EXCO Selangor adakan lawatan kerja sehari ke Tanjong Karang

28 02 2009

img_2679Tanjong Karang, 28 Feb :               Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, telah mengadakan lawatan ke Tanjong Karang sempena dengan Program Mendekati Rakyat (PMR) bagi meninjau masalah yang dihadapai oleh rakyat di Kimg_2660awasan Tanjong Karang.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor telah membaca khutbah di Masjid Ar-Raudhah, Pekan Tanjong Karang. Diikuti dengan program berikutnya ialah Dialog bersama Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Seluruh Daerah Kuala Selangor di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang.

Selepas itu, Dr Hasan Ali, telah menyampaikan Kuliah Maghrib dan Masjid Block J Sawah Sempadan, program yang julung-img_2742julung kalinya diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tersebut.

Manakala selepas Isya’, Ceramah Perdana penerangan isu-isu semasa telah diadakan di Dewan Dato’ Hormat, beliau telah berceramah bersama dengan Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman. Di dalam ceramah tersebut Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menyampaikan sumbangan berbentuk bantuan untuk membaiki rumah orang miskin di Daerah Kuala Selangor dan bantuan kepada Surau dan Masjid yang telah uzur. Sumbangan teimg_2744lah disampaikan oleh Dr Hasan Mohd Ali.

Program PMR tersebut diteruskan dengan program Qiamullail yang diadakan di Masjid Ar Rohman, Batu 12 Sungai Burong, diikuti dengan sembahyang subuh dan Kuliah subuh yang disampaikan oleh Dr Hasan Mohd Ali.

 Dr Hasan Mohd Ali mengakhiri program PMR tersebut dengan Merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama (SRA) Parit 4 Sekinchan.





EXCO Ingatkan rakyat kembali kepada Islam yang sebenar

27 02 2009

img_2640Tanjong Karang, 27 Feb :               Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, meminta umat Islam menghayati ajaran Islam sepenuhnya mulai pada hari ini, bermula dengan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Ar-Raudhah Tanjong Karang sempena dengan Program Mendekati Rakyat (PMR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong.

Umat Islam juga perlu kembali kepada Islam bermula daripada diri sendiri, keluaraga dan Masyarakat. Untuk  mencapai tujuan tersebut, Umat Islam perlu mengimarahkan masjid setiap hari dengan pelbagai program seperti kuliah maghrib, kuliah subuh, qiamullail dan sebagainya.

Ini merupakan kali kedua beliau membaca khutbah di masjid berkenaan. Kali pertama Dr Hasan Ali membaca img_2634khutbah di masjid tersebut ialah sewaktu baru memenangi kerusi DUN Sungai Burong pada Pilihanraya umum tahun 1999.

Pegawai Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor, Ustaz Mohd Ashraf Suarin, Al-Hafiz, yang juga Imam Masjid Sultan Ibrahim Kuala Selangor telah mengimamkan solat Jumaat tersebut. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan dan Pemimpin-pemimpin masyarakat.





Sumbangan Fasa ke-2 Skim Mesra Usia Mas

26 02 2009

Tanjonimg_2587g Karang, 26 Feb : Kerajaan Negeri Selangor telah menyerahkan baki daripada Skim Mesra Usia Emas kepada pewaris yang tinggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong. Seramai 28 daripda 70 orang orang telah menerima untuk penyampaian fasa kedua ini yang diadakan di Perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebaijkan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi Dan Inovasi, Dr Haji Abd Rani Osman, yang juga ADUN Meru menggantikan EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail yang tidak dapat hadir.

Di dalam ucapannya beliau berkata, Ini merupakan beberapa fasa awal daripada keseluruhanimg_2590 manifesto yang telah dijanjikan oleh Pakatan Rakyat (PR) kepada rakyat negeri Selangor. Kerajaan PR dalam perancangan untuk melaksanakan 9 lagi manifesto dan akan dilaksanakan pada tahun ini untuk keselasaan rakyat.

Kerajaan PR, juga menurutnya, tidak pernah membezakan diantara penyokong PR dan Barisan Nasional (BN) sepertimana yang dilakukan sewaktu mereka berkuasa dulu. Sebagai contoh sewimg_2593aktu berlaku banjir di Meru beberapa tahun lalu, Penyokong PAS tidak disenaraikan sebagai salah seorang daripada penerima bantuan daripada Kerajaan BN ketika itu. Tetapi hari ini semua rakyat telah diberi bantuan tanpa mengira fahaman politik.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Faizal Abd Raji, Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Musa Mohamad, Ahli-ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Mohd Saad Ibrahim, Zainal, Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Mukim Tanjong Karang.