Kunci Air Buang : Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Sungai Burong terus menyampaikan sumbangan kepada Ibu Tungal bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka. Seramai lebih 300 Ibu Tunggal di sekitar Sawah Sempadan dan Kampong Datuk Manan, telah menerima bantuan berbentuk barangan asas makanan seperti beras dan sebagainya.
Ini merupakan kali ketiga PKM memberikan sumbangan kepada Ibu Tunggal sebelum ini sumbangan seperti ini telah diberikan kepada Ibu Tunggal di sekitar Parit 4 Sungai Burong manakala kali kedua disampaikan di Pejabat PKM.
Sebelum itu tazkirah sempena Israq Mikraj telah disampaikan oleh Ustaz Rosli Ibrahim, seorang penceramah yang tidak asing lagi di Tanjong Karang.
Seorang Ibu Tunggal, Easah Bt Abu Hashim ketika ditemui berkata, Mak Cik bersyukur kerana dalam keadaan sekarang, Kerajaan telah membantu meringankan beban untuk Ibu-ibu Tunggal seperti Mak Cik. Mak Cik juga berharap agar bantuan seperti ini akan diteruskan pada masa-masa yang akan datang.
Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.