Pastikan beg-beg sekolah diserahkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan

29 12 2009

Shah Alam, 28 Dis : Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar, mahu semua pihak memastikan supaya beg-beg sekolah yang akan diagih-agihkan kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak 700 buah akan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja.

Beliau juga mahu semua parti politik dalam Pakatan Rakyat (PR) akan dilibatkan didalam program penyampaian beg-beg sekolah tersebut di DUN masing-masing.

Pihak Kerajaan Negeri telah bertungkus menyediakan beg-beg sekolah tersebut dalam masa dua minggu untuk diberikan kepada setiap DUN, katanya.

Program ini tidak bertujuan untuk mencabar sesiap tetapi hanyalah untuk meringankan beban keluarga miskin, katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di Majlis Penyerahan  Beg-beg Sekolah sebanyak 700 buah Beg untuk setiap DUN di Negeri Selangor.

Antara yang hadir ialah Timbalan Speaker DUN Selangor, Hanizah Talhah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan, Dr Hajjah Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam Dan Pembangunan Usahawan, Yaakub Sapari dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi Dan Inovasi, Rodziah Ismail.





Kerajaan Negeri Selangor beri sumbangan beg sekolah kepada pelajar

29 12 2009

Shah Alam, 28 Dis : Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan beg sekolah kepada Pelajar-pelajar bagi meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa, kata Pengerusi Jawantankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Hajjah Halimah Ali.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam Majlis Penyerahan Beg-beg Sekolah kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di bangunan Setiusaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor.

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tidak mahu melihat pelajar-pelajar tercicir dalam pelajaran dengan alasan tidak mampu, kerana terdapat pelbagai agensi dibawah kerajaaan negeri boleh membantu meringankan beban ibu bapa seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dibawah YB Rodziah Ismail dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dibawah YB  Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali.

Dalam majlis tersebut pihak kerajaan Negeri Selangor dibawah Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin. Setiap DUN akan diberikan sebanyak 700 buah beg untuk diagih-agihkan kepada keluarga yang tidak berkemampuan.

Naib Yang Dipertua (NYDP) PAS Tanjong Karang, Haji Misran Serman, merangkap Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah menerima sumbangan tersebut mewakili Pusat Khidmat Masyarakat (PKM ) DUN Sungai Burong. Turut hadir ialah Pegawai PKM, Mohd Faizal Mohd Barja.

Dalam pada itu beliau melahirkan rasa kecewa terhadap Jabatan Pelajaran Negeri Selangor yang masih belum memberikan maklumat tepat jumlah pelajar cemerlang Negeri Selangor untuk peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pelajaran baru-baru ini.

Pihak kami hanya mendapat maklumat-maklumat “cebisan” melalui akhbar-akhbar, katanya.

Sepatutnya pihak Jabatan Pelajaran perlulah melaporakan terus kepada EXCO pendidikan Negeri seperti sebelum-sebelum ini, tetapi pihak Jabatan Pelajaran tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya kepada pihak Kerajaan Negeri, katanya lagi.





Tokoh : Tuan Haji Sujak Haji Arshad, P.J.K (Mantan Ketua Kampung Blok C.O.J)

22 12 2009

Mulai bulan ini (Disember 2009) blog rasmi Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong akan menyiarkan aktivis-aktivis masyarakat yang telah lama berjasa kepada parti dan masyarakat seperti Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) dan AJK-AJK JKKK serta lain-lain.

Tokoh pertama yang terpilih kali ini adalah Pengerusi JKKK Block C,O,J, Haji Sujak bin Haji Arshad, 73, yang juga Ketua PAS Cawangan Raden Mas Block N, Sawah Sempadan.

Latar belakang

Beliau merupakan seorang aktivis masyarakat  yang “low profile” sebelum ini. Telah dilahirkan pada 23 Jun 1942 di Kampong Dato’ Manan, Tanjong Karang, Selangor Beliau merupakan anak pertama daripada 9 orang adik beradik. Bapanya, Haji Arshad bin Suparjo merupakan seorang petani, manakala ibunya Mariam binti Palil juga adalah merupakan seorang petani.

a-program01Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Agama Mamba’ul Ulum Kampong Dato’ Manan dan Sekolah Agama Menengah Mam’baul Ulum sehingga mendapat Rabi’ Thanawi pada tahun 1958. Setelah menamatkan zaman persekolah beliau telah bekerja sendiri sebagai seorang petani sehingga sekarang.

Keluarga

Telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1960 dengan Hajjah Misnaton binti Shukur, 66, dan telah dikurniakan seramai  11 orang anak, 7 lelaki dan 4 perempuan. img_0941

5 orang anaknya pula telah bekerja kesemuanya sebagai Pendidik, dua orang berkhidmat dibawah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) manakala yang selebihnya di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kelima-lima orang anaknya tersebut telah mendirikan rumahtangga dan beliau telah dikurniakan seramai lebih 30 orang cucu.

Terlibat dengan Politik

Dilahirkan dalam keluarga yang terlibat secara aktif dengan PAS. Beliau mula menyertai PAS pada tahun img_10811960 di Cawangan Sawah Sempadan. Mula memainkan peranan di dalam PAS sebagai Setiausaha PAS Cawangan pada tahun 1980-an sebelum dipilih sebagai Naib Ketua PAS Cawangan Sungai Tengi Kanan sehingga tahun 1999.

Pada tahun 1999 beliau telah menubuhkan PAS Cawangan Raden Mas Block N Sawah Sempadan mualai pada saat itu beliau telah dipilih sebagai Ketua PAS Cawangan tersebut sehingga sekarang.

Sepanjang terlibat dengan PAS, beliau juga pernah menjadi pencadang kepada Calon PAS, Tuan Guru Haji Salleh, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tinggi pada tahun 1990 menentang calon Barisan Nasional, Dato’ Yusof Hasan.

Menyentuh mengenai kenangan manisnya sepanjang berjuang di dalam PAS ialah sewaktu PAS buatimg_4310 pertama kalinya memenangi kerusi DUN Sungai Burong pada tahun 1999 melalui calonya, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali (mantan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor 2008 – 2012) dengan mengalahkan calon BN Dato’ Mohd Aini Taib dengan majoriti 91 undi.

Selain beliau adik beradik beliau turut terlibat dengan PAS seperti, Allahyarham Haji Sukim Arshad, yang menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan Sungai Tengi Kanan, selain itu, Haji Sukim turut mewakafkan sebahagian tanahnya sebagai Markaz PAS Cawangan Dato’ Manan dan PASTI Cawangan tersebut. Seorang lagi adiknya ialah Allahyarham Haji Baharuddin Arshad yang dilantik sebagai Bendahari PAS Cawangan Dato’ Manan.

Anak-anak beliau turut terlibat secara aktif dengan PAS. Seramai empat orang anaknya telah mengikut jejak langkahnya sebagai aktivis PAS iaitu Shahadan Sujak yang bergiat aktif di Kawasan Kapar, Allahyarham Zamri bergiat aktif di dalam DACS. Manakala Ustaz Haji Mohd Shaaban Sujak pula aktif di FB_IMG_1627276217047kawasan Tanjong Karang dan telah diamanahkan sebagai Ketua Urusan Ulama’ PAS Kawasan Tanjong Karang bagi sesi 2015/ 2017 serta pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor (2003-2005), AJK PAS Tanjong Karang (2003-2005), Setiausaha PAS Cawangan (sehingga sekarang).

Seorang lagi anaknya, Mohd Khairul Salam Sujak, pula telah diamanahkan sebagai Penolong Setiausaha (PSU) DPP Kawasan Tanjong Karang bagi sesi 2015/2017 selain sebagai Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC) Raden Mas Block N, Sawah Sempadan.

Sebagai seorang aktivis PAS yang komited beliau tidak pernah ketinggalan menyertai program-program yang dianjurkan oleh PAS diperingkat Kawasan Tanjong Karang seperti majlis-majlis ceramah dan kuliah-kuliah yang sering diadakan di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).FB_IMG_1659614611840

Aktiviti Masyarakat

Selain terlibat aktif dengan PAS, beliau turut terlibat aktif dengan masyarakat beliau pernah dilantik sebagai Nazir Masjid Block J Sawah Sempadan pada tahun 1980-an, selain pernah dilantik sebagai AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Dato’ Manan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Harun (SMKDH) selama beberapa tahun.

Dilantik sebagai Pengerusi JKKK

20120610_174059Sebaik sahaja PAS bersama rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu PKR dan DAP diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Negeri Selangor mulai 8 Mac 2008, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Block C,O,J mulai bulan November 2008 sehingga tahun 2013.

Diatas faktor kesihatan dan umur beliau telah melepaskan jawatan pada tahun 2013 selepas PRU tahun 2013.

Selain itu, semasa diamanahkan sebagai Pengerusi JKKK, beliau juga turut dilantik sebagai Penasihat Masjid Block C,O,J.3803_480537575330587_1839638101_n

Penghargaan

Bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada parti dan masyarakat, beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor pada tahun 2010.

_________________________________________________________________________________________

Oleh : Mohamad Faizal Mohamed Barja

*Update 4/8/2015 – Penulis adalah Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang Merangkap Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang





Hijrah perubahan siasah dalam Islam

22 12 2009

Sungai Gulang-Gulang, 21 Dis : Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) PAS Negeri Selangor, Ustaz Dr Haji Osman Sabran berkata, sebab berlakunya Hijrah di zaman Rasulullah S.A.W ialah kerana masyarakat Makkah tidak dapat menerima al-Quran sebagai dasar undang-undang. Mereka juga telah memusuhi Rasulullah S.A.W dan pengikut-pengikutnya (orang Islam) telah diugut, ditangkap, dipukul, disiksa dan dipenjara seperti Ammar bin Yassir yang telah dibunuh dan perniagaannya telah dihancurkan oleh kaum Quraisy.

Firman Allah didalam surah Ali-Imran ayat 195 yang bermaksud “Tetapi orang yang berhijrah dari Makkah ke Madinah, lantaran lari dari kezaliman dab mencari keredhaan Allah, dan keluar dari negerinya dan disakiti dijalan-Ku, dan berperang, dan terbunuh itu, sesungguhnya Aku akan menghilangkan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka di syurga yang mengalir padanya anak-anak sungai, sebagai ganjaran dari Allahm kerana Allah itu disisi-Nya ada ganjaran yang lebih baik”

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama’ PAS Pusat (DUPP) berkata, Abu Sufian bin al-Harb, Abu Jahal (Aba Hakam), al-Akhlas bin Syariak, Hunaif bin Zahrah setiasa mengintip, menangkap dan memenjarakan pengikut Rasulullah S.A.W. Kata Mereka “Hati Kami sudah tertutup dari seruan kamu kepada kami, telinga kami juga telah tersumbat, antara kita sudah terdinding dengan tembuk hijab”

Ustaz Osman Sabran berkata demikian sewaktu menyampaikan Kuliah Qiadah bulanan PAS Tanjong Karang yang telah dianjurkan oleh Urusan Ulama’ PAS Tanjong Karang untuk AJK PAS Tanjong Karang, Dewan-Dewan, Ketua-ketua PAS Cawangan dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) PAS Tanjong Karang di Markaz PAS Sungai Gulang-gulang.

Antara yang hadir ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Drs Mohd Rashdi Deraman, Timbalan YDP, Ustaz Mohd Judi Sarjo, Naib YDP, Haji Misran Serman, Ketua Urusan Ulama’, Ustaz Haji Dul Jalil Mahmud, Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Haji Mat Hasbullah Sudin, Penolong Setiausaha, Mohd Faizal Mohd Barja serta beberapa AJK PAS Kawasan, Dewan Pemuda, Ketua PAS Cawangan dan Pengerusi JKKK.

Tidak cukup dengan itu, katanya, Rasulullah S.A.W telah ditawarkan oleh kaum Quraisy dengan Pangkat, harta dan wanita tetapi tawaran tersebut telah ditolak oleh Rasulullah menyebabkan kuffar kecewa dan merancang untuk membunuh baginda, ujarnya.

Dalam pada itu, seorang Pemuda bangsawan dan hartawan, Mas’ab bin Umair, telah terserempak dan bertemu dengan Rasulullah S.A.W di tengah jalan, lalu telah mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk Islam dihadapan Baginda kerana tertarik dengan peribadi Rasulullah, ujarnya lagi.

Rasulullah telah mendidiknya dan telah menghantarnya ke Madinah menjadi naqib dan merancang persediaan  Hijrah Rasulullah, selain itu Mas’ab juga telah menyebarkan agama Islam di Madinah dan akhirnya dapat penubuhkan  Negara Islam Madinah, ujarnya yang juga Timbalan Ketua DUP Negeri Selangor.





Pengerusi JKKK jangan tinggalkan parti

14 12 2009

Sungai Terap, 12 Dis : PAS merupakan satu-satunya parti yang berjaya menghantar wakil ke Parlimen di dalam pilihanraya umum pertama apabila memenangi kerusi Parlimen Kerian di Perak pada tahun 1951 di saat parti-parti pembangkang lain tidak dapat memenangi sebarang kerusi pada waktu itu, kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman.

PAS juga telah melalui pelbagai rintangan sepanjang perjuangan ini antaranya seperti kes bunuh keatas Ahli Parlimen PAS Kelantan, Abdul Samad Gol, kes bunuh petugas-petugas PAS di Lubuk Merbau dan peristiwa memali pada tahun 1985 yang megakibatkan kematian As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di Taklimat Memperkasa Peranan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) PAS Tanjong Karang dan Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang dianjurkan oleh Majlis Setiausaha (MSU) PAS Tanjong Karang di sebuah dewan di Sungai Terap.

Menurutnya lagi, PAS Tanjong Karang pernah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong pada tahun 1999 disaat PAS ditidak memenangi kerusi ditempat lain sehingga menjadikan petugas-petugas PAS di Tanjong Karang begitu dihormati oleh kawasan-kawasan lain.

Walaupun didalam pilihanraya umum lepas PAS masih gagal di kerusi DUN Sungai Burong, tetapi PAS telah diberi mandat untuk bersama rakan Pakatan Rakyat (PR) lain untuk mentadbir Negeri Selangor. Ekoran daripada itu, ahli-ahli PAS dipelbagai peringkat telah diberikan pelbagai jawatan penting termasuklah menjadi Pengerusi JKKK, katanya lagi.

Justeri itu ujarnya lagi, Pengerusi JKKK perlu menggunakan jawatan yang ada untuk membantu PAS Selangor amnya dan Tanjong Karang khasnya untuk mencapai kemenangan di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Kita tidak mahu ada dikalangan Pengerusi JKKK yang dilantik oleh parti menanggalkan bendera parti sebaik sahaja diberi mandat oleh PAS Kawasan sebagai Pengerusi JKKK. Pengerusi JKKK perlu ingat jawatan yang disandang sekarang adalah melalui saluran parti, tetapi kenapa selepas memegang jawatan tersebut tidak mahu memakai bendera parti? Soalnya.

Beliau yang juga merupakan seorang peguam berkata, dulu sewaktu belum memerintah petugas-petugas PAS begitu bersemangat mahu memasang bendera PAS disetiap tempat dan apabila Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menurunkan bendera-bendera tersebut petugas-petugas PAS membantah tindakan tersebut. Tetapi selepas menang dan mempunyai wakil dipelbagai peringkat seperti Ahli Majlis Daerah dan JKKK tidak ada pun bendera yang dinaikkan.

PAS Kawasan juga, katanya, perlulah memantau setiap Pengerusi JKKK agar sentiasa berkhidmat dengan baik kepada masyarakat. Jika tidak pihak PAS kawasan perlulah menghantar laporan kepada pihak Perhubungan PAS Negeri Selangor untuk menamatkan perkhidmatan Pengerusi JKKK tersebut, katanya lagi.





Pengerusi JKKK perlu bergiat aktif dalam PAS

14 12 2009

Sungai Terap, 12 Dis : Setelah kita diberi peluang sama-sama memerintah dalam Pakatan Rakyat, kita sama-sama mendokong manifesto  Parti Islam Se-Malaysia (PAS)  “Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih Menuju Negara Berkebajikan”.  PAS diberi amanah memegang 3 EXCO dalam kerajaan, kita juga diberi sama-sama menjadi Ahli Majlis, bulan Jun, 2009, kita diberi peluang untuk sama-sama mentadbir masjid dan surau, kini anda semua telah diberi peluang untuk menjadi Ketua Kampung setelah PAS Kawasan berhempas pulas, memilih, memutus dan mencalonkan anda untuk menjadi Ketua Kampung, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Dr Osman Sabran.

Beliau berkata demikian sewaktu memberikan taklimat kepada Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselematan Kampong (JKKK) PAS Tanjong Karang dan Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang dianjurkan oleh Majlis Setiausaha PAS (MSU) Tanjong Karang di sebuah dewan di Sungai Terap.

Sekarang, menurutnya, tuan-tuan memegang jawatan Ketua Kampung dari Jamaah PAS yang dipilih oleh PAS Kawasan masing-masing. Memang benar anda adalah Ketua Kampung Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi hakikatnya tuan-tuan datang dipilih oleh PAS. Maka kerana itu kita adalah kerajaan,  tuan-tuan  memikul amanah untuk melaksanakan matlamat jamaah di semua peringkat kuasa kerajaan yang kita diamanahkan oleh kerajaan PR.

Matlamat PAS jelas untuk memperjuangkan nilai-nilai Islam dan hukum hakamnya dalam masyarakat dan menegakkan daulah islamiah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Maka apapun tugas yang diamanahkan kepada kita, samada sebagai exco, ahli majlis, ajk masjid dan anda sebagai Ketua Kampung yang diarah kemanapun, anda pastinya tetap mendokong matlamat tersebut, kerana tuan-tuan dicadang, dicalon oleh PAS, keberadaan tuan-tuan semua dalam Kerajaan adalah datang dari PAS.

Sebagai  pimpinan dari jamaah Islam, samasakali tidak meninggalkan syura bersama sahabat-sahabatnya (JKKK), pandangan orang bawah dan rakyat harus didengar dan dipertimbangkan.  Jika ia difikirkan lebih baik, maka ia boleh diikut dan dilaksanakan.  Rasulullah saw bila ditanya; “apakah keputusan Beginda dengan meletakkan tentera Islam bertahan di belakang sumber air itu wahyu atau pandangan Beginda sendiri?, “jawab Beginda; ia bukan wahyu, tetapi pendapat Beginda sendiri”, lalu sahabat mencadangkan lebih baik berkubu maju ke hadapan dengan membelakangi sumber air”, maka Beginda menerima pandangan tersebut.





Fungsi dan Peranan Pengerusi JKKK

14 12 2009

Sungai Terap, 12 Dis : PAS sebagai sebuah harakah Islam yang mendokong perjuangan Rasulullah saw untuk melaksanakan nilai-nilai Islam dalam masyarakat dan menegakkan hukum hakamnya dalam daulah Islamiyyah bagi mendapatkan keredhaan Allah, kini telah diberi peluang untuk berjuang melalui sistem demokrasi berparlimen.

Kita diberikan kemenangan di Selangor melalui Pakatan Rakyat.  Kemenangan itulah yang kita garap sekarang ini untuk kita buktikan melalui kuasa-kuasa yang ada pada EXCO, Ahli Majlis, AJK masjid dan Ketua-Ketua Kampung (Tok sidang).  PAS Kawasan/ Cawangan terus berperanan memimbing ahli dengan tarbiah, usrah, tamrin, halaqat, qiamullail dan harakah siasah, dengan memikul amanah ajk cawangan/kawasan.

Sekarang sampai masanya untuk melepaskan mereka ke peringkat lapangan  dengan praktikal kerja sebenar hasil dari tarbiah ruhiyah dan siasah PAS kawasan, Kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Dr Osman Sabran sewaktu membentangkan kertas kerja di dalam Taklimat Memperkasa Peranan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) PAS Tanjong Karang dan Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di sebuah dewan di Sungai Terap

Program yang pertama kalinya dianjurkan oleh Majlis Setiausaha (MSU) PAS Tanjong Karang itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada Pengerusi JKKK dan PeBT PAS Tanjong Karang. Turut serta ialah Ahli-Ahli Jawatankuasa PAS Tanjong Karang, Ahli Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Tanjong Karang.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama’ PAS Negeri (DUPN) Selangor berkata, Sebagai ketua dan pemimpin, maka ketua kampung bertanggungjawab dalam merancang, menggunakan sumber yang ada, menyatukan penduduk serta membina kehidupan masyarakat kampung yang sejahtera. 

Sebagai ketua-ketua kampung dari PAS, kita mengharapkan semua anda dapat melaksanakannya dengan baik dan sempurna.  “Baik ketua kampung, baiklah nama PAS, buruk ketua kampung buruklah nama PAS, bahkan buruklah kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Selangor”, katanya lagi.

Ketua-ketua kampung dan JKKK mestilah memahami  5 prinsip asas (maslahah dharuriyyat)   yang menjadi prinsip kemaslahatan umum rakyat yang mesti dijaga dan diambil  berat dalam melaksanakan aktiviti kerajaan kepada rakyat, iaitu menjaga agama, nyawa, akal, maruah/keturunan dan  harta benda.





Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor

11 12 2009





Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor

11 12 2009