Tiga Pimpinan PAS Kawasan Tanjong Karang Di Anugerahkan Pingat Jasa Kebaktian

22 05 2012

Shah Alam, 22 Mei    : Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, yang juga Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, hari ini telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) sempena dengan hari keputeraan Sultan Selangor ke 66 yang disambut pada tahun lepas.

Sebelum bersara, Ustaz Judi adalah merupakan Guru Besar di beberapa buah sekolah antaranya ialah Sekolah Rendah Agama (SRA) Parit Serong, Batu Arang, Blok P dan yang  terakhir di SRA Bukit Belimbing. Beliau juga pernah diamanahkan sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bagi sesi 2009 – 2010.

Turut dianugerahkan pingat yang sama ialah Penolong Setiausaha 2 PAS Kawasan, Othman Ngah dan bekas Pengerusi Tetap PAS Kawasan Tanjong Karang, Haji Kamaruddin Morni, yang juga Ketua PAS Cawangan Batu 12 Sungai Burong.

Othman, juga adalah Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Cawangan Kampong Parit 4 dan Setiausaha Masjid At-taufiqiah Parit 4 serta Naib YDP Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SRA Parit 4. Selain itu beliau juga adalah AJK Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit 4 serta Setiausaha Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Manakala Haji Kamaruddin, memegang jawatan sebagai Pengerusi Tetap PAS Kawasan selama 30 tahun sebelum mengundurkan diri dari jawatan tersebut pada tahun 2011 yang lalu.

Pada tahun ini seramai 2 orang telah dianugerahkan Pingat Keberanian Terbilang (PKT), 23 orang menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 21 orang menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC). Seramai 95 orang pula menerima PJK dan 15 orang lagi Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS).

Majlis penyampaian tersebut diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAS) oleh DYMM Sultan Selangor.





Kerajaan Negeri Selangor Sentiasa Hargai Golongan Pengundi Muda

14 05 2012

Tanjong Karang, 13 Mei    :    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menghargai golongan belia sebagai pemimpin masa depan. Golongan remaja perlulah dirai, kerana mereka mempunyai minat dan kebolehan yang berbeza diantara satu sama lain, ada yang berminat dalam bidang sukan, muzik dan sebagainya, kata Dr Ahmad Yunus Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan Negeri Selangor.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan penutup program Anak Muda Motor Perubahan Negara (AMMPUN) di Padang Ataka Tanjong Karang anjuran Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 1A Tanjong Karang dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong dan Nisa’ Kawasan Tanjong Karang.

Beliau yang juga ADUN Sijangkang juga berkata, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk membina padang futsal pelbagai guna yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat untuk golongan remaja berniaga dan sebagainya. Sebanyak tiga buah lokasi telah dipilih antaranya ialah Padang Ataka Tanjong Karang yang akan di naiktaraf menggunakan peruntukan Selangoku. Selain itu tempat lain yang telah dipilih ialah Ijok dan Sijangkang.

Dengan adanya kemudahan ini diharapkan golongan remaja dapat memanfaatkan kemudahan tersebut untuk dijadikan sebagai tempat untuk mereka mengisi masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat kepada mereka, katanya lagi.

Dalam majlis tersebut beliau turut menyampaikan hadiah kepada peserta yang berjaya dalam pertandingan yang diadakan seperti badminton,  takraw, futsal, catur dan sebagainya. Turut diadakan ialah persembahan badn tempadan daripada kumpulan haraki band dan persembahan daripada Pak Long.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Timbalan YDP PAS Kawasan, Drs Mohamad Rashdi Deraman, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Faizal Mohd Barja, Nor Az Azlan Ahmad, Haji Misran Serman, Zainal Abidin Abd Samad, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan, Muhd Jafaruddin Sheikh Daud, Ustazah Hajjah Jamiyah Yussuf dan Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Musa Hussein, Esa Ramli, Haji Miskon Misani, Hamidon Salim dan lain-lain.
 





Ketua Pengarah Jabatan Amal Terima Ancaman Peluru Hidup

9 05 2012

Ayer Keroh, 8 Mei    :    Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman, hari ini telah menerima sekeping nota berseta peluru melalui bungkusan yang dihantar melalui pos di rumahnya di Ayer Molek, Ayer Keroh Melaka.

Menurutnya, sewaktu kejadian, kira-kira jam 12.00 tengahari saya baru pulang kerumah dari mengambil anak saya yang bersekolah di PASTI. Saya dapati di dalam peti surat terdapat sampul surat yang berukuran besar. Kemudian saya membuka bungkusan tersebut di dalam rumah, katanya.

“Selepas membuka sampul tersebut, saya terkejut apabila terdapat sebuah peluru hidup yang dibungkus dengan surat khabar tamil di samping sekeping gambar saya yang berpakaian lengkap jabatan Amal yang tertulis “P*** Mak Kau Juhari… Penghianat Bangsa”, katanya lagi yang juga Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Melaka.

“Kemudian saya menghubungi beberapa orang rakan saya untuk meminta pandangan daripada mereka berhubung perkara tersebut. Dan mereka memberikan pandangan agar saya membuat laporan polis”.

Beliau tidak menolak kemungkinan ugutan yang diterimanya adalah berikutan kejayaan semasa memimpin 4000 orang anggota amal semasa perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini yang diadakan di Kuala Lumpur.





Ustaz Judi Disahkan Jawatan sebagai Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat DUN Sungai Burong

3 05 2012

Tanjong Karang, 2 Mei    :    Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, hari ini telah menerima surat perlantikan sebagai Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong bagi menggantikan Drs Mohamad Rashdi Deraman yang melepaskan jawatan pada bulan Mac yang lalu.

Ustaz Judi yang berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Guru Besar di beberapa buah sekolah antaranya ialah Sekolah Rendah Agama (SRA) Parit Serong, Batu Arang dan yang terakhir di Bukit Belimbing sebelum bersara pada tahun lepas. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) selama satu penggal pada tahun 2009 – 2010.





Pengurus PKM DUN Sungai Burong Dimasukkan Ke Hospital Akibat Jangkitan Paru-Paru

1 05 2012

Shah Alam, 30 April    :    Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah dimasukkan ke Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) Shah Alam disebabkan jangkitan paru-paru setelah hampir dua minggu mengalami batuk berpanjangan.

Selepas pulang daripada menyertai perhimpunan BERSIH 3.0, saya mula mengalami demam pada hari ahad, manakala pada hari isnin, demam masih belum reda kemudian saya mendapatkan rawatan di klinik sebelum pihak klinik meminta supaya saya mendapatkan rawatan lanjut di hospital, katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor dirawat di hospital berkenaan selama 7 hari sebelum dibenarkan pulang pada 6 Mei yang lalu dan diberikan cuti rehat selama dua minggu sehingga 18 Mei 2012.

Kakitangan Badan Perhubngan PAS Negeri (BPPN) Selangor, Mohd Azeman Yunus, Lizam Muslim, Zubir dan Zaim antara yang awal menziarahi beliau. Selain itu, beberapa pimpinan DPPN Selangor, Ustaz Wan Shukri Wan Mustapa dan Tajul Ariff Tajul Urus.

Selain itu, Timbalan Pengarah Jabatan Amal Pusat, Haji Mohd Azsmi Anuar,  AJK Kerja PAS Kawasan, Muhd Ramdzan Rosman, Ketua DPP Kawasan, Muhd Jafaruddin Sheik Daud, Penolong-Penolong Setiausaha DPP Kawasan, Muhd Sobirin Omar, Sharan Mohd Salleh dan AJK DPP Kawasan, Shah Rizal Mohd Salleh dan Hafiz.