Perangsang Pulangkan Keuntungan Bantu Rakyat Selangor

28 02 2016

IMG-20160227-WA0164Parit Serong, 27 Feb : Kumpulan Perangsang Selangor (Perangsang) hari ini telah berjaya mengadakan  program Perangsang Bersama Rakyat (PBR) 3.0 di Perkarangan Balai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Serong.

Program yang pertama kalinya diadakan di kampung berkenaan telah dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan berkenaan, Haji Mustafa Kamil Ayub.

Di dalam ucapannnya, “Mustafa berkata, Sebagai rakyat di Negeri Selangor, mereka harus merasa bertuah kerana hasil kekayaan negeri yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri ataupun melalui anak-anak syarikat milik kerajaan negeri dikembalIMG-20160227-WA0123ikan semula kepada rakyat melalui program seperti ini”

“Inilah yang membezakan Kerajaan Negeri Selangor berbanding negeri-negeri lain, yang sanggup berkongsi kekayaan dan keuntungan kepada rakyat” katanya lagi.

“Dalam program tersebut seramai seratus orang penduduk yang daripada kampung Parit Serong dan Sungai Gulang-gulang telah menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan asas beserta wang tunai sebanyak RM50 seorang” kata Penyelaras Program, Mohd Hairussalam Sujak

20160227_093049Selain itu, katanya, antara program yang turut diadakan ialah Kuliah Dhuha yang telah disampaikan oleh Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Ustaz Mohd Noor Sahar di Masjid Nurul Iman, kampung berkenaan.

Gotong Royong Rakyat membersih Tanah Perkuburan Islam, Pertandingan mewarna, pertandingan ukiran buah dan tukar minyak hitam motor percuma juga antara program yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dan diakhiri dengan program kenduri rakyat yang diadakan diperkarangan balai JKKK tersebut, katanya lagi yang juga Penolong Setiausaha 2 Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjong Karang.
IMG-20160227-WA0205
Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Jabatan Syariah Kumpulan Perangsang, Ustaz Zaharuddin Muhammad, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong, Nor Az Azlan Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pusat Khidmat Rakyat (PKR) DUN Permatang, Haji Mohd Yahya Mat Sahri, Ahli-ahli Majlis, MDKS, Muhamad Jafaruddin Sheikh Daud dan Haji Othman Ngah





JKKK Kampung Melaka Bermesyuarat di Pangkor

15 02 2016

IMG-20160213-WA0139Pangkor, 14 Feb           :           Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melaka telah Berjaya mengadakan Mesyuarat AJK JKKK kampong tersebut di Pangkor Bay View Resort, Pulau Pangkor.
 
Pengerusi JKKK Kampung Melaka, Abdullah Najib Shaari, berkata, Program ini diadakan adalah bertujuan untuk menghargai jasa dan sumbangan yang selama ini dicurahkan oleh AJK JKKK sepanjang saya diamanahkan sebagai Ketua Kampung sejak tahun 2008.
 
“AJK JKKK selama ini banyak membantu saya dalam melaksanakan segala program dan memberikan idea-idea yang baik untuk kemajuan dan kesejahteraan penduduk kampong, oleh yang demikian kami mengambil keputusan untuk mengadakan Mesyuarat AJK JKKK pada kali ini diluar daripada kampong”, katanya lagi
 
“Selain mesyuarat juga turut mengadakan perbincangan bagi melaksanakan program-program masyarakat sepanjang tahun 2016 ini seperti untuk program-program belia, wanita, keagamaan, masyarakat dan sebagainya”, kaIMG-20160213-WA0129tanya lagi yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri
 
Turut hadir dalam program tersebut ialah Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Nor Az Azlan Ahmad, Pengurus PKM  DUN Sungai Burong, Mohamad Faizal Mohamed Barja dan Penghulu Mukim Tanjong Karang 1 dan 2, Jumasri Jumin.
 
Dalam program tersebut juga, AJK JKKK turut mengadakan meraikan Jumasri yang menyambut ulangtahun kelahirannya pada hari tersebut.





PKM Serah Mesin Oxygen Bantu Warga Emas

11 02 2016

Tanjong Karang, 11 Feb           :           Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)20160211_175632 DUN Sungai Burong hari ini telah menyampaikan sumbangan mesin oxygen kepada warga emas, Shafiai Sulaiman, 73, yang mengidap penyakit asma dirumahnya di Batu 10 Jalan Bagan Tengkorak Tanjong Karang.
 
“Pak cik telah lama mengidap penyait ini, sebelum ini setiap kali sesak nafas pakcik akan ke Hospital Tanjong Karang untuk mendapatkan rawatan, tetapi dengan adanya mesin ini yang disumbangkan oleh pihak PKM DUN Sungai Burong, memudahkan pak cik”, katanya.
 
“Saya mengucapkan terima kasih atas sumbangan ini, khusunya kepada Pegawai Penyelaras PKM, Nor Az Azlan Ahmad, dengan adanya mesin ini ia dapat membantu dan memudahkan pakcik” katanya lagi
 
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Penyelaras PKM, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjong Karang.
 
Turut serta ialah Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Kawasan, Norsidah Samat, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melaka, Abdullah Najib Shaari dan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Hanafi Mohd Mat Dom.





Bapa Ketua Pemuda PAS Cawangan Ban 3 Sungai Sireh Meninggal Dunia

11 02 2016

20160212_102235Tanjong Karang, 11 Feb           :           Bapa kepada bekas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Tanjong Karang, Mohd Norrsuabah Abd Ghani, Abd Ghani Lokman, 83, telah meninggal dunia setelah mengidap penyakit kanser kulit  dirumahnya jam
 
Menurut anaknya, Mohd Norrusabah Abd Ghani, bapanya telah mengidap penyakit kanser kulit sejak beberapa bulan yang lalu dan telah beberapa menerima rawatan di hospital.
 
Allahyarham meninggkan dua orang balu, Jamaeyah Ahmad dan Samsiah Mat Noh serta 14 orang anak, 43 orang cucu dan 21 orang cicit, katanya lagi yang juga Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC) Ban 3 Parit 1 Sungai Sireh
 20160212_101741
Solat jenazah telah diimamkan sendiri oleh anaknya di perkarangan rumahnya sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Sireh untuk disemadikan.
 
Hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang, Mohamad Faizal Mohamed Barja, yang juga Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ampangan, Abd Wahab Yusof dan Pengerusi JKKK Sungai Sireh, Musa Hussein.





DACS Kumpul Pemilik Honda Di Kuala Selangor

8 02 2016

Kuala Selangor, 6 Feb : Penggerak Belia Tempatan (PeBT) FB_IMG_1454903698114Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dengan kerjasama daripada Jabatan Seni Budaya dan Sukan (DACS) Negeri Selangor hari ini telah menganjurkan program “Santai Honda Day” yang menghimpunkan motorsikal jenama Honda daripada pelbagai model.

“Program yang julung-julung kalinya diadakan di Litar Lumba Rakyat, Stadium Kuala Selangor ini telah berjaya menghimpunkan sebanyak 300 buah motorsikal pelbagai model” kata Penolong Setiausaha DACS Selangor, Mohd Hairussalam Sujak

IMG-20160207-WA0034“Lebih menggembirakan”, kata Penerusi DACS Tanjong Karang itu lagi, “program ini turut disertai daripada peserta yang datang daripada Kelantan, Terengganu, Johor dan beberapa buah negeri lain”

“Insya-Allah program seperti ini akan dianjurkan lagi pada masa akan datang untuk merapatkan lagi hubungan dan kemesraan yang telah terjalin dengan mereka”, ujarnya lagi yang juga Pengerusi PeBT MDKS.

FB_IMG_1454903668741Hadir sama dalam program tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Halim, yang juga Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang, Ketua DPP Kawasan Tanjong Karang, Muhamad Jafaruddin Sheikh Daud, yang juga Ahli Majlis, MDKS dan Pengarah DACS Selangor, Muhamad Fadzli Abu Bakar.





DHPP Mainkan Peranan Dekatkan PAS Dengan Masyarakat Cina

8 02 2016

IMG-20160207-WA0045Tanjong Karang, 7 Feb : Sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang pada esok hari, PAS Kawasan Tanjong Karang dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong tidak ketinggalan meraikan bersama masyarakat Cina di DUN Sungai Burong dengan mengedarkan sebanyak 110 buah kotak limau ke Tokong disekitar DUN Sungai Burong.

Edaran tersebut telah dilakukan oleh Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad bersama-sama Ketua Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Tanjong Karang, Tiong Koo Yong.

IMG-20160207-WA0044“Kita sentiasa menjalin hubungan yang baik dengan masyarakat Cina di Tanjong Karang khususnya di DUN Sungai Burong sejak dahulu lagi. Kita bukan hanya mendekati masyarakat cina ketika hendak menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) semata-mata, tetapi setiap masa” kata YDP PAS Kawasan

“Disinilah peranan yang dimainkan oleh DHPP yang menjadi penghubung diantara PAS Kawasan Tanjong Karang dengan masyarakat Cina, DHPP banyak memainkan peranan untuk menjelaskan perjuangan PAS selama ini setiap masa sehingga PAS dapat diterima oleh masyarakat Cina”, katanya lagi yang juga Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong.

Turut sama dalam program tersebut ialah Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan, Norsidah Samat, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Ustazah Norhani Zaini, Haji Hanafi Mohd Md Dom, Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Sungai Burong, Mislihah Sekak dan kakitangan PKM DUN Sungai Burong.





EXCO Kerajaan Negeri Ziarah Keluarga Guru Terkena Renjatan Elektrik

7 02 2016

IMG-20160206-WA0145Seri Tiram Jaya, 6 Feb : Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi hari ini telah meluangkan masa mengunjungi keluarga guru yang telah meninggal dunia akibat daripada terkena renjatan elektrik, Mohd Farhan Mashugi, 32, pada 28 Januari lalu.

Lawatan beliau telah disambut oleh isteri allahyarham, Nor Faizun Abdul Habib, yang juga merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Datuk Manan, dirumahnya di Jalan Persatuan Kampung Seri Tiram Jaya.

11738102_1100007310013650_5255581142592809965_nAllahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak berusia lima dan dua tahun, manakala isterinya pula sedang mengandung empat bulan. Anak sulungnya, Muhammad Fahim Zahin, adalah pelajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al Badar Kampung Datuk Manan.

Dalam lawatan tersebut Dr Daroyah, turut melahirkan rasa simpati daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor dan turut menyampaikan sumbangan kepada isteri Allahyarham.

Dalam kejadian pada 28 Januari 2016 tersebut, Allahyarham bersama rakan-rakanya sedang menjalani kursus kejurulatihan bola sepak di pada Sekolah Menengan Kebangsaan Seksyen 11 Shah Alam, sebelum allahyarham dan rakan-rakannya berteduh di Dewan sekolah berkenaan apabila hujan turun dengan lebatnya beserta petir dan menyebabkan allahyarham yang berpakaian basah terkena renjatan elektrik pada jam 4.20 petang itu.

Dua orang rakannya yang cuba menyelamatkan, juga terkena renjatan elektrik tetapi dapat diselamatkan. Allahyarham telah dibawa ke Hospital Shah Alam, tetapi meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke Hospital pada jam 5.20 petang.

IMG-20160206-WA0064Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Timbalan Ketua PKR Cabang Tanjong Karang, Zainal Abidin Abdul Samad, Penghulu Mukim Tanjong Karang 2, Jumasri Jumin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seri Tiram Jaya, Ahmad Paroji Kemat.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan, Norsidah Samat, Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Sungai Burong, Mislihah Sekak dan lain-lain





Jangan Leka Dengan Kemenangan

5 02 2016

Tanjong Karang, 4 Feb : Ahli-ahli PAS diminta jangan leka dengan kemenangan yang IMG-20160204-WA0113dicapai dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, sebaliknya hendaklah bekerja keras mempertahankan kemenangan sedia ada disamping menambah kerusi PAS di Dewan Negeri Selangor termasuk Sungai Burong, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Selangor, Ir. Haji Mohd Haslin Hassan.

Dalam PRU yang lalu PAS bertanding 20 kerusi DUN dan 7 kerusi Parlimen, dan memenangi 15 DUN serta 4 Parlimen berbanding dalam PRU sebelumnya pada tahun 2008 PAS hanya memenangi 8 kerusi DUN, katanya.

Menjadi tugas setiap penjawat awam yan20160204_222255g dilantik oleh parti seperti Ketua-ketua Kampung dan Ahli-ahli Majlis untuk memainkan peranan bagi meningkatkan sokongan rakyat kepada PAS dalam PRU akan datang, kata Ahli Dewan Negeri Tanjong Sepat itu lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap semasa majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan-cawangan 2016 yang diadakan di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Hadir sama ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad dan ahli-ahli PAS seluruh kawasan Tanjong Karang





JKKK Kampung Tok Adam Edar Buah Limau Sempena Tahun Baru Cina

4 02 2016

20160203_175615Tanjong Karang, 3 Jan : Sempena dengan ketibaan Tahun Baru Cina yang akan disambut beberapa hari sahaja lagi, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tok Adam hari ini telah mengedarkan buah limau kepada penduduk cina yang tinggal di kampung berkenaan.

Menurut pengerusianya, Haji Mohamad Sa’ad Bakar, hidup dalam masyarakat berbilang kaum seperti di Negara ini, memerlukan toleransi dan saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain.
20160203_180045
Oleh yang demikian, katanya, sempena dengan Tahun Baru Cina ini, kami mengambil keputusan untuk menyampaikan buah limau kepada penduduk kampung kami sebagai tanda ingatan.

Kita juga menghargai sokongan daripada kaum cina terutamanya semasa dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13  yang lalu, Sokongan yang diberikan kepasa calon-calon PAS baik di peringkat Parlimen dan DUN sangat membanggakan, katanya lagi yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan Tanjong Karang

20160203_180531Beliau kerkata demikian sewaktu ditemui semasa menyerahkan buah limah kepada penduduk kampung Tok Adam yang disampaikan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Ketua Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS (DHPP), Tiong Koo Yong, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan, Norsidah Samat dan lain-lain.





400 Orang Sertai Jom Shopping Sempena Tahun Baru Cina 2016

1 02 2016

IMG-20160131-WA0035Tanjong Karang, 31 Jan : Program Jom Shopping sempena Perayaan Tahun Baru Cina untuk penduduk Sungai Burong sangat meriah dan berjaya apabila melibatkan seramai 400 orang peserta yang diadakan di Pasaraya Giant Pasir Penambang.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong.

Di dalam ucapannya, “Azlan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua peserta yang terpilih dalam program Jom Shopping pada kali ini dan mengharapkan keharmonian yang selama ini terpelihara akan terus berkekalan pada masa akan datang”

Hadir sama dalam program tersebut ialah Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (IMG-20160131-WA0027MDKS) Haji Othman Ngah, Lee Boon Hong dan Lim Piang Nam.

Turut hadir juga ialah Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Norazman Serin, Haji Mohamad Sa’ad Bakar, Haji Mohamad Shaari Jabbar, Mazlan Shamsudin, Heng Seng Soo, Lim Hock Tiong dan Lim Soon Kee serta Ketua Himpunan Kelab Penyokong PAS (DHPP) Tanjong Karang, Tiong Koo Yong.