27 03 2013

IMG-20130329-WA0086





Umno Khianat Kepada Orang-orang Melayu

25 03 2013

IMG-20130322-WA0191Tanjong Karang, 22 Mac    : Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, berkata, selama ini Umno mendakwa PAS diperkuda oleh DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat (PR), tetapi sebaliknya Umnolah yang telah diperkuda oleh MCA dan MIC untuk mengekalkan kuasa mereka selama ini.

Kita lihat daripada 222 kerusi Parlimen, Umno telah menyerahkan sebanyak 21 kerusi yang mempunyai majoriti Melayu kepada parti komponen mereka iaitu MCA, MIC dan Gerakan. Tetapi PAS bersama-sama dengan PR telah berjaya mengambil semula kerusi tersebut seperti di Parlimen Kota Raja, yang dimenangi oleh calon PAS, Dr Hajah Siti Mariah Mahmud, di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lalu, katanya yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu.

“Malah selama ini ahli-ahli Umno yang kononnya memperjuangkan Melayu turut bekerja keras untuk memenangkan calon-calon bukan Melayu dan memangkah mereka semata-mata mahu memenangkan Barisan Nasional 20130322_225217(Bn). Jadi apakah ertinya perjuangan Melayu yang mereka perjuangkan selama ini?” soalnya

“Sebaliknya di dalam PR, DAP hanya bertanding dikawasan yang mempunyai majoriti Cina, manakala PAS bertanding di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu manakala PKR di  Kawasan Majoriti Melayu dan campuran”, katanya lagi

Begitu juga dakwaan kononnya, apabila PR mengambil alih Putra Jaya DAP akan mentadbir Malaysia, dakwaan berkenaan sangat tidak berasas, sedangkan DAP hanya bertanding antara 50-60 kerusi Parlimen sedangkan PAS dan PKR masing-masing bertanding lebih daripada 70 kerusi Parlimen. Oleh yang demikian rakyat jangan percaya dengan propaganda yang dimainkan oleh Umno melalui media massa, katanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Terengganu itu lagi.
20130322_222710
Beliau berkata demikian sewaktu berucap di Perhentian bas Tanjong Karang dalam siri lawatannya ke Kawasan Tanjong Karang. Turut berucap ialah Pesuruhajya PAS Negeri Selangor, Dr Haji Abd Rani Osman, yang juga ADUN Meru dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani. Hadir sama ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi dan Ketua PKR Cabang Tanjong Karang, Haji Mohd Yahya Mat Sahri.

Justeru itu, katanya, sekiranya Umno medakwa PAS menjadi kuda tunggangan kepada DAP dan PKR untuk mendapatkan kuasa, dakwaan tersebut adalah tidak berasas sama sekali, sebaliknya Umnolah yang selama ini mengkhianati orang-orang Melayu dengan menyerahkan kerusi-kerusi yang mempunyai majoriti Melayu kepada bukan Melayu.





Rasulullah S.A.W Juga Pernah Mengadakan Kerjasama Dengan Bukan Islam

25 03 2013

Tanjong Karang, 22 Mac    :    Tahaluf Siayasi (Kerjasama) antara PAS dan DAP bukanlah merupakan satu20130322_225233 perkara baru, bahkan telah berlaku sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi, sebagaimana beberapa sirah (sejarah) dalam perjuangan Islam, katan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Semasa Rasulullah dan para sahabat hendak berhijrah, Baginda telah meminta bantuan daripada  orang bukan Islam iaitu Abdullah bin Uraiqit sebagai pemandu ataupun penunjuk jalan kepada rombongan yang diketuai oleh Baginda untuk berhijarah ke Madinah, katanya Ahli Parlimen Marang, Terengganu itu lagi.

Ahli Majlis Syura Ulama’ PAS Pusat itu juga berkata, “Begitu juga sewaktu Baginda di Madinah, Rasulullah telah mengadakan permuafakatan dengan bukan Islam dari golongan kafir Madinah sehingga termetrainya perjanjian ataupun yang disebut sebagai piagam Madinah”

Selain itu, Rasulullah S.A.W juga pernah membuat perjanjian dengan Bani Khuza’ah dan lain-lain, katanya lagi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Terengganu.

Oleh yang demikian, Kerjasama diantara PAS dan DAP adalah berdasarkan kepada sejarah Islam dan dibolehkan oleh Syara’ kerana 20130322_224357Majlis Syura Ulama’ PAS yang menjadi pemandu perjuangan PAS sejak daripada awal lagi. Ini berbeza dengan kerjasama antara Umno dan parti komponen mereka yang mengadakan kerjasama  semata-mata hanya untuk mendapatkan kuasa, katanya Bekas Menteri Besar Terengganu itu lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di Perhentian bas Tanjong Karang dalam siri lawatannya ke Kawasan Tanjong Karang. Turut berucap ialah Pesuruhajya PAS Negeri Selangor, Dr Haji Abd Rani Osman, yang juga ADUN Meru dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani. Hadir sama ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi dan Ketua PKR Cabang Tanjong Karang, Haji Mohd Yahya Mat Sahri.

Terdahulu daripada itu Tuan Guru Abdul Hadi, telah mengadakan taklimat tertutup dengan jentera Pilihan Raya PAS Tanjong Karang di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) dan telah dihadiri oleh seramai 600 orang.





19 03 2013

Banner TGHH 10X4X5pcs





Raja-raja Melayu dan Agama Islam Kekal Sebagaimana Sekarang

19 03 2013

Tanjong Karang, 18 Mac    :    Di Petaling Jaya Umno telah menyebarkan risalah dari rumah ke rumah untuk menakut-nakutkan 20130318_222443pengundi supaya tidak menyokong Pakatan Rakyat (PR). Antara yang terkandung di dalam risalah tersebut ialah sekiranya PR memerintah kuasa Raja-raja Melayu akan terhapus, Malaysia akan menjadi Negara Kristian, Bahasa Inggeris akan akan menggantikan Bahasa Melayu dan sebagainya, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian.

“Kita lihat sejarah siapakah yang menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu di Negara ini dan siapakah yang mengeluarkan kata-keta kesat terhadap Sultan Terengganu semasa hendak melantik Menteri Besar Terengganu tahun 2008 yang lalu?” soalnya

“Begitu juga mengenai dakwaan kononnya negara ini akan menjadi negara Kristian seandainya PR mengambil alih Putrajaya. Ini adalah satu propaganda yang sengaja dimain-mainkan oleh pihak Umno, sedangkan semua orang tahu bahawa majoriti rakyat negara ini adalah terdiri dari orang Melayu dan beragama Islam. Dan jika dilihat dari sudut kepimpinan DAP tidak ampai 20% pun pemimpinnya terdiri dari yang beragama Kristian yang lainnya beragama Budha” katanya lagi

“Mengenai dakwaan kononnya Bahasa Inggeris akan menggantikan Bahasa20130318_222209 Melayu seandainya PR mengambil alih Kerajaan Pusat, kita boleh lihat sebelum daripada ini siapa yang menukar pembelajaran Sains dan Matematik dari Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris, PR ataupun Umno?” soalnya lagi

Beliau berkata demikian, sewaktu menyampaikan ceramah di Munajat dan Harapan Rakyat yang diadakan di Perhentian Bas Tanjong Karang bersama-sama dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Dato’ Fauzi Shaari.

Oleh yang demikian, katanya, rakyat diminta supaya tidak mempercayai propaganda yang sering dimainkan oleh media dan Umno yang diedar melalui risalah-risalah dan sebagainya, kerana PR telah menandatangani perjanjian persefahaman iaitu apabila PR mengambil alih Putrajaya, kuasa Raja-raja Melayu kekal sebagaimana sekarang, begitu juga Agama Islam adalah merupakan agama rasmi negara disamping itu Agama lain bebas diamalkan oleh penganut masing masing dan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara, katanya lagi.





Lakukan Perubahan Untuk Kebaikan Generasi Akan Datang

19 03 2013

20130318_231952Tanjong Karang, 18 Mac    :    Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Dato’ Fauzi Shaari, hari ini meminta orang ramai supaya berani untuk membuat perubahan bagi menjamin masa depan mereka dan generasi akan datang.

Negara ini telah 50 tahun ditadbir dibawah Umno, kita lihat sekarang banyak berlaku masalah yang melanda negara ini seperti gejala sosial, rasuah, salah urus tadbir wang negara dan sebagainya. Semua ini tidak dapat diperbetulkan seandainya tidak berlaku perubahan dalam pentadbiran negara, katanya lagi.

Orang ramai jangan bimbang seandainya berlaku perubahan dalam pentadbiran negara ini, kerana perubahan kepimpinan20130318_220506 bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi diseluruh dunia. Tidak ada didunia ini sebuah kerajaan yang kekal selama-lamanya, ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian, sewaktu menyampaikan ceramah di Munajat dan Harapan Rakyat yang diadakan di Perhentian Bas Tanjong Karang bersama-sama dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian.

PAS, katanya, sejak dahulu lagi konsisten untuk membawa perubahan dalam sistem pemerintahan berteraskan Islam, oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kepada semua orang terutamanya orang Melayu yang beragama Islam untuk membantu memenangkan PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.





Kerajaan PR Selesaikan Masalah Hak Milik Tanah

19 03 2013

Tanjong Karang, 18 Mac    :    Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, hari ini berkata, Komitmen 20130318_220527Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu rakyat tidak dapat disangkal lagi, yang terbaru Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, berjaya menyelesaikan pemberian Hak Milik Tanah penduduk di Kampung Seri Tiram Jaya.

Setelah hampir 40 tahun rakyat menanti Hak Milik Tanah yang mereka terokai akhirnya seramai 138 orang penduduk Kampung Seri Tiram Jaya telah memperolehinya dan disampaikan sendiri oleh Menteri Besar minggu lepas, katanya lagi yang juga Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong.

Sebelum Pakatan Rakyat (PR) memerintah Negeri Selangor, Umno hanya menjanjian Hak Milik tersebut diberikan seandainya20130318_221803 mereka memberi sokongan kepada Barisan Nasional (Bn) dalam Pilihan Raya umum (PRU). Tetapi selepas PRU, janji hanya tinggal janji, dan apabila tiba waktu PRU mereka sekali lagi berjanji untuk menyelesaikan masalah tanah tersebut, itulah yang mereka lakukan kepada rakyat, katanya lagi.

Namun dibawah PR, Kerajaan Negeri benar-benar konsisten untuk membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik dan bangsa, oleh itu rakyat diminta terus memberikan sokongan kepada PR dalam PRU akan datang dan sama-sama membuat perubahan pada PRU kali ini, kata bekas Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) itu lagi.

Beliau berkata demikian, sewaktu menyampaikan ceramah di Munajat dan Harapan Rakyat yang diadakan di Perhentian Bas Tanjong Karang bersama-sama dengan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dan  Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian.





17 03 2013

IMG-20130316-WA0062





138 Orang Penduduk Terima Hak Milik Tanah

12 03 2013

Seri Tiram Jaya, 12 Mac    : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, IMG-20130312-WA0071berkata, Kerajaan Negeri bertekad untuk membantu menyelesaikan hak milik tanah yang mereka usahakan sejak berpuluh tahun dahulu tanpa mengira fahaman politik dan bangsa.

Kerajaan negeri mahun menyelesaikan isu tanah secara menyeluruh. Jika perlu diubah, kita ubah untuk kebaikan rakyat. Mungkin ada yang tidak senang dengan saya sebab menggunakan cara yang luar biasa, namun jika tidak berbuat demikian, masalah tidak akan selesai, katanya lagi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam

Tanah yang diusahakan oleh rakyat adalah hak mereka dan septutnya mereka telah lama diberikan hak pemilikan tanah tersebut hasil daripada titik peluh mereka sejak puluhan tahun yang lalu. Ada dikalangan peneroka yang tidak sempat mendapat hak milik tanah yang mereka usahakan kerana telah meninggal dunia, tetapi usaha mereka tidak sia-sia kerana anak-anak mereka telah memperolehi hak milik tersebut hasil daripada usaha bapa mereka, katan488026_445446785531674_1859958400_nya lagi yang juga     Ahli Dewan Negeri (ADUN) Ijok.

Beliau berkata demikian, sewaktu berucap semasa program penyerahan Hak Milik Tanah kepada seramai 138 orang penduduk Kampung Seri Tiram Jaya di Dewan Orang Ramai. Hadir sama dimajlis berkenaan ialah Orang Besar Daerah (OBD) Kuala Selangor, Dato’ Mohamad Yaacob Dato’ Ismail, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohamad Yasid Bidin, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Hajah Noraini Roslan, Pengawai Penyelaras DUN Permatang, Haji Mohd Yahya Mat Sahri dan Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz 20130312_113428Mohamad Judi Sarjo.

Saya ingin menasihatkan rakyat, supaya jangan menjual tanah yang mereka telah perolehi demi untuk mendapat keuntungan segera. Hargailah harta tersebut untuk generasi akan datang, kerana tanah adalah merupakan asset yang penting, kerana nilainya akan sentiasa bertambah seiring dengan pembangunan yang semakin pesat di daerah ini, katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Pada majlis yang sama, Khalid, turut diraikan oleh penduduk dengan pulut kuning sempena dengan genap lima tahun pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di Negeri Selangor dan genap lima tahun beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.





Manfaatkan Dataran Anak Muda Untuk Kemudahan Semua Pihak

11 03 2013

IMG-20130309-WA0060Tanjong Karang, 9 Mac    :    Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, menggesa golongan belia memanfaatkan sepenuhnya Dataran Anak Muda dan Gelanggang Futsal yang dibina oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor dengan sebaiknya untuk melakukan sebarang aktiviti riadah bagi menjaga kesihatan tubuh badan, terutamanya bagi anak-anak muda.

Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk menambahkan kemudahan yang sedia ada untuk keselesaan dan menarik minat orang ramai menggunakan Dataran Anak Muda  seperti kemudahan wifi secara percuma dan seterusnya memanfaatkan kemudahan yang disediakan supaya tidak berlaku pembaziran, kata Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sijangkang itu.

Saya juga ingin menyeru kepada semua pihak agar sama-sama bertanggungjawab bagi memastikan kemudahan yang disediakan ini dijaga dengan baik dan tidak berlaku budaya “vandalisme” dikalangan anak-anak muda disini. Hargailah segala kemudahan yang disediakan untuk kesenangan semua pihak, katanya lagi.

Kerajaan Negeri, katanya, telah membelanjakan hampir RM200 ribu di setiap Dew270752_444114512331568_1368297507_nan Negeri (DUN) dengan menggunakan peruntukan daripada Selangorku untuk membina Dataran Anak Muda. Saya juga harap gelanggang ini akan dimanfaatkan oleh seluruh lapisan masyarakat.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Mini Karnival dan Dataran Anak Muda DUN Sungai Burong yang diadakan di Padang Astaka Tanjong Karang. Hadir sama ialah Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Faizal Mohd Barja, Haji Misran Serman, Nor Az Azlan Ahmad, Zainal Abidin Abdul Samad, Lee Bon Hong, Penghulu Mukim Tanjong Karang 2, Sharul Effendi Zainurdin dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)