Tokoh : Tuan Haji Miskon Bin Misani, PJK

31 07 2011

Beliau seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada parti dan pernah dipilih sebagai Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Kuala Selangor suatu masa dahulu. Seorang yang istiqamah dan perjuangan, berperwatakan lembut tetapi tegas dan melakukan sesuatu keputusan.

Tokoh yang ditampilkan pada kali ini ialah, Tuan Haji Miskon Misani, 62, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Tanjong Karang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Terap

Latar Belakang

Beliau merupakan anak kedua daripada lapan orang adiki beradik yang terdiri dari enam lelaki dan dua perempuan kepada pasangan Misani Bin Zul Khairan dan Miskiah Samion. Dilahirkan pada tanggal 3 April 1949 di Kampung Sungai Terap, Batu 2 Pasir Penambang, Kuala Selangor.

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Terap pada tahun 1956 – 1962, beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Sekolah Arab Mamba’ul Ulum, Dato’ Manan pada tahun 1963 – 1969 sehingga memperolehi Thani Thanawi.

Haji Miskon, kemudiannya telah mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai calon persendirian di Sekolah Menengah Sheik Abd Ghani, Bidor Perak pada tahun 1975.

Keluarga

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan seorang pendidik lepasan Maktab Perguruan Islam (MPI) Bangi, Ustazah Misnah Haji Abd Rahman  pada tahun 1972 dan telah dikurniakan seramai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Kesemua anaknya adalah lepasan Universiti dan telah bekerja serta mendirikan rumahtangga. Beliau juga kini telah dikurniakan seramai Sembilan orang cucu

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya di Pos Malaysia sebagai penghantar surat pada tahun 1973 sehingga bersara pada tahun 2005 sebagai Penyelia Pos.

Mula Aktif Dengan PAS

Mula bergiat aktif dengan parti pada tahun 1969 dan terlibat dengan Dewan Pemuda PAS (DPP) Kuala Selangor sebagai AJK dan Setiausaha PAS Cawangan Permatang.

Manakala pada tahun 1990 beliau telah dilantik pula sebagai Setiausaha PAS Cawangan Sungai Terap sebelum dipilih sebagai Ketua PAS Cawangan tersebut pada tahun 1992 sehingga sekarang.

Diperingkat kawasan pula beliau telah diamanahkan sebagai Setiausaha PAS Kawasan Kuala Selangor pada 90-an sebelum diamanahkan sebagai YDP PAS Kawasan Kuala Selangor selama dua penggal pada tahun 1997 – 2001.

Selepas itu, beliau hanya memainkan peranan diperingkat cawangan sehinggalah berlakunya persempadanan semula kawasan pilihanraya pada tahun 2003, apabila DUN Permatang yang dulunya terletak di Parlimen Kuala Selangor telah dimasukkan di Kawasan Tanjong Karang.

Pada tahun 2007, beliau telah diamanahkan sebagai AJK PAS Tanjong Karang sehingga tahun 2009. Dan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Tanjong Karang pada tahun 2011, beliau sekali lagi telah diamanahkan oleh perwakilan sebagai AJK PAS Kawasan untuk sesi 2011 / 2013.

Dalam Jabatan Pilihanraya (JPrD) DUN  Permatang pula beliau telah diamanahkan sebagai Timbalan Pengarah pada tahun 1999 sehingga tahun 2011, sebelum diamanahkan sebagai Pengarah JPrD Permatang tahun mulai tahun 2011.

Selain itu juga, sebahagian tanah keluarganya telah diwakafkan untuk dijadikan sebagai Markaz PAS Cawangan Sungai Terap dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Sungai Terap, beliau juga turut diamanahkan sebagai Pengerusi PASTI Sungai Terap sejak ia ditubuhkan sehingga sekarang.

Aktiviti Masyarakat

Selain terlibat secara aktif dengan PAS, beliau turut melibatkan diri secara aktif dengan masyarakat, sebagai seorang bekas lepasan Sekolah Arab, beliau telah diamanahkan sebagai Imam Rawatib di Masjid Sungai Terap pada tahun 1990 sehingga tahun 2009. Manakala pada tahun 1992 beliau telah diamanahkan sebagai Penolong Pendaftar Nikah (PPN) Sungai Terap sehingga sekarang.

Selain itu beliau turut memainkan peranan dan pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Terap selama enam tahun mulai tahun 1974. Selain itu beliau juga turut pernah memainkan peranan sebagai AJK PIBG selama beberapa tahun.

Anugerah

Bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada parti dan masyarakat, beliau pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Kemerdekaan sempena dengan Ceramah Kemerdekaan anjuran DPP Kawasan Tanjong Karang pada tahun 2006.

Manakala pada tahun 2009, beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) sempena dengan Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.





Contohi Kehidupan Tuan Guru Nik Abdul Aziz

30 07 2011

Parit Serong, 29 Jul    :    Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Pusat, Ustazah Hajah Siti Zailah Mohd Yusof, mengajak semua rakyat membuat perubahan secara menyeruh dalam sistem pentadbiran kerajaan diperingkat persekutuan dengan memberi sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Banyak kepincangan dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh  Umno/ Bn selama lebih 50 tahun rakyat memberi mandat kepada mereka, yang boleh merugikan rakyat. Cuba bayangkan, mengikut laporan audit negara, harga pasu bunga kosong yang mana harga dipasaran hanya kira-kira RM30 tetapi dibayar dengan harga RM350, begitu juga set sofa yang biasanya harga paling mahalpun kurang daripada RM10,000 tetapi dibayar dengan harga RM30,000 lebih, inilah diantara penyelewengan yang sedang berlaku di dalam negara kita.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, juga berkata, begitu juga dalam soal gejala keruntuhan akhlak dan sosial terutamanya dikalangan remaja amat membimbangkan, apabila ditanya soalan di Dewan Rakyat, menteri yang berkenaan berkata, bayi tidak sah taraf lahir setiap 17 minit, begitu juga dalam kes perceraian yang berlaku, purata  sekitar 17 minit. Inilah yang sangat membimbangkan kita, bukan sahaja akhlak remaja semakin runtuh tetapi institusi keluarga turut musnah dan menuju kehancuran.

Sedangkan, katanya, pemimpin-pemimpin Umno hidup dalam keadaan mewah dan senang lenang, bayangkan bagaimana seorang isteri Perdana Menteri, mampu membeli cincin dengan harga RM24 juta? Begitu juga dengan tas tangan yang dipakainya, diberitakan dibeli dengan harga RM100 ribu lebih. Selain itu, kita juga dimaklumkan beliau telah menempah 500 helai baju.

Sehubungan dengan itu, beliau mengajak orang ramai berfikir dan membandingkan kehidupan dan kesederhaan yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, walaupun telah lebih dua puluh tahun menjawat jawatan sebagai Menteri Besar, tetapi beliau tetap tinggal di rumah asalnya di Kampong Pulau Melaka dan terletak di belakang masjidnya.

Apabila beliau menolak untuk tidak tinggal di Kediaman Rasmi Menteri Besar, kerajaan berhak membayar RM3,000 sebagai bayaran sewa rumah, tetapi ditolak oleh beliau. Begitu juga, peruntukan untuk mengadakan jamuan hari raya, beliau turut tidak mengambilnya, tetapi telah menggunakan duitnya sendiri untuk menjamu rakyat, katanya lagi yang pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negera selama dua penggal oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Kesederhanaan beliau terserlah sekali lagi apabila memotong gajinya sebanyak 40% demi untuk kepenting rakyat. Ada dikalangan Menteri Besar daripada Bn melakukan demikian, yang sanggup memotong 40% daripada gajinya untuk kepentingan rakyat? Soalnya

Yang kita dengar Dr Khir Toyo yang baru menjadi Menteri Besar selama lapan tahun, mampu membina rumah bernilai jutaan ringgit.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah isu semasa bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad, yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor yang diadakan di Balairaya Kampong Parit Serong.

Hadir sama ialah Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan, Ustaz Mohd Judi Sarjo, Ketua PKR Cabang Tanjong Karang, Mohd Yahya Mat Sahri, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR Pusat,  Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPP), Muhd Jafaruddin Sheik Daud, Ketua DMP Kawasan, Ustazah Hajah Jamiyah Yussuf, Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).





Rakyat Akan Terus Menderita Jika Bn Memerintah

30 07 2011

Parit Serong, 29 Jul    :    Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad, berkata, setiap kali sembahyang kita akan membaca “sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah SWT” ayat ini seharusnya menjadi panduan kepada setiap umat Islam terutamanya yang sedang memikul amanah dan tanggungjawab supaya tidak boleh dengan sewenang-wenangnya melakukan kezaliman, penindasan dan rasuah.

Allah SWT, katanya, dengan jelas menyebut segala perbuatan manusia tidak boleh lari dari persoalan dosa dan pahala, syurga dan neraka dalam setiap diri manusia, oleh sebab itu setiap orang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT diakhirat kelak, mengenai apa yang mereka lakukan selama hidup didunia ini.

Oleh yang demikian, sekiranya ada orang berkata politik tidak ada kaitannya dengan agama, ianya jelas sebuah fahaman yang sesat. Adakah sebagai ahli politik kita bebas melakukan apa sahaja semata-semata demi mengejar kepentingan politik termasuk melakukan rasuah, penyelewengan, tuduhan seks dan sebagainya? Soalnya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Isu Semasa yang diadakan di Perkarangan Balai Raya JKKK Parit Serong bersama-sama Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) Ustazah Hajjah Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan.

Selama lebih 50 tahun Umno/ Bn diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara ini, tetapi masih terdapat ramai rakyat yang hidup dalam kesusahan, kenapa perkara seperti ini masih banyak berlaku didalam negara yang kaya seperti Malaysia? Soalnya

Tentulah disebabkan terlalu banyaknya penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh pemimpin negara. Mereka hidup dengan serba kemewahan sedangkan rakyat dibawahan hidup menderita dan terpaksa menanggung pelbagai kenaikan harga barangan keperluan harian, katanya lagi.

Dan yang terbaru, katanya, rakyat terpaksa menanggung kenaikan tarif elektrik, apabila Ahli-Ahli Parlimen meminta supaya kerajaan mendedahkan kepada umum perjanjian diantara kerajaan dengan syarikat pengeluar tenaga tersebut iaitu IPP, mereka enggan dan kononnya ianya adalah dibawah Akta Rahsiah Rasmi (OSA). Adakah OSA itu diwujudkan  semata-mata untuk melindungi kepentingan sebelah pihak walaupun hak dan kepentingan rakyat diketepikan? Soalnya lagi.

Sehubungan dengan itu juga, beliau menyeru kepada seluruh rakyat supaya berani membuat perubahan di dalam Pilihanraya umum akan datang dengan memberi sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

Hadir sama ialah Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan, Ustaz Mohd Judi Sarjo, Ketua PKR Cabang Tanjong Karang, Mohd Yahya Mat Sahri, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR Pusat,  Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPP), Muhd Jafaruddin Sheik Daud, Ketua DMP Kawasan, Ustazah Hajah Jamiyah Yussuf, Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).





28 07 2011





28 07 2011





28 07 2011





28 07 2011





Rakyat Selangor Bertuah Kerana Memilih Pakatan Rakyat

24 07 2011

Parit 4, 23 Jul        :    Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Haji Abd Rani Osman, berkata, rakyat negeri Selangor bertuah kerana berani membuat perubahan dan memilih Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum yang lepas.

Dibawah PR, katanya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim, telah memperkenalkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sebaik sahaja diberi mandat  untuk mentadbir negeri ini.

Dengan slogan “Hasil Negeri Untuk Rakyat”, Kerajaan negeri telah melakukan pelbagai program bagi meringankan beban yang telah ditanggung oleh rakyat sejak sekian lama. Program-program seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Pemberian Air percuma sebanyak  20 meterpadu kepada seluruh rakyat negeri Selangor, adalah diantara program yang tidak pernah dinikmati oleh rakyat negeri Selangor dibawah pentadbiran yang lalu.

Dalam keadaan rakyat dihimpit dengan pelbagai tekanan hidup dengan kenaikan harga pelbagai bahan keperluan harian seperti ayam, gula, minyak dan yang terbaru kenaikan elektrik, Kerajaan Negeri pula telah melakukan pelbagai program untuk meringankan beban rakyat, katanya lagi yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Meru

Oleh yang demikian, rakyat diminta untuk terus memberi sokongan kepada kerajaan PR bagi memastikan kesinambungan program-program yang telah dan akan dijalankan oleh PR dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan program Pemeriksaan Kesihatan Percuma yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Parit 4 yang diadakan di Dataran Pukal Padi Parit 4 Sekinchan Selangor.

Dalam program tersebut juga, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor, turut menyampaikan sumbangan berbentuk hamper keperluan barangan harian kepada ibu tunggal.

Antara program yang diadakan ialah Taklimat Momogram untuk kaum ibu, Pemeriksaan kesihatan dan rawatan perubatan Islam. Selain itu pertandingan memancing dan sukaneka turut diadakan pada hari tersebut.

Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Drs Mohamad Rashdi Deraman, yang juga Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Pengerusi JKKK Parit 4 Esa Ramli dan Pegawai Hal Ehwal Wanita PKM, Norsidah Samat yang juga AJK PAS Kawasan.





Kerajaan Membela Kebajikan Rakyat Bukan Menindas

24 07 2011

Parit 4, 23 Jul    :    Bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh golongan warga emas selama ini, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor, sekali lagi telah mengadakan program bagi meraikan golongan warga emas, melalui program “jom shopping”, kata Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Drs Mohamad Rashdi Deraman.

Setiap warga emas yang berusia 60 tahun keatas dan telah mendaftar di dalam Skim Mesra usia Emas (SMUE) layak untuk menyertai program tersebut yang diperkenalkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor, Rodziah Ismail.

Setiap warga emas yang terpilih, katanya, akan diberikan kupon sebanyak RM100 dan akan dibawa ke pasaraya besar seperti Tesco, Giant dan Savemore, untuk mereka membeli belah di tempat berkenaan dengan menggunakan kupon yang diberkan kepada mereka.

Ini adalah merupakan satu lagi bukti bahawa Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh PR benar-benar mampu untuk menjaga kebajikan rakyat, sebagai sebuah kerajaan yang telah diberikan amanah dan mandat oleh rakyat, sepatutnya menjaga kebajikan dan prihatin terhadap nasib rakyat bawahan, terutamanya golongan yang kurang berkemampuan.

Bukannya tugas pemimpin dan kerajaan yang dipilih oleh rakyat, bertindak menindas dan menzalimi rakyat serta membebankan rakyat dengan kenaikan pelbagai harga barangan keperluan harian dan kos sara hidup, katanya lagi yang juga Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan di dalam  program Pemeriksaan kesihatan Percuma yang dianjurkan oleh Pusat Khdimat DUN Sungai Burong dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Parit 4 dan diadakan di Dataran Pukal Padi parit 4 dan telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Haji Abd Rani Osman.

Pemberian kupon sebanyak RM100 telah kepada warga emas telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, di perkarangan Tesco Kuala Selangor 15 julai lalu.





24 07 2011