Anak-anak Didik Seawal Usia 4 Tahun Untuk Hayati Asas Pendidikan Islam

11 10 2015

20151011_105954Tanjong Karang, 11 Okt : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) adalah merupakan produk terbaik dibawah Dewan Pemuda PAS (DPP) untuk mendidik anak-anak untuk menghayati Islam sejak dari awal, kata Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad.

Seawal kecil lagi anak-anak kita yang berusia dari 4 hingga 6 tahun telah diajar untuk menghafal doa-doa harian dan ayat-ayat lazim, Insya-Allah apabila dewasa nanti mereka telah mempunyai asas pegangan agama yang kukuh, katanya lagi.

Oleh sebab itu, orang ramai semakin yakin dengan PASTI dan dari tahun ke tahun jumlah pelajar PASTI semakin meningkat di seluruh negara, ujarnyaIMG-20151011-WA0039

Sebagai ibubapa tentunya kita merasa bangga anak-anak kita yang masih kecil mampu membaca doa-doa harian dan ayat-ayat lazim, yang mana kita sendiri barangkali lupa atau tidak menghafal doa-doa dan ayat-ayat tersebut, inilah yang membezakan silibus pelajar-pelajar PASTI berbanding pra sekolah yang lain, katanya lagi

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Sukaneka PASTI Al- Hidayah dan PASTI Al Arif di perkarangan Masjid Jamiul Hasanat Batu 10 Tanjong Karang.

Pelbagai acara sukan diadakan untuk pelajar-pelajar untuk pelajar 4 – 6 tahun lelaki dan perempuan termasuk untuk ibubapa dan pegawai sukan.

20151011_083412Hadir sama dalam program berkenaan ialah Timbalan YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, yang juga Ketua PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, yang juga Pengerusi PASTI Kawasan Tanjong Karang, Ketua DPP Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud.

Turut hadir ialah Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 1D Tanjong Karang, Mohamad Azman Abd Azis, yang juga Penolong Setiausaha 2 PAS Kawasan, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melaka, Abdullah Najib Shaari dan Pengerusi JKKK Sungai Sireh, Musa Hussein


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: