Tanjong Karang, 28 Jun : Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, telah mengunjungi Bekas Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Musa Mohamad, yang sedang keuzuran sejak lebih sebulan yang lalu di rumahnya di Batu 10 Tanjong Karang.
Dalam lawatan penuh mesra tersebut, Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong (1999-2004) telah bertanyakan keadaan kesihatan Ustaz Musa secara terperinci.
Ustaz Musa yang menjadi YDP Kawasan Tanjong Karang selama dua penggal (2004-2009) menggantikan Dr Hasan Ali, yang tidak mempertahankan jawatan tersebut pada tahun 2004, mengalami masalah keretakan tulang belakang dan sedang mendapat rawatan lanjut dari Hospital Sungai Buloh dari masa ke semasa.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah pimpinan PAS Kawasan Tanjong Karang diketuai oleh YDP PAS Kawasan, Drs Mohd Rashdi Deraman, yang juga Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong, Timbalan YDP, Ustaz Mohd Judi Sarjo, yang juga Bendahari JPD Sungai Burong, Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Penolong Setiausaha, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Setiausaha JPD Sungai Burong dan beberapa orang AJK PAS Kawasan, Roslan Jamaluddin dan Mohd Rosli Kamsani.
Hadir sama ialah bekas AJK PAS Kawasan, Ustaz Mohd Sya’dan dan Abd Manaf Salleh.
Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.