PAS Terus Istiqamah Bantu Rakyat

13 04 2016

DSC_0118Tanjong Karang 1 Apr : Program Semarak Hijau 2.0 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai dengan pelbagai acara yang menarik disediakan, program dimulakan dengan Solat dan Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Personaliti TV9, Ustaz Mohd Zamri Zainuldin, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak berusia 5 sehingga 12 tahun, ukiran buah, tukar minyak motor percuma dan kenduri rakyat.

Program tersebut yang diadakan di Perkarangan PASTI Al DSC_0144Badar Sungai Tengi Kanan, telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir, yang juga Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Di dalam ucapannya, beliau mengajak semua rakyat untuk melakukan perubahan secara menyeluruh untuk kebaikan rakyat dan Negara dengan memberikan sokongan kepada PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Perjuangan PAS, menurutnya, sangat jelas sejak ianya ditubuhkan sehingga sekarang dengan bertunjDSC_0064angkan Islam dan bermatlamat untuk meletakkan syariat Islam berada ditempat yang tinggi.

Justeru itu, katanya, Rakyat mestilah memberikan sokongan kepada PAS supaya dapat membina sebuah Negara yang sejahtera dan menyelamatkan Negara daripada kebobbrokan sedia ada.

Hadir sama ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Pegawai Penyelaras DSC_0083Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri Selangor (DNS) Kawasan Sungai Burong, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja dan ramai lagi.

Dalam program berkenaan seramai 90 orang penduduk daripada Kampung Datuk Manan, Blok B.I dan AGH telah menerima sumbangan hamper berbentuk barangan keperluan harian.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: