Ahli-ahli Majlis Daerah Kuala Selangor melahirkan rasa kesal dengan tingkahlaku YDP MDKS

22 11 2008

Kuala Selangor, 22 Nov : Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Mohd Saad Ibrahim, melahirkan rasa kesal dengan tindakan MDKS khususnya YDP MDKS, Haris Kassim, yang tidak professional dalam ibrahim20saadmenjalankan tugasnya.

 

Menurutnya, antara contoh yang paling ketara adalah mengenai lambang-lambang parti dan bendera, sewaktu Pakatan Rakyat (PR) belum memerintah Negeri Selangor, pihak penguatkuasa MDKS telah bertindak pantas mencabut lambang-lambang dan bendera yang dipasang oleh PAS.

 

Tetapi apa yang kita lihat sekarang, pihak MDKS tidak pernah bertindak menurunkan bendera-bendera dan lambang-lambang yang dipasang tanpa kebenaran oleh pihak Barisan Nasional (bn) khususnya Umno. Masih terdapat bendera-bendera Dacing yang masih berkibar di bangunan premis-premis milik kerajaan negeri, seperti Dewan Orang Ramai dan Balairaya, yang tidak diturunkan oleh MDKS, Walaupun aduan telah dibuat kepda pihak MDKS, katanya yang juga Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang.

 

Bagi Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmanor-az-azlan-ahmadd pula, beliau kesal dengan tindakan YDP MDKS yang telah membatalkan di saat-saat akhir perjumpaan yang telah dirancang diantara ahli-ahli MDKS dengan YDP MDKS pada 18hb November 2008 yang lalu, dengan alasan YDP MDKS terpaksa menghadiri mesyuarat lain.

 

Tindakan beliau seolah-oleh mengenepikan dan tidak mengiktiraf peranan ahli-ahli MDKS. Lebih dikesali lagi sehari selepas itu (19 November 2008) Pihak MDKS telah mengeluarkan Inden kepada individu tertentu. Dan telah diserahkan kepada beberapa syarikat, yang dimiliki oleh orang yang sama, katanya lagi.

 

Ketua Wanita Parti KeADILan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Selangor, Hajah Fauziah Sulaiman, turut fauziah20sulaiman1melahirkan rasa kesal dengan YDP MDKS yang tidak pernah memaklumkan kepada ahli-ahli MDKS berhubungan dengan peruntukan yang sepatutnya diterima oleh setiap ahli-ahli MDKS.

 

Begitu juga dengan pejabar Khidmat ahli MDKS seperti yang telah diarahkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor, sehingga sekarang kami tidak pernah menerima peruntukan tersebut. Bila ditanya kepada pihaknya, YDP MDKS memberi alasan tidak mempunyai peruntukan, katanya.

 

Bagi seorang lagi ahli MDKS daripada PKR, Koo Chin Min, YDP MDKS sering mengadakkoo-chin-min1an mesyuarat tanpa mengikut agenda. Ahli-ahli MDKS tidak dibenarkan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit.

 

Sebagai contoh menurutnya, Dalam mesyuarat penuh MDKS pada 30 Oktober 2008, YDP MDKS tidak mengikut agenda untuk membincangkan pembentangan Anggaran Belanjawan 2008/2009, Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun berakhir 31 Disember 2007. Malah beliau terus sahaja membuat ucapan penangguhan, katanya.

Apakah ahli MDKS tidak berhak untuk membincangkan Bajet 2008/2009 MDKS? Apakah ahli MDKS tidak berhak membincangkan perkara yang amat penting bagi pembayar cukai Daerah Kuala Selangor? Soalnya.

 

imej392Begitu juga aduan dan masalah rakyat yang dibuat oleh ahli MDKS tidak dihiraukan oleh pihak MDKS, sebaliknya apabila aduan dibuat oleh pihak Pembangkang (BN) dengan segera diberi perhatian dengan menurunkan pasukan yang besar. Kes ini berlaku di Pasar Awam Pasir Penambang. Mengapa ada double standard? Atau YDP MDKS mahu bermain politik? Soalnya lagi.

 

Mereka ditemui sewaktu menghadiri Kenyataan Akhbar yang dilakukan oleh Ahli MDKS, Koo Chin Min, di Pejabat Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad, di Taman Bendahara, Kuala Selangor, kerana tidak berpuas hati dengan tindak tanduk yang telah dilakukan oleh MDKS khususnya YDP MDKS.

Sumber : http://tgkarang.pas.org.my/





YDP MDKS amalkan budaya kronisma dan bermain politik?

22 11 2008

koo-chin-minKuala Selangor, 22 Nov :               Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Koo Chin Min, telah mengadakan sidang akhbar di Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Selangor kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haris Kassim, yang sering membelakangkan Ahli-ahli MDKS  dalam membuat sesuatu keputusan.

 

Menurutnya, Ahli-ahli MDKS seolah-olah hanya dijadikan sebagai “Rubber Stamp” dan tidak lebih hanya sebagai pelengkap kepada PBT semata-mata. YDP MDKS juga masih terikut-ikut dengan budaya lama yang mengamalkan Kronisma dan Nepotisma dalam pengagihan sesuatu projek.

 

harisPenyalahgunaan kuasa oleh YDP MDKS begitu berleluasan dalam pengagihan kerja-kerja yang hanya tertumpu kepada sekumpulan orang tertentu tanpa mengikut prosedur yang telus. Terdapat beberapa individu yang mengusai terlalu banyak projek-projek Majlis, katanya.

 

Individu yang dimaksudkan ialah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tanjong Karang, Haji Hadi Muhamad, yang telah menerima projek memungut sampah daripada MDKS. Sebanyak 14 projek telah diserahkan kepadanya oleh pihak MDKS dengan menggunakan nama syarikat yang berbeza.

 

Berikut adalah senarai syarikat berserta alamat miliknya yang telah menerima projek daripada MDKS dan jumlah bayaran yang diterimanya setiap bulan:

 

1.        Zura Suria Ent, Lorong 7, Parit 1 Sungai Sireh Tanjong Karang (RM6,420.00)

2.       Hamidah Parwi, No 3, Kedai Serbaguna Sungai Sireh, Tanjong Karang (RM5,979.00)

3.       RBH Gemilang Jaya, No 16 Jalan Wwasan 5 Tanjong Karang (RM4,819.00)

4.       Zuan Purnama, No 3 Lorong Waja Kanan, Kampong Jaya Setia (RM5,495.00)

5.       Anggerik Mas Ent, Lorong 6 Parit 1 Sungai Sireh, Tanjong Karang (RM7,840.00)

6.       Wira Kukuh, No 19 Jalan 4, Taman Budi, Jeram (RM7,921.00)

7.       Rockarena Ent, Lorong 6 Parit 1, Sungai Sireh, Tanjong Karang (RM7,053.00)

8.       Roswella Ent, No 66 Jalan Bunga Raya, Sungai Burong (RM6,163.00)

9.       Hasanah, Kedai Jafni, Batu 3, Tali Air 2, Sungai Burong, Tanjong Karang (RM4,848.00)

10.   Pancaran Ehsan Ent, 24 Jalan 8, Taman Paduka 45000 Kuala Selangor (RM6,368.00)

11.   Sireh Sepuncak (RM2,542.50)

12.   Budi Bayu (RM9,453.00)

13.    Genius Techtic Ent, Lot 347 Kampong Hujung Permatang (RM9,894.20)

14.   Anggerik Mas Ent, 11 Jalan 2, Puncak Alam (RM7,270.00)

 

Oleh itu katanya, saya ingin menarik perhatian daripada Kerajaan Negeri Pimpinan Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim dan EXCO PBT, YB Ronnie Liu supaya mengkaji semula dasar kerajaan negeri daimej3861lam PBT.

 

Satu Proses “restructure” atau penjanaan semula perlu disegerakan, jika tidak segala manifesto yang diwar-warkan oleh Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya yang lepas hanya akan menjadi igauan ngeri kepada rakyat dan pembayar cukai kepada pendokong-pendokong PR.

 

Dengan nada tegas, beliau meminta YDP MDKS agar melepaskan jawatan jika mahu bermain politik, katanya lagi diakhir Sidang Akhbar tersebut.

 

Sidang akhbar tersebut turut dihadiri oleh ahli-ahli MDKS, dan pimpinan masyarakat. Antara yang hadir ialah Ahli-ahli MDKS dari PAS Kawasan Tanjong Karang, Haji Mohd Saad Ibrahim, yang juga Setiausaha PAS Kawasan, Haji Abd Rahman Bujang, yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan dan Nor Az Azlan Ahmad yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan.

 

Selain itu, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Kawasan yang turut hadir ialah, Mohd Faizal Mohd Barja dan Haji Abu Hasan Amat.

Sumber : http://tgkarang.pas.org.my/





Konvokesyen PASTI Kawasan Tanjong Karang kali ke-6

15 11 2008

102_2239Sungai Gulang-Gulang, 15 Nov  :               Konvokesyen Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Tanjong Karang kali ke-6 telah berjaya diadakan Dewan Orang Ramai Sungai Gulang-Gulang, dan telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Tanjong Karang, Mohd Rashdi Deraman yang juga Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong.

 

Sebanyak 7 buah daripada 10 PASTI telah menyertai konvokesyen pada kali ini, yang julung-julung kalinya diadakan di Sungai Gulang-Gulang. Dalam konvokesyen kali ini, pelajar-pelajar PASTI yang be102_2243rjaya di dalam peperiksaan akhir tahun turut diberikan hadiah daripada PASTI kawasan selain sijil.

 

Mohd Rashdi Deraman, didalam ucapannya berkata, Jasa dan pengorbanan guru-guru PASTI harus diambil perhatian yang serius. Guru-guru PASTI telah banyak berkorban demi untuk memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan dan menjadi insan yang sempurna.

 102_2249

Pengorbanan yang mereka tanggung bukan sahaja dari sudut tenaga, bahkan elaun yang mereka terima setiap bulan amat rendah berbanding dengan jasa yang mereka curahkan kepada anak-anak.

 

Anak-anak perlu dididik supaya menjadi insan yang beriman dan bertaqwa, kita amat sedih dengan gejala sosial yang melanda generasi muda sekarang. Mereka banyak terlibat dengan mat rempit, minah rempit dan sebagainya. Lebih membimbangkan lagi mereka turut terlibat dengan ajaran yang menyeleweng dari aqidah seperti black matel dan sebagainya, katanya lagi.

 

Sebagai menghargai jasa guru-guru PASTI Kawasan Tanjong Karang, Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang turut memberikan cenderamata kepada mereka dan telah disam102_22341paikan oleh, Mohd Rashdi.

 

Turut serta dalam konvokesyen tersebut ialah Bendahari PAS Kawasan Tanjong Karang, Haji Maskuri Mardzuki, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Sungai Gulang-Gulang dan Haji Chamsari Kasaman, Ketua PAS Cawangan Sungai Gulang-gulang.

 

Sumber : http://tgkarang.pas.org.my/





Majlis Khatam Al-Quran dan Hari Kecemerlangan Pelajar SRA Parit 4

12 11 2008

Parit 4, 11 Nov,                 : Sekolah Rendah Agama (SRA) Parit 4 telah menganjurkaimg_1832n Majlis Khatam Al-Quran dan Hari Kecemerlangan pelajar tahun 2008. Program tersebut yang merupakan acara tahunan sekolah berkenaan telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong, Mohd Rashdi Deraman.

 

Pengarah JPD, semasa merasmikan program tersbeut berkata, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk menaikkan elaun kepada guru-guru KAFA mulai tahun hadapan sebanyak RM1,000.00 berbanding elaun yang diterima sekarang. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin dengan guru-guru agama yang telah bertungkus lumus mendidik anak-anak.

 

Beliau juga menyeru agar ibu bapa menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Anak-anak pula perlu didik untuk mengenal al-Quran sejak dari kecil. Disinilah peranan penting yang img_18171perlu dimainkan oleh Ibubapa dan guru-guru khususnya guru KAFA untuk mendidik generasi muda akan datang menjadi insan yang beriman dan cemelang dalam kehidupan.

 

Antara yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Parit 4, Esa Ramli, Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SRA Parit 4, Abu Zaki Razak dan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Sungai Burong, Mohd Ridwan Halimi.





Warga Emas Cina penerima pertama Skim Takaful Mesra Usia Emas

3 11 2008

Tanjong Karang, 3 Nov       :           Seorang warga emas, Tan Eng Lok, 88, merupakan penerima pertama Skim Takaful Mesra Usia Emas daripada keturunan cina di Dewan Undangan Negeri Sungai Burong.

 

Mendiang yang tinggal di No 6 Jalan Tepi Sungai, meninggal dunia pada hari sabtu lepas kerana sakit sendi.

 

Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong, Mohd Rashdi Deraman, telah memberikan sumbangan pendahuluan skim tersebut ebanyak RM1000 kepada anak mendiang.

 

Turut serta didalam lawatan tersebut ialah, Pegawai JPD, Mohd Faizal Mohd Barja, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Tok Adam, Haji Mohd Saad Bakar, Ahli-ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, pemimpin-peimpin Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan pemimpin masyarakat.





Al-Quran Jalan hidup kepada Umat Islam

2 11 2008

Tanjong Karang, 1 Nov       :  Umat Islam diminta kembali kepada Al-Quran sebagai panduan hidup. Al-Quran diturunkan kepada manusia merupakan sebuha kitab yang lengkap untuk dijadikan sebagai panduan kepada manusia. Al-Quran bukan sebuah kitab motivasi, tetapi boleh member motivasi kepada Umat Islam, Al-Quran bukanlah kitab sains, tetapi mempunyai ilmu sains yang terkandung di dalamnya, kata Penceramah Bebas, Ustaz Mohd Zamri Zainuldin ketika menjadi ahli panel didalam Forum Perdana, Al-Quran Jalan Hidupku anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong di Padang Astaka Tanjong Karang.

 

Apa yang membimbangkan sekarang ialah Umat Islam telah meninggalkan Al-Quran dan hanya menjadikannya sebagai perhiasan dirumah semata-mata. Anak-anak muda kebanyakannya leka dengan hiburan yang banyak disiarkan melalui media-media. Tidak ramai anak-anak muda yang berminat mendengar rancangan berbentuk agama berbanding hiburan, katanya lagi yang juga Personaliti TV9 melalui rancangan Mari Mengaji.

 

Sementara itu seorang lagi ahli panel, Ustaz Ghazali Omar pula berkata, Generasi muda mestilah kembali menghayati ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran. Ramai generasi muda Umat Islam sekarang leka dengan pelbagai hiburan yang melalaikan seperti konsert Jom Heboh, Geng Stars dan sebagainya.

 

Forum yang julung-julung kalinya diadakan di Padang Astaka tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai seramai lebih 500 orang telah membanjiri padang tersebut. Forum telah dipengerusikan oleh Ustaz Khairul Najmi Abd Jalil.

 

Program telah dirasmikan oleh Pengarah Jawantankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong, Mohd Rashdi Deraman.

 

Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Musa Mohamad, Ahli-Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Haji Mohd Saad Ibrahim, Nor Az Azlan Ahmad dan pemimpin-pemimpin masyarakat.





Program Wacana Ilmu berjaya walaupun berlaku kekecohan

2 11 2008

Tanjong Karang, 1 Nov       : Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong telah menganjurkan program Wacana Ilmu “ Al-Quran Jalan Hidupku” bersama personality TV9 Ustaz Mohd Zamri Zainuldin di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang.

 

Program yang julung-julung kalinya diadakan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada peserta, seramai lebih 300 orang yang  terdiri dari  wanita dan lelaki telah menyertai program tersebut yang bermula pada jam 3.00 petang sehingga jam 6.30 petang.

 

Program yang pada awalnya dijangka bermula pada jam 2.30 petang terpaksa ditunda setengah jam kemudian berikutan berlaku pertembungan dengan Mesyuarat Pergerakan Wanita Umno Bahagian Tanjong Karang yang diadakan ditempat yang sama.

 

Pada awalnya pihak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah meminta mesyuarat tersebut berpindah ke dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Harun, yang teletak bersebelahan dengan Dewan Dato’ Hormat, sebaik sahaja selesai majlis perasmian, tetapi mereka enggan berbuat demikian.

 

Pihak PKM melalui Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Zainal Abidin Abd Samad, telah membuat perundingan dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tanjong Karang, Khair Ramli. Pada awalnya pihak PKM telah meminta mereka meninggalkan dewan pada jam 12.00 tengahari tetapi setelah mempertimbangkan permintaan mereka, mereka diminta keluar jam 2.00 petang. Tetapi sehingga jam 2.30 petang mereka masih tidak meninggalkan dewan.

 

Berikutan itu, berlaku berlaku ketegangan antara pihak PKM dan Umno Tanjong Karang dan pihak PKM telah mengarahkan semua peserta masuk kedalam dewan kerana masa sudah lewat tambahan pula penceramah jemputan telah tiba. Selepas itu barulah mereka menangguhkan mesyuarat tersebut.

 

Pihak PKM melahirkan rasa kesal yang amat sangat akibat dari kejadian terebut. Selama ini, semasa dibawah kerajaan Barisan Nasional (BN) pihak lain khususnya pembangkang tidak pernah dibenarkan langsung menggunakan dewan orang ramai walaupun atas alasan menyewa.

 

Tetapi setelah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah, Pembangkang (Umno/ Bn) dibenarkan menggunakan kemudahan awam, tetapi apa yang dikesalkan mereka tidak mematuhi peraturan dan arahan yang dibuat oleh pihak Majlis Daerah.