Pimpinan PAS Kawasa Ziarah Pusara Tok Guru Nik Aziz

19 10 2015

Pengkalan Chepa, 18 Okt : Beberapa pimpinan PAS Kawasan Tanjong Karang hari ini memgambil kesempatan IMG-20151018-WA0159menziarahi pusara bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga bekas Menteri Besar Kelantan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka.

Tuan Guru Nik Aziz, meninggal dunia pada 12 Februari 2015 yang lalu telah menerajui Kerajaan Negeri Kelantan selama 23 tahun mulai tahun 1990 setelah PAS dan Parti Melayu Semangat 46 berjaya menyapu bersih kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di dalam Pilihan Raya Umum kali ke-8.

Tuan Guru Nik Aziz juga diamanahkan sebagai Mursyidul Am PAS selama 20 tahun sejak tahun 1995. Sebelum daripada itu Allahyarham adalah Ketua Dewan ‘Ulamak PAS Pusat sejak tahun 1969 hingga tahun 1995.IMG-20151018-WA0148

Selain itu pernah diamanahkan sebagai Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (sebelum ini Kelantan Hilir) sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kelantan Hilir pada tahun 1967 setelah berjaya menewaskan calon Perikatan (sekarang Barisan Nasional) Tengku (Dato’) Noor Asiah.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-7 pada tahun 1986, Tok Guru Nik Aziz berjaya memenangi kerusi DUN Semut Api (sekarang Chempaka) tetapi tewas di Parlimen Bachok, dan seterusnya diamanahkan sebagai Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990 sehingga 2013.

Antara pimpinan PAS Kawasan yang menziarahi pusara Tok Guru ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Timbalan YDP, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Ketua Dewan Pemuda (DPP) PAS Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Penolong-Penolong Setiausaha PAS Kawasan, Haji Othman Ngah dan Mohamad Azman Abdul Azis serta Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Ustaz S.M Mubaroq Omar.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: