Sayangi Selangor Tolak Bn

25 04 2013

Block D, Sawah Sempadan, 24 Apr    :    Bekas Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir, hari ini meminta orang ramai menolak Barisan Nasional (Bn) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,20130424_235625 seteruskan mengekalkan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR) dan mengambil alih Putrajaya.

“Rakyat Selangor perlu ingat pada tahun 2008, disebabkan rakyat sayangkan Selangorlah kita menolak Bn dan memilih PAS, PKR dan DAP seterusnya membentuk PR di Negeri Selangor. Rakyat juga jangan lupa selama lebih 50 tahun Bn mentadbir negeri ini, pelbagai penyelewengan, salahguna kuasa telah dilakukan oleh Bn, adakah rakyat masih mahu mereka mentadbir negeri Selangor semula? Soalnya.

Kita lihat apa yang berlaku semasa, Dr Mohd Khir Toyo, menjadi Menteri Besar Selangor, beliau telah membeli dua lot tanah yang berharga RM6 juta di Shah Alam, dan akhirnya  Mahkamah mendapati beliau bersalah dan dikenakan penjara selama setahun, kata bekas Setiausaha Akhbar Presiden PAS itu lagi.

Rakyat juga, katanya, jangan lupa, bagaimana seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, daripada Umno, Allahyarham Dato’ Zakaria Md Deros, membina mahligai di tengah-tengah rumah rakyat yang disekitarnya adalah rumah teres kos rendah di Klang.

20130424_231248Begitu juga, bagaimana seorang Ahli Majlis Meyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Selangor daripada MIC, Mendiang Dato’ K. Sivalingam, yang telah membina sebuah restoran besar di Padang Jaya berhadapan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tanpa kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Tetapi oleh kerana, mendiang merupakan EXCO Kerajaan Negeri Selangor dengan mudahnya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memberikan kebenaran, katanya yang juga pernah dilantik sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Oleh yang demikian rakyat diminta untuk memberikan sokongan kepada calon PAS bagi P095 Tanjong Karang, Drs Mohamad Rashdi Deraman dan Ustaz Mohamad Judi Sarjo bagi N08 Sungai Burong serta Haji Mohd Yahya Mat Sahri di N09 Permatang.

Rakyat Jangan terpedaya dengan slogan yang mereka gunakan iaitu “Sayangi Selangor Yakini Bn” sebaliknya jika di negeri ini sayang kepada Selangor kita sama-sama menolak Bn dalam PRU akan datang, katanya mengakhiri ucapan.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di Markaz PAS Block C Sawah Sempadan bersama-sama Ustaz Mohd Ashraf Suarin Al-Hafiz.





Hasan Ali Tercicir Dari Perjuangan

25 04 2013

Block D Sawah Sempadan, 24 Apr    :    Rakyat di Tanjong Karang diminta tidak terpengaruh dengan ucapan yang telah 20130424_231256disampaikan oleh Presiden Jalur Tiga (JATI), Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, yang juga Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor  yang baru-baru ini datang memberikan ceramahnya di kampong ini, kata bekas Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir.

Dr Hasan, katanya, adalah tergolong dari kalangan orang yang tergelincir daripada perjuangan, kerana tidak sabar dalam mengharungi gelora di dalam bahtera perjuangan.

“Jika kita berada di dalam sebuah bahtera yang sedang belayar di tengah lautan, kita jangan pula cuba untuk menebuk kapal tersebut kerana bukan sahaja orang yang berada didalam kapal akan tenggelam tetapi orang yang menebuk kapal tersebut juga akan  turut tenggelam”, katanya lagi.

Saya difahamkan, semasa beliau berceramah di kampong ini, beliau telah meminta supaya orang ramai tidak memberikan undi satu pun kepada calon PAS yang akan bertanding di DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, sedangkan semasa Dr Hasan, bertanding di DUN Sungai Burong pada tahun 1999, Ustaz Judi lah yang telah bertungkus lumus untuk memenangka20130424_231235n Dr Hasan Ali sehingga Berjaya menjadi ADUN Sungai Burong selama sepenggal, katanya lagi yang juga bekas Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang.

“Bahkan, saya difahamkan juga, Ustaz Judi, yang semasa itu menjadi Guru Besar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Parit Serong turut dipindahkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan mengajar di SRA Taman Medan, Petaling Jaya selama beberapa tahun”,  katanya lagi.

Kita lihat sekarang, ujarnya, sebaik sahaja beliau meninggalkan PAS, siapa yang menjadi pengikutnya, tidak ada kecuali dua orang iaitu bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Ustaz Hassan Basri dan bekas Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor (BPPNS) Norman Toha.

Sedangkan kedua-duanya ini adalah merupakan pimpinan PAS Selangor yang bermasaalah semasa memimpin PAS Selangor, Ustaz Hassan Basri, penah digugurkan sebagai Ketua Penerangan PAS Selangor oleh Dr Hasan sendiri selaku Pesuruhjaya PAS Selangor pada waktu itu, kerana menurut Dr Hasan, Hassan Basri tidak boleh membuat kerja hanya tahu berkata-kata sahaja, kata beliau lagi.

Begitu juga  dengan,Norman Toha, yang terpaksa diturunkan daripada jawatannya sebagai Setiausaha BPPNS kerana beberapa masaalah. Sekarang orang-orang inilah yang mengelilingi beliau dalam JATI sekarang, katanya lagi yang juga bekas Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

Beliau berkata demikian sewaktu berceramah di Markaz PAS Block C Sawah Sempadan bersama-sama bekas Imam Masjid Sultan Ibrahim Kuala Selangor, Ustaz Mohd Ashraf Suarin Al Hafiz dan calon P095 Tanjong Karang, Drs Mohamad Rashdi Deraman dan calon N08 Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.





PR Akan Turunkan Harga Minyak dan Hapuskan PTPTN Jika Ambil Alih Putrajaya

23 04 2013

Parit Serong, 22 Apr : Ketua Umum PKR, Dato’ SerI Anwar Ibrahim, hari ini sekali lagi menegaskan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberi20130422_222637 mandat untuk mengambil alih Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, PR akan menurunkan harga minyak untuk mengurangkan beban rakyat.

Begitu juga soal pendidikan, PR akan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat daripada sekolah Rendah sehingga ke peringkat tertinggi, kerana Negara Malaysia adalah merupakan sebuah Negara yang kaya dengan hasil bumi seperti petronas dan sebagainya. Selain daripada itu PR juga akan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar-pelajar, kata Ketua Pembangkang Parlimen itu lagi.

20130422_230716Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga turut membidas cara Barisan Nasional (Bn) yang tidak mempunyai idea untuk di ditawarkan kepada rakyat sehingga terpaksa meniru Manifesto Pakatan Rakyat (PR) antaranya ialah seperti penurunan harga kereta, setelah lebih 50 tahun mentadbir Malaysia kenapa baru sekarang mereka baru merancang untuk menurunkan harga kereta setelah PR membuat tawaran yang sama. Ini menunjukkan pemimpin Bn dibawah, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, tidak mempunyai kewibawaan untuk mentadbir Malaysia.

20130422_230039

Rakyat, katanya, diminta supaya berani untuk membuat perubahan dalam PRU akan datang, demi untuk kesejahteraan dan masa depan yang lebih baik daripada sekarang. Seterusnya menghentikan politik lucah dan fitnah yang sering menjadi modal pemimpin Bn sejak lebih 15 tahun yang lalu.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah di Kampung Parit Serong bersama-sama calon Parlimen Sabak Bernam, Dr Abd Aziz Bari. Turut berucap ialah calon Parlimen Tanjong Karang, Drs Mohamad Rashdi Deraman, Calon DUN Sungai Burong dan Permatang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo dan Haji Mohd Yahya Mat Sahri.





Jangan Bangkitkan Politik Kenegerian Untuk Tarik Sokongan Rakyat

23 04 2013

Parit Serong, 22 Apr : Calon PAS P095 Tanjong Karang, Drs Mohamad Rashdi Deraman, hari ini membidas calon Barisan Nasional (Bn), Dato’ Seri Noh Omar, yang 20130422_215124berkempen menggunakan sentimen kenegerian, semasa berkempen.

Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang itu berkata, kenapa calon Bn memainkan isu kenegerian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) semata-mata mahu menarik sokongan daripada rakyat? Sepatutnya sebagai seorang yang professional kita berkempen dengan menggunakan hujah.

“Saya akui memang saya anak kelahiran Machang Kelantan, tetapi saya telah mendirikan rumahtangga dengan anak jati Tanjong Karang sejak tahun 1987, iaitu kira-kira 26 tahun yang lalu dan telah menetap di 20130422_223532Tanjong Karang sejak daripada tahun 1990”, katanya lagi.

“Saya telah tinggal di Tanjong Karang sejak 23 tahun tang lalu dan menjadi pendidik juga di Tanjong Karang, jiwa saya telah merasai denyut nadi rakyat Tanjong Karang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang “ ujarnya yang juga bekas YDP PAS Tanjong Karang.

“Kalau mereka membangkitkan soal kenegerian, kita boleh persoalkan Noh Omar sendiri berasal daripada mana? Adakah keturunannya berasal daripada Tanjong Karang?” soalnya

20130422_222151“Semua rakyat tahu keluarganya adalah berasal daripada Pulau Pinang yang merantau ke Tanjong Karang dan menetap disini, jadi tidak timbul soal samaada anak kelahiran Tanjong Karang atau sebaliknya, apa yang penting ialah sebagai pemimpin kita bertanggungjawab untuk membantu rakyat”, katanya lagi.

Nabi Muhammad S.A.W sendiri dilahirkan di Kota Mekah tetapi setelah berhijrah ke Madinah Baginda telah dilantik sebagai Ketua Negara di Madinah, tidak timbul soal samaada Baginda dilahirkan di Madinah atau sebaliknya, katanya lagi semasa berceramah di Kampung Parit Serong bersama-sama Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dalam PRU yang akan diadakan pada 5 Mei 2013 ini, Drs Mohamad Rashdi Deraman di tentang oleh calon Bn, Noh Omar dan calon Bebas, Herman Tino.





Kenali Calon PAS P095 Tanjong Karang

21 04 2013

Latar Belakanggambar 04

Berusia 49 tahun, Dr Mohamad Rashdi Deraman, dilahirkan di Machang, Kelantan pada 17hb Mac 1964. Beliau merupakan anak 5 daripada lapan orang adik beradik yang terdiri dari  lima lelaki dan tiga perempuan. Bapanya, Deraman Haji Salleh adalah merupakan seorang petani, manakala ibunya, Selamah Ali adalah merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa.

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Labok, Machang pada tahun 1970 sehingga tahun 1976, beliau kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Abd Samad, Pulai Chondong, Kelantan pada tahyn 1977 sehingga tahun 1982.

Beliau kemudian memasuki Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) Kuala Lumpur dalam bidang Bahasa pada tahun 1986, dan berjaya memperolehi Diploma Pendidikan pada tahun 1989.  Kerana cintakan ilmu pengetahuan, beliau sekali lagi telah melanjutkan pelajarannya di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, Medan, Indonesia dalam bidang Kaunseling Islam pada tahun 2006 dan telah 051020111130mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan pada tahun 2008.

Rumahtangga

Dikenali dengan panggilan mesra dikalangan rakan-rakan sebagai Cikgu Rashdi, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan seorang pendidik, Ustazah Siti Alpiah Binti Kayun. Hasil perkongsian hidupnya, beliau kini telah dikurniakan seramai  tiga orang cahayamata yang terdiri dari dua lelaki dan seorang perempuan.

Kerjaya

Memulakan kerjaya sebagai seorang wartawan Mingguan Politik pada tahun 1986, Cikgu Rashdi telah memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan (SK) Petaling, Kuala Lumpur sebelum berpindah  di SK Batu 9 Jalan Bomba pada tahun 1990 sehingga tahun 2000. IMG_0374

Sebaik sahaja melepaskan jawatan sebagai seorang pendidik, beliau telah dilantik sebagai Pengurus Operasi di Pupuk Nilai Murni, Kelantan pada tahun 2005 dan pada tahun 2006 beliau telah dilantik sebagai Pengurus Operasi Akademi Keluarga Bahagia Kelantan.

Selepas daripada itu, akibat daripada tekanan politik beliau telah dipindahkan di beberapa buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) (SRJK)(C) Kuala Kubu Bharu, kemudian ke SRJK(Tamil)Batang Berjuntai. Beliau kemudiannya telah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai seorang pendidik pada tahun 2004 di SK Sungai Terap Tanjong Karang.

Mula Bergiat Aktif Dalam Parti

Dalam bidang politik pula, beliau mula diberikan peranan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Machang Kelantan pada tahun 1985. Manakala pada tahun 1986 beliau telah diamanahkan sebagai Ketua DPP Kawasan Petaling Jaya pada tahun 1986. Dan pada tahun 1988 beliau turut diamanahkan seagai AJK DPP Negeri Selangor.

IMG_4260Pada tahun 1999 pula beliau telah diamanahkan sebagai Ketua DPP Kawasan Tanjong Karang sehingga tahun 2003. Beliau kemudian telah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan pada tahun 2003 sehingga tahun 2004.

Beliau sekali lagi telah dilantik sebagai AJK PAS Kawasan Tanjong Karang pada tahun 2008 sebelum diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang pada tahun 2009 sehingga tahun 2010. Dalam pada masa yang sama beliau turut diamanahkan sebagai Pengerusi Lajnah Cawangan dan Keahlian Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) Selangor.

Manakala pada tahun 2011 beliau telah diamanahkan pula sebagai Timbalan YDP PAS Tanjong Karang dan beliau memegang jawatan tersebut sehingga sekarang.

Semasa di Kelantan, beliau turut pernah diamanahkan sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Machang, KelDSC_7899antan bagi sesi 2009 / 2008.

Sebaik sahaja Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Negeri Selangor pada tahun 2008, beliau telah diamanahkan sebagai Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong dan memegang amanah tersebut sehingga pada tahun 2012.

Aktiviti Masyarakat

Selepas itu beliau banyak menumpukan kepada kerja-kerja dakwah apabila dilantik sebagai Pengerusi Akademi Daie Malaysia (ADAM) sehingga sekarang selain turut memainkan peranan sebagai seorang pendidik di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Khalifah Abd Khalip yang terletak di Parit Ban 4 ½ .





Kenali Calon PAS N08 Sungai Burong

21 04 2013

580324_370349223041431_832248426_nLatar Belakang

Ustaz Mohamad Judi Sarjo, 57, dilahirkan pada 2 Julai 1955 di Kampung Batu 11 Tanjong Karang. Beliau merupakan anak ke-2 daripada dua orang adik-beradik seibu dan sebapa. Manakala adik beradik yang lain pula ialah, adik beradik seibu dan berlainan bapa seorang, manakala adik beradik sebapa berlainan ibu pula ialah  6 orang. Bapanya Sarjo Bin Ronoderio dan bekerja sendiri sebagai petani manakala ibunya, Siti Aminah Binti Paimin,  adalah merupakan seorang suri rumahtangga.

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Burong pada tahun 1962 sehingga 1967. Manakala pada tahun 1968 sehingga tahun 1972 beliau telah belajar di Sekolah Arab  Sungai Burong sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Kelang (KIK) pada tahun 1973 sehingga 1974 dan telah mendapat Rabi’ Thanawi di kolej tersebut.

Selepas itu beliau telah mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) secara 20130312_113428persendirian sewaktu masih bekerja sebagai anggota polis pada tahun 1980., sebelum  menyambung pelajar di Maktab Perguruan Islam (MPI) Bangi, Selangor pada tahun 1987 dan berjaya memperolehi Diploma Pendidikan pada tahun 1990.

Rumahtangga

Telah mendirikan rumahtangga dengan seorang pendidik Hamidah binti Idris pada tahun 1988 hasil perkongsian hidup selama 24 tahun, beliau telah dikurniakan  seramai 6 orang cahaya mata, iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan.

Kerjaya

Memulakan kerjaya sebagai konstabal polis sebaik sahaja menamatkan latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Gerney, Kuala Lumpur pada tahun 1975 dan mula berkhidmat sebagai anggota keselamatan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut selama dua tahun sebelum ditukar ke Balai Polis Ulu Tembeling, Kuala Tembeling, Batu Balai dan Bandar Jengka sebelum meletakkan jawatan pada tahun 1982.

285264_428837020525984_1600178850_nManakala pada tahun 1983 beliau telah berkhidmat sebagai pendidik dan mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Batu 12 Sungai Burong sehingga tahun 1984. Selepas itu beliau telah berkhidmat sebagai guru di SRA Sungai Terap sehingga tahun 1997.

Beliau kemudiannya, telah dilantik sebagai Guru Besar di SRA Kampung Parit Serong mulai tahun 1997 sehingga tahun 2001, sebelum di pindahkan ke SRA Kampung Medan, Petaling Jaya, atas arahan politik sehingga tahun 2003.

Selepas itu, beliau sekali lagi telah dilantik sebagai Guru Besar di SRA Batu Arang, Gombak pada tahun 2003 sehingga tahun 2004. Manakala pada tahun 2004 sehingga tahun 2007 beliau telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan (GPK) 1 SRA Block S Sungai Burong. Dan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Guru Besar di SRA Bukit Belimbing sebelum bersara pada tahun tahun 2007 selepas 28 tahun berkhidmat sebagai guru.

Mula Bergiat Aktif Dalam Politik

Mula bergiat aktif dengan PAS mulai tahun 1983 sebagai Setiausaha PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri sehingga tahun 1986. Selepas itu beliau telah diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri sehingga tahun 2007. Manakala pada tahun 2007 beliau telah diamanahkan sebagai Naib Ketua PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri524582_413364705406549_372661197_n dan pada tahun 2009 beliau diamanahkan pula sebagai Ketua PAS Cawangan sehingga tahun 2011.

Pernah telibat secara aktif dengan Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang dan telah diamanahkan sebagai AJK DPP Kawasan pada tahun 1984 sehingga tahun 1986. Kemudian beliau telah diamanahkan sebagai Naib Ketua DPP Kawasan pada tahun 1986 sehingga tahun 1989 sebelum dipilih sebagai Ketua DPP Kawasan pada tahun 1989 sehingga tahun 1991.

Manakala di peringkat kawasan pula beliau telah diamanahkan beberapa jawatan penting seperti Timbalan Pengerusi Tetap PAS Kawasan dan AJK PAS Kawasan, sebelum diamanahkan sebagai Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan pada tahun 2009 dan dilantik sebagai Pemangku YDP PAS Kawasan pada tahun 2010. Manakala pada tahun 2011 beliau telah diamanahkan sebagai YDP PAS Kawasan Tanjong Karang.

Sebaik sahaja PAS bersama-sama dengan Pakatan Rakyat (PR) diberi amanah untuk menerajui Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008, beliau telah diamanahkan sebagai Bendahari Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong pada tahun 2008 dan Timbalan Pengarah JPD tahun 2009 sebelum dilantik sebagai sebagai Pegawai Penyelaras PKM DUN Sungai Burong pada tahun 2011 sehingga sekarang

Selain itu, beliau pernah diamanahkan oleh parti sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bagi sesi 2009 / 2010 P1020430selama sepenggal.

Aktiviti Masyarakat

Selain terlibat dengan parti, Ustaz Judi, juga terlibat secara aktif dengan masyarakat dan pernah dilantik sebagai Nazir Masjid pada tahun 2008 sehingga tahun 2011. Beliau juga telah diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melaka mulai tahun 2008.

Ustaz Judi juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama (SRA) Batu 11 pada tahun 2010 -2011 dan AJK PIBG Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang (SATK) mulai tahun 2011 sehingga sekarang.

Penghargaan

Bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah banyak dicurahkan kepada parti dan kerajaan beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) sempena dengan hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada tahun ini





Parlimen Tanjong Karang dan DUN Permatang menyaksikan Pertandingan Tiga Penjuru

20 04 2013

20130420_114835Tanjong Karang, 20 Apr     :     Penamaan calon bagi P095 Tanjong Karang dan N08 Sungai Burong serta N09 Permatang berjalan dengan lancar. Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (PR) mula berkumpul di Perhentian Bas Tanjong Karang pada jam 7.30 pagi.

Perarakan calon dimulakan dengan solat hajat dipimpin o20130420_101823leh Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kawasan (JPrK) Tanjong Karang, Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin, sebelum bergerak ke pusat penamaan calon di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang dan diiringi oleh kira-kira 2,000 orang penyokong PR.

Bagi Parlimen Tanjong Karang, calon PAS, Drs Mohamad Rashdi Deraman, ditentang oleh calon Barisan Nasional (Bn), Dato’ Seri Noh Omar dan calon Bebas, Masrun Tamsi, atau lebih dikenali sebagai Herman Tino, yang juga seorang artis, sekaligus menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

20130420_101254Manakala bagi kerusi DUN Sungai Burong, Yang Dipertua PAS (YDP) Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo ditentang oleh calon Bn, Dato’ Mohd Shamsudin Lias.

Selain Parlimen Tanjong Karang, DUN Permatang turut menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang melibatkan Ketua PKR Cabang Tanjong Karang, Haji Mohd Yahya Mat Sahri yang di tentang oleh Calon Bn, Sulaiman Razak dan Low Tan daripada Bebas.

Keputusan tersebut telah diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Yasid Bidin, dihadapan kedua-dua penyokong pada jam 12.00 tengahari.

Pengundian awal akan dibuat pada 30 April manakala tarikh pembuangan undi akan diadakan pada 5 Mei 2013.





Calon PR Ajak Rakyat Lakukan Perubahan Dalam PRU Kali Ini

20 04 2013

Tanjong Karang, 19 Apr    :    Majlis Perisytiharan calon Pakatan Rakyat (PR) Tanjong Karang20130419_230727 telah diadakan di Perhentian Bas Tanjong Karang yang dihadiri oleh ribuan rakyat untuk melihat sendiri calon-calon yang ditampilkan oleh PR untuk menentang Barisan Nasional (Bn) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Program dimulakan dengan solat maghrib berjamaah diikuiti dengan solat hajat dan munajat yang dipimpin oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kawasan (JPrK) Tanjong Karang, Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin dan diakhiri dengan tazkirah dan solat isya’.

Calon N08 Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, semasa menyampaikan ucapan, 20130419_222326meminta orang ramai memilih PAS semasa PRU nanti, bukannya kerana individu yang telah dipilih sebagai calon. Individu hanyalah mewakili parti untuk membawa kesinambungan perjuangan.

Manakala bagi calon N09 Permatang, Haji Mohd Yahya Mat Sahri, pula meminta rakyat membuat perubahan dalam PRU kali ini dengan memilih calon-calon dikalangan PR. Kerana tanpa sokongan dan dokongan penduduk di Tanjong Karang perubahan tidak berlaku, kerana pada PRU kali ini Negeri Selangor bukan sahaja perlu dipertahankan ditangan PR bahkan Putrajaya juga perlu diambil alih oleh PR.

Sementara itu, Drs Mohamad Rashdi Deraman yang  m20130419_230518ewakili P095 Tanjong Karang, mengharapkan rakyat mengentikan kezaliman yang telah lama dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (Bn) selama lebih 50 tahun memerintah Malaysia.

Saya pernah berkhidmat sebagai pendidik sebelum ini, dan telah meletakkan jawatan kerana tekanan politik yang diberikan oleh Umno dan Bn. Bayangkan dalam masa setahun saya telah lima kali ditukar sekolah semata-mata kerana terlibat dalam politik, kata Timbalan Yang Dipertua PAS Tanjong Karang itu lagi.

Perisytiharan ketiga-tiga calon PR terseut telah diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada malam sebelumnya yang turut dihadiri oleh Presiden PKR, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nai Presiden PAS, Dato’ Haji Husam Musa.





YDP & Timbalan YDP PAS Tanjong Karang Diisytiharkan sebagai calon N08 Sungai Burong dan P095 Tanjong Karang

18 04 2013

Shah Alam, 18 Apr    :    Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, hari ini telah disytiharkan sebagai calon PAS N08 SungaiIMG-20130418-WA0176 Burong dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang bersama-sama dengan Timbalannya, Drs Mohamad Rashdi Deraman, yang diamanahkan sebagai calon P095 Tanjong Karang.

Perisytiharan tersebut dibuat dihadapan ribuan rakyat yang hadir menyaksikan majlis Perisytiharan calon Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang dimulakan dengan solat hajat dan munajat .

Turut diisytiharkan sebagai calon ialah, Ketua PKR Cabang Tanjong Karang, Haji Mohd Yahya Mat Sahri, yang juga Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat bagi N09 Permatang.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Presiden PKR, Dato’ Seri Dr Wan Azizah20130418_214628 Dato’  Dr Ismail dan Naib Presiden PAS, Dato’ Haji Husam Musa. Turut berucap ialah Pengerusi Majlis Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Di dalam ucapannya, Husam, yang juga merupakan calon P125 Putrajaya berkata, masalah utama yang berlaku di Putrajaya ialah masalah kekurangan rumah bagi kakitangan awam. Tambahan pula rumah tersebut bersaiz kecil tetapi sewa yang terpaksa dibayar ialah sebanyak RM500.00.

Sekiranya saya berjaya di Putrajaya, katanya, langkah pertama yang saya akan buat ialah menurunkan kadar sewa rumah di Putrajaya sebanyak RM150.00 selain melihat 20130418_234141kembali perjanjian dengan Perbadanan Putrajaya agar rumah yang mereka duduki dapat mejadi milik mereka satu hari nanti melalui perjanjian sewa beli.

Setakat ini samutan daripada penduduk di Putrajaya amat memberangsangkan dan menunjukkan tanda-tanda perubahan amat cerah di kalangan kakitangan. Ini menunjukkan rakyat mahukan perubahan dalam  PRU akan datang, katanya yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan  (EXCO) Negeri Kelantan.

Sementara itu, Presiden PKR,  mengajak rakyat melakukan perubahan dengan secara menyeluruh dalam PRU akan datang. Cukuplah selama ini rakyat dihidangkan dengan budaya politik lucah, fitnah dan seagainya.





Pengumuman Tarikh Penamaan Calon dan Hari Mengundi oleh SPR

10 04 2013