Tokoh : Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin

1 03 2013

Latar Belakang
DSC02684
Dilahirkan pada tanggal 25hb Disember 1970 di Tanjong Karang, Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin, 43, adalah merupakan anak bongsu daripada 10 orang adik-beradik, enam lelaki dan empat perempuan, hasil perkongsian hidup bapanya, Sudin Abd Rahman dan ibunya, Sofiah Abd Hamid.

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sungai Burong pada tahun 1997 sehingga tahun 1982 dan menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa (SMSD) pada tahun 1983 sehingga tahun 1988 sehingga memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Mat, kemudian telah menyambung pelajaran di Madrasah Diniah Bakriah, Pasir Tumboh, Kelantan pada tahun 1989 sehingga tahun 1994.

Ustaz Mat kemudian telah meneruskan pengajianya dalam bidang agama di sebuah Maahad Thahfiz di Masjidil Haram, Makkah selama empat tahun mulai tahun 1994 sehingga tahun 1998.

Dsc02189Rumahtangga

Sekembalinya ketanah air, Ustaz Mat, telah mendirikan rumahtangga dengan Ustazah Norhafizah Md Toha, pada tahun 1998 dan pasangan bahagia itu, kini telah dikurniakan seramai empat orang cahayamata yang terdiri dari tiga lelaki dan seorang perempuan.

Manakala pada akhir tahun 2011, beliau sekali lagi telah mendirikan rumahtangga  buat kali kedua dengan Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Tanjong Karang, Ustazah Hajjah Jamiyah Yussuf.

Kerjaya

Memulakan kerjaya sebagai Guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Terap pada tahun 1999 sehingga tahun 2004, kerana melepaskan jawatan disebabkan oleh tekanan politik pada waktu itu.

Dalam pada masa yang sama beliau turut mencurahkan bakti sebagai guru di Maahad Thahfiz Jamiul Hasanah, Batu 10, sehingga sekarang.

Selepas itu beliau telah bekerja sendiri dan menjadi usahawan yang kini telah mempunyai perniagaan sendiri iaitu Gaharuman Resouces Sdn Bhd.

Bergiat Aktif Dalam PolitikIMG-20130322-WA0152

Mula berkecimpung dalam arena politik sekembaliknya daripada Makkah pada tahun 1999 dan diamanahkan sebagai Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC) Sungai Tengi Kiri pada tahun 1999 sehingga tahun 2007.

Pada tahun 2007 beliau telah diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan sebelum dipilih sebagai Naib Ketua PAS Cawangan pada tahun 2009 dan seterusnya diamanahkan sebagai Ketua PAS Cawangan berkenaan pada tahun 2011 sehingga sekarang.

Dilahirkan daripada keluarga yang bergiat aktif dengan PAS, bapa saudaranya, Allahyarham Ustaz Khalid Abd Hamid, adalah merupakan salah seorang pengasas PAS Kawasan Tanjong Karang dan pernah diamanahkan sebagai Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan dan sebagai Calon PAS di DUN Sungai Burong.

Bintang beliau terus menyerlah didalam politik apabila pada tahun 1999, beliau telah diamanahkan sebagai AJK Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang sehingga tahun 2001,  manakala pada tahun 2001 pula, beliau telah diamanahkan sebagai Ketua Penerangan DPP Kawasan sehingga tahun 2003.

DSC03593Selepas persempadanan semula kawasan Pilihan Raya pada tahun 2003, beliau telah diamanahkan sebagai Ketua DPP Kawasan, menggantikan penyandang sebelumnya, Mohamad Rashdi Deraman, yang tidak mempertahankan jawatan. Beliau telah diamanahkan jawatan sebagai Ketua DPP Kawasan sehingga tahun 2011.

Kemudian, Ustaz Mat telah diamanahkan sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan selepas pemilihan PAS Tanjong Karang pada tahun 2011 sehingga tahun 2012, beliau kemudiannya diamanahkan pula sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya Kawasan (JPrK) Tanjong Karang sehingga sekarang.

Beliau juga pernah diamanahkan sebagai Ketua Urusan Pengundi Muda (UPM) Majlis Tindakan DUN (MTD) Sungai Burong pada tahun 1999 sehingga tahun 2004, kemudian dilantik sebagai Timbalan Pengarah III JPrK Tanjong Karang dan MTD Sungai Burong sehingga tahun 2011.

Ustaz Mat, kemudiannya telah diamanahkan sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya DUN (JPrD) Sungai Burong pada tahun 2011 sehingga tahun 2012, beliau melepaskan jawatan tersebut sebaik sahaja diamanahkan sebagai Pengarah JPrK Tanjong Karang.

Aktiviti Masyarakat
DSC03638
Selain bergiat aktif dalam politik beliau turut bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan agama. Antaranya beliau adalah merupakan AJK Masjid Jamiul Hasanah Batu 10 pada tahun 2003 sehingga tahun 2005, sebelum dilantik sebagai bilal masjid berkenaan pada tahun 2005 sehingga tahun 2009. Pada tahun 2009 beliau telah diamanahkah sebagai Imam 1 Masjid berkenaan sehingga sekarang.

Beliau turut bergiat aktif dengan menyampaikan kuliah-kuliah agama di masjid-masjid dan surau-surau sekitar Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam sejak beberapa tahun yang lalu.

Pada tahun 2008 beliau turut diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melaka sehingga sekarang.

_______________________________________________________________________________________________________

Disediakan oleh Mohamad Faizal Bin Mohamed Barja, Penolong Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang merangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjong Karang