Tokoh : Tuan Haji Mahad Bin Mohamad

30 09 2010

Haji Mahad merupakan seorang yang cukup dikenali khususnya dengan Unit Amal samaada di Kawasan Tanjong Karang, Negeri Selangor bahkan di seluruh seluruh Malaysia. Beliau merupakan aktivis Veteran Unit Amal dan masih aktif sehingga sekarang.

Latarbelakang

Haji Mahad bin Mohamad, 60, dilahirkan pada 10 Mei 1950 di Batu 12, Sungai Burong, Tanjong Karang. Beliau merupakan anak ke-2 daripada 6 orang adik-beradik kepada pasangan Mohamad bin Mustalib dan Endon bt Ngah. Ibubapanya merupakan seorang petani.

Haji Mahad, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani sehingga darjah 3. Kemudian beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Bukit di Kedah sehingga darjah 6.

Keluarga

Beliau yang bekerja sendiri sebagai seorang petani telah mendirikan rumahtangga dengan Hajjah Safiah Abdullah, 61, pada tahun 1981 dan telah dikurniakan 2 orang anak seorang lelaki dan seorang perempuan.

Isterinya, Bekas Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Sawah Sempadan dan telah bersara pada tahun 2004, juga merupak
an aktivis PAS di kawasan Tanjung Karang. Hajjah Safiah merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawaan Tanjung Karang dan Bendahari Muslimat PAS Cawangan Raden Putih.

Anak lelakinya telah berkerja, manakala anak perempuannya telah mendirikan rumahtangga dan merupakan lepasan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak.

Mula Bergiat aktif dengan PAS

Haji Mahad, yang kini menetap di Block C Sawah Sempadan, Tanjong Karang, mula menyertai PAS pada tahun 1981 sebagai ahli seumur hidup. Bermula pada ta
hun tersebut beliau mula bergiat aktif dengan PAS dengan memegang jawatan sebagai AJK PAS Cawangan Block C, Sawah Sempadan sehingga sekarang.

Mula menyertai Unit Amal sejak awal penubuhannya pada tahun dan aktif sehingga sekarang dan pernah dilantik sebagai AJK Unit Amal Tanjong Karangf. Bermula sejak tahun tersebut, beliau tidak pernah ketinggalan untuk menyertai setiap program yang dianjurkan oleh Unit Amal diberbagai peringkat.

Kegigihan dan keikhlasannya di dalam perjuangan sememangnya wajar mendapat pujian. Setiap Hari Khamis malam jumaat beliau tidak pernah ketinggalan menyertai program sembahyang hajat dan bacaan yaasin yang diketuai oleh Bekas Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Musa Mohamad, di sekitar Tanjong Karang khususnya DUN Sungai Burong.

Manakala pada setiap petang rabu, beliau akan menghantar Timbalan Ketua DMP Kawasan, Ustazah Hajjah Siti Sabariah Hashim, yang berhampiran rumahnya, untuk memberikan kuliah mingguan untuk Muslimat di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) bersama isterinya. Beliau juga akan menghantar isterinya untuk menyertai setiap program seperti mesyuarat, usrah dan sebagainya yang dianjurkan oleh DMP di pelbagai peringkat dan menunggu sehingga majlis tersebut selesai.

Pada tahun 2007 beliau pernah diamanahkan sebagai AJK PAS Kawasan sehingga tahun 2009 selama sepenggal. Jejak langkahnya sebagai seorang aktivis PAS bukan sahaja turut diikuti oleh isterinya sahaja, bahkan anak lelakinya, Mohd Amin, turut terlibat aktif dengan PAS dan telah dilantik sebagai AJK Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan selain  turut terlibat dalam Unit Amal Tanjong Karang seperti bapanya.

Aktiviti Masyarakat

Selain terlibat secara aktif dengan PAS dan Unit Amal, Haji Mahad juga turut terlibat secara aktif dengan masyarakat. Beliau pernah dilantik sebagai Siak Masjid Block D Sawah Sempadan. Kini beliau merupakan AJK Masjid berkenaan.

Sebaik sahaja PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) berjaya membentuk kerajaan pada tahun 2008 beliau turut diberikan peranan dalam pentadbiran kerajaan dan telah dilantik sebagai AJK Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) blok C.O.J.

Sesungguhnya jasa, pengorbanan dan kegigihan beliau amat perlu dicontohi oleh semua ahli dan penyokong PAS khususnya di Tanjong Karang.





ADUN PAS Galas Kelantan Meninggal Dunia

28 09 2010

Kuala Lumpur, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.

Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.

Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang.

Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China.

Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim  mendapat rawatan awal di The First People’s Hospital juga di Guanzhong.

Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.

Dan pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan petang 26 Julai lalu selepas tiga hari pulang dari menjalani rawatan kimoterapi di sebuah hospital di China.

Allahyarham meninggalkan dua balu, Che Bongsu Jusoh dengan tujuh orang anak dan Aida Zakaria pula lima orang anak.

DUN N45 Galas merupakan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen P032 Gua Musang, Kelantan. Kawasan ini bersempadan dengan DUN N43 Nenggiri disebelah utara, Merapoh, Pahang Darul Makmur dan Cameron Highland di sebelah selatan. Mempunyai 6 kawasan petiundi majoriti Orang Asli, 2 kawasan petiundi majoriti Cina dan 5 kawasan petiundi majoriti Melayu, menjadikan jumlah kawasan petiundi kesemuanya 13.

Semasa pilihanraya umum ke 12 tahun 2008, jumlah pemilih bagi DUN Galas ialah seramai 10330 (6255 Melayu, 1903 Cina, 172 India dan 2000 Orang Asli) Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon PAS Chek Hashim Sulaima mengalahkan Calon BN iaitu Mohamad Saufi Deraman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (pada masa itu) yang juga penyandang bagi kawasan berkenaan. Al-Fatihah





Ahli PAS Diseru Supaya Sentiasa Wala’ Dengan Keputusan Pimpinan

23 09 2010

Sungai Yu, 22 Sep    : Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Mat Hasbollah Sudin, menyeru kepada setiap ahli PAS supaya sentiasa wala’ dengan keputusan yang telah diambil oleh pimpinan dalam apa juga isu.

Ini kerana, katanya, setiap keputusan yang telah dibuat oleh pimpinan PAS baik diperingkat mana sekalipun ia adalah satu keputusan yang dibuat secara bersama melalui mesyuarat.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan penubuhan PAS Cawangan Taman Desa Mawar yang terletak di Kampung Sungai Yu. Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, merangkap Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Penolong Setiausaha (PSU) 1 PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja yang juga AhlI Majlis MDKS, PSU 2, Osman Ngah, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Haji Shafie Jali adalah antara pimpinan PAS Kawasan yang hadir dalam majlis yang penuh bersejarah itu selain beberapa lagi Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan.

Menurutnya, dalam sirah nabi pernah berlaku, Ketika peperangan Khandak, Salman al-Farisi, mencadangkan supaya dibina sebuah parit besar atau khandaq di sekeliling kota Madinah untuk mengelakkan kota tersebut dari serangan orang-orang Quraisy. Dan Nabi Muhamad S.A.W telah menerima cadangan tersebut lalu dikerahkan seluruh tentera Islam supaya menggali Parit yang dalam.

Selepas itu ada beberapa sahabat yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh Salman Al-Farisi dan mereka berkata “ Sekiranya tentera Islam mengalami kekalahan dalam peperangan tersebut maka Salman Al-Farisilah penyebabnya, katanya lagi

Salman Al-Farisi telah mendengar kata-kata sahabat tersebut, dan beliau melahirkan rasa bimbang kerana sekirana tentera Islam mengalami kekalahan beliau adalah puncanya, lalu Salman telah bertemu dengan Rasulullah S.A.W untuk menarik balik cadangannya, tetapi Rasulullah telah menolak pemintaan Salman Al-Farisi kerana keputusan tersebut telah dibuat dan dipersetujui bersama di dalam mesyuarat.

Ketika para sahabat Nabi sedang menggali parit, tiba-tiba terdapat sebuah bongkah batu yang besar dan tidak dapat dipecahkan oleh para sahabat. Lalu Nabi Muhamad SAW berkata di depan batu tersebut “ Wahai Batu jangan engkau menjadi penghalang kepada kemenangan Islam” selepas itu Nabi Muhamad telah memukul bongkah batu tersebut dan dengan izin Allah, batu tersebut telah berkecai.





Penubuhan PAS Cawangan Taman Desa Mawar cipta sejarah

23 09 2010

Sungai Yu, 22 Sep    : PAS Kawasan Tanjong Karang hari ini telah mencipta satu lagi sejarah apabila tertubuhnya PAS Cawangan Taman Desa Mawar, yang terletak di Kampong Sungai Yu.

Menurut Ketua Penaja PAS Cawangan, Haji Hamzah Abdul Samad, penubuhan PAS Cawangan tersebut bukanlah bertujuan untuk melawan mana-mana pihak atau membawa perpecahan di dalam masyarakat. Perbezaan pendapat adalah merupakan satu perkara biasa terutamanya di dalam Negara yang mengamalkan prinsip demokrasi.

Perbezaan pendapat juga, katanya, bukan sahaja berlaku dikalangan masyakat yang mempunyai pelbagai pemikiran dan pandangan yang tersendiri, bahkan dikalangan ahli keluarga sendiri pun adakalanya perbezaan pendapat boleh berlaku.

Beliau yang sebelum ini merupakan aktivis Umno di Bahagian Tanjong Karang dan Sungai Besar berkata, berbanding di dalam Umno, pemimpin-pemimpin Umno amat tidak suka jika ada dikalangan ahli diperingkat bawahan yang mempunyai kewibawaan terutamanya jika mereka mempunyai mempunyai pandangan atau pendapat yang berbeza dengan pemimpin Umno.

Sewaktu saya masih bertugas sebagai seorang guru, saya pernah diambil beberapa tindakan oleh  pemimpin-pemimpin Umno termasuklah tekanan yang diterima daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) semata-mata saya mempunyai pandangan yang berbeza dan selalu perbeza pendapat dengan pemimpin Umno, katanya lagi yang telah mendaftar sebagai ahli seumur hidup PAS.

Ini menunjukkan sesiapa sahaja yang cuba menentang pemimpin Umno akan dikenakan pelbagai tindakan dan tekanan walaupun orang tersebut merupakan ahli Umno sendiri.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan alu-aluan sempena dengan penubuhan PAS Cawangan Taman Desa Mawar yang diadakan dirumahnya. Mesyuarat Agung penubuhan PAS Cawangan tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang, Ustaz Mat Hasbolah Sudin.

Turut hadir ialah, Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, merangkap Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Penolong Setiausaha (PSU) 1 PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja yang juga AhlI Majlis MDKS, PSU 2, Osman Ngah, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Haji Shafie Jali dan beberapa lagi Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan.





Rumah Terbuka Aidilfitiri PAS Tanjong Karang Eratkan Hubungan Antara Kaum

20 09 2010

Tanjong Karang, 19 Sept : Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Tanjong Karang telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai pada tahun ini.

Apa yang lebih menarik rumah terbuka aidilfitri pada tahun ini ialah kehadiran daripada masyarakat berbilang kaum terutamanya kaum cina sangat menggalakkan.

Ini secara tidak langsung menunjukkan sokongan kaum cina terhadap Pakatan Rakyat (PR) yang mentadbir negeri Selangor sejak tahun 2008 yang lalu masih utuh. Selain itu juga, jurang diantara masyarakat cina terhadap PAS yang selama ini cuba dikelirukan oleh Umno dan Bn telah dapat dirungkaikan, kata Pemangku Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Rumah terbuka kali ini dengan jelas menunjukkan PAS telah berjaya meruntuhkan tembok yang selama ini cuba dipisahkan dengan kaum cina. Ia secara tidak langsung telah mengeratkan hubungan diantara orang-orang melayu dan kaum-kaum lain, katanya lagi yang juga Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan kepada orang ramai yang menghadiri Rumah terbuka tersebut. Antara yang turut berucap dalam majlis tersebut ialah, Naib YDP PAS Kawasan, Haji Misran Serman, merangkap Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan, Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin dan Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Ustazah Hajjah Jamiyah Yussuf.

yang dimulakan pada jam 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang tersebut menyediakan menu seperti Laksa, Soto, Pecal, Rendang, Tapai selain buah-buahan. Berbanding tahun-tahun sebelumnya, penyediaan menu untuk rumah terbuka pada tahun ini dibuat secara gotong royong dan dikendalikan oleh DPP Tanjong Karang bersama dengan ahli-ahli PAS.

Selain itu, orang ramai turut dihiburkan dengan persembahan nasyid dan lagu-lagu raya oleh Ustaz Huzaifah Mohd Noor Al-Hafiz dan Muhamad Jafaruddin Sheik Daud, selaku DJ.

Antara pimpinan PR yang turut menghadiri rumah terbuka kali ini ialah, Ahli-ahl Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Zainal Abidin Abd Samad, yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Tanjong Karang, Jeganethan, Low Tan, yang juga Pengerusi DAP Tanjong Karang, Lee Kok Chuan dan Tee Peng.

Manakala Veteran PAS Tanjong Karang yang hadir ialah, Pengerusi Tetap PAS Kawasan, Haji Kamaruddin Morni, Bekas Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim, yang juga bekas Ahli Majlis MDKS, Bekas Bendahari PAS Kawasan, Haji Ramli Pembekal dan sebagainya.





Pengerusi PASTI Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri

17 09 2010

Seri Tiram Jaya, 16 Sep    : Pengerusi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Tanjong Karang, Jassul Akhbar Jubri, telah megadakan rumah terbuka sempena dengan sambutan Aidilfitiri dirumahnya yang terletak di Jalan Sentosa 4 Kampong Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang.

Menurutnya, rumah terbuka tersebut di mulakan sejak jam 2.30 petang sehingga 6.00 petang tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Selain itu katanya, rumah terbuka tersebut turut dihadiri oleh Pimpinan PAS Kawasan dan Dewan Pemuda (DPP) dan Muslimat (DMP) Kawasan Tanjong Karang, katanya yang juga Ahli Jawatanbkuasa (AJK) PAS Kawasan Tanjong Karang.

Antara pimpinan PAS yang hadir ialah Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Penolong Setiausaha (PSU) 1 PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Majlis MDKS, PSU 2 PAS Kawasan, Othman Ngah, PSU 3 PAS Kawasan, Norhidayah Parmin, Ketua DPP Kawasan, Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin dan AJK-AJK PAS Kawasan, DPP dan DMP Kawasan.

Sementara itu, turut mengadakan rumah terbuka pada hari yang sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Bestari Jaya, Mohamad Jinal Ariffin, yang juga AJK PAS Kawasan di rumahnya di Kampong Bestari Jaya.

Rumah terbuka tersebut juga turut dihadiri oleh pimpinan PAS Kawasan, DPP dan DMP Kawasan selain penduduk Kampung Bestari Jaya.





Rumah Terbuka PAS Sempena Aidilfitri 1431H

9 09 2010