Pengarah JPD dilantik sebagai YDP PAS Kawasan yang baru

23 04 2009

Tanjong Karang, 18 Apr           : Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman telah dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang bakawasan-jpdgi sesi 2009 / 2011 menggantikan Ustaz Musa Mohamad yang telah menarik diri daripada bertanding bagi mengekalkan jawatan tersebut di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Tanjong Karang kali ke-46 di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

 

Setiausaha JPD Sungai Burong, Mohd Faizal Mohd Barja pula dipilih sekali lagi oleh perwakilan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Tanjong Karang, manakala Bendahari JPD, Ustaz Mohd Judi Sarjo pula dipilih sebagai Timbalan YDP PAS Kawasan menggantikan Ustaz Abd Ghani Samsudin, yang tidak mempertahankan jawatan dan menarik diri.

 

Berikut adalah senarai AJK PAS Kawasan Tanjong Karang bagi sesi 2009 / 2011, YDP, Drs Mohd Rashdi Deraman, Timbalan YDP, Ustaz Mohd Judi Sarjo, Naib YDP, Haji Misran Sirman dan Ketua Urusan Ulama’, Ustaz Ibrahim Baharuddin.

 

Bagi AJK PAS Kawasan pula Khadijah Shaarani (Muka Baru), Ir Haji Roslan Basri (Muka Baru), Abdullah Najib Shaari, Abd Rahman Bujang, Ustaz Dul Jalil Mahmud, Sheik Daud Maiden, Ustazah Asmah Ahmad, Abd Manaf Salleh (Muka Baru), Mohd Faizal Mohd Barja, Haji Mohd Saad Bakar (Muka Baru), Norhidayah Parmin (Muka Baru), Roslan Jamaluddin (Muka Baru), Soliman Misani, Ustaz Shamsudin Mohamad (Muka Baru), Abd Malek Abd Majid (Muka baru) dan Haji Abu Hasan Amat.

 

Selain jawatan utama dalam PAS Kawasan Tanjong Karang, barisan AJK PAS Kawasan Tanjong Karang sesi 2009 / 2011 juga menyaksikan perubahan besar dengan menampilkan 50% muka baru dan terdiri dari gabungan Pemuda dan Muslimat serta pemimpin berpengalaman.





Penyampaian Sumbangan Skim Mesra Usia Mas kali kedua

21 04 2009

img_31501Batu 7, 21 Apr    :               Penyampaian sumbangan Fasa kedua Skim Mesra Usia Mas telah diadakan sekali lagi kepada waris-waris yang berhak menerima skim tersebut yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat (PR).

Penyampaian tersebut diadakan di Perkarangan Pusat khidmat Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Peimg_31691rmatang dan telah dirasmikan oleh Pembantu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, teknologi dan Inovasi Negeri Selangor Dr Haji Abd Rani Othman.

Seramai 16 orang penerima adalah daripada DUN Sungai Burong manakala bagi DUN Permatang seramai 21 orang penerima. Sumbangan ini adalah penyampaian fasa kedua iaitu sebanyak RM1,500,00. Baki RM1,000.00 telah diterima oleh waris penama skim tersebut setelah img_3178penama meninggal dunia oleh pihak PKM masing-masing.

Turut hadir ialah Pengarah JPD Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman, Ketua PKR Bahagian Tanjong Karang, Haji Abdul Qudus Omart dan pegawai-pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor serta Pusat khidmat kedua-dua DUN.