Briged Kebajikan Tanjong Karang Dapat Tempat Kedua Dalam Pertandingan Inovasi

25 10 2015

Berjuntai Tin, 24 Okt : Satu  Pertandingan Inovasi “Pet Bottle Race” telah berjaya diadakan  di Universiti Industri SelangorIMG-20151024-WA0118 (UNISEL) sempena dengan Festival Konvokesyen UNISEL.

Program yang pertama kalinya diadakan tersebut telah dianjurkan oleh Group Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) UNISEL dengan kerjasama Pusat Jaringan Komuniti dan group Alam Sekitar Malaysia (GRASS), itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Antara syarat pertandingan tersebut islah setiap pasukan hendak membina kayak  berasaskan botol terpakai dari saiz 500ml hingga 1.50 liter.
IMG-20151024-WA0122
Selain itu, komponen botol hendaklah mengandungi 70% botol plastik dan selebihnya boleh menggunakan bahan lain mengikut kretiviti masing-masing seperti batang paip, kayu dan sebagainya

Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan Anak Kampung daripada syarikat Seginiaga yang meraih wang tunai sebanyak RM1000.00

Briged Amal Tanjong Karang pula berjaya mendapat tempat kedua dan meraih wang tunai sebanyak RM700.00 manakala tempat ketiga dimenangi oleh Anggerik Laksamana IMG-20151024-WA0080yang mendapat RM500.00

Turut hadir dan menyertai program tersebut ialah Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, Timbalan YDP PAS Kawasan, Mohamad Judi Sarjo, Pengerusi Briged Amal Tanjong Karang, Mohamad Faizal Mohamed Barja, yang juga Setiausaha PAS Kawasan, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud dan Pengerusi-pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Shahran Mohd Salleh, Mohamad Azman Abd Azis, S.M Mubaroq Omar dan Said Hawa Mohd Salleh





Pimpinan PAS Kawasa Ziarah Pusara Tok Guru Nik Aziz

19 10 2015

Pengkalan Chepa, 18 Okt : Beberapa pimpinan PAS Kawasan Tanjong Karang hari ini memgambil kesempatan IMG-20151018-WA0159menziarahi pusara bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga bekas Menteri Besar Kelantan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka.

Tuan Guru Nik Aziz, meninggal dunia pada 12 Februari 2015 yang lalu telah menerajui Kerajaan Negeri Kelantan selama 23 tahun mulai tahun 1990 setelah PAS dan Parti Melayu Semangat 46 berjaya menyapu bersih kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di dalam Pilihan Raya Umum kali ke-8.

Tuan Guru Nik Aziz juga diamanahkan sebagai Mursyidul Am PAS selama 20 tahun sejak tahun 1995. Sebelum daripada itu Allahyarham adalah Ketua Dewan ‘Ulamak PAS Pusat sejak tahun 1969 hingga tahun 1995.IMG-20151018-WA0148

Selain itu pernah diamanahkan sebagai Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (sebelum ini Kelantan Hilir) sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kelantan Hilir pada tahun 1967 setelah berjaya menewaskan calon Perikatan (sekarang Barisan Nasional) Tengku (Dato’) Noor Asiah.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-7 pada tahun 1986, Tok Guru Nik Aziz berjaya memenangi kerusi DUN Semut Api (sekarang Chempaka) tetapi tewas di Parlimen Bachok, dan seterusnya diamanahkan sebagai Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990 sehingga 2013.

Antara pimpinan PAS Kawasan yang menziarahi pusara Tok Guru ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Timbalan YDP, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Ketua Dewan Pemuda (DPP) PAS Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Penolong-Penolong Setiausaha PAS Kawasan, Haji Othman Ngah dan Mohamad Azman Abdul Azis serta Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Ustaz S.M Mubaroq Omar.





Dekati Wanita Melalui Program-program Kerajaan

18 10 2015

Kota Bharu, 18 Okt : Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri (DMPN) Kelantan, Hajah Wan Ubaidah Omar, IMG-20151018-WA0130berkata, Walaupun PAS telah memerintah Negeri Kelantan selama 25 tahun mulai tahun 1990 dibawah pemerintahan Allahyarham Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan sekarang dibawah Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yaacob, Muslimat tetap menghadapi cabaran terutama untuk memberikan penerangan kepada kaum wanita khususnya yang tinggal diluar bandar.

Mereka yang tinggal di kampung-kampung kebanyakkannya hanya mendapat maklumat semasa melalui media arus IMG-20151018-WA0112perdana seperti TV dan Radio, oleh yang demikian Muslimat PAS di peringkat cawangan-cawangan banyak memainkan peranan untuk memberikan penerangan kepada mereka, katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kijang.

Cuma dengan adanya kerajaan kami lebih mudah untuk mendekati mereka melalui program-program Kerajaan melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Penghulu Wanita dan sebagainya, katanya lagi yang juga bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Negeri Kelantan.IMG-20151018-WA0139

Beliau berkata demikian sewaktu menerima lawatan daripada PAS Kawasan Tanjong Karang di kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10, Kota Bharu Kelantan sempena dengan Perhimpunan Fastaqim 60K yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV.

Hadir sama ialah Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, Timbalan IMG-20151018-WA0143YDP, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheikh Daud, Ustazah Hajah Marsunah Jemain dan Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja.

Dalam program tersebut juga Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Sungai Burong turut memberikan cenderahati kepada Wan Ubaidah sebagai tanda penghargaan daripada PWB dan Muslimat PAS Kawasan Tanjong Karang





UCAPAN FASTAQIM 60K

18 10 2015

 

 

 

 

 

 





Himpunan Fastaqim Berjaya Himpun Lebih 100 Ribu Ahli PAS

17 10 2015

IMG-20151017-WA0291Kota Bharu, 17 Okt : Perhimpunan Fastaqim 60K yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai.

Orang ramai mula tiba dan membanjiri perkarangan Stadium SIMG-20151017-WA0262ultan Muhammad sejak waktu petang, kehadiran orang ramai mula bertambah menjelang waktu maghrib
sehingga program berjalan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, bertindak selaku Pengerusi majlis manakala Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Ustaz Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga Pengarah program IMG-20151018-WA0134Perhimpuanan Fastaqim memulakan ucapan.

Antara pimpinan PAS yang berucap ialah Ketua Dewan Ulamak, Dato’ Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Naib-Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Dato’ Nik Mohd Amar Abdullah, Dato’ Iskandar Abdul Samad, Timbalan Presiden, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato’ Ahmad Yaacob, yang jIMG-20151017-WA0300uga Menteri Besar Kelantan, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din dan Presiden PAS,
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga turut memberikan taujihad kepada seluruh ahli PAS yang menyertai program tersebut

PAS Kawasan Tanjong Karang telah mengerahkan ahlinya untuk menyertai program tersebut dan turut menyediakan dua buah bas untuk kemudahan peserta untuk menyertai program tersebut.





Anak Muda Disaran Membina Rumah

17 10 2015

Pulai Chondong, 17 Okt : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Chondong, Haji Zulkifli Mamat, IMG-20151017-WA0044meminta golongan muda pada hari ini untuk berfikir bagaimana untuk membina rumah bukannya berfikir bagaimana hendak membeli rumah.

Ini kerana kos bagi membeli sebuah rumah sekarang sangat mahal dan kebanyakkan golongan muda tidak berkemampuan untuk membeli rumah disebabkan harganya yang terlalu tinggi, katanya yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan.

BeIMG-20151017-WA0063rbeza dengan kita membina rumah dengan hanya kos yang sangat minima, tambahan pula bagi
pasangan yang baru berkahwin atau yang baru mempunyai seorang anak, mereka hanya perlu membina rumah yang sederhana dan mempunyai sebuah bilik sahaja, kata Yang Dipertua PAS (YDP) Machang itu lagi.

Namun, katanya, cadangan tersebut tidak sesuai bagi golongan muda yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya memandangkan tempat tersebut tidak sesuai untuk mereka berbuat demikian.IMG-20151017-WA0068

Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Negeri Kelantan itu berkata demikian sewaktu berucap dihadapan
80 orang ahli PAS daripada Tanjong Karang yang hadir bersarapan diPerpustaakan Al Fateh yang dibina berhadapan dengan kediamannya, sempena dengan Perhimpunan Fastaqim 60K yang akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV mulai petang sehingga malam.

Turut hadir ialah YDP & Timbalan YDP PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud, Ustazah Hajah Marsunah Jemain dan Setiusaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja.





Konvensyen Sekretariat Untuk Mantapkan Tugasan Setiausaha

17 10 2015

Pengkalan Chepa, 17 Okt  :           Konvensyen Sekretariat PAS Peringkat Kebangsaan telah berlangsung denganIMG-20151016-WA0035 jayanya selama dua hari yang diadakan bermula 16 sehingga 7 Oktober 2015 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa.

 

Program yang melibatkan Setiausaha-setiausaha dan Penolong-penolong Setiausaha diperingkat Pusat, Negeri, Kawasan dan Dewan-dewan itu, telah dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

IMG-20151016-WA0043

Antara Kertas kerja yang dibentangkan ialah “Peranan Setiausaha dan Pengurusan Organisasi” oleh Setiausaha Agung PAS. Dato’ Haji Takiyuddin Hassan, “Pengurusan Maklumat dan Rekod Elektronik” oleh Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Shuhaimi Embong dan “Penyelarasan Surat Rasmi dan Sistem Fail PAS” oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil

 

Konvensyen tersebut telah berakhir pada hari sabtu tengahari dan telah ditutup oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

 

Antara peserta daripada PAS Kawasan Tanjong Karang ialah Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal IMG-20151016-WA0045Mohamed Barja, penolong-penolong Setiausaha PAS Kawasan, Haji Othman Ngah, Mohamad Azman Abdul Azis yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan, Setiausaha Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Norhidayah Parmin dan Setiusaha Urusan ‘Ulamak PAS Kawasan, Hanafi Mohd Mat Dom.

 

Selain itu ialah Penolong-penolong Setiausaha Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan, Ustaz S.M Mubaroq Omar, Mohd Hairussalam Sujak, Ustazah Norhani Zaini, Rosyani Yaacob dan Aslisa Teguh

 





Delegasi PAS Kawasan Hadiri Konvensyen Sekretariat PAS Peringkat Pusat

16 10 2015

IMG-20151015-WA0126Sepang, 15 Okt : Delegasi Jabatan Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang diketuai oleh Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang, Mohamad Faizal Mohamed Barja, telah berlepas ke Kota Bharu, Kelantan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) untuk menghadiri Konvensyen Sekretariat PAS Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan selama dua hari bermula pada 16 sehingga 17hb Oktober 2015 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa.

Delegasi Jabatan Setiausaha terdiri daripada Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan, Haji Othman Ngah, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK), Norhidayah Parmin, Setiausaha Urusan ‘Ulamak PAS Kawasan, Haji Hanafi Mohd Mat Dom, Penolong-penolong Setiausaha Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan, Ustaz S.M Mubaroq Omar, Ustazah Norhani Zaini, Rosyani Yaacob dan Aslisa Tegoh.

Manakala Penolong Setiausaha 2 PAS Kawasan yang juga Setiausaha Dewan pemuda PAS Kawasan, Mohamad Azman Abdul Azis dan Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan, Mohd Hairussalam Sujak akan hadir kemudian.





Bantu Keluarga Ibu Tunggal Yang Terlibat Dalam Kemalangan

11 10 2015

Tanjong Karang, 11 Okt : Prihatin dengan nasib yang menimpa seorang Ibu Tunggal, Maznah Md Sud, 51, 20151011_124009yang cedera akibat daripada kemalangan di Dataran Tonggak 10 Sungai Besar, PAS Kawasan Tanjong Karang dan Briged Kebajikan Tanjong Karang tampil menghulurkan bantuan asas kepada anak-anaknya yang tinggal di Jalan Bagan Tengkorak Tanjong Karang.

Menurut Ketua PAS Cawangan Batu 10 Jalan Lama, Haji Othman Shamsudin, Maznah yang bekerja sendiri dengan mengutip sayur sayuran kampung di sekitar rumahnya dan berpendapatan RM200 sebulan selain dibantu oleh ahli keluarganya.

Sewaktu kejadian, katanya, sebuah kereta dari arah belakang telah terlanggar pemijak kaki bahagian sebelah kiri motor yang ditunggangnya

Akibat dari perlanggaran tersebut beliau telah terjatuh ke bahagian kebahagian kanan dan menyebabkan kaki kanannya terhempap motor yang ditunggangnya dan mengakibatkan pergelangan kaki kanannya patah, katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan

Sewaktu lawatan tersebut mangsa masih dirawat dihospital dan sumbangan tersebut telah diserahkan kepada kedua-dua orang anaknya oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad.

Hadir sama ialah Pengerusi Briged Kebajikan Tanjong Karang, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melaka, Abdullah Najib Shaari dan Pengerusi Pengerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Zon 1D Tanjong Karang, Mohamad Azman Abdul Azis, yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Tanjong Karang





Anak-anak Didik Seawal Usia 4 Tahun Untuk Hayati Asas Pendidikan Islam

11 10 2015

20151011_105954Tanjong Karang, 11 Okt : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) adalah merupakan produk terbaik dibawah Dewan Pemuda PAS (DPP) untuk mendidik anak-anak untuk menghayati Islam sejak dari awal, kata Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad.

Seawal kecil lagi anak-anak kita yang berusia dari 4 hingga 6 tahun telah diajar untuk menghafal doa-doa harian dan ayat-ayat lazim, Insya-Allah apabila dewasa nanti mereka telah mempunyai asas pegangan agama yang kukuh, katanya lagi.

Oleh sebab itu, orang ramai semakin yakin dengan PASTI dan dari tahun ke tahun jumlah pelajar PASTI semakin meningkat di seluruh negara, ujarnyaIMG-20151011-WA0039

Sebagai ibubapa tentunya kita merasa bangga anak-anak kita yang masih kecil mampu membaca doa-doa harian dan ayat-ayat lazim, yang mana kita sendiri barangkali lupa atau tidak menghafal doa-doa dan ayat-ayat tersebut, inilah yang membezakan silibus pelajar-pelajar PASTI berbanding pra sekolah yang lain, katanya lagi

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Sukaneka PASTI Al- Hidayah dan PASTI Al Arif di perkarangan Masjid Jamiul Hasanat Batu 10 Tanjong Karang.

Pelbagai acara sukan diadakan untuk pelajar-pelajar untuk pelajar 4 – 6 tahun lelaki dan perempuan termasuk untuk ibubapa dan pegawai sukan.

20151011_083412Hadir sama dalam program berkenaan ialah Timbalan YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, yang juga Ketua PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, yang juga Pengerusi PASTI Kawasan Tanjong Karang, Ketua DPP Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud.

Turut hadir ialah Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 1D Tanjong Karang, Mohamad Azman Abd Azis, yang juga Penolong Setiausaha 2 PAS Kawasan, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melaka, Abdullah Najib Shaari dan Pengerusi JKKK Sungai Sireh, Musa Hussein