Dekati Wanita Melalui Program-program Kerajaan

18 10 2015

Kota Bharu, 18 Okt : Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri (DMPN) Kelantan, Hajah Wan Ubaidah Omar, IMG-20151018-WA0130berkata, Walaupun PAS telah memerintah Negeri Kelantan selama 25 tahun mulai tahun 1990 dibawah pemerintahan Allahyarham Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan sekarang dibawah Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yaacob, Muslimat tetap menghadapi cabaran terutama untuk memberikan penerangan kepada kaum wanita khususnya yang tinggal diluar bandar.

Mereka yang tinggal di kampung-kampung kebanyakkannya hanya mendapat maklumat semasa melalui media arus IMG-20151018-WA0112perdana seperti TV dan Radio, oleh yang demikian Muslimat PAS di peringkat cawangan-cawangan banyak memainkan peranan untuk memberikan penerangan kepada mereka, katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kijang.

Cuma dengan adanya kerajaan kami lebih mudah untuk mendekati mereka melalui program-program Kerajaan melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Penghulu Wanita dan sebagainya, katanya lagi yang juga bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Negeri Kelantan.IMG-20151018-WA0139

Beliau berkata demikian sewaktu menerima lawatan daripada PAS Kawasan Tanjong Karang di kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10, Kota Bharu Kelantan sempena dengan Perhimpunan Fastaqim 60K yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV.

Hadir sama ialah Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, Timbalan IMG-20151018-WA0143YDP, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheikh Daud, Ustazah Hajah Marsunah Jemain dan Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja.

Dalam program tersebut juga Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Sungai Burong turut memberikan cenderahati kepada Wan Ubaidah sebagai tanda penghargaan daripada PWB dan Muslimat PAS Kawasan Tanjong Karang


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: