DATO’ SERI TUAN GURU ABD HADI AWANG DICALONKAN SEMULA SEBAGAI PRESIDEN PAS

28 04 2015

IMG-20150427-WA0090Tanjong Karang, 27 Apr    :     Mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Tanjong Karang pada hari ini sebulat suara telah mencalonkan, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, sebagai Presiden PAS bagi sesi 2015 / 2017.

Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, pula telah dicalonkan sebulat suara sebagai Timbalan Presiden PAS. Manakala Salahuddin Ayub, Ustaz Idris Ahmad dan Dato’ Iskandar Abdul Samad masing-masing dicalonkan sebagai Naib-naib Presiden PAS.
IMG-20150427-WA0087
Sementara itu, dalam mesyuarat yang sama, Mohamad Faizal Mohamed Barja, telah sebulat suara dilantik sebagai Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang yang baru bagi sesi 2015 / 2017, manakala Haji Othman Ngah, Mohamad Azman Abd Azis dan Sharuddin Sarman masing-masing dilantik sebagai Penolong-penolong Setiausaha PAS Kawasan.

Haji Roslan Jamaluddin pula dilantik sebagai Bendahari PAS Kawasan yang baru, manakala Drs Mohamad Rashdi Deraman sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan dan Ustaz Mat Hasbollah Sudin sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan Tanjong Karang.





NOR AZ AZLAN AHMAD DIPILIH MENERAJUI PAS KAWASAN SSI 2015 – 2017

28 04 2015

Tanjong Karang, 25 Apr    :    Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Tanjong Karang kali ke 52  hari ini telah memilih Yang Dipertua PAS IMG-20150427-WA0017(YDP) yang baru, setelah perwakilan memilih, Nor Az Azlan Ahmad, untuk menerajui PAS Kawasan Tanjong Karang bagi sesi 2015 – 2017 yang diadakan di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) dan dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi.

Bekas Setiausaha PAS Kawasan (2009 – 2013), Nor Azlan telah memperolehi 105 undi berbanding mencabarnya Ustaz Mohd Zamri Zainuldin (83) dan Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin (11).

Selain YDP, Perwakilan PAS Kawasan turut memilih Timbalan, Naib dan Ketua Urusan ‘Ulamak PAS kawasan yang baru untuk sesi kali ini. Bagi jawatan Timbalan YDP PAS Kawasan pula, Ustaz Mohamad Judi Sarjo telah menewaskan Haji Misran Serman dan Drs Mohamad Rashdi Deraman, apabila Mohd Judi memperolehi 97 undi berbanding dua pencabarnya, Misran (54) dan Rashdi (47).
IMG-20150426-WA0017
Haji Mohd Maskuri Mardzuki pula telah dipilih sebagai Naib YDP PAS Kawasan setelah mendapat 94 undi dengan perbezaan 5 undi dengan Haji Othman Ngah yang memperolehi 89 undi.

Bagi Ketua Urusan ‘Ulamak PAS Kawasan pula, Ustaz Mohd Shaaban Sujak telah menewaskan penyandangnya, Ustaz Musa Mohd, apabila memperolehi 114 undi berbanding Ustaz Musa (71).

Untuk Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan Tanjong Karang pula, bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit 4, Esa Ramli, telah mendapat undian tertinggi dengan memperolehi 119 undi.
IMG-20150425-WA0072
Diikuti Oleh, Haji Mohd Sa’ad Bakar (117), Mohamad Faizal Mohamed Barja (113), Mad Janal Nawawi (108), Haji Miskon Misani (103), Haji Roslan Jamaluddin (103), Haji Jayus Suraji (99), Mohamad Jinal Ariffin (95), Hanafi Mohd Mat Dom (93), Ustaz Mat Harun Saman (92), Sri Rahayu Cham Sari (92), Mohamad Azman Abd Azis (88), Ustaz Mohamad Adzim Basri (86), Norsidah Samat (85), Hajah Hartati Moharom (78) dan Haji Othman Shamsudin (78).

Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap pula dimenangi tanpa bertanding oleh penyandang Dr Abd Manaf Salleh dan muka baru Sharuddin Yusof. Turut dimenangi tanpa bertanding ialah Pemeriksa kira-kira PAS Kawasan yang dipegang oleh kedua-dua penyandang sebelumnya iaitu, Haji Abd Aziz Sadiman dan  Haji Sulaiman Selamat.





KETUA PEMUDA PAS JELASKAN SEBAB TIDAK HANTAR PERWAKILAN

28 04 2015

Tanjong Karang, 25 Apr    : Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Tanjong Karang kali ke-52 pada hari ini telah berlaku sedikit ketengangan pada  apabila seorang perwakilan bertanya mengenai ketiadaan Perwakilan daripada Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan sIMG-20150426-WA0013eramai 15 orang.

Hanafi Mohd Mat, Dom dari Cawangan Sungai Tengi Kiri, telah bangun dan bertanya mengenai ketiadaan 15 orang perwakilan dari DPP Kawasan, sedangkan dalam masa yang sama Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan ada menghantar 15 orang perwakilannya.

Ketua DPP Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud, telah menjelaskan kepada perwakilan, DPP Kawasan Tanjong Karang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya kali ke-51 di Dewan Darul Ma’arif Block T Sawah Sempadan pada 4hb April 2015 yang lalu.

DPP Kawasan juga katanya, telah membentuk Ahli Jawatankuasa hariannya dan melantik 15 orang perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Tanjong Karang.

Walaubagaimanapun, Ketua  Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC) Batu 9 Kampong Tengah, Ustaz Mohamad Adzim Basri, yang juga calon yang tewas sebagai Ketua dan Timbalan Ketua DPP Kawasan, telah membuat laporan kepada PAS Pusat mendakwa terdapat perwakilan Permuda PAS Cawangan yang hadir bukan ahli PAS.

Setelah disemak oleh PAS Pusat dan Setiausaha DPP Kawasan sebelum ini, antara cawangan yang menghantar perwakilan secara tidak sah ialah Cawangan Ujong Permatang, Sungai Kajang dan Jalan Bomba.

“Saya amat kesal IMG-20150426-WA0021dengan tindakan beberapa Cawangan yang menghantar Perwakilan dikalangan bukan Ahli dan menyebabkan Mesyuarat Agung DPP Kawasan dibatalkan” ujarnya lagi.

Kami juga kesal, katanya, PAS Pusat tidak pernah memanggil kami untuk meminta penjelasan, tetapi semalam kami telah menerima notis daripada PAS Pusat yang menyatakan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan DPP Kawasan tidak sah dah dibatalkan.

Walaupun saya sedih sewaktu menerima surat tersebut, tetapi saya terpaksa mengarahkan perwakilan DPP Kawasan yang telah dilantik supaya tidak hadir sebagai kerana saya bimbang sekiranya selepas daripada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan ada pihak yang tidak berpuas hati akan sekali lagi membuat laporan kepada PAS Pusat dan menyebabkan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan dibatalkan.

Tetapi, saya telah mengarahkan perwakilan Pemuda PAS Kawasan hadir sebagai Perwakilan melalui PAS Cawangan-cawangan pada hari ini, ujarnya lagi kesal.





Bangi Care dan Briged Kebajikan Kerjasama Bina Rumah Sulaiman Alang

22 04 2015

Tanjong Karang, 21 Apr    :    Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Haji Shafie Ngah, hari ini telah IMG-20150421-WA0098berkesempatan melawat rumah Ketua PAS Cawangan Tali Ayer 1 Sungai Burong, Sulaiman Alang atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Ibrahim, yang terbakar pada 16hb April yang lalu.

Dalam kejadian itu rumah yang dihuni oleh Pak Ibrahim sekeluarga  telah hangus terbakar sama sekali dipercayai akibat daripada litar pintas. Jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM280,000.00.

Menurut Ustaz Shafie, Saya memang mengenali keluarga Pak Ibrahim sejak sekian lama dan apabila mendapat tahu melalui Akhbar mengenai rumahnya yang hangus terbakar saya rasa terpanggil untuk melawat dan melihat sendiri rumah beliau.

Melalui Bangi Care, kami akan menyumbangkan sebanyak RM30,000.00 untuk Pak Ibrahim membina semula rumahnya untuk memulakan hidup baru, kami akan bekerjasama dengan Briged Kebajikan Tanjong IMG-20150421-WA0093Karang untuk membina semula rumahnya dengan kadar segera, tambahan pula bulan Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi, katanya yang juga Timbalan Speaker DUN Selangor.

Ujar Ahli Dewan Negeri Selangor (DNS) Kawasan Bangi itu lagi, saya dimaklumkan status tanahnya mempunyai sedikit masalah, jadi saya telah berbincang dengan Pengerusi Briged Kebajikan Tanjong Karang, Mohamad Faizal Mohamed Barja, untuk membantu melalui Bangi Care.

Terdahulu daripada itu, beliau telah berkesempatan menziarahi bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Block COJ, Haji Sujak Arshad, yang juga Ketua PAS Cawangan Raden Mas Block N Sawah Sempadan, yang baru kehilangan anaknya, Mohd Zamri Sujak, yang juga Timbalan Pengerusi ARC Selangor bulan Februari lalu.

IMG-20150421-WA0080Saya baru sahaja mengetahui Allahyarham telah kembali kerahmatullah sejak bulan Februari yang lalu dan rasa terkejut, memandangkan Allahyarham selalu mengiringi saya bersama anggota ARC di Bangi.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Roslan Jamaluddin, Haji Othman Ngah, Esa Ramli, Bekas Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo dan Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Zon 1A Tanjong Karang.





Rumah Warga Emas Hangus Terbakar

17 04 2015

Parit Satu 16 Apr: Seorang pemandu teksi, Sulaiman Alang, 68, kerugian kira-kira RM280,000 apabila rumahnya hangus terbakar kira-kira jam 12.30 tengahari tadi di Tali Air 1 Sungai Burong. Kejadian dipercayai IMG-20150416-WA0076berpunca akibat daripada litar pintas.

Menurut Sulaiman, Sewaktu kejadian saya baru 15 minit sampai dirumah. Api mula merebak daripada bilik dan dalam masa 30 minit seluruh rumahnya hangus dijilat api, dan tidak dapat menyelamatkan dokumen peribadi serta pakaian.

Selain kerugian harta benda, katanya, wang tunai sebanyak RM3,000 yang disimpan untuk menggantikan bumbung rumahnya turut hangus terbakar. Hanya 3 buah motorsikal dan sebuah teksi miliknya berjaya diselamatkan.

Wakil Briged Kebajikan Tanjong Karang, Mohamad Judi Sarjo, berkata, sewaktu kejadian saya dalam perjalanan ke Sabak Bernam, dan mendapat maklumat mengenai kebakaran tersebut dan singgah untuk melihat kebakaran yang menimpa rumah rakannya itu.
IMG-20150416-WA0060
“Saya amat bersimpati dengan ujian yang menimpa Pak Sulaiman atau lebih dikenali dengan panggilan “Mat Sabu” di kalangan rakan-rakannya dan mendoakan agar beliau dan keluarga tabah menghadapi ujian” katanya lagi yang turut menyampaikan sumbangan untuk membantu rakannya itu.

Turut menziarahi, Sulaiman, yang juga Ketua PAS Cawangan Tali Ayer 1 Sungai Burong, ialah Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad dan Ketua PAS Cawangan Parit 2 Sungai Burong, Haji Ahmad Jani Sarwan.





Ahmad Fadhli Dicalonkan sebagai Ketua Pemuda

7 04 2015

fadhli shaariTanjong Karang, 6 Apr     :    Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Tanjong Karang hari ini  telah bersetuju mencalonkan Ketua DPP Negeri Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK)  DPP Malaysia sebagai Ketua DPP Malaysia, kata Ketua DPP Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud, selepas Mesyuarat pertama AJK DPP Kawasan Tanjong Karang.

Sementara itu menyandang jawatan, Ustaz Muhamad Khalil Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Ir. Khairil Nizam Khairuddin masing-masing dicalonkan semula sebagai Timbalan Dan Naib Ketua DPP Malaysia bagi sesi 2015-2017.

Dalam mesyuarat pertama tersebut juga, Penggerak belia Tempatan (PeBT) Zon 1A Tanjong Karang, Mohamad Azman Abdul Azis telah dilantik sebagai Setiausaha DPP Kawasan yang baru, manakala Mohd Hairussalam Spas sel - ahli harian dppk 2015ujak, Ustaz S.M Mubaroq Omar dan Mohd Hairusyafiq Masran masing-masing telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha DPP Kawasan bagi sesi 2015-2017.

Pengerusi Induk PeBT Majlis  Daerah Kuala Selangor (MDKS), Sharan Mohd Salleh pula telah diamanahkan sebagai Bendahari DPP Kawasan, Ketua Penerangan pula disandang oleh Mat Amin Mahat dan Shah Rizal Mohd Sabrah sebagai Pengarah Pilihan Raya DPP Kawasan.

Mesyuarat yang diadakan di Maahad Thahfiz Jamiul Hasanah Batu 10 itu juga telah melantik Norazrin Mohd Ladi sebagai Komander Jabatan Amal dan Muhamad Abdul Majid sebagai Pengarah Jabatan PASTI Kawasan.

Semua yang dilantik, kecuali Muhammad,  telah dipilih sebagai AJK DPP Kawasan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan DPP Kawasan yang diadakan pada 4 April 2015 yang lalu.

Dalam Mesyuarat Agung tersebut juga, Mohd Misnadi Manzum Jamil dan Mohd Faizal Mohd Barja, mesing-masing telah dipilih sebagai Timbalan dan Naib Ketua DPP Kawasan Tanjong Karang





Kekal Jawatan Ketua Pemuda PAS Tiga Penggal Berturut-turut

5 04 2015

Tanjong Karang, 4 April : Muhamad Jafaruddin Sheik Daud, telah dipilih semula sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang untuk kali ketiga berturut-turut selepas berjaya menewaskan pencabarnya MohamadIMG-20150408-WA0038 Adzim Basri di dalam Mesyuarat Agung Tahunan DPP Tanjong Karang kali ke-51.

Bagi jawatan Timbalan dan Naib Ketua pula perwakilan telah memilih Mohd Misnadi Manzum Jamil dan Mohamad Faizal Mohamed Barja, untuk membantu Ketua DPP Kawasan bagi sesi 2015/2017 kali ini. Manzum sebelum ini adalah merupakan Naib Ketua, manakala Faizal pula adalah merupakan Setiausaha DPP Kawasan sejak tahun 2003.

Sementara itu Komander Jabatan Amal Tanjong Karang, Mat Amin Mahat telah mendapat undian tertinggi untuk jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) DPP Tanjong Karang, diikuti oleh tujuh yang lain iaitu, Mohd Hairussalam Sujak,  S.M Mubaroq Omar, Sharan Mohd Salleh, Norazrin Mohd Ladi, Mohd Azman Abd Azis, Shahrizal Mohd Sabrah dan  muka baru, Mohd Hairusyafiq Masran.

Mohd Fadzli Mustapa, pula telah dipilih oleh perwakilan sebagai Pengerusi Tetap DPP Tanjong Karang dan Adib Amat Mustakim, Roslizam Rosman serta Mohd Sofian Mohd Kalil masing-masing telah diisytiharkan Menang Tanpa Bertanding (MTB) bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap dan Pemeriksa kira-kira 1 dan 2 DPP Kawasan bagi sesi kali ini.

Mesyuarat Agung kali ini telah diadakan di Dewan Darul Ma’arif, Block T Sawah Sempadan, Tanjong Karang dan telah IMG-20150408-WA0033dirasmikan oleh Setiausaha Lajnah Tarbiyah DPP Negeri Selangor, Ustaz Ahmad Hakimi.

Di dalam ucapan penangguhannya, Jafaruddin, berharap seluruh pemuda merapatkan semula barisan selepas daripada pemilihan ini.

“Jangan jadikan keputusan pemilihan pada kali ini sebagai satu titik tolak untuk merenggangkan hubungan sesama ahli, sebaliknya semua mestilah bersama-sama dengan DPP Kawasan untuk terus memacu organisasi ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang”