90 orang penama terima manfaat SMUE Fasa Ke2

29 12 2012

Tanjong Karang, 28 Dis    :    Penyampaian sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa ke-2 telah IMG-20130116-WA0031diadakan di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang dan telah dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Dalam ucapannya, Yang Dipertua PAS (YDP) Tanjong Karang berkata, Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR) memang sentisa konsisten untuk membantu rakyat sejak tahun 2008 lagi. Hasil daripada itu, rakyat Selangor kini telah banyak menikmati faedahnya berbanding Kerajaan lalu yang ditadbir oleh Umno dan Barisan Nasional (Bn).

Dalam program tersebut seramai 90 orang penama telah hadir untuk menerima baki sumbangan SMUE sebanyak RM1,500 daripada jumlah tersebut, seramai 59 orang adalah daripada DUN Sungai Burong manakala 31 orang adalah daripada DUN Permatang.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat (PKR) DUN Permatang, Haji Mohd Yahya Mat Sahri.





JKKK Tok Adam Anjur Program Sarapan Pagi Bersama Rakyat

26 12 2012

20121225_090045Kampong Tok Adam, 25 Dis    :    Program sarapan pagi pemimpin bersama rakyat sekali lagi diadakan bagi merapatkan hubungan diantara pemimpin dengan masyarakat setempat, kali ini program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKKK) Tok Adam di sebuah gerai di Jalan Pasar Tanjong Karang.

Program yang dimulakan pada jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi tersebut telah mendapat sambutan yang baik dikalangan penduduk setempat.

Menurut Ketua Kampung Tok Adam, Haji Mohd Saad Bakar, Program ini adalah kesinambungan daripada program-program yang dianjurkan oleh Ketua-ketua Kampung lain sebelum daripada ini dalam usaha untuk m20121225_090052embolehkan masyarakat setempat bertemu dan meluahkan segala masalah yang berkaitan kepada pemimpin setempat yang hadir dalam program ini.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Mohd Faizal Mohd Barja dan Haji Misran Serman, Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Tanjong Karang, Ustazah Hajjah Jamiyah Yussuf, Pengarah Pilihan Raya PAS Tanjong Karang, Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin dan lain-lain.

Sementara itu Program yang sama turut diadakan oleh JKKK Tok Adam pada waktu malam di Bagan Pasir Tanjong Karang yang turut mendapat sambutan dikalangan penduduk tempatan.





25 12 2012

Banner ceramahAiman Aithirah 10x4x3pcs





Umat Islam Wajib Mempertahankan Gaza

25 12 2012

Batu 10, 24 Dis    :    Umat Islam wajib untuk mempertahankan bumi Gaza yang terletak di Palestin daripada  zionis Israel, kerana 12056_550589638302381_908841152_ndisana terletaknya masjid yang menjadi kiblat pertama Umat Islam, iaitu Masjid al Aqsa, dan merupakan bumi para Nabi, Kata Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia (YAM), Haji Jamuliddin Elias.

Umat Islam, katanya, wajib menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada rakyat Palestin yang telah  ditindas dan dizalimi oleh golongan Israel sejak sekian lama tanpa belas kasihan, katanya lagi yang juga merupakan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang (MPK)

Beliau yang pernah ditahan oleh zionis Israel semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada tahun 2010, turut menceritakan pengalaman sewaktu ditahan oleh tentera Israel di dalam Kapal Marvi Marmara yang mengakibatkat seramai  12 orang telah syahid akibat daripada bedilan regim zionis tersebut dan seramai 30 orang lebih telah cedera parah. Manakala kapal yang mereka naiki telah ditawan oleh tentera zionis Israel.20121224_221031

Menurutnya sewaktu dikepung oleh tentera Israel, Allah tidak memberikan kegentaran pun dalam diri mereka. Mereka tidak panik. Semua menjaga posisi masing-masing sebagaimana yang telah dilatih. Kemudian bergerak kemas mempertahankan kapal daripada Israel.

“Sewaktu helikopter pertama datang dan menyuluh spotlight dari atas. Dua komando turun. Relawan Turki dengan berani telah menangkap komando yang pertama, membuang senjatanya. Tidak berniat bergaduh. Tetapi apabila komando kedua turun, dia mula menembak dengan peluru hidup. Itulah mulanya syahid yang pertama di atas kapal. Tetapi tetap mereka tidak takut kerana mereka memang telah bersedia untuk syahid” katanya lagi

20121224_222201Sementara itu Bendahari Muslim Care, Haji Zulkifli Wahijan, pula berkata, Sepanjang pengalamannya terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan di beberapa buah Negara khususnya Gaza, Tentera Zionis bukanlah merupakan tentera yang berani, berbanding tentera Islam.

Berdasarkan video yang ditayang, katanya, jelas menunjukkan mereka akan lari bila berhadapan dengan tentera Hamas, walaupun tentera Hamas hanya menggunakan baju sebagai senjata untuk mempertahankan diri berbanding mereka yang dilengkapi dengan senjata yang canggih dan moden.

Beliau juga menyeru supaya Umat Islam dapat mengamati hadith Nabi Muhammad S.A.W yang pernah bersabda ”Konstantinopel akan ditawan oleh seorang raja, raja yang menakluknya adalah sebaik-baik raja, sebaik-baik tentera adalah tenteranya dan sebaik-baik rakyat adalah rakyatnya”

Inilah tentera-tentera yang sedang berjuang dibumi Gaza, kerana untuk menjadi tentera Hamas ianya memerlukan syarat yang ketat antaranya mereka tidak boleh meninggalkan solat lima waktu, menghafal al-Quran dan 20121224_223024sebagainya, inilah kekuatan yang ada sebagai seorang tentera Islam yang sedang berjuang dibumi Gaza untuk menentang Israel, katanya lagi

Mereka berkata demikian sewaktu menjadi Ahli Panel Forum Untukmu Gaza yang diadakan di Masjid Jamiul Hasanah Batu 10 Tanjong Karang yang dianjurkan oleh Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Zon ID Tanjong Karang, Mohd Faizal Mohd Barja dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 1D, Sharan Mohd Salleh dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong dan dipengerusikan oleh Imam Masjid berkenaan Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin.

Forum yang diadakan untuk mengutip kepada YAM untuk dibawa ke Gaza telah Berjaya mengutip sebanyak RM7,758.00 dan telah diserahkan oleh Nazir Masjid Jamiul Hasanah, Ustaz Safwan Nayan kepada Haji Jamuliddin Elias.





Kerajaan Selangor Amal Konsep “Volue For Money”

22 12 2012

560825_548882275139784_165627195_nKuala Selangor, 21 Dis    : Bengkel Perancangan Projek Pembangunan Kampong Daerah Kuala Selangor 2013 telah diadakan di De Palma Hotel Kuala Selangor yang dianjurkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor.

Program yang bertujuan untuk merangka projek-projek pembangunan yang melibatkan seluruh kampong di Daerah Kuala Selangor itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam Ucapannya beliau berkata, Kerajaan Negeri Selangor telah berusaha untuk meningkatkan pendapatan dengan mengelakkan pembaziran, supaya hasil daripada itu, rakyat di negeri Selangor akan menikmati hasilnya, ia juga adalah selaras dengan slogan Kerajaan Negeri iaitu Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan Hasil Negeri Untuk Rakyat.

Oleh yang demikian langkah yang dilakukan oleh 383605_409202582489428_415032044_nPejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor dengan melaksanakan bengkel seperti ini amatlah dialu-alukan supaya segala projek yang dirancang untuk kemudahan rakyat disusun dengan baik supaya perbelanjaan yang dibuat untuk melaksanakan projek tersebut dapat dijimatkan berdasarkan kepada keperluan semasa, katanya lagi yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Ijok.

Saya sering menekankan mengenai perlunya kakitangan Kerajaan mengamalkan konsep “Volue For Money”, kerana setiap sen yang kita keluarkan adalah merupakan duit rakyat, jadi kita perlu amanah dan bertanggungjawab dalam setiap perbelanjaan 3803_480537575330587_1839638101_nyang dikeluarkan dan memastikan setiap sen yang dikeluarkan itu benar-benar bermanfaat kepada rakyat, katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Hadir sama dalam bengkel tersebut ialah Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohamad Yasid Bidin, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Hajah Noraini Roslan, Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo dan DUN Jeram, Haji Muhd Rashid Kassim.

Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Nor Az Azlan Ahmad, Mohd Faizal Mohd Barja, Lee Boon Hong, Jegatheesan Subramaniam juga antara yang turut hadir.





Pengambilalihan Pengurusan Sisa Pepejal Jimatkan Perbelanjaan PBT

18 12 2012

20121217_092228Shah Alam, 17 Dis    : Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, berkata, Sejak Kerajaan Negeri Selangor mengambil keputusan untuk tidak menyambung perjanjian dengan Alam Flora, diakui pada mulanya memang berlaku sedikit masalah berhubung dengan perkhidmatan berkaitan dengan sampah, rumput dan longkang.

Tambahan pula sejak lebih 10 tahun yang lalu seluruh Pihak Bekruasa Tempatan (PBT) tidak lagi melakukan kerja-kerja berkaitan sejak diswastakan kepada Alam Flora, kecuali Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) yang tidak menswastakan prkhidmatan tersebut dan mereka mengendalikan sendiri sehingga sekarang, katanya lagi.

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Pandamaran, itu juga berkata, Tetapi segala cabaran telah dilalui oleh PBT dan kini perkhidmatan tersebut semakin baik dan pihak PBT semakin cekap melaksanakan perkhidmatan tersebut kepada rakyat. Namun tidak dinafikan masih terdapat gangguan daripada pihak tertentu bagi menjatuhkan imej Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor dengan melakukan sabotaj dan mendakwa kononnya pihak Kerajaan Negeri gagal menyelesaikan masalah tersebut.20121217_091200

Kesan daripada pengambilalihan semula pengurusan sisa pepejal tersebut, katanya, Pihak Kerajaan Negeri dan PBT telah banyak melakukan penjimatan dari sudut kos berbanding sebelum ini.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis perasmian Bengkel Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Selangor di De Palma Hotel Shah Alam. Antara pembentang kertaz kerja ialah Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Hajah Noraini Roslan dan YDP Majlis Dearah Sabak Bernam (MDSB), Zailani Kadir.

Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah diwakili oleh Ahli Majlisnya iaitu Mohd Faizal Mohd Barja, Haji Sharuddin Dahlan, Mohd Jefri Manan dan Tan Kik Ming.





17 12 2012

Banner Untuk Mu Gaza 10x4x3





RKRS Beri Latihan Kepada Siswazah Untuk Dapatkan Peluang Pekerjaan

16 12 2012

Kuala Selangor, 15 Dis    :    Kebanyakan sistem pembelajaran di Universiti adalah berbentuk530500_545653415462670_2013825807_n teori semata-mata, oleh yang demikian kebanyakan graduan daripada lepasan Universiti gagal mendapatkan pekerjaan kerana tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi walaupun mereka mempunyai Diploma ataupun Ijazah, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid Ibrahim.

Oleh yang demikian, katanya, langkah yang dilakukan oleh Kumpulan Perangsang Selangor yang mengadakan program latihan kepada siswazah melalui program Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) amatlah bertepatan dan sangat dialu-alukan, kerana dapat membimbing para siswazah untuk menimba pengalaman sebelum menempuh alam pekerjaan.

Program ini dijalankan melalui enam modul dan mengambil masa selama 13 hari bekerja untuk memastikan siswazah mempunyai kebolehan serta memenuhi keperluan majikan sekaligus mendapat pekerjaan dengan lebih mudah, katanya yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Ijok.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis perasmian program Karnival Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor 2012 yang 179542_565962246751488_1340742715_nberlangsung selama dua hari mulai 15 dan 16 Disember di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Pengerusi Ekskutif Kumpulan Perangsang Selangor, Raja Idris Raja Kamaruddin Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohamad Yasid Bidin dan Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Hajah Noraini Roslan.

Dalam majlis berkenaan juga Khalid, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak turut menyaksikan perjanjian persefahaman (MOU) antara kumpulan perangsang dan syarikat mengendali latihan untuk siswazah.

Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Nor Az Azlan Ahmad, Haji Misran Serman, Mohd Faizal Mohd Barja, Ustaz Ahmad Alang, Haji Sharuddin Dahlan, Lee Bon Hong dan Tan Kik Ming serta Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK).





TUNAS Mampu Tarik Minat Pengundi Muda Pada PR

14 12 2012

Shah Alam, 13 Dis    :    Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Hajjah Halimah Ali berkata, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang adalah merupakan medan bagi golongan muda 20121213_100118untuk memilih Kerajaan, kerana mereka adalah merupakan pengundi yang bebas untuk mengekses pelbagai maklumat daripada sumber yang banyak sebelum membuat keputusan dikertas undi.

Oleh itu katanya, Program Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini adalah merupakan salah satu cara untuk kita mendekati golongan muda, kerana kebanyakan ibubapa pelajar-pelajar tadikan adalah merupakan golongan muda yang terpelajar dan terbuka mindanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di dalam program Majlis Penyerahan Cek Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan India (SJKT) yang diadakan di Ballroom Bangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah di Shah Alam.

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selat Klang itu juga berkata, untuk peruntukan daripada belanjawan 2013 akan datang Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM4 juga untuk SJKC dan SJKT, manakala bagi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan pula diperuntukkan sebanyak RM2 juga manakala RM6 juga diperuntukkan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Di majlis yang sama beliau turut menjelaskan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi tahun 2013 akan dimulakan awal berbanding tahun-tahun sebelumnya, promosi akan dilakukan pada bulan Januari manakala kelas akan dimulakan pada awal Februari.

Hadir sama di majlis berkenaan ialah ADUN-ADUN dan Pegawai Penyelaras DUN seluruh negeri Selangor, termasuk DUN Sungai Burong yang diwakili oleh Pengurusnya, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)

Bagi DUN Sungai Burong sebanyak 2 buah sekolah telah menerima peruntukan bagi fasa kedua iaitu, SJKC Yit Khwan menerima RM10,000 manakala SJKC Bagan Pasir menerima RM9,000.00.





Rakyat Ucap Terima Kasih Kepada Kerajaan Kerana Laksanakan Program Jom Shopping

14 12 2012

Alam Jaya, 13 Dis :    Setelah hampir dua bulan program Jom Shopping ditangguhkan diatas16120_402066183203068_1481138401_n beberapa masalah teknikal, hari ini seramai 150 orang warga emas di DUN Sungai Burong sekali lagi telah berpeluang untuk menyertai program Jom Shopping yang diadakan di Econsave Alam Jaya.

Rata-rata warga emas yang ditemui pada hari ini sangat gembira kerana terpilih untuk menyertai program ini buat kali pertama. Turut berkongsi kegembiraan dalam program ini ialah Norhani Zaini, 31, yang membawa ibunya, Hajah Salmiah binti Saman, dari Batu 11 Sungai Burong, berkata, saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana telah menjayakan program jom shopping, untuk warga emas yang telah berusia 60 tahun keatas.

Selain berkongsi hasil kerajaan kepada rakyat, program ini juga membantu serba sedikit golongan warga emas terutamanya yang berpendapatan rendah. Ini  juga adalah merupakan satu penghargaan daripada kerajaan negeri sekaligus menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat, katanya lagi sewaktu ditemui di Econsave bersama-sama 60006_402062259870127_1993611023_nibunya yang berusia 71 tahun.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo berkata, rakyat memang tertanya-tanya mengenai program Jom Shopping yang dihentikan buat sementara waktu sebelum ini, namun setelah pihak kami menerangkan masalah yang dihadapi mereka faham.

Hari ini, Alhamdulillah program jom shopping telah berjalan seperti biasa dan akan diteruskan pada masa akan datang, katanya lagi yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang.