Pak Comat Pengedar Harakah Tanjong Karang Meninggal Dunia

22 02 2018

22 Feb, Tanjong Karang: PAS Kawasan Tanjong Karang hari ini kehilangan seorang lagi IMG-20180222-WA0010aktivis yang sangat “low profile”, Ali Mohd Sham, 73, yang telah kembali kerahmatullah jam 7.50 pagi di rumahnya akibat sesak nafas.

Allahyarham yang dikenali dengan panggilan “Pak Comat” dikalangan penduduk kampung dan ahli PAS Tanjong Karang adalah merupakan pengedar harakah Tanjong Karang sejak sekian lama.

Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, berkata, Saya mengenali Allahyarham memang lama, arwah merupakan seorang yang istiqamah dalam perjuangan dan merupakan seorang yang low profile.

Selain menjadi pengedar Harakah, arwah yang bekerja sendiri juga turut menjadi mengambil upah mengedarkan kad jemputan ke kampung-kampung sebagai salah satu sumber pendapatannya, katanya lagi.

Sementara itu bagi Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri Selangor (DNS) Sungai Burong, Nor Az Azlan Ahmad berkata, Saya terkejut apabila mendapat watsap yang memaklumkan arwah Pak Comat telah meninggal dunia.

Pemergiannya adalah merupakan satu sehilangan besar semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, katanya lagi.

Arwah meninggalkan 3 orang anak, seorang lelaki dan 2 orang perempuan serta 7 orang cucu. Isterinya telah meninggal dunia 2 bulan yang lalu, pada 13 Disember 2017.


Tindakan

Information

Tinggalkan komen