Kenduri Kesyukuran Kakitangan PKM DUN Sungai Burong Sederhana Tetapi Meriah

14 12 2008

Tanjong Karang, 13 Dis    : Majlis kenduri kesyukuran Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan dengan Fairuz Nadhirah Shariff, AJK Dewan Muslimat PAS Negeri (DMP) Selangor yang di adakan di rumah pengantin lelaki telah berlangsung dalam keadaan sederhana dan meriah.

Pasangan pengantin yang tiba jam 12.30 tengahari dengan diiringi oleh keluarga pengantin perempuan telah disambut dengan meriah.

Faizal dan Fairuz telah selamat diijabkabulkan pada 28 November 2008 yang lalu di Masjid Kampung Parit Hasan, Simpang Renggam Johor selepas solat Jumaat.

Antara pimpinan yang hadir ialah AJK PAS Pusat, Ustaz Haji Abd Ghani Samsudin, merangkap Pengaharah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) PAS Pusat, Pengarah Jabatan IT PAS Negeri Selangor, Haji Abd Rahman Sadikin, Setiausaha JIT, Shafie Abd Wahab serta beberapa lagi AJK JIT PAS Selangor.

Selain itu pimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) dan DMPN Selangor yang turut hadir ialah Bendahari DPPN, Ahmad Zaidy Abd Mutalib, AJK DPPN, Zulkarnain Abd Wahab,  Timbalan Ketua DMP, Noraini Hussein, AJK-AJK DMPN Selangor, Hajjah Kalsom Bidin, Wan Azizah Wan Abdullah dan Norlaili Aslah. Setiausaha Politik Presiden PAS, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir, yang antara pimpinan PAS yang memeriahkan lagi majlis.

Diperingkat kawasan pula antara yang hadir ialah Pimpinan PAS Kawasan, DPP, DMP, PAS Cawangan-cawangan serta Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parlimen Tanjong Karang.





Rumah terbakar di Parit 4

4 12 2008

100_2419Parit 4, 3 Dis                     :               Sebuah rumah milik, Salim Leman, 39, hangus apabila  terlibat dengan kebakaran di Kampong Parit 4 Ban 3. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.00 petang itu disedari oleh jirannya, dan terus memaklumkan kepada Salim serta menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat.

 

Kebakaran telah berjaya dipadamkan kira-kira jam 3.30 petang oleh pasukan Bomba dan Penyelamat. Tiada kemalangan jiwa yang terlibat dan punca kebarakan juga tidak diketahui. Kerugian dianggarkan sebanyak RM35,000.00

 

Menurut Salim, Semasa kejadian rumahnya kosong kerana Isterinya, Salmiah, 35 dan 5 orang anaknya pulang ke kampong di Pahang.100_2423

 

Antara yang melawat tempat kejadian ialah Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Sungai Burong, Mohd Faizal Mohd Barja dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Parit 3 Seri Gambut, Mad Janal Nawawi.

 





Lagi bumbung rumah diterbangkan angin

4 12 2008

Tali Air 3, 3 Dis                                :               Bumbung rumah milik, Mohd Nasir Ra100_2414mli, 40, telah diterbangkan angin semasa pada hari selasa jam 10.00 malam di Kampong Tali Air Tiga Dalam Sungai Burong, Tanjong Karang.

 

Menurutnya, semasa kejadian beliau sekeluarga berada didalam rumah, tiba-tiba angin bertiup dengan kencang diikuti dengan hujan dan terus menerbangkan bumbung rumahnya.

 

Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong  telah membuat lawatan kerumah tersebut dan telah memberikan bantuan segera untuk menggantikan bumbung rumah tersebut.

 

Lawatan telah dilakukan oleh Pegawai PKM, Mohd Faizal Mohd Barja. Turut serta ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Parit 3 Seri Gambut, Mad Janal Nawawi.