Wanita Hidap Ketumbuhan Dapat Perhatian Pusat Khidmat DUN Sungai Burong

30 11 2012

Parit 4, 29 Nov : Penderitaan yang ditanggung oleh Rohaya Mohamed Ariffin, 41, yang menghidap penyakit ketumbuhan dibahagian IMG_1269perut, bahagian belakang bahu kanan dan bawa peha kanan sejak 37 tahun lalu mendapat perhatian daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong.

Ibu kepada dua orang anak dan tinggal di Kampong Parit Empat, Ban Tiga Sekinchan, berkata penyakit tersebut dihidapinya sejak berusia empat tahun dan ia semakin membesar terutamanya selepas dia berkahwin lapan tahun lalu.

Akibat daripada penyakitnya itu, beliau juga mengalami masalah untuk tidur pada waktu malam. Setiap malam beliau hanya tidur kira-kira tiga jam sebelum terjaga kerana bahagian ketumbuhannya itu akan merasa kebas.

IMG_1274Berat badannya kini meningkat hamper 130kg dan berat ketumbuhannya itu sahaja dianggarkan sebanyak 60kg.

“Saya pernah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh beberapa tahun lalu dan pihak hospital memaklumkan ketumbuhan itu boleh dibuang dengan kos RM50,000. Tetapi dengan pendapatan suaminya, Hassan Zakaria, 47, sebagai pengawal keselamatan sekolah di sini, tidak mampu untuk menampung kos kehidupan mereka sekeluarga termasuk dua anak perempuannya iaitu Nurul Hasanah Sathiah dan Nurul Hasanah Faziha”

Pegawai Hal Ehwal Wanita DUN Sungai Burong, Norsidah Samat, berkata, kami berusaha untuk membantu keluarga Rohaya bagi meringankan beban beliau sekeluarga. Kami sangat bersimpati dengan nasib yang dialami oleh Rohaya, dan akan cuba membantu dengan segera.





Jangan Membazir Semasa Berbelanja

26 11 2012

Tanjong Karang, 24 Nov    :    Seminar Pembudayaan Pengurusan Kewangan Mampan Teras Kesejahter16072_394467177296302_978740423_naan Keluarga yang dianjurkan oleh Pusat Wanita Berdaya (PWB) Tanjong Karang telah Berjaya diadakan dan mencapai matlamatnya apabila dihadiri oleh ramai golongan wanita dari DUN Sungai Burong.

Program yang berlangsung selama sehari di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Tanjong Karang, Ustazah Hajah Jamiyah Yussuf, yang mewakili Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Di dalam ucapannya, Ustazah Jamiyah, mengigatkan  kaum wanita supaya sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat semasa berbelanja supaya mengelakkan daripada 20323_394466580629695_411456298_npembaziran, ini selaras dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-Furqaan ayat 67 yang bermaksud “Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (hartanya), mereka tidak berlebihan, dan tidak pula kikir dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.

Justeru itu, katanya, program seumpaman ini sewajarnya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai khususnya kaum wanita, kerana mereka akan memperolehi manfaat yang banyak melalui program yang disediakan.

Hadir sama di program berkenaan ialah Penyelaras PWB Tanjong Karang, Norhidayah Parmin, yang juga Penolong Setiausaha 3 PAS Tanjong Karang dan Penyelia PWB DUN Sungai Burong, Siti Misliha Sekak.





22 11 2012





Golongan Fakir Miskin Terima Pelbagai Bantuan Dari Kerajaan Negeri

21 11 2012

Tanjong Karang 20 Nov    :    Seramai lebih 500 orang orang asnaf zon Tanjong Karang hari ini telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan sekolah untuk anak-anak asnaf dibawah Lembaga Zakat Selangor yang melib417084_392110044198682_1808381247_natkan sebanyak 16 buah masjid dan telah dirasmikan oleh Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Hajah Noraini Roslan di Masjid Ar Raudhah Tanjong Karang.

Dalam ucapan perasmiannya, Noraini, berkata, Kerajaan Negeri Selangor telah banyak menyediakan kemudahan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagaimana pada hari ini.

LZS bukan sahaja membantu golongan fakir miskin yang memerlukan bantuan dalam 14131_392110520865301_1689137289_nbentuk barangan keperluan harian, tetapi turut memberikan bantuan berbentuk barangan persekolahan sebagaimana pada hari ini, katanya lagi.

Selain itu katanya, Kepada golongan asnaf yang memerlukan bantuan tambahan untuk memulakan perniagaan, mereka juga boleh meminta bantuan daripada LZS. Begitu juga jika anak-anak Berjaya menjejakkan kaki ke menara gading, mereka juga layak untuk menerima bantuan tersebut, Ujarnya.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengurus LZS zon Utra, Norhisham Isa dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampong (JKKK) Sungai Kajang, Siti Khadijah Sheik Osman.





Perbahasan Usul Membantah Serangan Ketenteraan terhadap Wilayah Palestin oleh Ahli Parlimen Marang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang

20 11 2012




Ucapan Penangguhan Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang semasa Muktamar PAS kali ke-58

18 11 2012




Penjelasan Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din Mengenai Tahaluf Siyasi

17 11 2012




Ucapan Dasar Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Sempena Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58

16 11 2012




Kuasai Media Baru Sepenuhnya Untuk Tujuan Kempen dan Dakwah

16 11 2012

Kota Bharu, 16 Nov    : Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,  semasa menyampaikan Ucapan Dasarnya tghhberkata,  media parti seperti Harakah dan Harakahdaily, bersama dengan Jentera Penerangan parti hendaklah bertindak membentuk fikrah dan menyampaikan maklumat berdasarkan acuan parti yang telah distrategikan.

Mahu tidak mahu atau suka tidak suka, katanya, petugas-petugas kita disemua peringkat mesti melakukan reformasi cara bekerja dengan menguasai Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) terutamanya dalam menghadapi fenomena perang siber menerusi media baru ICT sekarang ini.

Kerjasama penerangan dan ICT perlu diperkukuhkan segera untuk menghadapi PRU-13 ini dengan mewujudkan satu urusetia berkaitan Media302776_532619086766103_141775653_n Baru sebagaimana yang diresolusikan dalam Persidangan ICT dan Media Baru 2011 pada tahun lepas, katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Sehubungan dengan itu beliau juga, menyeru kepada semua pimpinan PAS terutamanya yang terlibat dengan Lajnah Penerangan dan Jabatan Pilihanraya disemua peringkat melihat potensi ICT dan Media Baru ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan kempen dan dakwah melalui laman sesawang, youtube, facebook, twitter, webtv, selain dari ceramah dan bahan-bahan media cetak.

Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 pada tahun ini diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) mulai 16 sehingga 18 November. Manakala Dewan Pemuda, Ulama’ dan Muslimat telah mengadakan Muktamar masing-masing mulai pada 14 sehingga 15 November.





Sentiasa Bersiap Sedia Untuk Menghadapi Pilihan Raya

16 11 2012

Kota Bharu, 16 Nov    :    Petugas PAS perlu banyak bersabar dan kekal bersiap sedia walaupun terganggu 262191_521235657887618_1990181100_noleh strategi BN dalam melambat-lambatkan Pilihan Raya Umum (PRU). Teguhlah dengan jamaah, nescaya kita akan terus selamat dan mampu menghadapi dengan cabaran ini, kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Petugas PAS hendaklah banyak membuat persediaan menjaga benteng masing-masing (Parlimen atau DUN) menghadapi musuh yang amat licik. Marilah kita meneliti Firman Allah SWT didalam Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”

Ahli Parlimen Marang itu juga menyeru supaya, petugas PAS hendaklah bersedia menangani kedatangan orang-orang Melayu khususnya golongan muda yang sudah berubah tetapi tidak menzahirkan sokongan kerana menghormati ibubapa mereka yang masih menyokong UMNO.

Mereka, katanya,  mahukan pimpinan PAS memperincikan agenda-agenda yang dijanji dan dan bukan sekadar retorik, mereka cepat 534536_521238697887314_985100383_ncakna perkembangan semasa kerana sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain menerusi facebook, blog, sms dan lain-lain.

PAS juga hendaklah memenangi sebanyak mungkin kerusi yang diamanahkan kepada PAS dengan keutamaan ialah mempertahankan semua kerusi Parlimen yang telah dimenangi PRU2008, ujarnya lagi

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan Ucapan Dasarnya di Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 yang diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) mulai pada 16 sehingga 18 November. Manakala Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat telah mengadakan Muktamar masing-masing mulai pada 14 sehingga 15 November yang lalu.