Tokoh : Ustazah Siti Sabariah Hashim, P.J.K

26 04 2010

Wajahnya yang lembut menunjukkan sifat keibuannya sebagai seorang pemimpin Muslimat yang berwibawa dan berpengalaman, tetapi tetap tegas dengan prinsip perjuangan. Politik telah menjadi darah daging dalam keluarganya, maka tidak hairanlah beliau turut terlibat dalam perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah di dalam Negara Malaysia ini.

Tokoh yang tidak asing lagi bagi kalangan Muslimat PAS Tanjong Karang khasnya dan ahli-ahli PAS umumnya, yang akan ditonjolkan pada kali ini ialah Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Tanjong karang, Ustazah Hajjah Siti Sabariah Hashim.

Latar Belakang

Dilahirkan pada tahun 1937, di Kampong Kanchong Darat, Banting, Selangor, beliau merupakan anak ke-5 daripada lapan orang adik beradik (4 lelaki dan 4 perempuan) kepada pasangan Haji Hashim Abu Mansur dan Hajjah Maimunah Yusof.

Abangnya Allahyarham Ustaz  Haji  Adnan  Hashim,  merupakan Pengasas   PAS   Kawasan Tanjong Karang/ Kuala Selangor dan pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, selain pernah  bertanding  di  DUN  Tanjong  Karang  pada  tahun 1969. Manakala  abangnya   yang   ke-4, Allahyarham Ustaz Haji Ismail Hashim, merupakan Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor (1983-1994) dan  Bekas  Ketua Dewan Ulama’ PAS (DUP) Negeri Selangor. Manakala  adiknya, Allahyarham Ustaz  Haji Abdullah Hashim pernah  bertanding   sebagai  calon   PAS   pada   tahun 1982 di Parlimen Pelabuhan Klang.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Mamba’ul Ulum,   Dato’   Manan,   Tanjong   Karang.    Kemudian    beliau menyambung pelajaran di Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Hishamuddin, Sungai Berteh, Kelang, sehingga mendapat Rabi’ Thanawi.

IMG 021Kerjaya

Memulakan   kerjaya sebagai seorang guru di beberapa buah sekolah di sekitar Tanjong Karang seperti Sekolah Rendah Agama (SRA)  Jeram,   SRA Block G, SRA Block J dan Sekolah Kebangsaan  (SK) Seri Tiram Jaya,   sebelum mengajar di Sekolah Menengah   Mamba’ul   Ulum,   Dato’ Manan   pada tahun 1966. Manakala   pada   tahun   1977   beliau telah berpindah ke Sekolah   Agama Menengah (SAM) Seri Desa, Tanjong   Karang sehingga beliau bersara pada tahun 1992.

Keluarga

beliau yang kini menetap di Block J Sawah Sempadan, Tanjong   Karang   telah  mendirikan   rumahtangga  dengan Haji Muhamad   Ridhwan   Haji   Abd Hamid, yang   juga   merupakan seorang aktivis PAS Cawangan,   pada tahun 1959. Hasil perkongsian   hidup   selama 50 tahun beliau telah dikurniakan seramai 9 orang cahayamata.

beliau juga merupakan seorang ibu contoh yang gigih dalam kegiatan  keagamaan, kemasyarakatan dan politik, di samping   berjaya   mendidik   anak-anaknya   untuk mencapai kejayaan di bidang pendidikan. Seramai 4 orang anaknya telah mengikut  jejak langkahnya sebagai guru, manakala yang lain merupakan lepasan Institut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta (IPTA/S).

Mula Terlibat Dengan Politik

264233_195952527123323_172913386093904_563137_4071306_nPenglibatan awal beliau di dalam PAS bermula sebagai Ketua Jawatankuasa   Muslimat  Cawangan (JMC) Sungai Tengi Kanan, kemudian diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Muslimat  PAS   (DMP)  Kawasan  Tanjong  Karang, sebelum dipilih sebagai   Naib   DMP   Kawasan.   Pada   tahun 2001, beliau telah diamanahkan sebagai Pemangku Ketua DMP Kawasan, berikutan Ketua  DMP Kawasan ketika itu, Allahyarhamah Ustazah Hajjah Shamsiah Salleh, meninggal dunia kerana penyakit barah.

Manakala pada tahun 2003, beliau telah melepaskan jawatan dan memberikan laluan kepada UstazahIMG_0896 (1) Hajjah Jamiyah Yusof untuk mengetuai DMP Kawasan. Manakala beliau pula telah diamanahkan sebagai Timbalan Ketua DMP Kawasan sehingga tahun 2005.

Pada tahun 2005 – 2009 beliau diamanahkan pula sebagai Naib Ketua DMP Kawasan manakala jawatan Timbalan Ketua DMP Kawasan disandang oleh Ustazah Hajjah Maryuni Said. Dan di dalam Mesyuarat Agung DMP Kawasan pada tahun 2009 beliau sekali   lagi   diberi   kepercayaan sebagai Timbalan Ketua DMP Kawasan untuk sesi 2009 – 2011 ini berikutan penyandang jawatan tersebut Ustazah Maryuni Said tidak mempertahankan jawatan kerana uzur.

Aktiviti Masyarakat

Usia bukan penghalang untuk beliau terus berbakti kepada masyarakat dan jamaah, dalam usia 72 tahun, beliau masih aktif didalam PAS, kini selain memegang jawatan sebagai Timbalan   Ketua   DMP Kawasan dan sebagai Pengerusi Lajnah Tarbiyyah DMP Kawasan serta Ketua JMC Raden Puteh, beliau  juga aktif dengan masyarakat.

Pada sebelah petang 6 kali seminggu, beliau menghabiskan masa dengan   mengajar   agama   kepada   para muslimat di sekitar Tanjong Karang. Beliau juga memainkan peranan sebagai bilal Jenazah di samping mengendalikan kursus-kursus yang berkaitan.

Penghargaan

Sebagai   penghargaan   di   atas   segala kegigihan, jasa dan pengorbanan beliau kepada masyarakat, maka pada tahun 1996, beliau telah dianugerahkan sebagai “TOKOH IBU MITHALI” bagi peringkat   Daerah   Kuala   Selangor.   Manakala  pada tahun berikutnya (1997) beliau telah diberikan anugerah yang sama oleh Kerajaan Negeri Selangor sempena sambutan Maal Hijrah (1418H) untuk peringkat Negeri Selangor.

Pada 26 Mac 2010 yang lalu PAS Kawasan Tanjong Karang telah memilih beliau sebagai “TOKOH MAULIDUR RASUL 1431H” Peringkat Parlimen Tanjong Karang sempena img_0203dengan Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan di Dewan Sungai Terap.

Manakala pada 22 April 2010 yang lalu, sempena dengan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibn Almarhum Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K).

______________________________________________________________________________________________________

Oleh : Mohamad Faizal Mohamed Barja

*Update 6/8/2015 – Penulis adalah Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang Merangkap Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang





PKR gagal pertahan kerusi Parlimen Hulu Selangor

25 04 2010

Hulu Selangor, 25 Apr : PKR gagal mempertahankan kerusi dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya Dato’ Zaid Ibrahim tewas kepada calon Bn, P. Kalamanathan dengan majoriti 1,725.

Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC Pusat memperolehi, 24,997 mengatasi calon PKR, Zaid, yang memperolehi 23,272. Keputusan rasmi tersebut telah diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan, tepat jam 9.15 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor.





12 Veteran PAS dianugerah Pingat PJK Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

22 04 2010

Klang, 22 Apr : Seramai 12 orang pimpinan dan Bekas Pimpinan PAS Tanjong Karang telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor Disember 2009 yang lalu.

Mendahului senarai pimpinan PAS Tanjong Karang ialah Pemangku Ketua Urusan Ulama’ PAS Tanjong Karang, Ustaz Dul Jalil Mahmud, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Tanjong Karang, Abdullah Najib Shaari, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Kampong Melaka, Ab Rahman Bujang, Sheikh Daud Md Maidin, Ustazah Hajjah Asmah Ahmat, yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Tanjong Karang, dan Haji Maskuri Mardzuki, yang juga Pengerusi JKKK Sungai Gulang-gulang dan Bekas Bendahari PAS Tanjong Karang.

Turut menerima pingat PJK ialah, Timbalan Ketua DMP Tanjong Karang, Ustazah Hajjah Siti Sabariah Hashim, Timbalan Pengerusi Tetap DMP Tanjong Karang, Halimatus Sakdiah Sulaiman, yang juga Bekas Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Ketua PAS Cawangan Sungai Terap, Haji Miskon Misani, yang juga Pengerusi JKKK Sungai Terap dan Bekas YDP PAS Kuala Selangor dan Ketua PAS Cawangan Sungai Gulang-gulang, Haji Chamsari Kasaman, yang juga bekas Timbalan YDP PAS Kuala Selangor dan Bekas Naib YDP PAS Tanjong Karang.

Ketua PAS Cawangan Sungai Tengi Kanan, Ustaz Haji Khairullah Junid, yang juga bekas Ketua Urusan Ulama’ PAS Tanjong Karang dan Bekas Calon PAS DUN Permatang, Ketua PAS Cawangan Raden Mas Blok N Sawah Sempadan, Haji Sujak Arshad, yang juga Pengerusi JKKK Blok COJ turut dianugerahkan pingat PJK.





PAS Tanjong Karang bantu Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor

17 04 2010

Hulu Selangor, 17 Apr :  Bagi membantu Calon PKR dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang menyaksikan pertandingan 4 penjuru, PAS Tanjong Karang telah mengerahkan seluruh jentera termasuk Pemuda dan Muslimat untuk membantu mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor.

PAS Tanjong Karang bertugas di Unit Peti Undi (UPU) Desa Maju, Sungai Tengi bersama-sama dengan PAS Negeri Terengganu.

Jadual bertugas untuk seluruh jentera parti telah disusun setiap hari mulai pada 16 sehingga 25 April, yang melibatkan Pemuda dan Muslimat selain AJK PAS Kawasan. AJK PAS Kawasan akan ditugaskan untuk mengetuai setiap jentera bagi membantu PAS Negeri Terengganu, kata Setiausaha PAS Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad.

PAS Tanjong Karang juga turut mengarahkan seluruh Ketua-Ketua Kampong PAS Tanjong Karang untuk turun padang dan membantu PKR mengikut  jadual yang telah disediakan, selain itu PAS Tanjong Karang turut menyewa sebuah rumah yang terletak di Felda Desa Maju bagi kemudahan jentera PAS Tanjong Karang, katanya lagi yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor.

Mengenai peluang calon PKR, Dato’ Zaid Ibrahim, untuk memenangi dan seterusnya mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor, PAS Tanjong Karang optimis, dengan pengalaman dan prinsip yang dipegang, Dato’ Zaid akan berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor.





Pertandingan Empat penjuru di Hulu Selangor

17 04 2010

Batang Kali, 17 Apr : Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor menyaksikan pertandingan empat penjuru diantara calon PKR, Barisan Nasional (Bn) dan 2 calon bebas selepas selesai proses penamaan calon yang diadakan di Kuala Kubu Baru.

PKR telah meletakkan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Haji Zaid Ibrahim, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR. Manakala Bn pula mempertaruhkan Ketua Penerangan MIC Pusat, P. Kamalanathan sebagai calonnya.

Calon bebas pula ialah, Johan Mohd Diah dan V.S Chandran.

Proses penamaan calon berlangsung jam 9.00 pagi, dalam keadaan yang tenang walaupun berlaku beberapa kejadian yang tidak diingini akibat daripada prokokasi daripada penyokong Umno dan Bn.

Calon PKR telah diiringi oleh ribuan orang penyokong Pakatan Rakyat (PR), dianggarkan penyokong PR seramai lebih 10,000 orang berbanding Bn.

Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dato’ Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR. Beliau memenangi kerusi tersebut setelah menewaskan calon Bn Dato’ G Palanivel dengan majoriti 198 undi dalam Pilihanraya Umum 12 tahun 2008.





Dato’ Zaid Ibrahim diumum sebagai Calon PKR di Parlimen Hulu Selangor

13 04 2010

Serendah, 13 April : Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Haji Zaid Ibrahim, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR telah dipilih sebagai Calon PKR untuk bertanding di dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan pada 25 April 2010, manakala penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil tersebut ialah pada 17 April 2010. Pengumuman tersebut telah dibuat di Dewan Serendah, Batang Kali.

Seramai lebih 5,000 orang telah membanjiri dewan tersebut bagi mendengar perisytiharan calon yang dibuat oleh Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Antara pimpinan PKR yang berucap ialah, Ketua Angkatan Muda (AMK) Shamsul Iskandar, Pengarah Pilihanraya PKR, Fuziah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin dan Pengerusi PKR Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Khalid Ibrahim.

Manakala pimpinan PAS yang berucap ialah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, AJK PAS Pusat, Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin manakala wakil DAP Pula ialah Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giew.

Selain itu antara pimpinan PAS yang hadir ialah Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Dato’ Mustafa Ali, AJK PAS Pusat, Dr Hajjah Lo’ Lo’ Dato’ Mohd Ghazali, Dr Hajjah Siti Mariah Mahmud dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Hajjah Siti Zailah Mohd Yusof.

Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dato’ Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR. Beliau memenangi kerusi tersebut setelah menewaskan calon Bn Dato’ G Palanivel dengan majoriti 198 undi dalam Pilihanraya Umum 12 tahun 2008





Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Tanjong Karang

10 04 2010

Batu 10, 10 Apr  : Dewan Pemuda PAS Tanjong Karang telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-46 yang diadakan di Maahad Thahfiz Jamiul Hasanah, Batu 10, Tanjong Karang dan telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat, Ahmad Zaidy Abd Talib,  yang juga Timbalan Ketua DPP Negeri Selangor.

Dalam ucapannya, Ahmad Zaidy, menyeru agar Pemuda PAS bersiap sedia daripada sekarang bagi menghadapi Pilihanraya Umum akan datang yang dijangka akan diadakan pada tahun 2011.  Pemuda haruslah berperanan sebagai mata dan telinga bagi pihak kerajaan Negeri Selangor supaya setiap program yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor sampai ke pengetahuan setiap rakyat di Negeri Selangor.

Beliau juga menyeru kepada Pemuda-Pemuda PAS agar mengambil contoh perjuangan pemuda al-kahfi sebagaimana tercatat didalam al-quran, iaitu pemuda-pemuda yang beriman dan berani menentang kezaliman pemerintah.

Mesyuarat Agung DPP Tanjong Karang dimulakan dengan nyanyian lagu Tema PAS dan Unit Amal diikuti dengan ucapan aluan Setiausaha DPP Tanjong Karang, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Panitia Mesyuarat Agung DPP Tanjong Karang dan Ucapan Aluan oleh Ketua DPP Tanjong Karang, Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin.

Antara yang hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Setiausaha PAS Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Tanjong Karang, Ustazah Hajjah Jamiyah Yussuf dan Ahli Jawatankuasa (AJK) DMP Tanjong Karang, Norsidah Samat.