Pecah Tanah Pembinaan Rumah Sulaiman Alang

20 05 2015

Tanjong Karang, 19 Mei    :    Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, hari ini telah IMG-20150519-WA0068melakukan majlis pecah tanah untuk pembinaan semula rumah, Ketua PAS Cawangan Tali Ayer 1 Sungai Burong, Sulaiman Alang aka Pak Ibrahim, 68, yang hangus terbakar pada 16 April yang lalu.

Pembinaan rumah tersebut adalah hasil sumbangan daripada Bangi Care sebanyak RM30,000.00 dengan kerjasama Briged Kebajikan Tanjong Karang.

Kita berharap dengan pembinaan rumah ini, Pak Ibrahim dan keluarga akan gembira setelah rumah yang didudukinya hangus terbakar sebelum ini. Umat Islam juga bakal menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi, saya berharap agar Pak Ibrahim dapat menyambut bulan puasa dan Hari Raya  dirumah yang baru nanti, kata Azlan sewaktu merasmikan majlis pecah tanah tersebut.
IMG-20150519-WA0072
Hadir sama di majlis berkenaan ialah, Timbalan YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, yang juga Pengerusi Briged Kebajikan Tanjong Karang, Penghulu Mukim Tanjong Karang 1 & 2, Jumasri Jumin, Pengerusi Induk Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Sharan Mohd Salleh, yang juga Pengerusi PeBT Zon 1D Tanjong Karang dan Pengerusi PeBT Zon 1A Tanjong Karang, Mohamad Azman Abdul Azis, yang juga Penolong Setiausaha 2 PAS Kawasan Tanjong Karang.





Kabinet Baru Pemuda PAS Tanjong Karang Dibentuk

19 05 2015

Tanjong Karang, 18 Mei    : Mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang hari ini telah bersetuju melantik, Mohamad Azman Abdul Azis sebagai Setiausaha DPP Kawasan yang baru. Manakala Mohd Hairussalam Sujak, Ustaz S.M Mubaroq Omar dan Shahrizal Mohd Sabrah masing-masing dilantik sebagai Penolong-penolong Setiausaha DPP Kawasan yang baru.

Sementara itu, Pengerusi Induk Pengegrak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS),pas sel - ahli harian dppk (kabinet baru dppk) 2015 Sharan Mohd Salleh, pula diamanahkan sebagai Bendahari DPP Kawasan bagi sesi 2015 – 2017. Mohd Dzulhelmi Jamil pula sebagai Ketua Penerangan, manakala Abdul Malek Abdul Majid diamanahkan sebagai Pengarah Pilihan Raya DPP Kawasan.

Muhamad Abdul Majid, diamanahkan sebagai Pengerusi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan yang baru, Komander Jabatan Amal pula diamanahkan kepada  Nor Azrin Mohd Ladi dan dibantu oleh Mat Amin Mahat sebagai timbalan Komander.

Turut dilantik dalam Mesyuarat tersebut ialah beberapa orang AJK DPP Kawasan iaitu, Usraz Farid, Mohd Taqiauddin Mohd Rashdi, Akmal Shakir Jawadi, Mohd Irfan dan Mohd Hairusyafiq Masra.

Mesyuarat Agung Tahunan DPP Kawasan Tanjong Karang kali ke-51 telah diadakan semula pada 16hb Mei yang lalu di Dewan Darul Ma’arif Block T Sawah Sempadan dan telah dirasmikan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad.

Dalam mesyuarat agung tersebut menyaksikan Muhamad Jafaruddin Sheik Daud telah diamanahkan sebagai Ketua DPP Kawasan Tanjong Karang bagi sesi 2015 / 2017. Manakala Mohd Misnadi Manzum Jamil dan Mohd Faizal Mohd Barja, pula diamanahkan sebagai Timbalan dan Naib Ketua DPP Kawasan.





Jafaruddin Berjaya Pertahan Jawatan Ketua Pemuda PAS

17 05 2015

Tanjong Karang, 16 Mei        : Muhamad Jafaruddin Sheik Daud, berjaya mengekalkan jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPP) Tanjong Karang bagi sesi 2015 / 2017 apabila berjaya menewaskan pencabarnya, Ustaz Mohamad Adzim Basri, didalam Mesyuarat Agung Tahunan DPP Kawasan Tanjong Karang kali ke-51 yang diadakan di Dewan Darul Ma’arif Block T Sawah Sempadan.

Di dalam mesyuarat agung tersebut, Jafaruddin memperolehi 45 undi berbanding pencabarnya yang hanya memperolehi 10 undi. Bagi Timbalapas sel - ahli harian dppk (edit kp tkp nkp) 2015n Ketua DPP Kawasan pula, Mohd Misnadi Manzum Jamil, juga berjaya menewaskan, Mohamad Adzim Basri, apabila memperolehi 40 undi berbanding Adzim, yang meraih 15 undi.

Setiausaha DPP Kawasan Tanjong Karang sesi lalu, Mohamad Faizal Mohamed Barja, pula telah dipilih oleh perwakilan sebagai Naib Ketua DPP Kawasan setelah mendapat 45 undi berbanding pencabarnya Ustaz Mohd  Irfan yang mendapat 10 undi.

Bagi Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) DPP Kawasan pula, Pengerusi Jabatan Seni, Budaya & Sukan (DACS) sesi lalu, Mohd Hairussalam Bin Sujak, memperolehi undian tertinggi setelah mendapat 52 undi, diikuti dengan Mat Amin Mahat (46 undi), Shahrizal Mohd Sabrah (43 undi), Mohamad Azman Abd Azis (40 undi), Sharan Mohd Salleh (39 undi), Nor Azrin Mohd Ladi (36 undi) dan Ustaz S.M Mubaroq Omar dan Muhamad Abdul Majid masing-masing mendapat 30 undi.

Bagi jawatan Pengerusi Tetap disandang oleh Ustaz Mat Hasbolah Sudin, setelah Berjaya mempertahankan jawatan tersebut. Manakala bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap pula diamanahkan kepada Adib Amat Mustakim setelah diisytiharkan Menang Tanpa Bertanding.
pas sel - ahli harian dppk (8 AJK DPP Kawasan) 2015
Turut diumumkan Menang Tanpa Bertanding ialah. Roslizam Rosman dan Mohd Sofian Mohd Kalil yang diamanahkan sebagai Pemeriksa kira-kira 1 & 2 DPP Kawasan Tanjong Karang.

Mesyuarat agung tahunan DPP Kawasan kali ke-51 diadakan semula setelah mendapat bantahan daripada Jawatankuasa Pemuda PAS (JPC) Cawangan Batu 9 Kampung Tengah yang diketuai sendiri oleh, Mohd Adzim Basri, kerana didakwa perwakilan mesyuarat agung tahunan tersebut ada dikalangan bukan ahli PAS menyebabkan mesyuarat agung DPP Kawasan yang diadakan pada 4hb April 2015 tersebut telah dibatalkan.

Berikutan itu juga, DPP Kawasan Tanjong Karang buat pertama kalinya tidak dapat menghantar 15 orang perwakilan DPP Kawasan ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Tanjong Karang kali ke-52 pada 25 April 2015 yang diadakan di Kompleks PAS DUN Sungai Burong dan Muktamar Tahunan DPP Negeri Selangor yang diadakan pada 10hb Mei 2015.

Mesyuarat Agung Tahunan DPP kali ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad. Turut hadir ialah Setiausaha DPP Negeri Selangor, Damanhuri Dol, Bendahari PAS Kawasan, Haji Roslan Jamaluddin, Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Osman Wagiman, Norazman Serin, Azhari Mardzuki  dan beberapa Ketua PAS Cawangan.

Pemilihan mesyuarat agung tahunan pada kali ini juga dikendalikan sendiri oleh Jawatankuasa Pemilihan PAS Negeri Selangor diketuai, Dr Supyan Hussein.