Bantu Keluarga Ibu Tunggal Yang Terlibat Dalam Kemalangan

11 10 2015

Tanjong Karang, 11 Okt : Prihatin dengan nasib yang menimpa seorang Ibu Tunggal, Maznah Md Sud, 51, 20151011_124009yang cedera akibat daripada kemalangan di Dataran Tonggak 10 Sungai Besar, PAS Kawasan Tanjong Karang dan Briged Kebajikan Tanjong Karang tampil menghulurkan bantuan asas kepada anak-anaknya yang tinggal di Jalan Bagan Tengkorak Tanjong Karang.

Menurut Ketua PAS Cawangan Batu 10 Jalan Lama, Haji Othman Shamsudin, Maznah yang bekerja sendiri dengan mengutip sayur sayuran kampung di sekitar rumahnya dan berpendapatan RM200 sebulan selain dibantu oleh ahli keluarganya.

Sewaktu kejadian, katanya, sebuah kereta dari arah belakang telah terlanggar pemijak kaki bahagian sebelah kiri motor yang ditunggangnya

Akibat dari perlanggaran tersebut beliau telah terjatuh ke bahagian kebahagian kanan dan menyebabkan kaki kanannya terhempap motor yang ditunggangnya dan mengakibatkan pergelangan kaki kanannya patah, katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan

Sewaktu lawatan tersebut mangsa masih dirawat dihospital dan sumbangan tersebut telah diserahkan kepada kedua-dua orang anaknya oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad.

Hadir sama ialah Pengerusi Briged Kebajikan Tanjong Karang, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melaka, Abdullah Najib Shaari dan Pengerusi Pengerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Zon 1D Tanjong Karang, Mohamad Azman Abdul Azis, yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Tanjong Karang


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: