Umno Cuba Memperbodohkan Rakyat

30 06 2011

Shah Alam, 29 Jun    :     Umno cuba memperbodohkan rakyat dengan menggunakan pemandu teksi dan peniaga di sekitar Kuala Lumpur, kononnya mereka akan mengalami kerugian sekiranya brlaku perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini.

Apa yang pemandu teksi dan peniaga rugi sekiranya berlaku perhimpunan BERSIH pada 9 Julai nanti? Soalnya.

Selepas perhimpunan selesai, tentunya, oaring ramai yang menyertai perhimpunan tersebut letih setelah lama berjalan. Sudah tentu mereka akan singgah ke kedai-kedai untuk makan dan minum. Begitu juga peserta demontrasi yang ingin pulang ke destinasi lain, sudah tentu mereka akan menggunakan pengankutan awam seperti teksi dan LRT, siapa kata mereka akan mengalami kerugian?, soalnya lagi.

Tetapi ini budaya Umno, yang sentiasa memperbodohkan rakyat untuk kepentingan mereka. Sebagai peniaga dan pemandu teksi, mereka tentunya memerlukan pelanggan. Adakah ada orang yang berniaga, berkata, “hari ini pernigaan aku untung besar sebab tidak ada pembeli”, katanya lagi dan disambut ketawa oleh orang ramai.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah dalam program Munajat Perdana dan Pidato Khas sempena perhimpunan BERSIH anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor yang diadakan di Stadium Malawati Shah Alam.





Bn Telah Lama Tumbang Sekiranya Pilihanraya Berlaku dengan BERSIH dan Adil

30 06 2011

Shah Alam, 29 Jun    :    Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, berkata, sejak PAS ditubuhkan pada tahun 1951, PAS memilih untuk menyertai demokrasi. PAS pernah berada di tahap yang paling kuat sehingga memerintah dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu. PAS juga pernah berada pada tahap yang paling lemah sehingga hanya tinggal 1 kerusi Parlimen pada tahun 1986. Sebelum kembali kuat pada tahun 1990 dan memerintah negri Kelantan.

Tetapi, katanya, PAS terus akur dengan demokrasi dan tidak memilih jalan lain untuk memerintah. Mereka berkata, jika SPR tidak adil bagaimana Pakatan Rakyat (PR) boleh memerintah di limah buah negeri selepas Pilihanraya lepas.

Jika pilihanraya benar-benar bersih dan adil, PR bukan hanya memerintah lima buah negeri tetapi memerintah seluruh Malaysia. Mereka kena ingat dalam pilihanraya lepas kerajaan Bn banyak diselamatkan di kawasan-kawasan yang mempunyai Undi Pos dan di kawasan felda, kerana mereka mencengkam kawasan-kawasan itu. Jika tidak ada kawasan-kawasdan tersebut kita telah berjaya menuju Putrajaya, kayanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah dalam program Munajat Perdana dan Pidato Khas sempena perhimpunan BERSIH anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor yang diadakan di Stadium Malawati Shah Alam.

Pihak polis juga, katanya, diminta membuat kerja tanpa menyebelahi mana-mana pihak dan bertindak adil, contohilah sebagaimana pihak Polis di Indonesia. Di Indonesia pihak polis menjaga keselamatan rakyat yang mengadakan demontrasi, begitu juga apa yang berlaku di England dan sebagainya. Tetapi apa yang berlaku di Malaysia adalah sebaliknya, Polis bekerja untuk pihak Umno dan Bn.

Himpunan BERSIH diadakan adalah hanya untuk menuntut hak kita sebagai rakyat bukannya untuk menimbulkan kekecohan sebagaimana yang digembar-gempurkan oleh pihak media dan Umno.

Antara tuntutan yang kita minta ialah Daftar Pemilih Yang Bersih, Semua parti politik diberi hak untuk menggunakan media, menghapuskan undi pos dan sebagainya, katanya lagi.





Pemuda PAS Cabar Pemuda Umno Anjur Demontrasi

30 06 2011

Shah Alam, 29 Jun    :     Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) Ustaz Nashruddin Hasan Tantawi, hari ini mencabar Pemuda Umno dan PERKASA supaya menganjurkan demontasi, untuk melihat sejauh mana mereka mampu menggerakkan rakyat untuk menyokong mereka.

“Kita hairan, semasa himpunan BERSIH 1.0, Khairy Jamaluddin, pernah berkata orang yang menyertai perhimpunan BERSIH seperti beruk-beruk jalanan, tetapi hari ini kita pelik kerana mereka juga berhasrat untuk turun mengadakan demontrasi. Adakah mereka mahu menjadi beruk-beruk jalanan?” soalnya.

Lebih menghairankan kita, katanya, tidak cukup dengan Pemuda Umno dan Perkasa, seni silat gayung pun nak turun mengadakan demontrasi, katanya.

Jika mereka benar-benar ingin menguji sejauh mana kekuatan mereka, saya cadangkan Perkasa membuat perhimpunan sehari sebelum BERSIH iaitu pada 8 Julai dan Pemuda Umno mengadakan sehari selepas BERSIH pada 10 Julai, baru kita boleh lihat berapa ramai yang menyokong mereka.

Sementara itu, Ketua DPPN Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan, juga turut mencabar Pemuda Umno Selangor untuk turun bersama-sama dalam Perhimpunan BERSIH.

DPPN Selangor juga, katanya, akan mendedahkah satu lagi kepincangan pihak Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR), kita telah mengumpulkan maklumat, dan kita dapati seramai 17,0000 orang nama pemilih bertindih. Ini bermakna mereka boleh mengundi lebih daripada sekali, katanya.





Muslimat Nyatakan Komitmen Untuk Menyertai Perhimpunan BERSIH

30 06 2011

Shah Alam, 29 Jun    :    Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Selangor, Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan, berkata, Najib dan Rosmah, sekarang tidak dapat tidur lena dengan adanya perhimpunan BERSIH yang akan berlaku tidak lama lagi.

Mereka sangat bimbang dan takut dengan kebangkitan rakyat. Rakyat sekarang tidak boleh lagi diperbodohkan oleh mereka. Rakyat kini celik dengan pelbagai maklumat, tambahan pula, segala penyelewengan yang mereka lakukan telah banyak diketahui oleh rakyat, katanya lagi.

Ketakutan mereka terhadap BERSIH dapat dilihat dengan tindakan mereka menggunakan pihak Polis untuk menangkap pemuda-pemuda yang memakai pakaian BERSIH di Ampang Semalam. Mereka sangat takut dengan baju BERSIH sekarang. Saya ingin cadangkan kepada pihak penganjur supaya selepas ini sekiranya ada perhimpunan BERSIH 3.0, pihak penganjur menyediakan seluar kuning pula, saya yakin dengan cara itu mereka akan bertambah takut dan gerun!, katanya sambil berseloroh.

Saya juga menyeru pada 9 Julai nanti, bukan hanya Muslimin tetapi semua Muslimat turut turun menyertai perhimpunan BERSIH. Kita hendak lihat negeri Selangor menghantar seramai 100,000 orang untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah dalam program Munajat Perdana dan Pidato Khas sempena perhimpunan BERSIH anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor yang diadakan di Stadium Malawati Shah Alam.





Perhimpunan Aman Dijamin Oleh Perlembagaan Negara

30 06 2011

Shah Alam, 29 Jun    :    Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, berkata, rakyat tidak perlu bimbang untuk menyertai perhimpunan BERSIH pada 9 julai nanti. Ini kerana, ia adalah selaras dengan Perlembagaan Negara, yang menjamin hak rakyat untuk menyertai perhimpunan aman tanpa senjata.

Beliau juga berkata, rakyat juga diminta supaya jangan takut untuk memakai baju BERSIH, kerana tidak ada mana-mana peruntukan undang-undang untuk disabitkan kepada orang yang memakai baju tersebut.

Jika mereka ditahan oleh pihak polis, jangan lakukan apa-apa tindakan dan provokasi yang menyebabkan mereka boleh mensabitkan kita dengan kesalahan yang lain. Jika mereka minta pengenalan diri, berikan sahaja nama, no kad pengenalan dan alamat, tidak lebih dari itu, ujarnya lagi.

Justeru itu, rakyat diminta jangan bimbang dan turun beramai-ramai pada 9 Julai nanti, kerana setakat ini kita telah memenangi semua kes yang dibicarakan di mahkamah berkaitan dengan perhimpunan aman, kerana ia dilindungi dan dijamin di dalam Perlembagaan.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah dalam program Munajat Perdana dan Pidato Khas sempena perhimpunan BERSIH anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor yang diadakan di Stadium Malawati Shah Alam.





Majlis Daerah Digesa Perbaiki Mutu Perkhidmatan Kepada Rakyat

29 06 2011

Kuala Selangor, 29 Jun    :     Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Faizal Mohd Barja, meminta supaya pihak MDKS memantau tahap kebersihan di setiap kawasan perumahan untuk mengelakkan rungutan daripada orang ramai sebagai pembayar cukai di MDKS.

Saya telah mendapat beberapa aduan dan rungutan daripada penduduk, khususnya dibawah zon saya, yang melahirkan perasaan tidak berpuas hati dengan prestasi kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh Alam Flora. Antara yang menimbulkan  rungutan dikalangan penduduk ialah seperti Masalah pungutan sampah yang tidak diambil mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Selain itu pihak pekerja yang menjalankan kerja-kerja pembersihan juga didakwa,  melakukan kerja mengutip sampah dengan tergesa-gesa dan mengakibatkan terdapat sampah yang jatuh di hadapan rumah meraka.

Masalah longkang yang tidak dibersihkan oleh pihak kontraktor, juga menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan penduduk yang akan mengakibatkan penduduk mengalami masalah seperti longkang tersumbat terutamanya sewaktu hujan lebat. Selain itu penduduk juga bimbang ianya akan menyebabkan kediaman mereka menjadi sarang pembiakan nyamuk.

Begitu juga katanya, mengenai aduan yang dikemukakan berkaitan masalah kerosakan harta awam yang berlaku akibat daripada kecurian dan sebagainya yang banyak berlaku dan boleh membahayakan orang ramai yang melalui kawasan tersebut, juga masih belum mendapat tindakan yang sewajarnya, ujarnya.

Perkara seperti ini, jika sekiranya tidak diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya, dibimbangi akan menjejaskan imej MDKS di pandangan masyarakat, khususnya pembayar cukai, katanya lagi yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan  di dalam Mesyuarat Penuh MDKS.





Dua Tokoh Guru Diberikan Anugerah Khas

29 06 2011

Tanjong Karang, 28 Jun    :    Sempena dengan program sambutan Hari Guru Peringkat DUN Sungai Burong, dua orang bekas pendidik telah diberikan anugerah khas oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong.

Tokoh pertama yang dipilih bagi menerima anugerah khas tersebut ialah Bekas Naib Ketua Dewan Ulama’ PAS Negeri (DUPN) Selangor, Ustaz Khairullah Junid, 73, yang juga Bekas Ketua Urusan Ulama’ PAS Kawasan tahun 2005 sehingga tahun 2009.

Beliau yang telah bersara pada tahun 1993, telah memulakan perkhidmatan sebagai seorang guru pada  tahun 1961, beliau telah memulakan kerjaya sebagai pendidik di Sekolah Agama Menengah (SAM) Hamidiah, Kajang. Manakala pada tahun 1963 beliau telah berpindah ke SAM di Jeram.

Pada tahun 1974, Beliau sekali lagi berpindah ke Sekolah Arab Batu 11, Tanjong Karang. Manakala pada tahun 1977, beliau mengajar di SAM Seri Desa, Tanjong Karang (kini dikenali Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang). Pada tahun 1979 pula, beliau ditukarkan ke SAM Tinggi Hishamuddin, Kampong Jawa, Klang, sehingga pada tahun 1983 dan beliau kembali mengajar di SAM Seri Desa, sehingga bersara pada tahun 1993.

Di dalam politik, beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) DUPN Selangor sehingga tahun 2009, beliau juga sehingga kini masih memegang jawatan sebagai Ketua PAS Cawangan Sungai Tengi Kanan dan pernah dipilih menjadi calon PAS dalam Pilihanraya Umum (PRU) tahun 1995 di DUN Permatang.

Manakala tokoh kedua yang dipilih untuk menerima anugerah khas ialah, Bekas Pemangku Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Tanjong Karang, Ustazah Hajjah Siti Sabariah Hashim, 74.

Beliau yang juga Timbalan Ketua DMP Kawasan telah memulakan perkhidmatan sebagai guru di beberapa buah sekolah di sekitar Tanjong Karang seperti Sekolah Rendah Agama (SRA)  Jeram,   SRA Block G, SRA Block J dan Sekolah Kebangsaan  (SK) Seri Tiram Jaya,   sebelum mengajar di Sekolah Menengah   Mamba’ul   Ulum,   Dato’ Manan   pada tahun 1966.

Pada   tahun   1977 pula,   beliau telah berpindah ke SAM Seri Desa, Tanjong   Karang dan telah berkhidmat di sekolah tersebut sehingga beliau bersara pada tahun 1992.

Di dalam politik, beliau mula diberikan amanah sebagai Ketua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC) Sungai Tengi Kanan pada tahun 1985 sehingga tahun 1999. Pada tahun 1999 beliau telah dilantik sebagai Ketua JMC Raden Puteh sehingga sekarang. Diperingkat kawasan pula beliau mula dilantik sebagai AJK DMP Kawasan pada tahun 90-an sebelum dilantik sebagai timbalan Ketua DMP Kawasan pada tahun 2003.

Pada tahun tersebut, berikutan kembalinya kerahmatullah Ketua DMP Kawasan ketika itu, Allahyarhaman Ustazah Hajjah Shamsiah Salleh beliau telah di amanahkan sebagai Pemangku ketua DMP Kawasan sehingga tahun 2005.

Anugerah telah disampaikan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo. Turut hadir ialah Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman, Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Nor Az Azlan Ahmad, Mohd Faizal Mohd Barja dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampong (JKKK), Esa Ramli, Mustapa Abd Karim, Ustaz Khairon Dahlan, Haji Roslan Basri dan Abd Basid.





Golongan Pendidik dirai Pusat Khidmat DUN Sungai Burong

29 06 2011

Tanjong Karang, 29 Jun    :     Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong telah menganjurkan program Sambutan Hari Guru Peringkat DUN Sungai Burong di Dewan Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang.

Program yang julung-julung kalinya diadakan tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada kalangan guru-guru terutamanya yang telah bersara.

Di dalam majlis tersebut seramai empat belas orang bekas pendidik telah diberikan anugerah bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mereka sepanjang berkhidmat sebagai seorang pendidik.

Antara yang menerima anugerah tersebt ialah Bekas Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Haji Musa Mohamad, Bekas Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang, Haji Mohd Saad Ibrahim, Bekas Ketua Urusan Ulama’ PAS Kawasan, Ustaz Haji Khairullah Junid, Bekas Pemangku Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Ustazah Hajjah Siti Sabariah Hashim dan Bekas Bendahari PAS Kawasan, Haji Abu Hasan Amat.

Turut diberikan anugerah ialah Bekas-bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan, Ustazah Hajjah Asmah Ahmat, Haji Rosman Saiman, Haji Harith Fadzillah Mohd Khalip dan AJK DMP Kawasan, Hajjah Sapiah Abdullah serta beberapa orang lagi.

Sementara itu, Ustaz Khairullah Junid yang juga Ketua PAS Cawangan Sungai Tengi Kanan dan Ustazah Siti Sabraiah Hashim, yang juga Timbalan Ketua DMP Kawasan, telah dipilih untuk menerima anugerah khas Tokoh Guru 2011.

Program turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada pelajar Maahad Thahfiz Al-Hira’ Jeram dan tazkirah khas daripada Pensyarah Universiti Malaya, Prof. Dr Fauzi Abd Rahman, yang bertajuk “Guru  sebagai Murabbi”.

PKM DUN Sungai Burong juga turut memberikan cek kepada beberapa buah Sekolah Rendah Agama (SRA) di Tanjong Karang antaranya SRA Kampong Tok Adam, SRA Kunci Air Buang dan beberapa buah sekolah lagi. Manakala beberpa buah sekolah yang lain pula menerima sumbangan berupa set komputer bagi kemudahan pihak sekolah.

Sumbangan dan hadiah tersebut telah disampaikan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Mohd Judi Sarjo. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Nor Az Azlan Ahmad, Mohd Faizal Mohd Barja dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampong (JKKK), Esa Ramli, Mustapa Abd Karim, Ustaz Khairon Dahlan, Haji Roslan Basri dan Abd Basid.





Pendidik Perlu Menjadi Murabbi Yang Baik

29 06 2011

Tanjong Karang, 28 Jun    :    Pensyarah Universiti Malaya, Prof. Dr Fauzi Abd Rahman, berkata, guru bukan sahaja berperanan sebagai pemberi ilmu kepada murid-muridnya tetapi hendaklah memiliki sifat sebagai seorang murabbi, iaitu orang yang besifat mendidik dan mengasuh.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan tazkirah khas sempena dengan sambutan hari guru peringkat DUN Sungai Burong yang diadakan di Dewan Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang.

Pada masa kini, katanya, akhlak pelajar-pelajar tanpa mengira aliran sekolah sangat membimbangkan, ramai dikalangan pelajar yang terlibat dengan kegiatan tidak bermoral seperti samseng, seks dan sebagainya.

Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk membimbing mereka untuk kembali kepangkal jalan? Soalnya.

Tentulah menjadi tanggungjawab para pendidik untuk mengajar dan mengasuh mereka selain memberikan ilmu berkaitan dengan mata pelajaran yang berkaitan dengan mereka, ujarnya yang juga Naib Presiden Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM).

Seseorang murabbi itu juga katanya, haruslah memiliki beberapa sifat seperti zuhud, iaitu merendah diri, selain itu mereka juga perlulah memiliki jiwa yang kental dan bersifat penyantun. Mereka juga hendaklah memahami latarbelakang dan sikap pelajar-pelajar mereka yang datang daripada pelbagai lapisan masayarakat dan budaya.

Dan apa yang penting juga ialah, sifat seorang murabbi yang baik ialah memiliki kelayakkan yang secukupnya. Dalam konteks hari ini ialah, untuk menjadi murabbi yang baik hendaklah memiliki Diploma atau Ijazah dalam bidang berkaitan.

Beliau juga meminta supaya para pendidik tidak menilai setiap pekerjaan yang mereka lakukan dengan elaun yang mereka terima. Mereka hendaklah sentiasa menanamkan sifat ikhlas dalam setiap perkara. Insya-Allah jika ini dapat mereka lakukan, Allah akan memberi ganjaran diakhirat kelak.

Hadir sama ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman, Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Nor Az Azlan Ahmad, Mohd Faizal Mohd Barja dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampong (JKKK), Esa Ramli, Mustapa Abd Karim, Ustaz Khairon Dahlan, Haji Roslan Basri dan Abd Basid.





Jalankan Tugas Dan Amanah Sebagai Seorang Pendidik Dengan Baik

29 06 2011

Tanjong Karang, 28 Jun    :    Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah meminggirkan golongan pendidik yang telah banyak berjasa kepada anak bangsa. Tanpa mereka siapalah kita pada hari ini, kata Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman.

Program yang diadakan hari ini, bukanlah bertujuan berpolitik, sebaliknya adalah untuk meraikan golongan pendidik yang telah banyak melahirkan insan-insan yang berjaya. Tugas dan tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang pendidik memang sangat mencabar dan berat. Namun dengan kecekalan dan iltizam yang tinggi mereka telah berjaya mendidik anak-anak kita sehingga berjaya.

Selain mendidik, tugas guru juga ialah untuk mendidik dan membimbing para pelajar supaya menjadi insan yang mengenal sesuatu kebaikan dan keburukan dalam system masyarakat yang ada sekarang, katanya yang juga Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan.

Seorang pujangga Indonesia yang bernama, Ranggawarsita, pernah menyebut di dalam syair, zaman ini ialah zaman edan, iaitu yang bermaksud zaman gila, kerana katanya di dalam syair tersebut, apa yang baik dikatakan salah, tetapi apa yang salah dikatakan baik, ujarnya lagi.

Jadi inilah diantara tugas dan peranan yang perlu dimainkan oleh para pendidik supaya para pelajar tidak terpengaruh dengan perkara yang tidak baik dan boleh memesongkan pemikiran mereka, katanya lagi

Beliau berkata demikian, sewaktu menyampaikan ucapan perasmian sempena dengan program sambutan hari guru peringkat DUN Sungai Burong yang diadakan di Dewan Sekolah Agama Menengah Tanjong karang.

Dalam program tersebut seramai empat belas orang bekas guru telah diberikan anugerah bagi mengenang dan menghargai jasa dan pengorbanan yang telah mereka berikan selama ini.

Hadir sama ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Nor Az Azlan Ahmad, Mohd Faizal Mohd Barja dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampong (JKKK), Esa Ramli, Mustapa Abd Karim, Ustaz Khairon Dahlan, Haji Roslan Basri dan Abd Basid.