Konvensyen Sekretariat Untuk Mantapkan Tugasan Setiausaha

17 10 2015

Pengkalan Chepa, 17 Okt  :           Konvensyen Sekretariat PAS Peringkat Kebangsaan telah berlangsung denganIMG-20151016-WA0035 jayanya selama dua hari yang diadakan bermula 16 sehingga 7 Oktober 2015 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa.

 

Program yang melibatkan Setiausaha-setiausaha dan Penolong-penolong Setiausaha diperingkat Pusat, Negeri, Kawasan dan Dewan-dewan itu, telah dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

IMG-20151016-WA0043

Antara Kertas kerja yang dibentangkan ialah “Peranan Setiausaha dan Pengurusan Organisasi” oleh Setiausaha Agung PAS. Dato’ Haji Takiyuddin Hassan, “Pengurusan Maklumat dan Rekod Elektronik” oleh Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Shuhaimi Embong dan “Penyelarasan Surat Rasmi dan Sistem Fail PAS” oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil

 

Konvensyen tersebut telah berakhir pada hari sabtu tengahari dan telah ditutup oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

 

Antara peserta daripada PAS Kawasan Tanjong Karang ialah Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal IMG-20151016-WA0045Mohamed Barja, penolong-penolong Setiausaha PAS Kawasan, Haji Othman Ngah, Mohamad Azman Abdul Azis yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan, Setiausaha Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Norhidayah Parmin dan Setiusaha Urusan ‘Ulamak PAS Kawasan, Hanafi Mohd Mat Dom.

 

Selain itu ialah Penolong-penolong Setiausaha Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan, Ustaz S.M Mubaroq Omar, Mohd Hairussalam Sujak, Ustazah Norhani Zaini, Rosyani Yaacob dan Aslisa Teguh

 


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: