Wanita memainkan peranan besar dalam demokrasi

1 02 2018

31 Jan, Kuala Selangor : Seramai lebih 60 orang peserta telah menghadiri program yang dianjurkan oleh Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Sungai Burong yang bertajuk “Kepimpinan Wanita Dalam Arus Demokrasi” hari ini yang diadakan di Dewan D’Corel Pasir Penambang, Kuala Selangor.

Program yang julung-julung kalinya diadakan ini telah dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Nor Az Azlan Ahmad.

Di dalam ucapannya, Peranan wanita dalam arus demokrasi tidak dapat disangkal lagi, mereka bukan sahaja hanya menjadi penyokong atau pengundi bagu sesuatu program atau parti, tetapi wanita sekarang telah diberikan peranan sebagai sebahagian daripada pembuat keputusan.

Contoh yang jelas, katanya, adalah seperti di dalam pentadbiran negeri Selangor yang telah melantik beberapa orang wanita sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO), begitu juga diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah melantik ramai dikalangan Ahli-ahli Majlis dikalangan wanita.

 

Bukan setakat itu sahaja, daerah Kuala Selangor pernah mencatat sejarah dengan perlantikan Hajah Noraini Binti Roslan sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) pada tahun 2011 sehingga tahun 2016 yang lalu, dan kini beliau telah dilantik pula sebagai YDP Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pada awal tahun ini.

Peranan wanita sebagai isteri dan ibu juga turut dihargai oleh Kerajaan Negeri Selangor, ini dapat dilihat dengan pelbagai program diwujudkan oleh Kerajaan Negeri khusus untuk kaum wanita contohnya seperti PWB yang di wujudkan di setiap DUN untuk membantu kaum wanita dari sudut pelbagai kemahiran seperti masakkan, kraftangan dan sebagainya.

Saya melihat sendiri bagaimana Penyelia PWB DUN Sungai Burong, Mislihah Sekak, telah merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk kaum wanita di DUN Sungai Burong. Setiap minggu PWB mempunyai program yang diadakan di Dewan PWB di Parit 2 Sungai Burong dan saya kira PWB DUN Sungai Burong adalah merupakan salah satu PWB yang aktif di daerah Kuala Selangor ini

Dan yang terbaru adalah program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang dikhususnya untuk kaum-kaum ibu yang berkelayakkan dan masih mempunyai tanggungan dibawah umur 21 tahun.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pegawai Penyelaras Pusat Mesra Rakyat (PMR) Tanjong Karang, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud.


Tindakan

Information

Tinggalkan komen