YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Membahaskan Titah Ucapan SPB YDP Agong Tahun 2012

15 03 2012





368 Ketua Kampung Terima Surat Perlantikan

12 03 2012

Kuala Selangor, 11 Mac    :    Seramai 368 orang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh Selangangor telah menerima watilah dalam perlantikan daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu majlis penyampaian surat perlantikan Ketua Kampung Tradisi Negeri Selangor yang diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Daripada jumlah tersebut, seramai 331 orang adalah Pengerusi JKKK yang dilantik semula manakala 37 orang adalah muka baru.

Di dalam ucapannya, Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sejumlah  RM30 juta kepada setiap kampong tradisi di negeri ini khusus untuk pembangunan setempat. Selain itu Kerajaan negeri juga akan menganjurkan kursus teknologi maklumat dan komunikasi kepada ketua kampong bagi melancarkan gerak kerja dan menyenangkan urusan mereka dengan penduduk setempat.

Bagi DUN Sungai Burong, semua Pengerusi JKKK dikekalkan iaitu, Saipuddin Ismail (Parit 2 Sungai Burong), Md Abbas Mujikan (Parit 3 Sungai Burong), Esa Ramli (Parit 4 Sungai Burong), Md Yatim Mohd Said (Sungai Burong Kampong), Mad Janal Nawawi (Parit 3 Seri Gambut), Musa Hussain (Sungai Sireh), Haji Abd Basid Abbas (Kmapung Haji Razali), Haji Roslan Basri (Sungai Tengi Kiri) Ustaz Khairon Dahlan (Sungai Kajang) Hamidon Salim (Kampung Ampangan), Mohamad Tasimin Pomin (Kampung Pinang) Abdullah Najib Shaari (Kampung Melaka), Heng Seng Soo (Bangan Sungai Tengkorak) dan Lim Hock Tiong bagi Mukim Tanjong Karang 1.

Manakala Mukim Tanjong Karang 2 pula ialah Haji Mustapa Abdul Karim (Sungai Tengi Kanan Darat), Haji Juhari Satiran (Sungai Tengi Kanan Baroh), Arbany Katimin (Block AGH), Mat Tekor Jalil (Block I), Haji Sujak Arshad (Block COJ), Norzman Serin (Kampung Tok Adam) Mohamad Jamhari Kassim) Kunci Air Buang LMN dan Lim Soon Kee (Bagan Pasir) masing-masing kekal.

Turut hadir ialah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor, Dr Yaakop Sapari, Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Khairi, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan ADUN Bukit Malawati, Muthiah Mariapilly.

Pegawai Daerah Kuala Selangor, Dato’ Haji Misri Idris, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Hajjah Noraini Roslan, Ahli-ahli Majlis, MDKS, Nor Az Azlan Ahmad, Haji Sharuddin Dahlan dan Ustaz Ahmad Alang.





Jumlah Peserta Jom Shopping Meningkat

10 03 2012

Alam Jaya, 10 Mac    : Program jom Shopping yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor terus mendapat sambutan daripada masyarakat. Berbanding program sebelum ini, jumlah peserta yang menyertai program jom shopping telah meningkat seramai 200 orang.

Melalui program seumpama ini, warga emas di Negeri Selangor yang berusia 60 tahun keatas dan telah mendaftar melalui Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diberikan baucer sebanyak RM100.00 untuk mereka membeli belah di pasaraya econsave.

Menurut Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, program ini terus mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga emas. Jika sebelum ini jumlah peserta yang dibawa setiap program ialah seramai 100 orang, namun atas permintaan ramai, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk menambah jumlah bilangan peserta.

Mereka melahirkan rasa gembira dengan langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor dibawah PR, yang begitu prihatin dengan golongan warga emas. Ia juga secara tidak langsung telah dapat memberikan mereka peluang untuk membeli belah barangan keprluan harian serta dapat mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Hadir sama dalam program tersebut ialah, Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Misran Serman, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Block COJ, Haji Sujak Arshad dan Pengerusi JKKK Kampung Sungai Tengi Kanan Baroh, Haji Juhari Satiran.





65 Orang Pelajar Terima Beg Selangorku

10 03 2012

Sungai Tengi Kanan, 9 Mac    :    Seramai 65 orang pelajar kurang berkemampuan telah diberikan sumbangan beg sekolah daripada Kerajaan Negeri Selangor dan disampaikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Tengi Kanan di Kampong Masjid Baroh.

Di dalam ucapannya, Ustaz Mohd Judi berkata, Kerajaan Negeri Selangor sangat komited untuk melihat perkembangan pelajar-pelajar. Kerana mereka adalah pemimpin pada masa hadapan, kepribadian pelajar banyak terbentuk melalui peranan yang dimainkan oleh guru-guru.

Namun, katanya, ibubapa juga turut memainkan peranan yang besar sebagai orang yang bertanggungjawab dalam memastikan setiap pembelajaran yang diajar di sekolah dapat dipraktikkan di rumah.

Dipihak Kerajaan Negeri Selangor pula, sejak PR mentadbir negeri ini, Kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah wang untuk memberikan sumbangan beg sekolah khusus kepada pelajar yang terdiri dari keluarga yang kurang berkemampuan. Ini secara tidak langsung akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka, katanya lagi yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Sungai Tengi Kanan Darat, Haji Mustapa Abdul Karim, Pengerusi JKKK Sungai Tengi Kanan Baroh, Haji Juhari Satiran dan Pengerusi JKKK Block COJ, Haji Sujak Arshad.





17 Orang Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor Sesi 2012-2013 Angkat Sumpah

9 03 2012

Kuala Selangor, 9 Mac    :    Seramai  17  daripada 19 orang Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) yang dipilih bagi sesi 2012 – 2013 telah mengangkat sumpah pada hari ini, termasuk tiga wakil PAS Kawasan Tanjong Karang di Bilik Mesyuarat tingkat 1, MDKS.

Daripada jumlah tersebut seramai 15 orang dilantik semula manakala 4 orang lagi muka baru manakala 5 lagi wakil akan dilantik kemudian, yang terdiri dari seorang PKR, 2 DAP dan 2 NGO. Perlantikan pada sesi ini mulai pada 1 Mac 2012 sehingga 31 Disember 2013.

Majlis dimulakan dengan  taklimat yang disampaikan oleh Setiausaha MDKS, Haji Azahari Sairin kepada semua Ahli-ahli MDKS terutamanya yang baru dan bacaan doa. Diikuti dengan upacara angkat sumpah jawatan yang dimulakan oleh Yang Dipertua (YDP) MDKS, Hajjah Noraini Roslan dan Setiausaha MDKS, sebagai Timbalan YDP MDKS.

Di ikuti oleh Nor Az Azlan Ahmad, Zainal Abidin Abdul Samad, Haji Misran Serman, Haji Sharuddin Dahlan, Ustaz Haji Ahmad Alang, Norfaizah Ismail, Yap Kee Thian, Mohd Faizal Mohd Barja,  Thanarsu A/L Krishnan, Thirumoorthy A/L Periasamy, Lakshmanan A/L Subramoniam, Navaratnam Chandran A/L Kanagaratnam dan Kwi Ai Mei adalah antara Ahli Majlis yang dilantik semula

Manakala Mariana Abdullah, Tan Kik Meng, Lee Bon Heng dan Ng Kok Guan adalah antara muka baru yang dilantik pada sesi kali ini.

2 Orang Ahli Majlis yang tidak dapat hadir dan akan mengangkat sumpah kemudian ialah Dato’ Haji Mohamad Yaacob Dato’ Ismail dan Haji Mohd Fakharudin Ismail.

Bagi sekretariat Ahli-ahli Majlis pada sesi kali ini ialah, Nor Az Azlan Ahmad (PAS), Zainal Abidin Abdul Samat (PKR), Tan Kik Meng (DAP) dan Thirumoorthy Periasamy (NGO) telah dilantik sebagai Ketua Whip bagi mewakili organisasi masing-masing, manakala Mohd Faizal Mohd Barja dikekalkan sebagai Setiausaha Sekretariat untuk sesi kali ini.





Klinik 1Malaysia Tidak Jadi Dibuka di Tanjong Karang

8 03 2012

Tanjong Karang, 8 Mac    : Satu lagi pembaziran wang rakyat dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (Bn) di Tanjong Karang. Klinik 1Malaysia yang diletakkan di bawah Pejabat PAS Kawasan Tanjong Karang  dan telah disiapkan sejak awal Januari 2012, tetapi tidak beroperasi sehingga akhir bulan Februari menjadi tanda tanya rakyat di Tanjong Karang.

Lebih menjadi tanda Tanya apabila papan tanda diatas klinik dan di tepi jalan telah diletakkan menandakan klinik tersebut memang sudah hampir hendak beroperasi.

Namun sejak awal minggu ini kelihatan papan tanda yang diletakkan sebelum ini sudah dicabut menandakan klinik tersebut tidak jadi untuk beroperasi.

Soalnya siapa yang merancang untuk membina klinik 1Malaysia dibawah Pejabat PAS Tanjong Karang tersebut dan mengapa apabila sudah siap tidak jadi untuk beroperasi. Bukankah ini satu8 pembaziran wang rakyat, siapa yang mendapat keuntungan daripada projek tersebut, kata Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Mohd Faizal Mohd Barja.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, berkata, Mungkin klinik tersebut dibuat disitu  bertujuan untuk menjejaskan kedudukan PAS Tanjong Karang, memandangkan klinik tersebut betul-betul dibawah Pejabat PAS Kawasan. Sedangkan di barisan yang sama masih terdapat banyak lagi kekosongan.

Rakyat di Tanjong Karang boleh melihat sendiri pembaziran-pembaziran wang rakyat yang dibuat oleh Kerajaan Bn dan tidak memberi sebarang faedah dan akhirnya menjadi gajah putih, katanya lagi yang juga Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan.





Pimpinan PAS Diletakkan Sebaris Dengan Ulama’ Terkemuka Dunia

8 03 2012

Tanjong Karang, 8 Mac    :    Walaupun sering dihina dan difitnah oleh ahli dan penyokong Umno, namun kepimpinan PAS telah diiktiraf dan diletakkan sebaris dengan Ulama’-ulama’ yang terkemukakan di seluruh dunia.

Pimpinan PAS yang disenaraikan ialah Mursyidul Am dan Timbalannya, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din. Mantan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Tetapi dimana Ulama’-Ulama’ Umno? Kenapa mereka tidak disenaraikan sebagai salah seorang tokoh Ulama’ yang terkemuka di dunia.

Dimana tokoh-tokoh mereka seperti Dato’ Dr Mashitah Ibrahim, Tan Sri Harussani Zakaria, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Dato’ Dr Abdullah Md Zain, Dato’ Firdaus Ismail dan lain-lain.





Tan Sri Khalid Ulangi Tidak Akan Bubar DUN Selangor

6 03 2012




Pengerusi PeBT Terima Watikah Perlantikan

4 03 2012

Shah Alam, 4 Mac    :    Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Seluruh Negeri Selangor telah menerima watikah perlantikan bagi sesi 2012-2013 daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, yang diadakan di Blue wave Shah Alam.

Di dalam ucapannya, Menteri Besar, mengharapkan Pengerusi PeBT yang baru dilantik dapat memainkan peranan yang lebih berkesan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat terutamanya golongan belia.

Selain itu, Pengerusi PeBT juga perlulah menjadi duta kerajaan negeri dikalangan anak-anak muda serta turut sama memainkan peranan membantu PBT mendengar aduan daripada rakyat seperti masalah sampah, rumput dan sebagainya.

Pada majlis tersebut, seramai tiga orang pimpinan Pemuda PAS Kawasan Tanjong Karang telah dipilih sebagai Pengerusi PeBT bagi Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS). Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPP), Sharan Mohd Salleh, dilantik semula sebagai Pengerusi PeBT yang dipegang sejak tahun 2008. Manakala Naib Ketua DPP Kawasan, Abd Malek Abdul Majid, yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan dan AJK DPP Kawasan, Mohd Fauzal Mohamad, pula adalah Pengerusi PeBT yang baru dilantik bagi sesi kali ini.

Yang Dipertua (YDP) MDKS, Hajjah Noraini Roslan, menerima watikah perlantikan Pengerusi PeBT bagi pihak MDKS.

Hadir sama dimajlis berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan Negeri Selangor, Dr Haji Ahmad Yunus Khairy, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Hajjah Halimah Ali, Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, ADUN Teratai, Jenice Lee dan lain-lain.

Turut hadir dimajlis berkenaan ialah Ahli-ahli Majlis, MDKS, Zainal Abidin Abdul Samad, Nor Az Azlan Ahmad, Mohd Faizal Mohd Barja, Haji Misran Serman, Haji Mohd Fakharuddin Ismail dan Ustaz Ahmad Alang





Tuisyen Rakyat DUN Sungai Burong Mula Dijalankan

4 03 2012

Tanjong Karang, 4 Mac    :    Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi sesi 2012 yang dianjurkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri Selangor dibawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor yang diperkenalkan sejak tahun 2009 telah bermula di Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang (SAMTK)

Menurut Penyelaras PTRS, Norsidah Samat, pada tahun ini seramai 140 orang pelajar yang akan mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Melalui program ini sebanyak empat subjek penting dalam SPM diajar kepada mereka iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,Matematik dan Sejarah.

Sebagaimana tahun lepas, sebanyak empat buah kelas telah dibuka dan melibatkan tujuh orang guru yang berpengalaman sebagai tenaga pengajar dalam program PTRS. Lebih membanggakan lagi, pada tahun ini sambutan daripada pelajar-pelajar sangat menggalakkan, katanya lagi yang juga Pegawai Hal Ehwal Wanita PKM DUN Sungai Burong.

Program PTRS ini, katanya, dikhususkan kepada pelajar-pelajar dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan dan berpendapatan sebanyak RM1500 kebawah.