Rakyat Selangor Bertuah Kerana Nikmati Pelbagai Faedah

13 04 2016

Tanjong Karang, 10 Apr : Rakyat di Negeri Selangor sangat beruntung keranaIMG-20160410-WA0211 mempunyai Kerajaan yang prihatin dan membela nasib rakyatnya sejak berlakunya perubahan Kerajaan bermula pada tahun 2008, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Noraini Hussein.

Ini katanya, disebabkan rakyat sudah bosan dengan keytidak cekapan urustadbir yang dilakukan oleh Kerajaan dibawah Barisan Nasional (Bn) selama ini, katanya lagi yang juga Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Belum ada di Negara ini, kerajaan memberikan 60 meter padu air secara percuma kepada rakyat, tetapi dinegeri Selangor mereka menikmatinya sehingga sekarang, begitu juga dengan pelbagai IMG-20160410-WA0186skim yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk mengurangkan beban masyakakat samaada yang tinggal di Bandar mahupun di kampong, katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan semasa merasmikan program Semarak Hijau 2.0 yang diadakan di Tapak Pasar Lorong 2 ParIMG-20160410-WA0182it 1 Sungai Sireh dengan pelbagai acara disediakan kepada pengunjung seperti pertandingan pewarna, tukar minyak motor percuma, gubahan showl serta penyampaian sumbangan kepada 90
orang penduduk yang berkelayakkan.

Hadir salam dalam majlis berkenaan ialah Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Bin Ahmad, yang juga Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri Selangor (DNS) Sungai Burong, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Ustazah Hajah Marsunah Jemain dan lain-lain.





PAS Terus Istiqamah Bantu Rakyat

13 04 2016

DSC_0118Tanjong Karang 1 Apr : Program Semarak Hijau 2.0 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai dengan pelbagai acara yang menarik disediakan, program dimulakan dengan Solat dan Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Personaliti TV9, Ustaz Mohd Zamri Zainuldin, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak berusia 5 sehingga 12 tahun, ukiran buah, tukar minyak motor percuma dan kenduri rakyat.

Program tersebut yang diadakan di Perkarangan PASTI Al DSC_0144Badar Sungai Tengi Kanan, telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir, yang juga Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Di dalam ucapannya, beliau mengajak semua rakyat untuk melakukan perubahan secara menyeluruh untuk kebaikan rakyat dan Negara dengan memberikan sokongan kepada PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Perjuangan PAS, menurutnya, sangat jelas sejak ianya ditubuhkan sehingga sekarang dengan bertunjDSC_0064angkan Islam dan bermatlamat untuk meletakkan syariat Islam berada ditempat yang tinggi.

Justeru itu, katanya, Rakyat mestilah memberikan sokongan kepada PAS supaya dapat membina sebuah Negara yang sejahtera dan menyelamatkan Negara daripada kebobbrokan sedia ada.

Hadir sama ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Pegawai Penyelaras DSC_0083Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri Selangor (DNS) Kawasan Sungai Burong, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja dan ramai lagi.

Dalam program berkenaan seramai 90 orang penduduk daripada Kampung Datuk Manan, Blok B.I dan AGH telah menerima sumbangan hamper berbentuk barangan keperluan harian.