Kempen Anti Zina Siri 5 Sempena Tahun 2012 Berjalan Lancar

31 12 2011

Kuala Selangor, 31 Dis    :    Sempena ketibaan tahun baru 2012, Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Hajjah Halimah Ali, sekali lagi telah menganjurkan program Kempen Anti Zina untuk siri yang kelima.

Program yang melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Selangor serta pertubuhan-pertubuhan badan bukan Kerajaan (NGO) seperti Yayasan Amal Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Nisa’, Masjid-masjid dan surau di seluruh daerah Kuala Selangor juga turut melibatkan pemimpin-pemimpin masyarakat seperti Ahli-Ahli Majlis MDKS, Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Kuala Selangor dan lain-lain.

Objektif program tersebut diadakan adalah untuk membantu pihak kerajaan dalam menyelesaikan masalah gejala sosial yang banyak berlaku di kalangan para remaja, ia juga sebagai satu langkah bersepadu dan jangka panjang untuk membanteras gejala tersebut.

Program yang dimulakan selepas waktu asar, dan berkumpul di Masjid Sultan Ibrahim, Kuala Selangor. Manakala peserta pula telah dibahagikan kepada tiga kumpulan yang akan menyebarkan risalah berbentuk dakwah kepada orang ramai tentang bahayanya masalah gejala sosial yang banyak berlaku dikalangan remaja masakini.

Kumpulan-kumpulan tersebut telah menyebarkan risalah di hotel-hotel sekitar daerah kuala Selangor, serta pusat membeli belah yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di 1 plaza dan tesco serta pantai remis di Jeram.

Program edaran risalah tersebut berakhir sehingga waktu mahgrib, sebelum semua peserta berkumpul semua di masjid dan bersembahyang maghrib dan bersurai. Manakala pihak Penguatkuasa PAID Kuala Selangor pula telah melakukan rondaan dan serbuan di beberapa tempat yang dikenalpasti menjadi tempat golongan remaja sering melakukan perkara yang bermaruah terutamanya menjelang tahun baru 2012.

Kuala Selangor, 31 Dis    :    Sempena ketibaan tahun baru 2012, Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Hajjah Halimah Ali, sekali lagi telah menganjurkan program Kempen Anti Zina untuk siri yang kelima.

Program yang melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Selangor serta pertubuhan-pertubuhan badan bukan Kerajaan (NGO) seperti Yayasan Amal Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Nisa’, Masjid-masjid dan surau di seluruh daerah Kuala Selangor juga turut melibatkan pemimpin-pemimpin masyarakat seperti Ahli-Ahli Majlis MDKS, Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Kuala Selangor dan lain-lain.

Objektif program tersebut diadakan adalah untuk membantu pihak kerajaan dalam menyelesaikan masalah gejala sosial yang banyak berlaku di kalangan para remaja, ia juga sebagai satu langkah bersepadu dan jangka panjang untuk membanteras gejala tersebut.

Program yang dimulakan selepas waktu asar, dan berkumpul di Masjid Sultan Ibrahim, Kuala Selangor. Manakala peserta pula telah dibahagikan kepada tiga kumpulan yang akan menyebarkan risalah berbentuk dakwah kepada orang ramai tentang bahayanya masalah gejala sosial yang banyak berlaku dikalangan remaja masakini.

Kumpulan-kumpulan tersebut telah menyebarkan risalah di hotel-hotel sekitar daerah kuala Selangor, serta pusat membeli belah yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di 1 plaza dan tesco serta pantai remis di Jeram.

Program edaran risalah tersebut berakhir sehingga waktu mahgrib, sebelum semua peserta berkumpul semua di masjid dan bersembahyang maghrib dan bersurai. Manakala pihak Penguatkuasa PAID Kuala Selangor pula telah melakukan rondaan dan serbuan di beberapa tempat yang dikenalpasti menjadi tempat golongan remaja sering melakukan perkara yang bermaruah terutamanya menjelang tahun baru 2012.





Jom Shopping: Bukti Kerajaan Selangor Pulangkan Hasil Negeri Untuk Rakyat

29 12 2011

Kapar, 29 Dis    :    Sekali lagi Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong telah membawa seramai 100 orang warga emas ke program Jom Shopping yang dianjurkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor di pasaraya Econsave, Kapar.

Sebanyak dua buah bas yang membawa warga emas dan warisnya telah dibawa daripada PKM DUN Sungai Burong jam 8.30 pagi dan tiba di Econsave pada 9.30 pagi. Mereka diberikan masa selama dua jam untuk membeli belah sebelum pulang ke Tanjong Karang jam 12.30 tengahari.

Pengerusi PKM DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, berkata, program jom shopping adalah sebahagian daripada usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Sungguhpun, katanya, bagi sesetengah golongan, pemberian baucer sebanyak RM100.00  tidak sebesar mana, namun rakyat seharusnya berterima kasih atas usaha Kerajaan Negeri Selangor membantu mereka melalui program seumpama ini.

Sebagaimana diketahui oleh kebanyakkan rakyat, pada masa ini kos sara hidup semakin meningkat dengan kenaikan harga barangan  keperluan harian. Ini secara tidak langsung akan membebankan kebanyakan rakyat yang rata-ratanya berpendapatan rendah, katanya lagi yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan.

Justeru itu, katanya, melalui program Jom Shopping ini, dapat memberi peluang kepada warga emas untuk membeli belah barangan keperluan harian untuk mereka, sekaligus membantu meringankan perbelanjaan seharian mereka.

Ini juga sekaligus membuktikan, bahawa kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar, benar-benar berhasrat untuk membantu rakyat sesuai dengan slogan Kerajaan negeri Selangor iaitu Hasil Negeri Untuk Rakyat, iaitu setiap hasil keuntungan yang diperolehi oleh Kerajaan akan dikembalikan semula kepada rakyat dan rakyatlah yang akan mendapat faedahnya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap kepada 100 orang warga emas yang menyrtai program Jom Shopping. Lebih meriah lagi, program Jom Shopping kali ini turut melibatkan Pusat khidmat Rakyat (PKR) DUN Permatang, yang membawa 100 orang warga emas dari DUN tersebut

Hadir sama ialah Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Faizal Mohd Barja, Pegawai Hal Ehwal Wanita PKM DUN, Norsidah Samat, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Gulang-gulang, Haji Mohd Maskuri Mardzuki dan Pengerusi JKKK Raja Musa, Haji Jayus Suraji.





Tok Guru Nik Aziz Syukur Hasan Ali Tarik Balik Kenyataan Sensitif

28 12 2011




Ustaz Mat Hasbollah Dan Ustazah Jamiyah Selamat diijabkabulkan

23 12 2011

Tali Air 3, 22 Dis :    Ketua Penerangan PAS Tanjong Karang, Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin, 41, selamat diijabkabulkan dengan Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Ustazah Hajjah Jamiyah Yussuf, 43, di rumah keluarga Ustazah Jamiyah pada jam 10.00 malam.

Ustaz Mat Hasbollah yang juga bekas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang telah memberikan lima dulang barangan hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan. Majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana tetapi meriah turut dihadiri oleh isteri pertama Ustaz Mat, Ustazah Norhafizah Md Taha, dan ahli keluarga terdekat.

Kedua-dua mempelai yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong telah mengikat tali pertunangan pada bulan Oktober yang lalu akan mengadakan majlis kesyukuran pada 1 Januari 2012.

Ini adalah merupakan perkahwinan kedua bagi kedua-dua mempelai. Bekas suami Ustazah Jamiyah, Allahyarham Ustaz Pasiran Ahmad telah meninggal dunia pada tahun 2007 yang lalu akibat terjatuh semasa sedang membaiki bumbung rumanya di Sungai Kajang.





Rakyat Adalah “Tauke”, MB dan EXCO Hanya Pengurus Hasil Negeri – Menteri Besar

17 12 2011

Parit 3 Ban 4 ½, 16 Dis    :    Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, meneruskan program lawatan sehari ke Daerah Kuala Selangor dengan mengadakan lawatan Mesra Rakyat dan menemui penduduk di Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Khalifah Abd Khalip di Parit 3 Ban 4 ½ Sungai Burong, Tanjong Karang.

Seramai lebih 300 orang penduduk sekitar kampong tersebut telah hadir mendengar penjelasan dan maklumat terkini Kerajaan Negeri Selangor daripada Dato’ Menteri Besar Selangor sendiri.

Di dalam ucapannya, beliau menjelaskan, Rakyat adalah merupakan “tauke” di negeri Selangor manakala Menteri Besar dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor hanyalah sebagai pengurus.

Sebagai pengurus pula, katanya, hendaklah memastikan sesuatu syarikat itu sentiasa dalam keadaan untung supaya tidak dimarahi oleh tauke, oleh sebab itu sekiranya sesuatu syarikat itu maju hasilnya perlulah dikembalikan kepada pemiliknya iaitu rakyat.

Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri Selangor mengembalikan semula keuntungan hasil negeri kepada rakyat melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dengan tema Hasil Negeri Untuk Rakyat, rakyat Selangor kini telah menikmati pelbagai faedah yang diberikan oleh Kerajaan kepada mereka.

Sementara itu, Abd Khalid juga berkesempatan melawat bangunan SAR Khalifah Abd Khalip yang didirikan pada tahun 2000 dan mula beroperasi tahun 2002.

Beliau juga akan mengarahkan supaya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Hajjah Halimah Ali, untuk mengadakan lawatan ke SAR tersebut dan memberikan bantuan yang diperlukan oleh pihak sekolah.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Dato’ Haji Mohd Misri Idris, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Hajjah Noraini Roslan, Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Drs Mohamad Rashdi Deraman dan YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.





MB & EXCO Turun Padang Bertemu Rakyat dalam Program Khas Mesra Rakyat

17 12 2011

Kuala Selangor, 16 Dis    :    Sikap keterbukaan Kerajaan negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat (PR) terbukti apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor telah turun padang dan menganjurkan Program Khas Mesra Rakyat Daerah Kuala Selangor.

Program yang berjalan selama sehari tersebut telah dimulakan dengan perhimpunan pagi bersama dengan agensi-agensi Kerajaan Daerah Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor diikuti dengan program dialog bersama dengan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Menurut, Abd Khalid, program ini adalah merupakan program yang dirancang oleh Kerajaan Negeri untuk turun ke setiap daerah di negeri Selangor untuk mendengar sendiri masalah yang dihadapi oleh rakyat di negeri Selangor  dan Daerah Kuala Selangor adalah daerah terakhir dalam rangka lawatan tersebut.

Hadir sama dalam majlis dialog tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abd Samad dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Selangor, Hajjah Rodziah Ismail, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Bukit Malawati, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Dato’ Mohd Misri Idris dan Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Hajjah Noraini Roslan.

Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis MDKS, Mohd Faizal Mohd Barja, Haji Mohd Fakharuddin Ismail, Nor Az Azlan Ahmad, Nor Faizah Ismail, Siti Zalaha Abd Rashid, Haji Misran Serman, Ustaz Haji Ahmad Alang, Thirumoorthy Periasamy, Law Tan dan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Kuala Selangor

Selepas itu Menteri Besar dan anggita EXCO Kerajaan Negeri Selangor telah turun padang ke beberapa DUN mengikut portfolio masing-masing.

Sementara itu, Tan Sri Khalid juga akan turun ke DUN SungaI Burong dalam rangka lawatan dan Mesra Rakyat di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Khalifah Abd Khalip di Parit 3 Ban 4 ½  Sungai Burong Dan Rapat Rakyat Di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang Jam 9.00 Malam





13 12 2011





12 12 2011





Bengkel Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Untuk Rancang Program Tahun 2012

12 12 2011

Langkawi, 12 Dis    :    Bagi merangka perancangan dan program untuk tahun 2012, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong telah mengadakan bengkel Sasaran Kerja (SKT) yang melibatkan kakitangan dan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mukim Tanjong Karang 1 dan 2.

SKT yang berjalan selama dua hari satu malam tersebut diadakan di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Langkawi dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Buron g, Ustaz Mohamad Judi Bin Sarjo yang juga Yang Dipertua PAS Tanjong Karang.

Ustaz  Judi semasa dalam ucapannya  berkata, program seumpama ini adalah program tahunan bagi jabatan-jabatan dan agensi kerajaan untuk melihat kembali perancangan jabatan yang telah dilakukan pada tahun ini disamping itu merancang gerak kerja untuk tahun hadapan.

Selain itu, program SKT ini dapat membantu setiap Ketua Kampung melihat kembali segala program yang pernah dan akan dijalankan menepati sasaran sebanar atau sebaliknya iaitu masyarakat dan rakyat di kampong masing-masing.

Selain berbengkel, peserta SKT 2012 turut berpeluang melawat tempat-tempat menarik sekitar langkawi sebelum pulang ke Tanjong Karang.





11 12 2011