Lapan Puluh Orang Peserta Terima Cek Skim Hijrah

29 01 2016

20160129_103934Tanjong Karang, 29 Jan : Kerajaan Negeri Selangor menjaga kebajikan rakyat daripada lahir sehinggalah meninggal dunia tanpa mengira fahaman politik, kata Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, sewaktu merasmikan program penyampaian Skim Hijrah kepada lapan puluh orang peserta daripada DUN Sungai Burong.
20160129_110508
Bagi anak-anak yang baru lahir kerajaan negeri menyediakan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), untuk anak-anak pra sekolah yang ibubapanya berpendapatan RM3,000.00 kebawah ada Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS), katanya lagi yang juga Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong.

Manakala bagi anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti, mereka diberikan hadiah sebanyak RM1,000.00, begitu juga sekiranya mahu mendirikan rumah tanggah kali yang pertama mereka diberikan sebanyak RM500.00, ujarnya.

Untuk warga emas yang berusia 60 tahun keatas, mereka diberikan Skim Mesra Usia Emas (SMUE), yang mana apabila seseorang warga emas tersebut meninggal dunia, waris mereka diberikan sebanyak RM2,500.00.
20160129_111245
Hadir sama dalam program tersebut ialah Timbalan YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, yang juga Pengurus PKM DUN Sungai Burong, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan, Norsidah Samat, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melaka, Abdullah Najib Shaari dan Ketua PAS Cawangan Batu 10, Haji Othman Shamsudin.





Bapa Pelajar PASTI Maut Terkena Renjatan Elektrik

29 01 2016

FB_IMG_1454053794473-1Tanjong Karang, 29 Jan : Malang tidak berbau, bergitulah nasib yang menimpa seorang guru dari Sekolah Menengah kebangsaan Datuk Harun (SMKDH) Tanjong Karang, Mohd Farhan Mashugi, 32, yang meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik sewaktu berteduh di dalam dewan semasa hujan lebat semasa menjalani latihan kejurulatihan bola sepak di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11 Shah Alam, pada jam 5.10 petang semalam.

Sewaktu di dalam dewan Allahyaham duduk berhampiran dengan kabel elektrik sebelum terkena renjatan, beberapa orang rakannya yang turut berada disitu cuba memberikan pertolongan, tetapi tidak berjaya. Namun dua orang rakannya yang lain berjaya diselamatkan. 20160129_094232 Allahyarham telah dibawa ke Hospital Shah Alam dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

Jenazah telah dibawa pulang kerumahnya di Jalan Persatuan Kampung Seri Tiram Jaya Tanjong Karang. Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Masjid Kampung Seri Tiram Jaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam berhampiran dengan masjid berkenaan. ne_05.1

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nur Faizun Abdul Habib, 32, yang juga seorang pendidik di Sekolah Kebangdaan Datuk Manan dan dua orang anak berusia lima dan dua tahun.

Ramai sahabat handai dan rakan-rakan sekerja serta pelajar-pelajar Allahyarham telah hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham sejak dari rumahnya sehingga ke tanah perkuburan.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Tanjong Karang, Mohamad Faizal Mohamed Barja, berkata, “anak sulungnya,  Muhammad Fahim Zahin b. Mohd farhan, 5, adalah merupakan salah seorang  pelajar di PASTI Al Badar, Kampung Sungai Tengi Kanan.” 20160129_100803

“Bagi pihak  PASTI Kawasan Tanjong Karang, kami melahirkan rasa simpati dengan anaknya yg baru kehilangan ayah kesayangannya. Semoga adik fahim dan keluarga tabah menghadapi ujian daripada Allah”, katanya yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang

“Pihak PASTI Al Badar juga akan menguruskan tabung kebajikan murid untuk membantu adik fahim”, katanya lagi yang juga Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang





Tiga Buah SRJC Terima Cek Sumbangan Daripada Kerajaan Negeri Selangor

28 01 2016

Tanjong Karang, 28 Jan  :            IMG-20160128-WA0057  Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong, hari ini telah menyerahkan tiga keping cek kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Tanjung Karang, di Bagan Tengkorak, SRJC Tanjong Karang, pekan Tanjong Karang dan SJC Yit Ikhwan, Bagan Pasir daripada Kerajaan Negeri Selangor.
 
Sumbangan telah disampaikan oleh Pegawai Penyelaras PKM DUN Sungai Burong, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran SRJC Tanjong Karang, Pua Siew Poh, berjumlah RM23,000.00 serta RM10,000.00 dan  Guru Penolong Kanan Pentadbiran SJC Yit Ikhwan, Tan Goke Cheng juga berjumlah RM23,000.00
20160128_111555 
Turut sama dalam program berkenaan ialah Pengurus PKM DUN Sungai Burong, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tok Adam, Haji Mohd Saad Bakar, Pengerusi JKKK Bagan Sungai Tengkorak, Heng Seng Soo dan Pengerusi JKKK Bagan Pasir, Lim Soon Kee.





Nazir Masjid Darul Iman Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Jalanraya

28 01 2016

12651064_1522890671374727_1017611165030006046_nTanjong Karang, 28 Jan : Nazir Masjid Darul Iman, Kampung Parit Serong, Haji Mohd Jailani Yaakob, 63, telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh jam 7.00 petang, setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya di Seri Tiram Jaya pagi semalam.

Jenazah Allahyarham telah dibawa kerumahnya di Kampung Parit Serong, solat jenazah pada jam 9.00 pagi di perkarangan rumahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Serong.

Allahyarham juga adalah merupakan bapa mertua kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Parit Serong, Azahari Mardzuki, yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK12646767_568874906593331_1788028657263623551_o) PAS Kawasan Tanjong Karang.

Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, dan meminta semua ahli keluarganya bersabar dengan ujian ini serta mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan ortang-orang yang beriman.

Ketua Cabang PKR Tanjong Karang, Haji Yahya Mat Sahri, Naib YDP PAS Kawasan, Haji Mohd Maskuri Mardzuki, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja adalah antara pimpinan masyarakat yang turut hadir.





Ucapan Perbahasan TPPA YB Dato’ Seri Tuan Guru Ahli Parlimen Marang

27 01 2016





Ucapan Bantah TPPA Di Padang Merbok

25 01 2016

 

 

 

 

 

 





Ribuan Orang Hadir Himpunan Bantah TPPA

25 01 2016

tppa1-1Kuala Lumpur, 23 Jan : Ribuan orang ahli dan penyokong PAS serta rakyat telah menghadiri Himpunan bantah TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement) atau Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik di Padang Merbok Kuala Lumpur.

Orang ramai mula berkumpul mulai jam 1.00 tengahari di bebrapa lokasi antaranya ialah Masjid Negara dan Dataran Merdeka sebelum berararak dan berkumpul di Padang Merbok Kuala Lumpur

20160123_162241Antara pimpinan PAS yang berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato’ Ahmad Yaacob, yang juga Menteri Besar Kelantan, Setiausaha Majlis Syura ‘Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dato’ Nik Muhamad Zawawi Nik Salleh, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Malaysia, Ustaz Nik Muhamad Abduh Nik Abdul Aziz, Ustazah Hajah Nuridah Mohd Salleh dan lain-lain.

Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) turut memberikan ucapan antaranya ialah Pengerusi Kongres Rakyat, Cikgu Azmi Abd Hamid, Presiden PERKASA, Dato’ Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan ramai lagi.





Ahli Majlis Baru Komited Bantu Majukan Daerah Kuala Selangor

22 01 2016

DSC_4152

Kuala Selangor, 22 Jan : Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) yang baru dilantik bagi sesi 2016 / 2017, Muhamad Jafaruddin Bin Sheikh Daud, mengucapkan terima kasih kepada PAS Kawasan dan Negeri kerana diberi kepercayaan untuk mengalas tugas dan tanggungjawab sebagai Ahli Majlis bagi sesi kali ini.

“Sebagai Ahli Majlis yang baru, saya akan cuba melaksanakan tugas dengan sebaiknya dan akan memastikan melaksanakan visi dan misi MDKS tercapai dan memastikan mutu perkhidmatan yang diberikan akan memuaskan rakyat selari dengan moto MDKS “Indah dan Bersejarah” , katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang.

Bagi Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan Tanjong Karang, Haji Othman Bin Ngah, pula berharap akan mendapat kerjasama daripada DSC_4146semua pihak untuk melaksanakan tugas sebagai Ahli Majlis. Ini adalah merupakan satu amanah yang berat, tanpa kerjasama semua pihak kita tidak akan dapat melaksanakan tugas dengan berkesan untuk memberikan khidmat yang berkesan kepada rakyat.

Sebagai Ahli Majlis yang baru juga, kami komited untuk sama-sama membantu MDKS dalam menambah baik pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam untuk keselesaan rakyat disamping meningkatkan kualiti perkhidmatan MDKS, sekaligus ia akan dapat meningkatkan taraf Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran Kuala Selangor pada masa akan datang, katanya lagi.

Mereka ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah Jawatan sebagai Ahli Majlis, MDKS bagi sesi 2016/ 2017 di Bilik Mesyuarat MDKS.

DSC_4200

Bagi sesi kali ini seramai Sembilan orang muka baru dilantik sebagai Ahli Majlis MDKS terdiri daripada PAS, PKR dan DAP, manakala selebihnya dilantik semula termasuk seorang daripada Amanah.

Antara muka baru daripada PAS ialah Naib Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kuala Selangor, Ustaz Mohd Noor Bin Sahar, Rosham Bin Mohammad dan wakil Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS (DHPP), Anandan A/L Damodaran.

Manakala Timbalan YDP PAS Kuala Selangor, Haji Mohd Fakaruddin Ismail dan Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Tanjong Karang, Norhidayah Parmin dikekalkan bagi sesi kali ini.





Pimpinan PAS Kawasan Antara Yang Dilantik Sebagai Ahli Majlis MDKS 2016 – 2017

22 01 2016

DSC_4150

Kuala Selangor, 22 Jan : Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang, Muhamad Jafaruddin Bin Sheikh Daud dan Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan, Haji Othman Bin Ngah adalah antara sembilan muka baru yang dilantik sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bagi sesi 2016 / 2017.

Majlis tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat MDKS dihadapan Yang Dipertua (YDP) MDKS, Hajah Noraini Binti Roslan.

Tujuh lagi muka baru adalah, Ustaz Mohd Noor Bin Sahar, Rosham Bin Mohammad, Anandan A/L Damodaran daripada PAS. Manakala daripada PKR pula ialah, NoDSC_4143r Faizah Binti Ismail, Mariana Binti Abdullah, Mageswaran A/L Arumugam Dan Lee Lih Perng pula adalah daripada DAP.


Sementara itu, Haji Mohd Fakaruddin Bin Ismail, Norhidayah Binti Parmin, daripada PAS, Latipah Binti Sulaiman, Koo Chin Min, Sures A/L Manickam, Anwar Karison, Lim Piang Nam, Thalapathi A/L Doraisamy, masing-masing daripada PKR.

Manakala, Tan Kik Ming, Ng Kok Guan, Lee Boon Hong, Mohan A/L Ramasamy, Lim Yau Mienn adalah daripada DAP serta seorang daripada Amanah, Pushpa A/P Nagiah Vengadesan adalah AhIMG-20160122-WA0047li Majlis MDKS yang dikekalkan bagi sesi kali ini.

Walaubagaimanapun, Noraini Roslan, Orang Besar Daerah Kuala Selangor, Dato’ Haji Mohamad Yaacob Dato’ Haji Ismail, Mohd Fakaruddin Ismail, Tan Kik Ming dan Nor Faizah Ismail telah mengangkat sumpah lebih awal iaitu sehari sebelumnya pada 21 Januari 2016.





Adik Ashraf Ditemui

21 01 2016

Tanjong Karang, 21 Jan : Setelah lebih sepuluh jam usaha mencari dan menyelamatkan IMG-20160121-WA0097seorang lagi pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa, Nor Ashraf Bin Niran, 13, di Kunci Air Terusan Besar dijalankan oleh Pasukan Keselamatan dan orang ramai akhirnya terjawab.

Ashraf ditemui orang ramai di dalam terusan besar dan telah meninggal dunia akibat lemas tidak jauh daripada tempat dua orang lagi rakannya yang telah meninggal dunia semalam.

Jenazah telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk postmortem sebelum disembahyangkan di Masjid Ar Raudhah Tanjong Karang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Karang.

Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Mohamad Faizal Mohamed Barja, yang juga Setiausaha PAS Kawasan telah hadir kerumah keluarganya bagi melahirkan rasa simpati dan menyampaikan sedikit sumbangan.IMG-20160121-WA0096

Turut hadir ialah Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Kajang, Siti Khadijah Sheikh Osman.

Ashraf bersama-sama rakannya seramai 15 orang telah pergi ke Kunci Air Terusan Besar untuk mandi, sebelum dua orang lagi rakannya, Mohammad Akmal Bin Munawir dan Mohammad Hafiz Bin Arbain, kedua-duanya berusia 14 tahun, lemas dan meninggal dunia ditempat kejadian.

Manakala seorang lagi rakannya, Raja Muhammad Hazik Bin Raja Hasrizal, terselamat apabila bergayut pada sebatang pokok kelapa.