Kerajaan Negeri Selangor Sangat Prihatin Masalah Rakyat – Tan Sri Khalid

30 08 2010

Berjuntai Bestari, 29 Ogo    : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Khalid Ibrahim, berkata, Kerajaan  Rakyat (PR) Negeri Selangor sentiasa berusaha untuk mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat setiap masa.

Katanya, buat pertama kalinya kerajaan negeri telah mengambil pandangan rakyat sebelum membentangkan belanjawan kerajaan negeri Selangor tahun 2011.

Kerajaan negeri Selangor baru-baru ini telah mengarahkan 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Selangor mengadakan program Dialog Selangor Blueprint bagi tempoh 2011-2013, dan dijangka hasil dialog tersebut akan dijadikan sebagai garis panduan bagi belanjawan tahun 2011 ini.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis penyampaian sumbangan kepada anak yatim dari Pusat Khidmat Rakyat (PKR) Dewan Negeri (DUN) Permatang, yang diadakan di Perkarangan Masjid Al-Ridzuan, Berjuntai Bestari.

Antara tetamu yang hadir ialah Pegawai Daerah Kuala Selangor, Haji Misri Idris, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Haris Kassim dan Pegawai Tadbir Agama (PTA) Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Selangor, Ustaz Haji Hashim Muhamad.

Ahli-Ahli Majlis, MDKS, Nor Az Azlan Ahmad, Zainal Abidin Abdul Samad, Mohd Faizal Mohd Barja, Haji Sharudin Dahlan, Jeganetsan, Siti Zalaha Abdul Rashid dan Norfaizah Ismail antara yang turut hadir dalam program tersebut. Selain itu ialah Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) DUN Permatang  juga turut hadir.

Tan Sri Khalid yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Ijok Selangor, juga telah mengarahkan agar Pegawai Daerah Kuala Selangor membuat kajian  terperinci mengenai status tanah penduduk kampong Berjuntai Bestari terutamanya yang telah tinggal selama lebih 20 tahun di kampong berkenaan, katanya.

Antara yang turut berucap dalam majlis tersebut ialah Pengarah PKR DUN Permatang, Haji Yahya Mat Shaari, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR yang juga Setiausaha PKR Cabang Tanjong Karang dan Pengerusi JKKK Berjuntai Bestari, Haji Mohamad Jinal Ariffin, yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Tanjong Karang dan Ketua PAS Cawangan Berjuntai Bestari.





Tokoh : Puan Hajah Halimah Binti Sokami, P.P.S

29 08 2010

Hajjah Salimah bt Sokami, 67, merupakan seorang lagi aktivis PAS kawasan Tanjong Karang yang cukup dikenali khususnya di kalangan Muslimat PAS Kawasan.

Beliau merupakan pimpinan muslimat yang aktif dan rajin menyertai setiap program yang dianjurkan sama ada oleh PAS Kawasan, Dewan Muslimat PAS (DMP) dan Nisa’ termasuklah aktiviti yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan.

Beliau juga merupakan muslimat yang sentiasa ‘on call’ bila diperlukan khidmatnya pada setiap masa samaada diperingkat PAS Kawasan, Muslimat bahkan Pemuda Kawasan, biasanya yang melibatkan program Nisa’ Kawasan.

Sama-samalah kita ikuti kisah srikandi PAS Tanjong Karang dalam ruangan Tokoh pada bulan ini.

Latar belakang

Hajjah Salimah, yang lebih mesra dengan panggilan ‘Bonda’ di kalangan aktivis PAS Kawasan terutama golongan muda dilahirkan pada 12 Oktober 1948 di Kampong Bukit Kerayong, Jeram, Selangor dan dibesarkan di Parit 4, Sekinchan, adalah anak kepada pasangan Haji Sukaimi dan Hajah Markamah bt. Idris.

Ibu bapanya merupakan seorang petani. Bonda merupakan anak ke-6 daripada 9 orang adik-beradik dan mendapat pendidikan di Sekolah Agama Rakyat di Parit 4, Sekinchan, Selangor.

Keluarga

Bonda, yang kini menetap di Lorong 1, Sungai Sireh, telah mendirikan rumah tangga dengan Haji Mat Said bin Dahalan, pada tahun 1973 dan telah dikurniakan seramai 2 orang cahayamata, kedua-duanya perempuan. Kedua-dua orang anaknya telah mendirikan rumah tangga dan telah dikurniakan seramai 6 orang cucu. Anak keduanya merupakan seorang peguam lepasan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Suaminya, Haji Mat Said, telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2005 kerana sakit jantung, juga merupakan20120610_174341 aktivis PAS di Cawangannya Ban 3 Sungai Sireh. Bonda yang bekerja sebagai Pembantu Rendah Am (PRA) MARDI telah bersara pada tahun 2003.

Mula bergiat aktif dengan PAS

Bonda mula bergiat aktif dengan PAS pada tahun 1992. Manakala pada tahun 1996 beliau telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Muslimat Cawangan (JMC) Ban 3 Parit 1 Sungai Sireh.

Pada tahun 2001, bonda telah diamanahkan sebagai Ketua JMC Cawangan sehingga 100_2874tahun 2009. Manakala pada tahun 2003, Bonda telah dipilih sebagai AJK DMP Kawasan Tanjong Karang dan beliau telah memegang amanah tersebut sehingga sekarang.

Pada tahun yang sama (2003) bonda turut dilantik sebagai Timbalan Ketua Nisa’ (dulu Amal Nisa’) Kawasan Tanjong Karang sehingga tahun 2007. Selain itu beliau juga merupakan Setiausaha Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Ariff Sungai Sireh juga sehingga tahun 2009.

Dengan beberapa jawatan yang diamanahkan kepada beliau di dalam jamaah, beliau cukup sibuk dengan berbagai aktiviti yang memerlukan kehadirannya. Setiap hari rabu contohnya, Muslimat PAS100_2918 Cawangannya, telah menganjurkan kelas pengajian yang dipimpin oleh Ustazah Khadijah. Dan pada setiap hari jumaat pagi dan petang beliau sendiri memimpin bacaan yassin untuk golongan muslimat dari rumah ke rumah di sekitar Sungai Sireh.

Ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh DMP dan Nisa’ Kawasan.

Kini walaupun usianya telah mencecah 67 tahun bonda masih lagi aktif bergiat didalam arena politik, selain masih memegang jawatan sebagai AJK DMP Tanjong Karang, bonda juga merupakan Ketua JMC Lorong 2 Parit 1 Sungai Sireh sejak tahun 2009, selain itu beliau juga masih terlibat dengan pentadbiran PASTI diperingkat cawangan sebagai Bendari PASTI Cawangan.

Jejak Langkah

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi, begitulah pepatah yang sesuai ditujukan kepada bonda, apabila salah seorang anaknya, Noor Zarina, yang juga merupakan tenaga pengajar di PASTI Al-Mutaqin Sungai Terap, turut terlibat secara aktif dengan DMP Kawasan dan telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha 2 DMP Kawasan sejak tahun 2009.

Zarina juga adalah merupakan Setiausaha JMC Lorong 2 Parit 1 Sungai Sireh.

Anugerah

Bagi menghargai segala jasa yang telah ditabur kepada masyarakat, Hajjah Salimah, telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Selangor (P.P.S) sempena hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada tahun 2001.

Selain itu beliau juga pernah menerima anugerah pekerja cemerlang semasa bekerja dengan MARDI.

Diperingkat PAS Kawasan pula, bonda pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Kemerdekaan oleh DPP Kawasan sempena dengan sambutan kemerdekaan pada tahun 2007. Manakala di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Tanjong Karang tahun 2010, bonda telah dianugerahkan sebagai Tokoh Jasamu Dikenang tahun 2010.

_________________________________________________________________________________________

Oleh : Mohamad Faizal Mohamed Barja

*Update 6/8/2015 – Penulis adalah Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang Merangkap Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang





Banyak pembaziran berlaku pada bulan ramadhan

23 08 2010

Batu 10, 22 Ogo : Penceramah bebas, Ustaz Kamal Ashaari, berkata, ramai dikalangan Umat Islam yang tidak mengikut apa yang disarankan oleh Islam semasa melakukan ibadah berpuasa.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan tazkirah ramadhan di Masjid Jamiul Hasanah, Batu 10, Jalan Bernam, Tanjong Karang

Menurutnya, Umat Islam banyak melakukan pembaziran sewaktu hendak membeli juadah untuk berbuka puasa. Ramai dikalangan Umat Islam gagal mengawal hawa nafsunya sewaktu di bazar ramadhan, akhirnya menyebabkan banyak makanan yang dibeli tidak dijamah sewaktu berbuka dan menyebabkan berlakunya pembaziran.

Perkara seperti ini berlaku adalah berpunca daripada sifat manusia yang lebih memenuhi kehendak mereka berbanding dengan keperluan.

Umat Islam juga diseru supaya meningkatkan amalan dalam bulan ramadhan ini kerana pada bulan ini, Allah s.w.t menurunkan malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu malam lailatulqadar, katanya lagi

Antara yang hadir dalam program tersebut ialah Nazir Majis Jamilul Hasanat, Batu 10, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, yang juga Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, Ahli-Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Misran Serman, Nor Az Azlan Ahmad dan Mohd Faizal Mohd Barja.





Dewan Pemuda PAS Edar Risalah di Bazar Ramadhan Tanjong Karang

23 08 2010

Tanjong Karang, 22 Ogo    : Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang dengan kerjasama PAS Kawasan Tanjong Karang telah turun ke bazar ramadhan Tanjong Karang untuk mengedarkan akhbar Selangorkini dan risalah penerangan isu-isu semasa kepada orang ramai yang berkunjung ke bazar ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa.

Selain itu juga, DPP Kawasan turut mengedarkan bubur lambuk yang diagihkan bersama dengan akhbar selangorkini dan risalah. Sebanyak 500 bungkus bubur lambuk telah disedarkan oleh pimpinan PAS Kawasan dan DPP Kawasan dalam program yang berjalan selama satu jam bemula jam 5.00 petang sehingga jam 6.00 petang.

Selepas selesai mengagihkan bubur lambuk, Pemangku Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohd Judi Sarjo, yang juga Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong bersama Naib YDP PAS Kawasan, Haji Misran Serman, yang juga Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin dan Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Ahli Majlis MDKS, telah mengedarkan kad ucapan Hari Raya daripada PKM DUN Sungai Burong kepada setiap peniaga di gerai bazar ramadhan.

Menurut Setiausaha DPP Tanjong Karang, Mohd Faizal Mohd Barja, program ini adalah merupakan program tahunan DPP Kawasan. Setiap tahun DPP Kawasan akan turun ke bazar ramadhan untuk mengedarkan risalah-risalah isu semasa kepada orang ramai mengenai dasar-dasar kerajaan negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat (PR).

Selain itu, DPP Kawasan juga akan turun ke pasar minggu yang diadakan di pekan Tanjong Karang pada setiap petang ahad untuk mengedarkan risalah penerangan jika ada isu-isu berbangkit untuk  diberi penjelasan kepada rakyat, selain daripada bulan ramadhan, katanya yang juga Ahli Majlis MDKS.

Berbanding tahun-tahun sebelumnya, program pada tahun ini, DPP Kawasan turut menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai bersama-sama dengan akhbar Selangorkini dan risalah penerangan isu semasa dan kad ucapan Selamat Hari Raya, katanya lagi.

Turut serta dalam program tersebut ialah beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Tanjong Karang dan Ahli-ahli Jawatankuasa DPP Tanjong Karang.





Pusat Khidmat Anjur Program Sempena Nuzul Quran

21 08 2010

Tanjong Karang, 21 Ogo    : Sempena dengan ketibaan Nuzul Quran pada 17 Ramadhan 1431H yang akan disambut pada 27 Ogos 2010 akan datang, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong akan menganjurkan program ceramah di dua buah masjid dalam DUN Sungai Burong.

Pada hari ahad, 22 Ogos, ceramah nuzul quran akan disampaikan oleh penceramah bebas, Ustaz Kamal Ashaari bertempat di Masjid Jamiul Hasanah Batu 10, Tanjong Karang. Ustaz Kamal Ashaari dijangka akan berbuka puasa dan bersembahyang terawaih di masjid berkenaan. Ceramah akan dimulakan selepas solat terawih sekitar jam 9.30 malam.

Ceramah kedua pula akan diadakan pada 27 Ogos, hari jumaat, oleh Bekas Penyelaras Masjid Daerah Kuala Selangor, Ustaz Mohd Noor Shahar, yang juga seorang penceramah bebas di Masjid Jamiul Khair, Kampong Sungai Sireh selepas solat terawih.

Orang ramai dijemput untuk menghadiri kedua-dua program berkenaan





Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor Edar Bubur Lambuk

17 08 2010

Tanjong Karang, 17 Ogo    : Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor MDKS) telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai yang sedang membeli juadah untuk  berbuka puasa di Bazar Ramadhan Tanjong Karang.

Dengan dibantu oleh kakitangan pengurusan MDKS, sebanyak 500 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada pengunjung bermula jam 4.30 petang sehingga jam 5.00 petang.

Antara ahli-ahli MDKS yang turun padang mengagihkan bubur lambuk ialah Haji Misran Serman, yang juga Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Pegawai PKM DUN Sungai Burong, Ustaz Ahmad Alang, Siti Zalaha Abd Rashid dan Norfaizah Ismail.

Program penyampaian bubur lambuk seperti ini adalah merupakan aktiviti tahunan yang dilakukan oleh pihak MDKS.

Setiap hari sebanyak 500 bungkus bubur lambuk telah disedia dan diedarkan kepada orang ramai yang sedang membeli juadah untuk berbuka puasa di seluruh bazar-bazar ramadhan dalam Daerah Kuala Selangor.

Bazar Ramadhan Tanjong Karang yang terletak berhampiran dengan pasar basah adalah lokasi kedua yang dipilih oleh pihak MDKS untuk mengedarkan bubur lambuk, selepas Bazar Ramadhan Kuala Selangor sehari sebelumnya.





Komputer Riba Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor dicuri

16 08 2010

Kuala Selangor, 16 Ogo    : Dua buah komputer riba milik Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Faizal Mohd Barja, telah dicuri sewaktu meletakkan kereta di hadapan bangunan Umno Bahagian Kuala Selangor.

Sewaktu kejadian, beliau sedang mengagihkan bubur lambuk MDKS kepada pengunjung bazar ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa.

Menurutnya, selepas mengagihkan bubur lambuk tersebut, saya bersama rakan saya terus menuju ke kereta untuk pulang. Tiba-tiba sewaktu hendak membuk bonet kereta untuk menukar kasut saya dapati bonet saya mempunyai kesan seperti diungkil, dan apabila membuka bonet saya dapati kedua-dua buah komputer riba saya telah hilang.

Beliau yang juga Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, berkata, salah satu komputer riba tersebut adalah milik PKM DUN Sungai Burong manakala sebuah lagi adalah milik peribadi.

Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor selepas kejadian. Kerugian dianggarkan berjumlah RM4,000.00





Selamat Meyambut Ramadhan Al -Mubarak

9 08 2010





Kerajaan Selangor peruntukkan RM6 Juta untuk Program Rumah Kerajaan Prihatin

8 08 2010

Tali Air 2 Ban 3    : Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar, berkata, 99% penerima rumah prihatin yang dikendalikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri Selangor adalah terdiri daripada golongan kaum bumiputra.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan perasmian  sempena dengan Majlis Penyerahan Kunci Rumah dibawah Program Rumah Kerajaan Prihatin bagi Daerah Kuala Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukan sebanyak RM6 juta setahun bagi membina rumah prihatin untuk membantu rakyat yang tidak mampu memiliki rumah. Walaupun peruntukan sebanyak RM6 Juta tersebut masih belum mencukupi bagi membantu rakyat yang memohon rumah dibawah program berkenaan, ia sekurang-kurang dapat memperlihatkan kesungguhan kerajaan PR dalam membantu rakyat terutama dari golongan yang berpendapatan rendah.

Menurutnya, bagi Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam sahaja sebanyak 500 permohonan telah diterima di pejabatnya. Namun tidak semua permohonan dapat diluluskan kerana masalah kekurangan peruntukan. Tambahan pula di negeri Selangor kita mempunyai 9 buah daerah yang juga turut memohon bantuan dibawah program tersebut.

Walaubagaimanapun, katanya,  saya akan meminta kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, untuk menambahkan lagi peruntukan pada athun depan supaya dapat membantu lebih banyak rakyat untuk mendapatkan bantuan rumah kerajaan prihatin.

Kerajaan PR Negeri Selangor, juga katanya, sedang menaceri tanah seluas 5 hektar untuk membina rumah-rumah kerajaan prihatin bagi rakyat yang tidak berkemampuan dan tidak mempunyai tanah bagi didirikan rumah tersebut.

Selain itu, Kerajaan PR Negeri Selangor, juga,  kini tidak lagi mendirikan rumah 1 bilik untuk program tersebut, ini memandangkan kos pembinaan bagi rumah yang mempunyai sebuah bilik hampir sama dengan rumah yang mempunyai dua dan tiga buah bilik.

Sebuah rumah 2 bilik kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM28,000.00 manakala bagi rumah 3 bilik kerajaan negeri Selangor pula memperuntukan sebanyak RM30,000.00. Selain itu juga, Kerajaan Negeri turut mengarahkan kepada kontraktor supaya setiap rumah dibawah kerajaan prihatin tidak lagi menggunakan papan playwood seperti yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.

Setiap rumah yang dibina mestilah menggunakan bahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, ini bagi memastikan setiap rakyat yang menerima bantuan melalui program tersebut benar-benar selesa dengan keadaan rumah mereka.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, Ustaz Mohd Judi Sarjo, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor, Zainal Abidin Abd Samad, Haji Misran Serman, Mohd Faizal Mohd Barja, Jegatheesan A/l Subramaniam  dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor, Haji Idzahar Rashdi.

Selain itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Mukim Tanjong Karang 1 dan 2 serta pemimpin masyarakat setempat.





Majlis Penyampaian Rumah Kerajaan Prihatin

8 08 2010

Tali Air 2 Ban 3    : Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar     hari ini telah menyampaikan kunci rumah kepada 22 orang penerima rumah kerajaan prihatin yang diadakan di Dewan Warga Emas, Tali Air 2 Ban 3 Sungai Burong.

22 orang penerima rumah kerajaan prihatin dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor, terdiri dari Ibu Tunggal, fakir miskin termasuk 4 orang penerima dari kaum India.

Program yang julung-julung kalinya diadakan tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masayarakat setempat. Selain penyampaian kunci rumah kerajaan prihatin, Dr Xavier, turut menyampaikan hamper berupa barangan keperluan harian kepada 50 orang Ibu Tunggal sumbangan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Parit 2 Sungai Burong.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, Ustaz Mohd Judi Sarjo, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor, Zainal Abidin Abd Samad, Haji Misran Serman, Mohd Faizal Mohd Barja, Jegatheesan A/l Subramaniam dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor, Haji Idzahar Rashdi.

Dalam masa yang sama Dr Xavier turut berkesempatan melawat sebuah rumah penduduk yang telah menerima bantuan rumah kerajaan prihatin yang terletak tidak jauh dari tempat program.

Selain itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Mukim Tanjong Karang 1 dan 2 serta pemimpin masyarakat setempat.