Aktivis PAS Tanjong Karang Meninggal Dunia

24 02 2015

Tanjong Karang, 23 Feb; PAS Tanjong Karang kehilangan seorang lagi aktivisnya yang komited dengancaw - hj ithnin salleh perjuangan sejak awal penubuhan PAS di Tanjong Karang.

Haji Ithnain Salleh, 74, telah meninggal dunia jam 4.20 petang di Hospital Tanjong Karang. Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke rumahnya di Lorong Menanti 1, Sungai Tengi Kiri, Tanjong Karang, sebelum di sembahyangkan di Masjid Jamiul Hasanah, Batu 10 selepas solat maghrib dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Karang malam itu juga.

Menurut isterinya, Hajah Jaiton Iberahim, Sebelum ini Allahyarham pernah menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang, setelah terjatuh di bilik air rumahnya selama seminggu, sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

hj-isnin01Allahyarham kemudian telah dibenarkan pulang ke rumahnya dan sempat mengadakan majlis perkahwinan cucunya di rumah, sebelum dibawa semula ke Hospital Tanjong Karang, pada petang ahad yang lalu, katanya lagi.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Tanjong Karang, Mohamad Faizal Mohamed Barja, berkata, Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada PAS Tanjong Karang, kerana Allahyarham adalah merupakan aktivis yang komited dengan parti sejak dahulu lagi dan tidak penah ketinggalan mengikuti mana-mana Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk memberikan sokongan kepada calon calon Pakatan Rakyat (PR) khususnya calon PAS.

“Allahyarham merupakan antara pengasas PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah di awal img_03464penubuhannya pada tahun 1998 dan merupakan Ketua Penaja PAS Cawangan berkenaan sehingga sah didaftarkan pada tahun 1999. Selepas itu, Allahyarham telah diamanahkan pelbagai jawatan di cawangan seperti Naib Ketua Cawangan, Ketua Penerangan dan AJK PAS Cawangan, selain turut pernah di amanahkan sebagai Ketua Unit Peti Undi (UPU) Tanjong Karang Tempatan Kilang” katanya lagi yang juga jiran Allahyarham dan merupakan bekas Setiausaha PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah.

Sebelum daripada itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang itu juga berkata, Allahyarham juga pernah diamanahkan sebagai AJK PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri selama beberapa tahun sebelum menubuhkan PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah pada tahun 1998.

Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC) Batu 9 IMG-20150224-WA0062Kampung Tengah, Rodziah Shamsudin, yang juga Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Tengi Kiri,  Muslimat PAS Cawangan turut kehilangan aktivis PAS Cawangan yang aktif sejak awal penubuhannya, Allahyarham bukan sahaja aktif diperingkat cawangan sahaja tetapi dipelbagai peringkat walaupun tidak pernah memegang jawatan diperingkat  Kawasan.

Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Sungai Burong juga turut berkesempatan menziarahi Allahyarham sewaktu menerima rawatan di hospital Tanjong Karang sebelum Allahyarham dipindahkan ke Hospital Sungai Buluh, katanya lagi yang juga Setiausaha PWB DUN Sungai Burong





Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Kembali Kerahmatullah

12 02 2015

Kota Bharu, 12 Feb : Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, yang juga Bekas Menteri Besar Kelantan, imagestelah kembali kerahmatullah jam 9.40 malam di kediamannya di Kampung Pulau Melaka selepas menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Allahyarham diamanahkan sebagai Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990 sebaik sahaja Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang terdiri daripada PAS, Parti Melayu Semangat 46, BERJASA dan HAMIM berjaya memenangi Pilihanraya Umum (PRU) ke-8.

Allahyarham memulakan karier dalam politik sebaik sahaja dipilih sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa) pada tahun 1967 menentang calon Perikatan (sekarang Barisan Nasional) Tengku Dato’ Noor Asiah Tengku Ahmad dan memenangi kerusi tersebut, Allahyarham diamanahkan sebagai Ahli Parlimen tersebut sehingga pada tahun 1986.

Dalam PRU ke-7 pada tahun 1986 Allahyarham bertanding di Parlimen Bachok dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api (sekarang DUN Chempaka), dalam PRU terebut Tok Guru Nik Aziz tewas di Parlimen Bachok tetapi berjaya memenangi kerusi DUN Semut Api dan dilantik sebagai Ketua Pembangkan di DUN Kelantan sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan sehingga tahun 2013.51423984838_295x200

Dalam parti pula, Allahyarham telah diamanahkan sebagai Ketua Dewan ‘Ulamak PAS Pusat pada tahun 1969 sehingga tahun 1995, Kemudian Allahyarham dilantik sebagai Mursyidul Am PAS sehingga akhir hayatnya. Allahyarham juga telah diamanahkan sebagai
Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan pada tahun 1978 sehingga tahun 2013.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Bentara Setia Hajah Tuan Sabariah Tuan Ishak dan sepuluh orang anak termasuk Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan.