereka akan membangunkan negeri tersebut, sebaliknya Kelantan ditindas sejak sekian lama.

Begitu juga Royalti minyak yang sepatutnya diterima oleh rakyat Kelantan, tidak diberi sebagaimana perjanjian yang pernah dibuat. Sebaliknya hasil minyak tersebut didaratkan di Songkla Thailand. Inikah yang dikatakan hendak membela nasib Melayu?, katanya lagi

Justeru itu, katanya, rakyat haruslah bersama-sama PAS dan PR menunbangkangkan Bn dalam PRU akan datang terutamanya di Parlimen Tanjong Karang untuk membantu kemenangan di Putrajaya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di dalam ceramah “Selamatkan Malaysia” anjuran Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang yang diadakan di Dataran Anak Muda Tanjong Karang dan dihadiri oleh ribuan rakyat.





Kerajaan PR terus dapat pujian dalam Laporan Audit Negara

23 10 2012

Tanjong Karang, 22 Okt    :     Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di empat buah negeri sekali lagi  telah mendapat  pujian daripada Laporan Audit Negara, menunjukkan prestasi dan kemampuan PR jauh lebih baik berbanding kerajaan yang ditadbir dibawah Barisan Nasional (Bn) kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan hari ini menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh semua empat negeri yang dikuasai PR iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dari segi perolehan pendapatan, katanya

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di dalam ceramah “Selamatkan Malaysia” anjuran Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang bersama Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di Dataran Anak Muda Tanjong Karang.

Bagi Pulau Pinang, katanya, kerajaan negeri terus mendahului senarai dari segi pungutan hasil negeri, mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding dengan RM410.70 juta yang dicatat pada tahun 2010 manakala Selangor, negeri terkaya di Malaysia pula meningkat sebanyak RM62.50 juta atau 4% untuk tempoh yang sama.

Begitu juga di Kelantan,  kerajaan negeri telah berjaya mendapat prestasi memuaskan disebabkan oleh peningkatan dalam dana yang disatukan sebanyak RM86.17 juta atau 58.1% kepada RM234.47 juta berbanding dengan RM148.30 juta yang diperolehi pada tahun 2010. Selain menyaksikan peningkatan  pelaburan  pada tahun 2011 iaitu sebanyak RM95 juta daripada RM16.33 juta pada tahun 2010 kepada RM111.33 juta pada tahun 2011.





PAS Tanjong Karang Lapor Polis Ketua Pemuda Gerakan Kedah Kerana Menghasut

19 10 2012

Tanjong Karang, 19 Okt     : Satu laporan polis terhadap Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang, telah dibuat di Balai Polis Tanjong Karang mengenai tulisannya melalui twitter yang bersifat hasutan.

Beliau cuba membangkitkan sentimen kebencian rakyat khususnya golongan bukan Islam terhadap PAS dengan mengada-adakan cerita yang tidak masuk akal. Beliau memaksudkan bahawa Pelaksanaan Etika Pemakaian terhadap non Muslim di Billboard oleh Kerajaan Kedah dilihat sebagai usaha jelas untuk mengganggu kehidupan non Muslim, kata Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang, Muhamad Jafaruddin Sheikd Daud

Tan Keng Liang juga, katanya, memfitnah PAS dengan membangkitkan kononnya PAS akan bertindak keras dan tegas terhadap golongan bukan Islam sekiranya PAS memenangi Putrajaya kelak. ‘Golongan atlit bukan Islam akan menjadi mangsa dengan tindakan keras memaksa mereka memakai seluar panjang dan T Shirt berlengan panjang’.

Sedangkan setahu saya sebagai Ahli dan pemimpin PAS Tanjong Karang, PAS  tidak pernah memaksa bukan Islam untuk mengikut segala perintah yang hanya di khaskan kepada penganut agama Islam. Golongan bukan Islam diberikan kebebasan memilih dan mengamalkan agama dan budaya mereka tanpa sekatan, katanya lagi

Beliau juga berkata, Apa yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah hanyalah suatu usaha murni yang wajar dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan negeri di negara ini. Ia sebagai suatu usaha membendung gejala sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan remaja.

“Kenyataan Tan Keng Liang juga berunsurkan hasutan dan penghinaan terhadap PAS serta seluruh Umat Islam di negara ini. Dengan biadap beliau menuduh seolah-olah tindakan kod etika berpakian sopan dibuat kerana ahli-ahli PAS akan terangsang melihat model berpakaian  yang mengghairahkan”

Justeru itu, kami membuat laporan polis supaya siasatan dan tindakan undang-undang diambil terhadap Tan Keng Liang terhadap kenyataan fitnah tersebut. Katanya lagib sewaktu ditemui di Balai Polis Tanjong Karang

Hadir sama dan membuat laporan polis ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, yang juga Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Siti Khadijah Sheikh Osman, mewakili Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Tanjong Karang, Mohd Faizal Mohd Barja, mewakili Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Hamidon Salim mewakili Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Tanjong Karang serta ahli-ahli dan penyokong PAS Tanjong Karang.





Kajian Inventori Setinggan Daerah Kuala Selangor

18 10 2012

Tanjong Karang, 18 Okt    : Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Pejabat Daerah dan Tanah  Kuala Selangor (PDKS) dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan yang lain hari ini telah membuat bancian Inventori setinggan di Ban RB Tanjong Karang yang melibatkan kira-kira 50 buah rumah.

Kajian tersebut yang bertujuan  untuk mendapatkan maklumat sebenar penduduk di Daerah Kuala Selangor yang tinggal di tanah milik kerajaan, bermula pada 2 Oktober sehingga 6 November 2012.

Bagi Mukim Tanjong Karang, kajian inventori tersebut dibuat pada 2 Oktober sehingga 19 Oktober, manakala  bagi Mukim Kuala Selangor pada 22 Oktober, Mukim Api-api 23 Oktober, Mukim Pasangan 29 dan 30 Oktober, Mukim Jeram 1 November  dan Mukim Ijok pada 1 – 9 November 2012

Turut serta dalam kajian tersebut ialah Ahli Majlis Zon 1D Tanjong Karang, MDKS, Mohd Faizal Mohd Barja.





17 10 2012