Khutbah Aidilfitri 1432H Oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

30 08 2011




Perutusan Aidilfitri 1432H/ 2011 Oleh YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

29 08 2011




Perutusan Aidilfitri 1432H/ 2011 Oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

29 08 2011





Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H Pimpinan PAS Kawasan

27 08 2011




27 08 2011


 





27 08 2011





Gembirakan Masyarakat Menjelang Hari Raya

24 08 2011

Tanjong Karang, 24 Ogo    : Prihatin dengan nasib rakyat yang kurang bernasib baik dan tidak sihat dan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh pasukan beruniform menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, PAS Kawasan Tanjong Karang dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong hari ini telah mengadakan lawatan dan penyampaian sumbangan di Hospital Tanjong Karang, Klinik Pergigian dan Klinik Kesihatan Tanjong Karang serta Balai Polis dan Bomba.

Kami sangat bersimpati dengan nasib mereka, ketika Umat Islam sedang bergembira dalam menyambut Hari Raya yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi, tetapi mereka terpaksa tinggal di hospital untuk menerima rawatan, kata Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Drs Mohamad Rashdi Deraman.

Sebanyak lebih 300 hamper telah disediakan untuk diserahkan kepada pesakit dan anggota beruniform, semoga dengan adanya sedikit sumbangan tersebut akan dapat meringankan penderitaan yang ditanggung oleh mereka dan dapat menggembirakan mereka menjelang hari lebaran, katanya lagi yang juga Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang.

Sementara itu, YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, berkata, Jasa dan pengorbanan anggota beruniform seperti jururawat, pasukan bomba dan polis, termasuk juga Doktor yang telah banyak berkorban demi keselesaan dan keselamatan rakyat adalah sangat-sangat dihargai terutamanya di hari lebaran ini.

Kita memahami perasaan mereka, yang terpaksa mengorbankan waktu cutinya dihari lebaran demi untuk rakyat, oleh sebab itu, kami juga turut melawat dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka, tanpa pengorbanan daripada mereka, masyarakat akan menghadapai kesukaran, katanya sewaktu menyerahkan hamper Klinik Pergigian Sungai Kajang.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Ustazah Hajah Jamiyah Yussuf, Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Dewan  Pemuda dan Muslimat (DPP & DMP) Kawasan, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Sungai Gulang-gulang, Haji Mohd Maskuri Mardzuki dan Pengerusi JKKK Sungai Terap, Haji Miskon Misani dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Dewan Pemuda (DPP) dan Muslimat (DMP) Kawasan.





Turun Ke Bazar Ramadhan Edar Bubur Lambuk dan Akhbar Selangorkini

21 08 2011

Tanjong Karang, 21 Ogo    :    PAS Kawasan Tanjong Karang dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong dan Ahli-ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) meneruskan program pemberian bubur lambuk secara percuma dan edaran risalah akhbar Selangorkini kepada orang ramai.

Pada hari ini, program tersebut dijalankan di Bazar Ramadhan Tanjong Karang selepas waktu asar dan berakhir jam enam petang dan disertai oleh Ahli-ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Misran Serman, Nor Az Azlan Ahmad dan Mohd Faizal Mohd Barja serta beberapa pimpinan PAS Yang lain seperti Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Mat Hasbollah Sudin dan lain-lain.

Menurut, Penolong Setiausaha (PSU) 1 PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja, Seperti pada minggu-minggu sebelumnya, sebanyak lebih 500 bungkus bubur lambuk telah disediakan untuk diedarkan kepada orang ramai yang sedang membeli juadah berbuka puasa. Tambahan pula pada hari ini juga terdapat pasar minggu yang diadakan pada setiap hari ahad petang dilokasi yang sama.

Sambutan daripada orang ramai, katanya, sangat menggalakkan dan telah mengerumuni meja yang disediakan. Ini menunjukkan sokongan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS sangat baik di kalangan penduduk tempatan.

Selain edaran bubur lambuk, akhbar Selangorkini, terbitan Kerajaan Negeri Selangor dan Kad Hari Raya Aidilfitri daripada PAS Kawasan Tanjong Karang dan PKM DUN Sungai Burong turut diedarkan kepada orang ramai dalam program tersebut, katanya lagi yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor.

Sebelum ini, program edaran bubur lambuk dilakukan dari rumah ke rumah dibeberapa buah kampong terpilih di DUN Permatang dan Sungai Burong juga turut mendapat sambutan yang baik dikalangan masyarakat, katanya lagi.





Pusat Khidmat Anjur Majlis Berbuka Puasa

18 08 2011

Tanjong Karang, 16 Ogo    :    Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong hari ini telah menganjurkan program berbuka puasa untuk petugas-petugas seluruh Parlimen Tanjong Karang khususnya DUN Sungai Burong di perkaranganpejabat.

Menurut Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Drs Mohamad Rashdi Deraman, tujuan program tersebut dilaksanakan adalah untuk meraikan petugas-petugas yang selama ini telah bertungkus-lumus menjayakan program yang diatur dan dijalankan oleh Pusat Khidmat. Selain itu, ia juga bagi mengeratkan hubungan silaturrahim diantara satu sama lain.

Program berbuka puasa ini diadakan secara ringkas, sederhana tetapi meriah dengan kehadiran petugas- petugas dan pimpinan PAS Kawasan, katanya lagi yang juga Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang.

Hadir sama dalam majlis berbuka puasa tersebut ialah YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Naib YDP, Haji Misran Serman, Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Ustazah Hajah Jamiyah Yussuf dan ramai lagi termasuk beberapa Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Kawasan Tanjong Karang.





JK Pilihan Khas Parlimen Meragukan

16 08 2011