Kakitangan Pusat Khidmat ucap Selamat Hari Raya kepada umat Islam

16 09 2009

Tanjong Karang,               16 Sep   :               Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang bec rushdi3berapa hari lagi Yang Dipertua PAS (YDP) Tanjong Karang, Mohd Rashdi Deraman, yang juga Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong, mengucapkan selamat menyambut hari lebaran kepada seluruh ahli-ahli PAS Kawasan Tanjong Karang amnya dan penduduk DUN Sungai Burong khusunya.

Beliau menyeru supaya umat Islam menyambut bulan kemenangan ini dengan rasa penuh kesyukuran diatas nikmat yang telah diberikan oleh Allah. Disamping itu menginsafi penderitaan yang ditanggung oleh Umat Islam seperti di Palestin yang berhadapan dengan kezaliman zionis Israel pada bulan yang mulia ini.

Selain itu, beliau mengharapkan supaya Umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar kerana Islam merupakan agama yang sempurna dari semua sudut seperti ekonomi, sosial, pendidikan, politik dan sebagainya.

Saya juga menyeru kepada seluruh Umat Islam agar meningkatkan ukhwah antara satu sama lain jadikan bulan yang mulia ini sebagai pembuka jalan untuk menguatkan ikatan persaudaran sesama Umat Islam tanpa mengira fahaman politik.

Diakhirnya beliau sekeluarga  memohon kemaafan kepada seluruh ahli-ahli PAS Kawasan Tanjong dan penduduk DUN Sungai Burong selama diamanahkan untuk meminpin Tanjong Karang.

Sgambar aku-01ementara itu, Pegawai IT JPD Sungai Burong, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor pula berkata Di bulan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf diatas segala ketelanjuran kata-kata yang mungkin ada menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak, sebagai Insan biasa tentunya ada perbuatan-perbuatan yang tidak menyenangkan semua pihak.

Bagi golongan pemuda pula saya berharap mereka tidak menjadikan Hari Raya sebagai hari untuk membuat maksiat seperti berjudi, minum arak dan berlumba haram di jalan raya, sebaliknya rebutlah peluang untuk berziarah ke rumah saudara mara.

Sempena Hari Raya ini juga saya menyeru kepada umat Islam agar jangan jadikan jalan raya sebagai tempat untuk menunjukkan keghairahan untuk berhari raya sehinggakan menggadaikan nyawa sendiri. Kita sering dipaparkan dengan pelbagai tragedi kemalangan maut sepanjang Hari Raya dan ini seolah-olah Hari Raya sebagai hari menempah maut, ujarnya yang juga Penolong Setiausaha (PSU) PAS Tanjong Karang.

Akhir sekali, saya sekali lagi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh pimpinan PAS di pelbagai peringkat dan kepada seluruh Umat Islam.

Pembantu Tadbir Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Sungai Burong, Sofiah Abdul Majid, pula mengpkm-sofiah03ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan meminta kepada pemandu-pemandu yang ingin pulang kekampung halaman memandu dengan berhati-hati.

Beliau juga meminta supaya menyambut bulan yang mulia ini secara bersederhana dan tidak melakukan pembaziran kerana amalan bersederhana itu lebih mulia, ujarnya lagi.





PAS Tanjong Karang sampaikan sumbangan di Hospital Tanjong Karang

16 09 2009

100_2872Tanjong Karang, 16 Sep. : PAS Kawasan Tanjong Karang telah menyampaikan sumbangan cenderamata berbentuk hamper kepada pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang.100_2878

Rombongan PAS Kawasan Tanjong Karang diketuai oleh Yang Dipertua PAS (YDP) Tanjong Karang, Drs Mohd Rashdi Deraman merangkap Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN Sungai Burong dan telah disambut oleh kakitangan hospital diketuai oleh Pengarah Hospital Tanjong Karang .

100_2884Tujuan program tersebut dilakukan adalah bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan terutamanya menjelang Hari Raya Aidilfitiri yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi. Lawatan tersebut dimulakan di Wad 1 (Lelaki) diikuti di Wad 2 (Kanak-kanak & perempuan), Wad 3 (Bersalin) dan berakhir di bilik rawatan dialisis.

Antara pimpinan PAS Kawasan yang hadir ialah Timbalan YDP, Ustaz Mohd Judi Sarjo, Ketua100_2916 Dewan Pemuda & Muslimat PAS Kawasan, Ustaz Mat Hasbollah Sudin & Ustazah Jamiyah Yusof, Penolong Setiausaha PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja & Bendahari PAS Kawasan, Haji Abu Hasan Amat dan Ahli-Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan, Dewan Pemuda & Muslimat PAS Kawasan Tanjong Karang.