Mendidik anak-anak tanggungjawab Ibu Bapa dan Guru

27 03 2009

dscn1252Sungai Sireh, 27 Mac      :               Ibubapa dan guru merupakan individu yang bertanggungjawab untuk mendidik sakhsiah pelajar-pelajar, kata Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong, Mohd Rashdi Deraman, semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama (SRA) Parit (1) Sungai Sireh kali ke-12.

 

Nabi pernah bersabda di dalam sebuah hadith, “Anak-anak dilahirkan dalam keadaan putih bersih. Ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak, samaada menjadi Yahudi atau Nasrani”, katanya lagi.

 

Beliau juga mengigatkan kepada Ibubapa supaya menghargai jasa guru-guru yang bertanggungjawab mendidik anak-anak. Kerana guru-guru telah banyak melakukan pengorbanan untuk mendidik anak-anak supaya berjaya dalam pelajaran.

 

Didalam majlis yang sama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN sungai Burong turut medscn1242nyumbang sebanyak RM2,000.00 kepada pihak PIBG bagi menampung keperluan pelajar-pelajar dan pihak sekolah.

 

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Sungai Sireh, Musa Hussein dan Ustaz Abd Kadir Saibani, Penyelia Unit Penaziran, Jabatan Agama Islam Daerah Kuala Selangor.





Jadikan perjuangan Nabi Muhamad sebagai panduan hidup manusia

17 03 2009

Parit 4 Ban 2, 16 Mac      :               Umat Islam mestilah melaksanakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhamad S.A.W, bukan hanya menyambutnya setahun sekali apabila tiba 12 Rabiul p3140113Awal, kata Penceramah Bebas, Ustaz Dr Azhar Yaakub, semasa menjadi Ahli Panel Forum Perdana sempena Maulidur Rasul di Masjid Block P, Parit 4 Ban 2 Sungai Burong.

 

Umat Islam juga mesti mengambil iktibar dalam peristiwa Thaif semasa Nabi Muhamad hendak mengembangkan Islam. Penduduk Thaif telah bertindak menghalau Nabi dengan kejam dengan membaling baginda dengan batu sehingga Nabi cedera dan patah gigi.

 

Akhirnya Nabi telah bersembunyi disebalik bukit dan bermunajat kepada Allah dengan apa yang telah dilakukan oleh penduduk Thaif terhadapnya. Malaikat telah mendengar rintihan Nabi dan turun ke bumi bertemu Nabi dan menawarkan kepada Nabi untuk menurunkan azab kepada penduduk Thaif. Tetapi Nabi menolak tawaran tersebut.

 

Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Selangor, Ustaz Zainal Abidin Sulaiman berkata, Rasulullah S.A.W adalah merupakan model yang sempurna kepada manusia. Umat Islam wajib melaksanakan ajaran yang dibawa oleh baginda, bukan sahaja melaksanakan Syiar Islam tetapi yang lebih penting daripada itu ialah Syariat Islam yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia.

 

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda sebelum baginda wafat iaitu “Aku tinggalkan kepada kamu semua 2 perkara. Selama mana kamu berpegang kepada 2 perkara tersebut kamu tidak akan sesat selama-lamanya ip3140107aitu Al-Quran dan Sunnah”.

 

Oleh yang demikian, beliau menyeru supaya setiap Umat Islam supaya membaca al-quran setiap hari sekurang-kurangnya  1 muka surat sehari. Umat Islam juga perlu mendalami majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh pelbagai pihak, untuk meningkatkan kefahaman Islam dalam diri Umat Islam.

 

Forum Perdana sempena Maulidur Rasul yang pertama kalinya diadakan di Masjid Block P, Parit 4 Ban 2 Sungai Burong tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman, dan telah mendapat sambutan yang mengallakkan daripada orang ramai terutama penduduk disekitar masjid tersebut.





Selangor Kaji Cadangan Naikkan Elaun Pengerusi JKKK

11 03 2009

Shah Alam, 8 Mac : Kerajaan negeri akan mengkaji cadangan menaikkan  elaun pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung  (JKKK) di negeri ini.

 

mbselangor2-23apr2008-100723Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) akan berbincang mengenai perkara itu dalam mesyuarat mingguan, dijangka selepas persidangan dewan undangan negeri (Dun) minggu hadapan.

 

Menurut beliau, kadar elaun yang diterima pengerusi JKKK sejak  beberapa tahun lalu ialah RM450 sebulan.

 

“Kita akan mengadakan perjumpaan bersama ahli-ahli Exco (mengenai  perkara ini) dan memikirkan bagaimana kita boleh menggunakan sepenuhnya saluran JKKK serta menentukan program-program kerajaan negeri dapat dinikmati oleh semua rakyat,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas beliau bersama Ahli-ahli JKKK Selangor sempena sambutan satu tahun pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) dekat sini tengah hari tadi.

 

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga akan mengumumkan mengenai pelantikan ketua kampung dari kaum India bagi kampung yang dihuni majoritinya oleh masyarakat India.

 

Beliau berkata pengumuman mengenai pelantikan yang dijangka membabitkan img_280040 ketua kampung itu akan dibuat dalam tempoh sebulan ini.

 

Sementara itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri sudah mengumpul kira-kira RM50 juta hasil pengurusan pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) sejak enam bulan lalu.

 

Menurut beliau hasil berkenaan akan digunakan untuk menjana agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan Skim Mesra Usia Emas.

 

Tambahnya, kerajaan negeri juga akan memperkenalkan beberapa program tambahan yang memberi manfaat kepada warga emas seperti insurans perubatan, diskaun pembelian buku pelajaran dan kupon makanan.

 

Beliau berkata warga emas di Selangor boleh menikmati kemudahan berkenaan sekiranya mendaftar dengan kerajaan negeri.

 

Di samping itu juga, salah satu agenda MES fasa kedua iaitu kemudahan cuti tambahan bagi kakitangan kerajaan wanita yang bersalin sudah mula berkuatkuasa 1 Januari lalu.

 

Kakitangan wanita yang bersalin diberi cuti sebanyak 90 hari, tambahan 30 hari daripada 60 hari yang sedia ada.

 

Sementara suaminya pula diberi cuti tambahan tujuh hari manakala isteri yang kematian suami diberi pilihan cuti sehingga 30 hari.

 

“Ini adalah usaha kebajikan kerana kita rasakan anak-anak yang baru lahir itu perlu dijaga dalam masa tertentu.

 

“Kita harap mereka yang diberikan kemudahan cuti ini dapat gunakan ia sebaik-baiknya,” katanya.

 

Terdahulu, Abdul Khalid dalam ucapannya berharap pengerusi dan ahli JKKK dapat memahami konsep kebajikan yang dilaksanakan kerajaan PR.

 

Selain itu mereka juga perlu berperanan menggerakkan penyertaan penduduk secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan serta mendukung penuh dasar-dasar kerajaan negeri.