Iskandar Samad Rasmi Karnival Selangorku 2011

30 09 2011

Tanjong Karang, 30 Sep    :     Program Karnival Selangorku 2011 yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong yang diadakan mulai dari semalam sehingga 4 Oktober telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad, menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak dapat hadir.

Walaupun hujan turun lebat pada waktu pagi, namun ia tidak menghalang orang ramai hadir bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh pimpinan Kerajaan Negeri Selangor.

Dalam majlis tersebut juga, Iskandar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor, turut menyampaikan sumbangan daripada Lembaga Zakat Selangor kepada asnaf fakir miskin dalam DUN Sungai Burong. Seramai lebih 50 orang asnaf yang layak telah hadir menerima bantuan dalam bentuk hamper berupa barangan keperluan harian.

Selain itu, Iskandar, turut berkesempatan mencukur jambul, bayi yang baru lahir dalam program yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang turut mengadakan pameran dalam karnival tersebut.

Beliau kemudiannya telah melawat beberapa gerai jualan dan pameran daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor seperti SMUE, YAWAS, Lembaga Zakat Selangor, PPAS termasuk PAS Kawasan Tanjong Karang yang turut membuka gerai pameran.

Selepas itu, beliau turut mengadakan lawatan ke mini pesta buku yang diadakan di Dewan Dato’ Hormat dan telah disambut oleh Pengarah PPAS, Mastura Mohamad yang turut mengadakan lawatan pada hari tersebut.

Hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor, Haji Azahari Sairin, Yang Dipertua PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohd Judi Sarjo, Timbalan YDP, Drs Mohamad Rashdi Deraman, yang juga Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ahli-ahli Majlis, MDKS, Nor Az Azlan Ahmad, Mohd Faizal Mohd Barja, Faizah Ismail dan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Parlimen Tanjong Karang.





Karnival Selangorku bermula hari ini

29 09 2011

Tanjong Karang, 29 Sep    :     Karnival Selangorku 2011 bermula mulai hari ini sehingga 4 oktober 2011, di padang astaka Tanjong Karang, pelbagai acara menarik telah dirancang oleh pihak urusetia sepanjang enam hari program berlangsung.

Sementara itu di Dewan Dato’ Hormat pula, diadakan mini pesta buku yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), sebanyak lebih 20 syarikat penerbitan terlibat dalam pameran tersebut.

Selain itu, beberapa agensi kerajaan turut terlibat dalam program selama enam hari ini seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), PPAS, Hadiah Anak masuk Universiti dan sebagainya. Turut membuat pameran ialah PAS Kawasan Tanjong Karang.

Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, hari ini turut mengadakan program penyampaian sumbangan berbentuk barangan keperluan harian daripada Kerajaan Negeri Selangor sebanyak 250 orang penduduk yang kurang berkemampuan dan telah disampaikan oleh Pegawai Penyelaras DUN, Drs Mohamad Rashdi Deraman.

Pada waktu malam diadakan persembahan malam kesenian Islam yang menampilkan Mel daripada kumpulan wing serta persembahan teater keinsafan daripada kumpulan nusantara dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk terutamanya anak-anak muda.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid Ibrahim, akan membuat perasmian karnival selangorku 2011 pada hari esok jam 10.00 pagi di Padang Astaka Tanjong Karang.





29 09 2011





27 09 2011




‘Jom Shopping’ Bantu Rakyat Kurang Berkemampuan

22 09 2011

Kuala Selangor, 22 Sep    :    Program ‘Jom Shopping’ yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat (PR) hari ini telah berjalan dengan lancar di Tesco Kuala Selangor,  program pada kali ini diadakan bagi penduduk di Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, Tanjong Karang. Seramai 40 orang warga emas telah dipilih untuk pusingan pertama bagi DUN Sungai Burong kali ini.

Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Drs Mohamad Rashdi Deraman, berkata, Melalui program ‘Jom Shopping’ ini, setiap warga emas akan diberikan baucar membeli belah bernilai RM100, walaupun ia dilihat kecil, namun ia sangat berharga kepada golongan warga emas yang kurang berkemampuan.

Rakyat negeri Selangor seharusnya bersyukur kerana telah ditadbir oleh Kerajaan yang benar-benar prihatin dengan masalah dan kesusahan yang ditanggung oleh rakyat. Dengan baucar bernilai RM100.00 ini, sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan perbelanjaan harian dirumah masing-masing, katanya lagi.

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, juga berkata, sebelum ini, telah banyak program-program untuk  Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dilakukan oleh Kerajaan negeri  kepada rakyat. Justeru itu, rakyat negeri ini diseru supaya terus mengekalkan kerajaan yang sediaada sekarang, suapaya rakyat akan dapat menikmati lebih banyak faedah pada masa yang akan datang.

‘Jom Shopping’ telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Khalid Ibrahim, pada 15 Julai 2011 yang lalu.

Sementara itu seorang warga emas yang ditemui, Haji Rusman Saiman, 71, mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor atas sumbangan yang diberikan kepada warga emas pada hari ini.  seluruh rakyat seharusnya menyokong langkah yang telah dilakukan oleh Kerajaan Selangor untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat, katanya.

Kita menyedari, katanya, pada waktu ini, rakyat banyak terbeban dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat, oleh itu, melalui program ini, sekurang-kurangnya ia dapat membantu rakyat yang kurang berkemampuan, katanya yang merupakan seorang pesara guru sewaktu ditemui dalam program tersebut.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Faizal Mohd Barja, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Block AGH, Arbany Katimin, Pegawai Hal Ehwal Wanita DUN, Norsidah Samat dan kakitangan.





Halang Bercakap Agama Tak Masuk Akal – Dr Abd Rani Osman, PJ PAS Selangor

21 09 2011




Pusat Khidmat DUN Sungai Burong anjur Karnival Selangorku 2011

21 09 2011

Tanjong Karang, 21 Sep    :    Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong akan mengadakan Karnival Selangorku2011 selama enam hari mulai 29 September sehingga 4 Oktober 2011 dan akan diadakan di Dewan Dato’ Hormat dan Padang Astaka Tanjong Karang.

Menurut Pengarah Program karnival, Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin, objektif karnival tersebut diadakan adalah untuk menghebahkan kepada rakyat mengenai program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Pemberian 20meter air secara percuma, hadiah anak masuk universiti dan lain-lain.

Seluruh agensi dibawah kerajaan negeri Selangor akan membuka kaunter sepanjang enam hari program tersebut diadakan seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Skim Mikro Kredit, termasuk kaunter bergerak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) untuk memudahkan orang ramai membayar cukai dan sebagainya, katanya.

Selain itu, katanya, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan turut mengadakan mini pesta buku yang akan diadakan di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang, yang melibatkan lebih 40 buah syarikat penerbitan akan menyertai program tersebut. Pihak PPAS juga akan turut mengadakan pertandingan melukis dan pelbagai program yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah dan kanak-kanak.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan merasmikan karnival tersebut pada hari jumaat jam 3.00 petang. Pelbagai program menarik telah dirancang selama enam hari tersebut antaranya ialah persembahan teater keinsafan,  bicara selebriti, forum Perdana Ehwal Islam dan program santai bersama artis antaranya ialah Mel (Wing), Aishah, Pak Long dan sebagainya.

Menurutnya lagi, Forum Perdana Ehwal Islam pada 30 September 2011 akan menampilkan beberapa ahli panel yang terkenal seperti pendakwah bebas, Dato’ Hasan Mahmud Din Al-Hafiz, Pensyarah Universiti Malaya, Ustaz Dr Roslan Mohamad dan Pendakwah tempatan, Ustaz Haslim Baharin.

Manakala pada waktu siang pula, antara program yang disediakan ialah sukaneka rakyat, pameran motor klasik, motor berkuasa tinggi, basikal antik, pertandingan melukis, Bicara wargamuda tahun 40’an dan lain-lain.

Dalam karnival tersebut juga, pihak urusetia turut menyediakan 60 buah khemah bagi peniaga-peniaga tempatan dan luar yang berminat dengan harga RM600.00 dan RM1,200.00. Manakala yang berminat untuk membuat tempahan gerai, mereka bolehlah menghubungi Haji Zulkifli Ismail di talian, 017-634 8172.

Perasmian penutup karnival tersebut akan dilakukan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu, Ahli Parlimen Machang, Kelantan, Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi dan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim.





21 09 2011





Ceramah Penerangan Sempena Seminar Negara Berkebajikan – Tuan Haji Mohamad Bin Sabu, Timbalan Presiden PAS Pusat

12 09 2011

 

 





Ceramah Sempena Seminar Negara Berkebajikan – Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat

12 09 2011