Tokoh : Puan Halimatus Sa’kdiah Binti Sulaiman, P.J.K

25 01 2010

Tokoh yang ditonjolkan pada kali ini adalah seorang pemimpin Muslimat PAS yang telah lama bergiat aktif dengan politik. Selain berperanan diperingkat Kawasan, beliau juga pernah terlibat diperingkat negeri Selangor iaitu sebagai Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) selama sepenggal dari tahun 1991 – 1993.

Didalam politik beliau merupakan seorang tokoh yang “low profile”, namun beliau merupakan seorang pejuang yang telah lama terlibat dengan PAS di Tanjong Karang sejak tahun 1980-an lagi. Kini beliau masih diamanahkan sebagai Timbalan Pengerusi Tetap DMP Tanjong Karang dan Ketua Jawantankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC) Ban 3 Sungai Sireh dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Sungai Sireh. Ikuti secebis kisah Serikandi Muslimat PAS Tanjong Karang, Halimatus Sa’kdiah binti Sulaiman

Latar Belakang

100_2874Halimatus Sa’kdiah binti Sulaiman, Dilahirkan pada 12 Februari 1948 di Tanjong Karang. Beliau merupakan anak kepada pasangan, Sulaiman Bin Abdul Azis, dan Hadijah Binti Abdul Rahman. Bapanya merupakan seorang petani manakala ibunya pula merupakan suri rumah tangga sepenuh masa.

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Gambut dan Sekolah Rendah Agama Sungai Tengi Kanan pada tahun 1954.

Keluarga

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Ustaz Yusof Bin Husin seorang guru Kelas Dewasa pada tahun 1966 dan telah dikurniakan seramai 6 orang cahayamata, 3 lelaki dan 3 perempuan. 4 orang anaknya telah mendirikan rumahtangga dan telah diukurniakan seramai 10 orang cucu, 6 lelaki dan 4 perempuan.jd605351-avi_000003933

Terlibat dengan Politik

Mula menyertai PAS pada tahun 1977 cawangan Parit 1 Sungai Sireh. Pada tahun 1978 beliau telah diamanahkan sebagai Ketua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan Parit 1 Sungai Sireh. Pada tahun 1980 pula diamanahkan sebagai Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Tanjong Karang.

Tahun 1985 pula beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Tetap DMP Negeri Selangor. Bintangnya terus menyinar di dalam DMPN Selangor, apabila pada tahun 1991 beliau telah diamanahkan sebagai Setiausaha DMP Negeri Selangor semasa Ustazah Hajjah IMG-20180603-WA0042Raden Siti Bahjah Raden Hadi Munir, memegang jawatan sebagai Ketua DMP Negeri Selangor selama sepenggal sehingga tahun 1993

Mengenai pengalamannya, semasa memegang jawatan sebagai Setiausaha DMPN Selangor, beliau berkata, beliau akan menaikan bas daripada Tanjong Karang ke Markaz PAS Negeri Selangor di Sementa, Kapar, Klang setiap kali mesyuarat DMPN Selangor atau program-program di peringkat negeri.

Begitu juga, katanya, jika ada mesyuarat DMPK Tanjong Karang beliau akan 20120610_175653menaiki motorsikal dari rumahnya di Sungai Sireh ke Markaz PAS Tanjong Karang yang terletak di Sungai Panjang, Selangor.

Selepas tidak memegang jawatan sebagai Setiausaha DMPN Selangor, beliau terus memainkan peranan didalam DMP Kawasan sebagai Pengerusi Tetap DMP Kawasan selama beberapa penggal sehingga tahun 2009.

Kini, diusia 62 tahun, beliau masih memainkan peranan sebagai seorang aktivis PAS khususnya di dalam DMP Kawasan. Beliau kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Tetap DMP Kawasan Tanjong Karang dan Sebagai Ketua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan Ban 3 Parit 1 Sungai Sireh.

Aktiviti Masyarakatimg_0350

Selain itu beliau juga terlibat dengan aktiviti masyarakat dan diamanahkan sebagai AJK Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampong (JKKK) Sungai Sireh dan AJK serta Timbalan Ketua Biro Wanita Masjid At-Tuqo Sungai Sireh sebaik sahaja PAS bersama rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) telah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Negeri Selangor tahun 2008 yang lalu.

Pernghargaan

Bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada parti dan masyarakat, beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) sempena Hari Keputeraan, Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia (D.Y.M.M) Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada tahun 2010.

_________________________________________________________

Oleh : Mohamad Faizal Mohamed Barja

*Update 4/8/2015 – Penulis adalah Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang Merangkap Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karanng





Rajin dan Istiqamah mampu bantu pelajar untuk cemerlang – Puan Sri Salbiah

25 01 2010

Tali Air 2 Ban 3, 22 Jan : Isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Datin Seri Salbiah Tunut, berkata, sebagai seorang bekas pendidik, saya mempunyai banyak pengalaman mengajar pelajar-pelajar di sekolah. Dan pengalaman yang tidak pernah dilupakan ialah semasa diberi peluang mengajar pelajar-pelajar yang sangat lemah dalam pelajar, katanya sewaktu berucap merasmikan Majlis Penyampian Bantuan Pelajar Miskin UPSR dan PMR Tahun 2009 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong di Dewan Tali Air 2 Ban 3 Sungai Burong.

Apa yang penting, menurutnya, pelajar-pelajar mestilah sentiasa berbincang dengan rakan-rakan yang lain serta istiqamah dalam pelajaran. Disamping itu memberi tumpuan terhadap setiap apa yang diajar oleh guru.

Ini terbukti, apabila semasa mengajar di kelas pelajar yang paling mundur, pelajar-pelajar tersebut telah lulus dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) ketika itu. Sebab itu usaha dan istiqamah perlu seiring, kerana kejayaan adalah milik semua orang, tidak semestinya orang yang berjaya adalah orang yang tinggal di Bandar. Pelajar diluar Bandar pun mampu berjaya dalam pelajaran sekiranya berusaha, katanya lagi.

Satu perkara lagi yang perlu diamalkan oleh pelajar ialah dengan sentiasa membaca atau menghafal ayat-ayat quran ia bagi memudahkan pelajar-pelajar tersebut cemerlang dalam pelajaran lain.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah PKM DUN Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman, Pengurus PKM, Haji Misran Serman, merangkap Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Haji Abdul Kudus Omar, Pengerusi PKR Cadang Tanjong Karang serta Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Mukim Tanjong Karang 1 dan 2.





Pelajar UPSR dan PMR tahun 2009 diraikan

25 01 2010

Tali Air 2 Ban 3, 22 Jan : Pusat Khidmat Masyakarat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Pelajar Miskin Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2009 dan telah dirasmikan oleh Isteri Dato’ Menteri Besar Selangor, Puan Sri Datin Seri Salbiah Tunut di Dewan Tali Air 2 Ban 3 Sungai Burong.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah, Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Haji Misran Serman, merangkap Pengurus PKM DUN Sungai Burong, Pengerusi PKR Cadang Tanjong Karang, Haji Abd Kudus Omar, Ketua AMK PKR Cadang Tanjong Karang, Abd Wahab Khalid dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Mukim Tanjong Karang 1 dan 2.

Dalam majlis tersebut seramai 34 orang pelajar UPSR dan 18 orang pelajar PMR  tahun 2009 telah diraikan. Bagi pelajar UPSR mereka telah menerima wang tunai sebanyak RM90.00 beserta hadiah manakala bagi pelajar PMR pula menerima wang tunai sebanyak RM120.00 beserta hadiah.

Majlis tersebut telah dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah PKM DUN Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman dan diikuti dengan ucapan dan perasmian oleh Puan Sri Salbiah Tunut.





Ketua PAS Cawangan Raden Puteh Meninggal Dunia

20 01 2010

Raden Puteh, 20 Jan :  Ketua PAS Cawangan Raden Puteh, Haji Adam Mohd Zain, 70, telah meninggal dunia jam 5.30 pagi tadi dirumahnya di Jalan Raden Puteh Sawah Sempadan Tanjong Karang, Selangor kerana penyakit tua.

Allahyarham yang sebelum ini telah dibawa ke Hospital Sungai Buluh beberapa kali untuk menerima rawatan lanjut  sebelum dibawa pulang kerumahnya sejak dua minggu yang lalu telah meninggalkan seorang isteri, Hajjah Aini Senin dan 7 orang cahayamata.

Allahyarham yang juga pesara Jabatan Parit dan Saliran (JPS) telah menjadi Ketua PAS Cawangan Raden Puteh sejak mula ditubuhkan pada tahun 1998.

Seramai lebih 1,000 orang ahli dan penyokong PAS, serta keluarga dan rakan-rakan hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang telah banyak berjasa kepada parti. Jenazah telah disembahyang dan diimamkan oleh Ustaz Munjir Ashaari dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Karang.

Antara Pimpinan PAS Yang hadir ialah Naib Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Haji Misran Serman, merangkap Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Pengarah Pusat Khidmat DUN Sungai Burong, Penolong Setiausaha PAS Tanjong Karang, Mohd Faizal Mohd Barja, Bendahari PAS Kawasan, Haji Abu Hasan Amat, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Haji Shafie Jali dan pimpinan PAS Tanjong Karang, Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Tanjong Karang.

Selain itu, Mantan Timbalan YDP PAS Tanjong Karang, Dr Mohd Yusof Abd Wahab, Mantan Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim dan Mantan Penolong Setiausaha PAS Kawasan, Azizan Arshad, Mahadi Hasmeon antara yang turut hadir memberi penghormatan terakhir.

Semoga Allah memberkati dan mencucuri rahmat keatas roh allahyarham. Al-Fatihah





Peserta Bengkel Tegur Sikap Ketua Kampong

18 01 2010

Pulau Pangkor, 16 Jan : Sikap sesetengah Ketua-ketua Kampong yang tidak mengendahkan masyarakat kampong setelah dilantik kejawatan tersebut telah mendapat teguran daripada peserta Bengkel Pengurusan Jawatankuasa Kampong dan Perancangan Takwim Ketua-Ketua Kampong DUN Sungai Burong.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Ampangan, Alim Maapol, kesal dengan sikap Ketua Kampong yang mengabaikan tanggungjawab terhadap masyarakat kampongnya setelah dilantik kejawatan tersebut.

Menurutnya, Ketua Kampong mempunyai tugas berat yang harus dipikul kepada rakyat di dalam kampongnya. Ketua-ketua kampong mestilah terlibat secara aktif dengan masyarakat dibawahnya seperti di dalam kenduri kendara, kematian, program-program keagamaan dan sebagainya.

Selain itu, katanya, Ketua Kampong mestilah sentiasa berjamaah dengan di surau dan masjid di kampongnya setiap masa terutamanya pada hari jumaat. Ini bagi mengelakkan pandangan yang kurang baik terhadap ketua kampong tersebut sekaligus akan menjejaskan prestasi kerajaan negeri Selangor dan parti yang diwakili oleh Ketua Kampong tersebut.

Beliau berkata demikian semasa sesi soaljawab diakhir program tersebut. Program yang julung-julung kalinya diadakan itu telah mendapat sambutan yang menggalakka daripada Ketua-ketua Kampong dan Setiausaha-setiausaha JKKK di Suria Beach Resort, Pualau Pangkor, Perak pada 16 dan 17 Januari 2010.





Sifat-Sifat Yang Mesti Ada Sebagai Seorang Pemimpin

18 01 2010

Pulau Pangkor, 16 Jan : Ciri-ciri pemimpin mestilah menepati piawaian kepimpinan yang ditentukan dalam sesuatu organisasi dan tidak dicacatkan oleh kelemahan-kelemahan yang tidak dapat mengimbagi kelayakan-kelayakan yang positif, kata Ustaz Mohd Judi Sarjo, Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor sewaktu membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Tugas dan Tanggungjawab sebagai seorang Pemimpin” sewaktu Bengkel Pengurusan Jawatankuasa Kampong dan Perancangan Takwim Ketua-Ketua Kampong DUN Sungai Burong yang diadakan di Suria Beach Resort, Pualau Pangkor, Perak pada 16 dan 17 Januari 2010.

Sifat-sifat utama yang perlu ada sebagai seorang pemimpin ialah kemahiran mental yang tinggi dan kreatif, minat dan mempunyai kebolehan yang luas untuk menyelesaikan sesuatu perkara, mempunyai kemahiran komunkasi yang tinggi dengan masyarakat, kematangan dalam membuat sesuatu tindakan, kekuatan motivasi, kemahiaran sosial dan keupayaan untuk mentadbir masyakaratnya.

Pemimpin juga mestilah sentiasa mengawasi setiap perkara yang dilakukan oleh orang bawahannya dengan membantu ahli mendapatkan sumber secara am untuk menyempurnakan tugas mereka. Sebagai pemimpin juga mestilah mempunyai kebolehan dalam memimpin, menggerak, mengarah dan berkomunikasi yang baik kepada ahli.

Cepat mengenal pasti kekurangan prestasi kerja dan berusaha membetulkannya serta menunjukkan teladan yang baik dan bertindak dengan pantas serta penuh minat dan berhati-hati semasa memimpin, katanya lagi yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS (YDP) Tanjong Karang.

Pemimpin yang baik juga mestilah membuat penilaian terhadap laporan yang telah disediakan serta menilai sama ada objektif atau tujuan sesuatu program itu tercapai ataupun tidak. Jika ada sebarang kekurangan, mestilah mengemukakan cadangan pembaikan untuk tindakan selanjutnya. Dan menyediakan laporan lengkap berdasarkan laporan, maklumat atau data yang diperolehi untuk dikemukakan kepada pihak atasan atau sebagainya.





Tanggungjawab Sebagai Ketua Kampong Berat

18 01 2010

Pulau Pangkor, 16 Jan : Ketua-Ketua Kampong mempunyai tanggungjawab yang berat sebagai pemimpin diperingkat kampong masing-masing. Kerana ketua Kampong merupakan agen penting bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor selain mempunyai tanggungjawab terhadap parti yang telah diberi mandat oleh rakyat sehingga Pakatan Rakyat (PR) boleh memerintah Negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum yang lepas, kata Penasihat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong Drs Mohd Rashdi Deraman.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan program Bengkel Pengurusan Jawatankuasa Kampong dan Perancangan Takwim Ketua-Ketua Kampong DUN Sungai Burong di Suria Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak selama dua hari pada 16 dan 17 Januari 2010.

Adalah menjadi perkara biasa bagi setiap pemimpim jika mendapat kritikan daripada orang bawahan. Dan sebagai  seorang pemimpin mestilah berjiwa besar dalam menerima kritikan dan teguran daripada orang bawah, katanya.

Selain itu, Ketua-ketua kampong juga mestilah sentiasa menerangkan dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada masyarakat kampong supaya mereka mengetahui program-program yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh pihak kerajaan negeri dibawah PR. Program-program kemasyarakatan juga mestilah dipergiatkan diperingkat kampong supaya rakyat melihat apa yang telah dilaksanakan oleh ketua-ketua kampong, katanya lagi.





Bengkel Pembinaan Takwim Ketua Kampong 2010

18 01 2010

Pulau Pangkor, 17 Jan : Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong telah berjaya mengadakan Bengkel Pengurusan Jawatankuasa Kampong dan Perancangan Takwim Ketua-Ketua Kampong DUN Sungai Burong yang diadakan selama dua hari di Suria Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak.

Program tersebut melibat Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) DUN Sungai Burong dan Setiausaha-Setiausaha JKKK. Seramai 46 orang peserta telah menyertai program yang julung-julung kalinya dilakukan  itu.

Penasihat PKM DUN Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman,telah merasmikan program tersebut manakala Penghulu Mukim Tanjong Karang 1, Jumasri Jumin, yang turut meluangkan masa hadir dalam program tersebut telah memberi ucapan perasmian penutup pada hari terakhir program.

Dalam bengkel tersebut dua kertas kerja telah dibentang iaitu “Peranan dan Tanggungjawab Ketua Kampong” dan “Tatacara Mengendalikan Mesyuarat JKKK Secara Berkesan” yang dikendalikan kedua-duannya oleh Ustaz Mohd Judi Sarjo, selaku Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor.

Pada hari terakhir program pula Ketua-Ketua Kampong telah diberi panduan untuk mengatur program diperingkat kampong selama setahun bermula pada bulan Februari 2010. Diakhir program pula turut diadakan sesi bergambar dikalangan Ketua-Ketua Kampong dan Setiausaha-Setiausaha JKKK dengan Kakitangan PKM DUN SungaI Burong.





PAS kutuk keras tindakan serang gereja

8 01 2010

KUALA LUMPUR, 8 Jan <Hrkh>: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, di sini awal pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tindakan pihak tertentu yang memilih cara yang ganas dengan melakukan tindakan yang ditegah oleh Islam menerusi serangan terhadap Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya adalah dikutuk dengan sekeras-kerasnya. 

Perlulah diingat, bahawa Islam menerusi kefahaman dakwahnya adalah membawa konsep kebebasan beragama kepada orang yang belum menganut Islam, katanya.

Katanya, begitu banyak ayat dari Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW yang melarang penganut Islam dari mengganggu penganut agama lain, paderi dan rumah ibadat mereka.

Bahkan, katanya, dalam setiap kali peperangan yang Nabi Muhammad SAW dan Khulafa Ar Raasyidin terlibat, para sahabat sangat berpegang teguh kepada pesanan Nabi Muhammad SAW untuk tidak membunuh paderi dan tidak merosakkan rumah ibadat mereka. Itu dalam suasana perang, apatah lagi dalam suasana aman seperti yang ada pada hari ini.

“Tindakan yang bercanggah dengan Islam ini, hanyalah dilakukan oleh orang yang tidak faham terhadap agama mereka sendiri. PAS akan terus melaksanakan dakwah dan politik Islam dengan berdasarkan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

“Ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara, serta rakyat keseluruhannya perlulah senantiasa diingatkan agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu.

“Kepada kepimpinan PAS di seluruh negara, hal ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam program Penerangan PAS Pusat pada hari esok di Shah Alam,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, tindakan sedemikian tidak mencerminkan sikap Islam yang sebenar terhadap penganut agama lain yang dijamin hak dan kebebasan mereka.

Bahkan, katanya, Allah dengan tegas melarang umat Islam bertindak terhadap mana-mana rumah ibadat penganut agama lain sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran.

Tambahnya, Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan para sahabat yang menyertai peperangan supaya tidak membunuh mereka yang berlindung di rumah-rumah ibadat agama lain, sama sekali tidak bertindak membakarnya.

Begitu juga, katanya sewaktu pembukaan Mekah oleh tentera Islam yang dipimpin Rasulullah s.a.w. di mana penduduk yang berada di dalam rumah-rumah ibadat dijamin keselamatan mereka selain berlindung di rumah sendiri.

“PAS mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan menyerang gereja berkenaan,” tegasnya kepada Harakahdaily pagi ini.

Harakahdaily difahamkan, tingkat bawah gereja berkenaan musnah akibat serangan itu.





PAS Selangor mengutuk serangan “bacul” ke atas gereja-gereja

8 01 2010

Kami menerima berita berkenaan serangan ke atas beberapa buah gereja termasuk di Selangor dengan perasaan penuh sedih dan dukacita.

Serangan seumpama ini tidak pernah berlaku dalam negara kita dan ianya langsung tidak mencerminkan adat, budaya dan kepercayaan mana-mana rakyat Malaysia.

PAS Selangor melahirkan rasa simpati kepada gereja-gereja yang terbabit dan mohon agar ahli-ahli PAS di negeri ini agar bersabar dan mendoakan keselamatan negeri ini. Dalam pada itu PAS Selangor memberi amaran agar jangan ada mana-mana pihak yang mahu mewujudkan keadaan huru-hara dan mengekspolitasi suasana yang tenang dan bertamaddun dalam negara kita khasnya di negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
 
ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR

Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor
0192601033