JPD bantu mangsa kebakaran di Lorong Hamzah

25 10 2008

Batu 7, 24 Nov   :               Dapur rumah milik, Jamil Mukmin, 47, terbakar dipercayai berpunca daripada dapur gas di Lorong Hamzah, Jalan Bagan Pasir, Batu 7 Tanjong Karang.

 

Menurut isterinya, Ainiwati Alias, 39, semasa kejadian beliau dan suaminya tidada dirumah kerana menghantar anaknya ke Kuala Selangor, kerana hendak kembali ke Kolej. Tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada jirannya yang memaklumkan rumahnya terbakar.

 

Dengan kepantasan pasukan Bomba dan Penyelamat, sebaik sahaja dimaklumkan oleh jirannya, api telah berjaya dipadamkan daripada terus merebak ke seluruh rumah. Kerosakan dianggarkan sebanyak RM2,000.00.

 

Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN Sungai Burong (JPD) Mohd Rashdi Deraman telah melawat rumah tersebut dan menghulurkan sumbangan daripada pihak Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Sungai Burong. Turut serta di dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Kampong Tok Adam, Haji Mohd Saad Ibrahim dan Setiausaha JKKK, Haji Abu Hasan Amat.





Lembaga Zakat Selangor beri taklimat kepada Pengerusi JKKK Mukim Tanjong Karang

22 10 2008

Tanjong Karang, 22 Nov                :               Satu perjumpaan antara Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Mukim Tanjong Karang bersama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) Zon Utara telah diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong.

 

Pihak LZS telah diwakili oleh Pegawai Operasi Zon Utara, Khuzairi Ibrahim dan Pegawai Agihan Zon Utara, Azman Jaffar.

 

Perjumpaan tersebut adalah bertujuan untuk mendengar taklimat daripada pihak LZS mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh pihak JKKK di setiap Kampong bagi membantu pihak LZS.

 

Di dalam program tersebut juga turut diadakan sesi dialog bersama Pegawai-Pegawai daripada LZS. Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong, Mohd Rashdi Deraman, juga telah memberikan sedikit maklumat mengenai perjalanan PKM DUN Sungai Burong kepada Pegawai LZS.

 

Menurut Huzairi Ibrahim, ini merupakan kali pertama pihaknya dipanggil oleh wakil-wakil pejabat DUN, sebaik sahaja berlaku pertukaran pentadbiran dipihak Kerajaan Negeri Selangor, bagi memberikan maklumat kepada Ketua-Ketua Kampong.

 

Beliau juga mengharapkan agar kerjasama yang terjalin diantara pihak LZS dan Ketua-Ketua Kampong akan melancarkan lagi urusan LZS bagi membantu golongan fakir miskin dan Ibu Tunggal yang terdapat di setiap Kampong.





Rakyat Selangor diminta pertahankan kerajaan Pakatan Rakyat

16 10 2008

Tanjong Karang , 15 Okt                 : Ahli Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Hajjah Siti Zailah Mohd Yusof, meminta supaya rakyat di Negeri Selangor mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat yang ditubuhkan sebaik sahaja Pilihanraya umum yang lalu.

 

Selama ini Umno/ Bn meracuni  kepala rakyat bahawa mereka sahaja yang mampu memerintah, tetapi PAS telah berjaya memerintah negeri Kelantan selama 18 tahun sejak tahun 2008. Rakyat negeri Kelantan hidup dengan selesa tanpa mengira kaum, katanya lagi.

 

Sekarang, katanya, PR telah membentuk 4 buah lagi Kerajaan iaitu Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang ini membuktikan bahawa orang lain juga mampu memerintah jika diberikan peluang oleh rakyat, bahkan pemerintahan PR jauh lebih baik berbanding BN yang telah banyak mengamalkan pembaziran wang rakyat.

 

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, telah memotong 50% daripada gajinya untuk kepentingan rakyat. Tetapi berapa ramai pemimpin Umno/ BN yang sanggup memotong gajinya untuk rakyat? Malah wang rakyat diambil untuk kemewahan dan kesenangan mereka, katanya lagi yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP).

 

Dalam perkembangan yang sama beliau berkata, Kerajaan telah menarik beberapa projek yang dirancang didalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan alasan untuk mengurangkan perbelanjaan.

 

“Bila saya bangun mencelah semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat, kenapakah banyak projek-projek yang boleh membaa keuntungan kepada rakyat telah ditarik balik oleh Kerajaan sedangkan projek-projek mega terus dilaksanakan. Pihak kementerian tidak berani menjawab soalan tersebut” katanya lagi.

 

Turut berceramah ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi. Ceramah yang julung-julung diadakan di Padang Astaka telah mendapat sambutan yang baik dari orang ramai walaupun hujan turun renyai-renyai sebelum ceramah bermula.





Rumah terbuka Aidilfitri Pakatan Rakyat meriah

11 10 2008

Tanjong Karang, 11 Okt : Rumah terbuka Aidilfitri Pakatan Rakyat Kawasan Tanjong Karang yang berlangsung di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang bermula jam 2.30-5.30 petang berjalan dengan lancar dan meriah dengan kehadiran semua golongan lapisan masyarakat termasuk dari kaum Cina dan India.

Dianggarkan seramai lebih 5,000 orang telah menghadiri Rumah PR kali ini, antara yang hadir memeriahkan majlis Rumah Terbuka kali ini ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan  (EXCO) Negeri Selangor, Elizabeth Wong dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad, yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS pusat.

Kehadiran orang ramai disambut oleh AJK PAS Kawasan Tanjong Karang, Ahli-ahli Majlis Daerah Kuala Selangor dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampong (JKKK) Kawasan Tanjong Karang.

Bagi melancarkan lagi program yang telah diatur seramai 30 orang bentara telah dilantik terdiri dari 20 orang lelaki dan 10 orang Muslimat dan dibantu oleh ahli-ahli Briged Kebajikan DUN Sungai Burong yang bertugas sejak awal pagi bagi menyusun segala persiapan yang telah diatur.

Sambutan Hari Raya pada kali ini adalah lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya, tambahan pula sambutan Hari Raya kali ini diadakan di dalam Dewan dan dikawasan pekan Tanjong Karang.

Seorang pengunjung, Siti Insiah Tahir, ketika ditemui berkata, beliau melahirkan rasa puas hati dengan sambutan rumah terbuka yang dianjurkan oleh PR pada kali ini. Apa yang lebih bermakna ialah dengan kehadiran masyarakat cina dan india yang turut hadir memeriahkan program rumah terbuka pada kali ini, katanya.





Warga emas ketiga menerima sumbangan Skim Takaful Warga Emas

6 10 2008

Sawah Sempadan, 6 Okt :             Seorang warga emas berusia 83 adalah penerima ketiga Skim Takaful Warga Emas sejak diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak 1 Oktober 2008 yang lalu. Elos Bin Jelani, telah meninggal dunia di Hospital Tanjong Karang kerana penyakit Paru-paru berair jam 4.00 petang pada 4 Oktober 2008.

Allahyarham meninggalkan dua orang isteri. Bersama isteri yang pertama, Salabiah Wahab, 76, Allahyarham telah dikurniakan seramai 12 orang anak. Manakala bersama isteri yang kedua Allayarham tidak dikurniakan cahayamata.

Turut hadir member penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Haji Mohd Saad Ibrahim, Pegawai Jawatankuasa Pengurusan DUN  (JPD) Sungai Burong, Mohd Faizal Mohd Barja, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Block C,O,J, Haji Sujak Arshad dan beberapa pimpinan masyarakat.

Kerajaan Negeri Selangor melalui Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong telah memberikan RM1,000 dari skim takaful tersebut kepada Isteri pertama Allahyarham. Sumbangan telah diserahkan oleh Pengerusi Persatuan JKKK DUN Sungai Burong, Hamidon Salim.





Seorang lagi warga emas terima Skim Takaful Warga Emas

5 10 2008

Sungai Sireh, 5 Okt          : Seorang lagi warga emas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong telah menerima sumbangan daripada skim Takaful Warga Emas yang di perkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

 

Zaharah Bt Md Atid, 69, telah meninggal dunia di Hospital Tanjong Karang jam 6.00 pagi kerana sakit tua. Allahyarhamah telah meninggalkan seorang suami, Yahaya B. Mat dan 6 Orang anak. Jenazah Allahyarhamah telah dibawa kerumahnya di No 60 Parit 1, Lorong 1 ½ Sungai Sireh.

 

Sumbangan pendahuluan sebanyak RM1,000 tunai telah diserahkan oleh Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong, Mohd Rashdi Deraman, kepada suami Allahyarhamah sebelum solat jenazah di Surau Lorong 2 Parit 1 Sungai Sireh. Sembahyang jenazah telah diimamkan oleh, Ustaz Mardzuki Ahmad.

 

Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Musa Mohamad, Pegawai-pegawai JPD, Mohd Faizal Mohd Barja, Ustaz Mohd Judi Sarjo, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Kampong Haji Razali, Abd Basid Abas dan Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan turut hadir memberikan penghormatan terakhir.





JKKK DUN Sungai Burong anjur program baraan kerumah pimpinan PAS Kawasan.

4 10 2008

Batu 12, 3 Okt    :               Sempena dengan ketibaan bulan Syawal yang mulia, Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong telah menganjurkan program ziarah kerumah pimpinan PAS Kawasan Tanjong Karang.

 

Program dimulakan di rumah Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong, Mohd Rashdi Deraman yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Tanjong Karang. Sebelum jamuan, Wakil JKKK, Hamidon Salim telah memberikan ucapan alu-aluan diikuti dengan ucapan drpada Mohd Rashdi. Hampir semua Pengerusi JKKK menyertai program tersebut.

 

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja, Haji Mohd Saad Suhod, Norshidah Abd Samad dan Haji Abu Hasan Amat serta beberapa pimpinan Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang dan isteri-isteri Pengerusi JKKK.

 

Selepas itu pengerusi-pengerusi JKKK telah mengunjungi kediaman Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad di Batu 10 dan Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim, yang juga Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) di Sungai Kajang yang turut mengadakan rumah terbuka pada hari tersebut.