23 11 2011





AJK PAS Kawasan Dimasukan Ke Hospital Tanjong Karang

22 11 2011

Tanjong Karang, 22 Nov    :    Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Sheik Daud Md Maidin, telah dimasukkan ke wad 1 Hospital Tanjong Karang kerana masalah jantung sejak malam tadi.

Menurut anaknya, Muhamad Jafaruddin, yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang, bapanya telah mengadu sakit dada sejak beberapa hari yang lalu sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan malam tadi dan terus dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lanjut.

Walaubagaimanapun, keadaannya stabil dan boleh bercakap seperti biasa, Dr hanya menasihatkan bapanya supaya tidak banyak berjalan dan banyakkan berehat.

Sementara itu, ibu kepada AJK DPP Kawasan, Shah Rizal Mohd Sabrah, , turut dimasukkan di wad 2 hospital yang sama juga kerana sakit jantung dan darah tinggi.

Menurut, Shah Rizal, yang juga Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC) Tali Air 3, Ibunya telah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakit yang sama. Ibunya juga baru sahaja mendapat pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN) beberapa minggu yang lepas dan dijangka akan mendapatkan pemeriksaan di IJN pada hari khamis ini.

Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Drs Mohamad Rashdi Deraman, yang juga Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMP), Ustazah Hajah Jamiyah Yussuf, Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan AJK PAS Kawasan, Norsidah Samat, yang juga Pegawai Hal Ehwal Wanita PKM DUN Sungai Burong antara yang melawat pada waktu tengahari.





Sukaneka PASTI Al-Ariff Sederhana Tetapi Meriah

21 11 2011

Tanjong Karang, 21 Nov    : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Ariff Sungai Sireh, hari ini telah menjayakan program sukaneka di Perkarangan Masjid At-Tuqo’ Sungai Sireh yang melibatkan seramai 30 orang pelajar dan ibu bapa PASTI berkenaan.

Menurut Setiausaha Program, Muhamad Abdul Majid, program sukaneka tersebut adalah merupakan acara tahunan PASTI untuk meraikan anak-anak PASTI yang telah tamat belajar di PASTI berkenaan bagi sesi 2011.

Pelbagai acara telah disediakan untuk pelajar dan ibu bapa serta orang ramai yang hadir menyaksikan sukaneka tersebut, katanya lagi.

Bagi pendaftaran PASTI Al-Ariff untuk sesi 2012 pula, beliau berkata, pendaftaran boleh dilakukan oleh ibu bapa mulai sekarang. Selain itu ibu bapa juga digalakkan untuk mendaftar awal anak-anak mereka kerana tempat adalah sangat terhad.

Hadir menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar tersebut Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor dan Setiausaha DPP Kawasan serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Sungai Sireh, Musa Hussein dan Parit 2 Sungai Burong, Saifuddin Ismail.





Belanjawan Selangor Untuk Bantu Rakyat

16 11 2011

Block S Sungai Burong, 15 Nov    :    Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, berkata, Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat (PR) telah memperuntukkan sejumlah RM3 juta untuk diberikan sebagai elaun anak ke nurseri di dalam Belanjawan Negeri Selangor 2012 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Peruntukan tersebut, katanya, akan diberikan kepada keluarga yang berpendapatan RM1,000.00 sebulan untuk penjagaan anak berjumlah RM1,000.00 setahun bagi setiap anak berusia 12 tahun ke bawah.

Selain itu juga, Kerajaan Negeri Selangor turut memperuntukkan sejumlah RM1.6 billion untuk meneruskan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sebagaimana yang telah dinikmati oleh rakyat Negeri Selangor seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) Hadiah anak masuk Universiti, Skim Kesihatan Wanita dan sebagainya, katanya lagi yang pernah menjadi Guru Besar di SRA berkenaan

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Khatam Al-Quran dan Kecemerlangan Murid 2011 Sekolah Rendah Agama (SRA) Block S Sungai Burong.

Hadir sama dalam masjlis perkenaan ialah Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor, Mohd Faizal Mohd Barja, Haji Misran Serman dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Seri Gambut, Mad Janal Nawawi, yang juga pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.





PAS Selangor Beli Bangunan RM1.3 Juta

14 11 2011

Shah Alam, 13 Nov    :    PAS Negeri Selangor, sekali lagi mencatat sejarah dan maju selangkah lagi apabila berjaya membeli dan memilik bangunannya sendiri yang terletak di Pusat Perdangangan Wordwide, Alami di Shah Alam yang bernilai RM1.3 juta hasil sumbangan daripada ahli-ahli PAS Negeri Selangor.

Bangunan setinggi tiga tingkat tersebut akan menempatkan pejabat pentadbiran, bilik mesyuarat dan pejabat pilihanraya PAS Negeri Selangor dan telah mula beroperasi sejak awal November bulan ini.

Bangunan tersebut adalah usaha mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Selangor, dan telah dibayar pendahuluan sebanyak 10% oleh Bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS), Dato’ Abu Zahar.

Bagi membiayai bayaran bulanan sebanyak RM37,000 sebulan selama tiga tahun, PAS Negeri Selangor telah mengadakan majlis makan malam perdana yang telah dihadiri oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang diadakan di Kompleks Belia, Section 7 Shah Alam dengan jualan meja antara RM3,000.00, RM2,000.00 dan RM1,000.00.

PAS Negeri Selangor turut meraikan bekas-bekas pimpinan PAS yang telah banyak berjasa sepanjang penubuhannya di Negeri Selangor, antara yang hadir ialah Mantan Pemangku Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Haji Mohsinon Tahir, Bekas Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Cikgu Haji Awang Ansari dan lain-lain.

Sebuah lukisan asal bangunan lama PAS yang terletak di Sementa dan telah ditandatangani oleh Presiden PAS telah dibida oleh seorang Ahli Perniagaan, Dato’ Ghazali dengan harga RM20,000.00 dalam majlis tersebut.

Antara pimpinan PAS Tanjong Karang yang hadir ialah Yang Dipertua (YDP), Ustaz Mohamd Judi Sarjo, Naib YDP, Haji Misran Serman, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud dan Ustazah Hajjah Jamiyah Yussuf, Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Penolong-Penolong Setiausaha PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja, Norhidayah Parmin dan Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Mat Hasbollah Sudin dan lain lain.

Manakala veteran PAS yang turut diraikan pada malam tersebut ialah, Bekas YDP PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, bekas Ketua Penerangan PAS Kawasan, Abd Rahman Bujang dan AJK PAS Kawasan, Sheik Daud Md Maidin.





Konvokesyen PASTI Tanjong Karang ke-9 Berlangsung Dengan Meriah

14 11 2011

Sungai Terap, 13 Nov    :    Konvokesyen Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Tanjong Karang telah berjaya diadakan di Dewan Orang Ramai Sungai Terap dan telah dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor, Ustaz Wan Shukri Wan Mustapa.

Sebanyak sepuluh buah PASTI di Kawasan Tanjong Karang telah terlibat dalam menjayakan program konvokesyen pada kali ini untuk memberikan sijil penghargaan kepada pelajar-pelajar enam tahun yang telah menamatkan pelajaran di PASTI masing-masing.

Program penyampaian tersebut juga turut diselitkan dengan persembahan daripada pelajar-pelajar PASTI. Selain pelajar, guru-guru PASTI juga turut diberikan penghargaan oleh pihak pengurusan PASTI Kawasan untuk menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mereka selama ini.

Hadir sama ialah Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Drs Mohamad Rashdi Deraman, Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Ustazah Hajjah Jamiyah Yussuf, Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor dan lain-lain.





PKM Anjur Majlis Hi Tea dan Dialog bersama Petani, Penternak dan Nelayan

12 11 2011

Tanjong Karang, 12 Nov    :    Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong dengan kerjasama Lajnah Pertanian PAS Pusat telah menganjurkan program Hi-Tea dan Dialog bersama Petani, Penternak dan Nelayan peringkat Kawasan Tanjong Karang di Balairaya Lorong 7 Sungai Sireh, bersama Pengerusinya Dato’ Ir Amiruddin Hamzah yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah.

Program yang dimulakan jam 2.30 petang tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan yang telah meluahkan masalah yang mereka hadapi sepanjang mereka bekerja sebagai petani.

Dalam program tersebut juga dua orang tokoh peladang jaya telah dipilih menerima anugerah dan telah disampaikan oleh Amiruddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Industri Pelaburan, Pertanian Dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Negeri Kedah.

Hadir sama ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Mat Hasbollah Sudin, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Misran Serman, Nor Az Azlan Ahmad dan Mohd Faizal Mohd Barja.





Festival Jalanan Angkat Seni Budaya Masyarakat

12 11 2011

Tanjong Karang, 12 Nov    :    Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi Dan Inovasi, Hajjah Rodziah Ismail, berkata, Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat (PR) hari ini terus berusaha membangun dan memperkasa ekonomi negeri, namun kita tidak pernah memandang enteng untuk berusaha mengangkat kedudukan seni dan budaya.

Hal ini, katanya, kerana kita sentiasa berpegang teguh kepada pendirian kita bahawa pembangunan dan kemajuan sesebuah negeri itu tidak seharusnya diukur berasaskan pembangunan ekonomi, fizikal dan material semata-mata, tetapi haruslah turut dilihat dari sudut pembangunan spiritual dan iktelektualnya juga.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan sempena dengan perasmian Festival Jalanan Daerah Kuala Selangor 2011 yang diadakan di Padang Astaka Tanjong Karang yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Selangor.

Justeru itu, katanya, pembangunan seni dan budaya adalah merupakan aspek pembangunan yang tidak kurang mustahaknya dengan bidang pembangunan yang lain. Malah, kebudayaan sebenarnya merupakan keseluruhan cara hidup manusia.

Kebudayaan berperanan penting dalam proses pembangunan negara di mana keperibadian rakyat harus dipupuk ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Usaha tersebut pastinya memerlukan penglibatan dan pengembelingan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang menyeluruh dan berterusan.

Saya percaya, katanya, Festival Jalanan yang kita anjurkan ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan nama daripada mana-mana pihak, tetapi adalah bertujuan untuk tatapan dan wadah kepada generasi akan datang mengenai peninggalan budaya dan warisan negara yang tidak ternilai. Seterusnya segalanya bergantung kepada negerasi akan datang yang akan menerajui negara dalam memastikan budaya dan warisan negara terus terpelihara.

Program yang dimulakan pada pukul 7.30 pagi itu berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan lebat pada waktu pagi dengan pelbagai program yang telah disusun seperti Pameran Seni Budaya Selangor, Mari Mencuba Permainan Tradisional, Kursus Asas Tarian, Kursus Asas Muzik Gemelan dan sebagainya.

Hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Setiausaha MDKS, Haji Azahari Sairin yang mewakili Yang Dipertua (YDP) MDKS, Hajjah Noraini Roslan dan Ahli-Ahli Majlis, MDKS, Mohd Faizal Mohd Barja, Nor Az Azlan Ahmad, Haji Misran Serman, Faizah Ismail, Siti Zalaha Abdul Rashid dan Haji Sharuddin Dahlan serta beberapa Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK).





Bajet 2012 Tidak Bela Nasib Golongan Rakyat Bawahan

10 11 2011

Tanjong Karang, 9 Okt    :    Bajet 2012 seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak, adalah merupakan bajet pilihanraya untuk memancing undi rakyat, kata Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria, sewaktu berceramah di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS)

Hidup dan mati Bn, katanya adalah bergantung kepda Bajet tersebut, yang juga adalah merupakan respon  terus daripada buku jingga yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat (PR), yang bertujuan untuk mengaburi mata rakyat supaya terus menyokong Bn dalam PRU akan datang.

Walaupun Bn mendakwa bajet yang dibentangkan tersebut adalah merangkumi semua golongan, tetapi pada hakikatnya tidak semua rakyat khususnya golongan rakyat bawahan menikmati hasil daripada bajet yang dibentangkan tersebut, sebagai contoh katanya, ialah nasib golongan nelayan , petani dan pekebun yang terus disisihkan oleh pihak kerajaan Bn yang tidak mendapat apa-apa faedah daripada bejat 2012.

Mahasiswa juga akan terus berhadapan dengan masalah pekerjaan apabila kerajaan menaikkan tempoh had bersara daripada 58 tahun kepada 60 tahun , ini sekaligus akan menafikan hak golongan muda untuk mendapat pekerjaan, khususnya lepasan universiti yang masih ramai tidak bekerja, katanya lagi yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Kedah.

Dalam masa yang sama katanya, Mahasiswa-mahasiswa turut dibelenggu dengan masalah hutang kepada pihak PTPTN, ditambah pula dengan kenaikan koz sara hidup yang semakin meningkat dan mencecah sehingga 83%.

Belum lagi menyentuh mengenai gejala social yang semakin meningkat berlaku di negara ini, mengikut rekod seramay 253,000 orang bayi telah dilahirkan tanpa bapa atau istilahnya bayi tak sah taraf.

Justeru itu, semua rakyat diminta terus bangkit untuk menumbangkan Bn di dalam PRU akan datang dengan memberikan sokongan kepada PR, katanya lagi yang juga bekas Yang Dipertua (YDP) PAS Subang.





Selangor Dahului Persekutuan Perkenal Gaji Minima RM1,500 dalam Bajet 2012

10 11 2011

Tanjong Karang, 9 Nov    :    Kerajaan Negeri Selangor telah mendahului kerajaan persekutuan apabila telah mengisytiharkan gaji minimum sebanyak RM1,500.00 di dalam Belanjawan Negeri Selangor baru-baru ini, kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.

Sebelum, katanya lagi,  ini kerajaan negeri Selangor telah dua kali menaikkan gaji guru-guru KAFA daripada RM600.00 semasa pemerintahan kerajaan Bn kepada RM1,300. Berbanding elaun yang diterima oleh guru-guru KAFA di Wilayah Persekutuan sekarang iaitu RM650, yang didakwa membela ketuanan melayu dan Islam.

Sebelum ini, Umno pernah mendakwa jika semua tawaran didalam buku jingga yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat (PR) dilaksanakan negara akan bankrup. Benarkah begitu?, soalnya.

Tetapi di dalam belanjawan yang dibentangkan oleh (Dato’ Seri) Najib (Tun Abd Razak) mereka telah “copy and paste” sebiji-sebiji apa yang telah ditawarkan oleh PR seperti di dalam buku jingga, katanya lagi.

Umno juga, katanya, cuba membangkit laporan audit negara yang mengatakan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) mengalami kerugian kerana menanggung kos 20 meter air padu secara percuma.

Soalnya, kerugian yang dialami oleh KDEB itu untuk kepentingan siapa? Adakah untuk kepenting individu ataupun untuk kepentingan rakyat?, walaupun KDEB mengalami kerugian seperti yang didakwa, tetapi rakyat Selangor telah menikmati pemberian 20 meter air secara percuma daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Tetapi bagaimana pula tentang laporan audit negara mengenai Kementerian Pertanian dan industry Asas Tani, dibawah (Dato’ Seri) Noh Omar, selaklu menteri, mengenai kerugian sebanyak RM250,000 dalam projek penternakan lembu dan telah diserahkan kepada keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Shahrizat Abd Jalil.

Siapakah yang untung hasil daripada projek tersebut? Kenapa projek tersebut diserahkan kepada keluarga bangsawan, bukannya kepada golongan rakyat yang benar-benar terlibat dalam bidang berkenaan, katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) bersama dengan Ahli Parlimen  Padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria.