Perubahan Hanya Boleh Dilakukan Dengan Menukar Kerajaan

28 10 2011

Bukit Belimbing, 27 Okt    :    Rakyat diseru supaya melakukan perubahan dan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang. Ini kerana, telah banyak berlaku menyelewengan yang dilakukan oleh Umno/ Bn sepanjang negara ini ditadbir oleh mereka, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam Laporan Audit Negara, Ketua Audit Negara telah menegur perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan yang jelas menunjukkan pembaziran wang negara sebagai contoh teropong untuk tentera laut, harga pasaran adalah sekitar RM2,000 lebih, tetapi dibayar kepada kontraktor sebanyak RM50,000, kalau beginilah cara mentadbir negara, memang negara akan bangkrap!, katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.

Semua perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh sistem yang ada sekarang memang sudah rosak dan tidak boleh dibaiki dengan hanya menutukar pemimpin,  tetapi rakyat perlu menukar kerajaan yang ada kepada PR.

Sebagai contoh katanya, dulu semasa Dr Mahathir (sekarang Tun) menjadi Perdana Menteri, rakyat tidak berpuas hati, kemudian tukar kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), tetapi sama juga bila Pak Lah menjadi PM, kemudian tukar pula kepada (Dato’ Seri) Najib (Tun Abd Razak) begitu juga tetap teruk, kemudian nak tukar siapa?, kalau nak tukar (Datin Paduka Seri) Rosmah (Mansur) lagi teruk!, soalnya sambil berseloroh

Sebab itu rakyat tiada pilihan lain kecuali dengan menukar kerajaan yang ada sekarang. Jika tidak segala penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan tetap berlaku dalam negara ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah di Dewan Haji Omar Kampong Bukit Belimbing bersam-sama dengan Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin anjuran Pakatan Rakyat (PR) Tanjong Karang.

Berbanding kerajaan negeri yang ditadbir oleh PR, kerajaan negeri mendapat pujian dalam laporan audit negara kerana tidak berlaku rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Bahkan kerajaan negeri PR berjaya meningkatkan hasil negeri dan menyediakan perbelanjaan yang seimbang, katanya lagi.

Selama ini, katanya, rakyat hanya bergantung kepada satu maklumat iaitu tv, radio dan surat khabar yang pro kerajaan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya. Dalam media tersebut rakyat hanya dimaklumkan berita-berita yang baik sahaja, tetapi yang tidak baik tidak dikeluarkan. Tetapi sekarang rakyat khususnya dikawasan bandar dan pinggir Bandar sudah banyak terdedah dengan maklumat kedua  sepereti internet dan sebagainya.

Dalam Islam, pujian dibolehkan tetapi jangan sampai mengampu, apa yang baik perlu dipuji tetapi jika sebaliknya ia perlu ditegur bukan disembunyikan semata-mata hendak mengampu. Sebagai contoh, kalau tayar kereta pancit boleh “jack” tayar, tapi sekadar untuk metukar tayar kereta, jangan “jack” terlebih sangat sampai terbalik kereta, ini tidak betul, katanya.

Pemimpin Umno selalu menyebut di kampong-kampong, kalau Umno kalah habislah melayu, Betulkah?, soalnya yang juga Ahli Majlis Syura Ulama’ PAS Pusat.

Kita lihat sejarah siapa yang menyerahkan Singapura kepada PAP?,  semasa Umno menang banyak kerusi di Pulau Pinang, kenapa Umno serahkan jawatan Ketua Menteri kepada Gerakan? Soalnya lagi

Maknanya kalau Umno kata begitu semua itu bohong!. Sebenarnya kalau Umno kalah bukan melayu yang habis tetapi Umnolah  yang habis!. Kalau Umno habis ucapkan Alhamdulillah!, katanya mengakhiri ceramah.





Sekarang Adalah Abad Kemenangan Islam

28 10 2011

Batu 12, 27 Okt        :    Pendakwah bebas, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, terdapat lima perkara yang menjadi rahsia Allah dan tidak diketahui oleh manusia iaitu bila berlakunya hari qiamat, tarikh mati seseorang, apa yang akan berlaku pada seseorang  selepas daripada ini dan bayi didalam kandungan ibunya.

Kesemua perkata tersebut, katanya, tidak ada dikalangan manusia yang tahu sebagai contoh, tarikh kematian kita, adakah ada diantara kita yang boleh yakin kita akan hidup pada hari esok? Soalnya, begitu juga apa yang akan berlaku pada kita selepas ini? ini semua adalh di dalam ilmu Allah.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Batu 12 Sungai Burong. Hadir sama dalam tazkirah tersebut ialah Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Drs Mohamad Rashdi Deraman, Ahli-ahli Majlis Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Mohd Faizal Mohd Barja, Haji Misran Serman, Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) , Esa Ramli, Md Yatim Mohd Said, Mustapa Abd Karim, Hamidon Salim dan lain-lain.

Menurutnya lagi, pada  abad ini, ramai dikalangan Ulama’ mengatakan bahawa ia adalah  abad kebangkitan Islam, oleh yang demikian, jika ada usaha untuk menyekat kemenangan Islam walau macam mana pun Islam akan teap menang. Contohnya adakah sebagaimana yang berlaku di negara-negara timyr tengah sepertia di Tunisia, Turki, Mesir dan lain-lain.

Kerana orang sudah bosan dengan sistem yang ada sekarang, sebab sistem yang ada sudah dipenuhi dengan rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Oleh itu, mereka tidak ada jalan lain kecuali kembali kepada agama.

Di England, katanya, berpuluh-puluh buah gereja terpaksa dijual kerana tiada pengunjung dan telah dibeli oleh orang Islam serta dijadikan masjid. Sehingga pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan arahan supaya gereja tiadak lagi dijual kepada orang Islam, katanya lagi yang juga bekas Penyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka Pahang.

Justeru itu katanya, Umat Islam diseru supaya  menjadi pembantu kepada kemenangan Islam. Jangan berharap kepada org fasik atau munafik untuk melaksanakan hukum Islam.





Warga Emas Terus Dirai Dalam Program Jom Shopping

26 10 2011

Kapar, 25 Okt    :    Sekali lagi warga emas di DUN Sungai Burong berpeluang untuk membeli belah dalam program Jom Shopping bagi pusingan ke-3. Kali ini program berlangsung di Econsave Kapar dengan membawa seramai hampir 100 orang peserta dengan menaiki dua buah bas.

Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Drs Mohamad Rashdi Deraman,  meminta para peserta yang terlibat dalam program jom shopping tersebut menghargai pemberian baucer sebanyak RM100 untuk bagi membolehkan mereka membeli barangan keperluan harian.

“Walaupun nilai RM100 tidak seberapa, namun sekurang-kurangnya ia mampu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat terutamanya golongan yang tidak berkemampuan terutamanya dalam keadaan harga barangan keperluan harian yang semakin meningkat sekarang” katanya lagi yang juga Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang.

Lebih memeriahkan lagi program hari ini turut disertai oleh penduduk dari Sungai Air Tawar yang turut menjayakan program Jom Shopping di tempat berkenaan yang telah membawa sebuah bas.

Turut hadir ialah Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Faizal Mohd Barja dan Pegawai Hal Ehwal Wanita PKM DUN Sungai Burong, Norsidah Samat serta beberapa orang wakil daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK).





Muslimat PAS Selangor Beli Bangunan Umno

25 10 2011




Dewan Muslimat PAS Selangor Beli Bangunan Umno

25 10 2011

Shah Alam, 24 Okt    : Buat pertama kalinya dalam sejarah di negeri Selangor, Dewan Muslimat PAS Negeri (DMPN) Selangor telah berjaya membeli sebuah bangunan yang terletak di Seksyen 10 Shah Alam yang bernilai RM590,000 setelah berjaya dalam proses lelongan oleh pihak bank.

Apa yang menjadi sejarah ialah, bangunan tersebut adalah milik bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Klang dan pernah dijadikan sebagai Bilik Gerakan Bn semasa dalam pilihanraya Umum ke-11 tahun 2004 yang lalu. Difahamkan juga bangunan tersebut pernah digunakan sebagai Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Kota Anggerik daripada Umno.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, telah merasmikan bangunan tersebut dalam program makan malam sempena perasmian bangunan berkenaan yang turut bertujuan untuk mengutip dana bagi melangsaikan bayaran hutang kepada beberapa individu yang telah bermurah hati untuk meminjamkan wang simpanan mereka semata-mata untuk merealisasikan hasrat bagi memiliki bangunan tersebut.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di dalam ucapannya berkata, peranan Muslimat dalam gerak kerja parti memang tidak boleh dinafikan lagi. Muslimat adalah tenaga penting setiap kali berlakunya pilihanraya.

Bahkan katanya, dalam sejarah Islam, Sumayyah adalah merupakan seorang wanita Islam yang mula-mula dipilih oleh Allah untuk gugur syahid semata-semata mempertahankan aqiadahnya sebagai seorang Islam.

Sementara itu, Ketua DMPN Selangor, Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan, berkata, selepas PRU-2008 yang lalu DMPN Selangor memang telah merancang untuk membeli dan memiliki bangunannya sendiri. Justeru itu DMPN Selangor telah mula mengorak langkah mengutip dana daripada setiap kawasan bagi merealisasikan hasrat dan cita-cita tersebut.

Alhamdulillah, katanya, hasrat tersebut telah tercapai dalam jangka masa yang singkat hasil daripada kerja keras pihak Jawatankuasa Pengurusan bangunan dan para dermawan yang telah sudi menghulurkan sumbangan untuk membeli bangunan ini.

Hadir sama dalam perasmian bangunan tersebut ialah, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Dr Hajjah Siti Mariah Mahmud, yang juga Timbalan Ketua DMP Pusat dan Ahli Parlimen Kota Raja, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Abd Rani Osman, Bendahari PAS Selanghor, Haji Izham Hashim dan bekas-bekas Ketua DMPN Selangor seperti Ustazah Hajjah Raden Siti Bahjah Raden Hadi Munir dan lain-lain.

Ini adalah kali kedua bangunan milik Umno telah dibeli oleh PAS, sebelum ini bangunan Pejabat Badan Perhubungan Umno Kelantan telah dibeli oleh Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Kelantan pada tahun lepas. Dengan ini, secara tidak langsung ia telah merealisasikan motor PAS iaitu “PAS ganti Umno” apabila satu persatu bangunan milik mereka kini menjadi milik PAS.





PKM Anjur Lawatan Ke PPAS Untuk Hargai Urusetia Karnival Selangorku 2011

19 10 2011

Shah Alam, 19 Okt    :    Bagi menghargai urusetia yang terlibat secara langsung dalam membantu menjayakan karnival Selangorku2011 yang diadakan di Padang Astaka dan Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang pada 29 September sehingga 4 Oktober yang lalu, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong telah mengadakan lawatan dan kunjungan ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di Seksyen 13 Shah Alam.

Seramai 60 orang telah menyertai rombongan tersebut yang diketuai oleh Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Drs Mohamad Rashdi Deraman dan Pengarah Karnival Selangorku2011, Ustaz Mat Hasbollah Sudin.

Seramai 40 orang ahli rombongan tiba di perkarangan PPAS jam 1.30 tengahari dengan menaiki bas persiaran yang bertolak dari perkarangan PKM DUN Sungai Burong pada jam 12.00 tengahari dan telah disambut oleh Pengarah PPAS, Mastura Mohamad serta kakitangan PPAS.

Sebaik sahaja tiba, pihak PPAS telah membawa para peserta ke bahagian kantin PPAS untuk menikmati hidangan jamuan tengahari sebelum solat zohor. Selepas itu para peserta telah dibawa ke dewan utama PPAS yang terletak di tingkat 3 untuk diberikan taklimat berkaitan perkembangan PPAS sejak awal ditubuhkan sehingga berpindah ke bangunan baru di padang Kelab Golf Diraja Julai lalu.

Dalam majlis tersebut Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Drs Mohamad Rashdi Deraman dan diiringi oleh Pengarah Karnival, Ustaz Mat Hasbollah Sudin telah memberikan plak sebagai penghargaan diatas komitmen yang telah diberikan oleh pihak PPAS yang terlibat dalam penganjuran mini pesta buku di Dewan Dato’ Hormat sepanjang program Karnival Selangorku2011 berlangsung kepada wakil PPAS.

Selepas itu, para peserta telah dibawa melawat keseluruhan bangunan PPAS dan diberikan gambaran mengenai konsep yang terdapat disetiap tingkat bangunan PPAS yang baru tersebut. Kemudian para peserta telah diberi peluang untuk menyaksikan permainan 6D teater yang terletak di bahagian bawah PPAS secara percuma.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Faizal Mohd Barja, Nor Az Azlan Ahmad, Haji Misran Serman, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud dan Ustazah Hajjah Jamiyah Yussuf, Pegawai Hal Ehwal Wanita PKM DUN Sungai Burong, Norsidah Samat dan lain-lain.





Warga Emas Gembira Berpeluang Membeli Belah Dalam Program Jom Shopping

14 10 2011

Klang, 14 Okt        :    Program Jom Shopping yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak bulan ogos yang lalu masuk pusingan kedua bagi DUN Sungai Burong. Berbanding program sebelum ini yang diadakan di Tesco Kuala Selangor, pusingan kali kedua ini para peserta seramai lebih 100 orang telah dibawa untuk membeli belah di Giant Klang Sentral.

Bertolak daripada pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong sebaik sahaja selepas solat jumaat dan tidak pada jam 4.00 petang dengan diiringi oleh Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Drs Mohamad Rashdi Deraman dan Pegawai Hal Ehwal Wanita PKM DUN Sungai Burong, Norsidah Samat serta dibantu oleh pembantu tadbir PKM DUN, Afif Yusof dan Fazlena Sharif.

Rata-rata peserta yang ditemui dalam program tersebut, menyambut baik langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan mengucap terima kasih kerana telah memberikan peluang kepada golongan warga emas untuk membeli belah.

Hadir sama mengiringi warga emas terbabit ialah Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Mohd Faizal Mohd Barja, Pengerusi-penegrusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) yang terlibat, Haji Roslan Basri, Ustaz Khairun Dahlan, Musa Hussein dan Norazman Serin.





Bekas Bendahari MTD Sungai Burong Meninggal Dunia

12 10 2011

Tanjong Karang, 11 Okt    :    Bekas Bendahari Majlis Tindakan DUN (MTD) Sungai Burong, Wan Dollah Wan Konok, 58, telah meninggal dunia di Hospital Tanjong Karang jam 11.30 malam, setelah mengidap pelbagai penyakit khusunya kencing manis sejak beberapa tahun yang lalu.

Allahyarham, yang juga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Tanjong Karang selama dua penggal dari tahun 2003 – 2007 merupakan seorang aktivis PAS yang komited dan telah banyak membantu PAS Tanjong Karang khususnya semasa Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong pada tahun 1999 – 2004 dan Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang tahun 2003 – 2005

Antaranya jasanya yang besar ialah komitmennya membangunkan Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) pada tahun  2001 sehingga bangunan tersebut siap pada tahun 2003, terutamanya dari sudut kewangan.

Allahyarham yang juga pengusaha restoran yang terkenal di daerah Kuala Selangor iaitu Pantimor telah meninggalkan seorang balu Sumijah Mohamed, dan empat orang anak tiga lelaki dan seorang perempuan.

Ramai pimpinan PAS diperingkat Pusat dan Negeri yang sering mengunjungi restorannya setiap kali mereka mempunyai program di kawasan Tanjong karang. Dan kali terakhir jasa allahyarham ialah semasa program Karnival Selangorku2011 selama enam hari di Padang Astaka Tanjong karang pada 29 September sehingga 4 Oktober 2011, restoran pantimor telah terlibat dalam penyediaan jamuan kepada urusetia dan tetamu jemputan.

Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Mat Hasbollah Sudin, antara pimpinan PAS yang awal tiba dan telah mengetuai bacaan tahlil dirumahnya bersama-sama dengan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheikh Daud, Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan, Abd Malek Abdul Majid.

Yang Dipertua PAS Kawasan (YDP) Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Timbalan dan Naib YDP, Drs Mohd Rashdi Deraman, Haji Misran Serman, Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad pula adalah antara pimpinan PAS yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham pada hari ini.

Jenazah dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Kampong Dato’ Manan yang berhampiran dengan rumahnya. Pemergian Allahyarham mengadap rabbul jalil sesungguhnya adalah merupakan satu kehilangan besar kepada PAS Tanjong Karang. Al-Fatihah





60,000 Orang Kunjungi Mini Pesta Buku Sepanjang Enam Hari

4 10 2011

Tanjong Karang, 4 Okt    :    Sepanjang enam hari pesta buku berlangsung di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) seramai lebih 60,000 orang telah berkunjung untuk mendapatkan pelbagai buku yang diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan yang terkenal antaranya, Karangkraf, PTS, Upin dan Ipin, dan lain-lain.

Pesta buku yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Hajjah Halimah Ali,  pada hari ahad lalu turut dikunjugi oleh pelajar daripada beberapa buah sekolah di Daerah Kuala Selangor.

Selain itu antara tetamu yang turut berkesempatan mengunjungi pesta buku ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor pada hari jumaat lalu selepas merasmikan program Karnival Selangorku 2011 di padang Astaka Tanjong Karang bagi menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak dapat hadir.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Haji Abdul Rani Osman yang juga ADUN Meru dan Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Johari Osman, turut mengadakan lawatan semasa mengunjungi program karnival Selangorku2011.

Pengarah PPAS, Mastura Mohamad, sangat berpuashati dengan kehadiran orang ramai yang telah mengunjugi pesta buku selama enam hari ia berlangsung.  Walaupun program ini pertama kalinya diadakan di luar lembah klang, tetapi ia tetap mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Syarikat penerbitan yang terlibat dalam pest buku ini juga turut berpuas hati dengan kunjungan orang dan jualan yang sangat menggalakkan, insya-Allah ianya akan dijadikan sebagai program tahunan bagi PPAS pada tahun hadapan, dan akan dikembangkan ke daerah-daerah yang lain di negeri Selangor, katanya lagi.





Orang Bukan Islam Tidak Perlu Bimbang Dengan Hukuman Hudud

4 10 2011

Tanjong Karang, 4 Okt    :    Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, berkata, PAS tidak pernah lari dari konsep asal penubuhannya sebagaimana yang terkandung di dalam Perlembagaan PAS, seperti perlaksanaan hukuman Hudud dan sebagainya.

Tujuan Allah s.w.t menetapkan hukuman hudud adalah bagi Menjaga nyawa dan kehormonian jiwa manusia, selain memberi  pengajaran dan pembalasan untuk tujuan kebaikan dan kemaslahatan. Ia juga adalah bertujuan untuk memberi pengajaran  kepada penjenayah supaya tidak  mengulanginya kesalahannya lagi.

Hukuman jenayah yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t adalah bertujuan untuk menjaga dan melindungi Agama, Keluarga, Keturunan dan Nyawa. Oleh sebab itu Islam menetapkan hukuman hudud kepada pencuri dan penzina, katanya lagi.

Orang bukan Islam tidak perlu bimbang sekiranya perlaksanaan hukuman hudud dilaksanakan, kerana ianya tidak melibatkan orang bukan Islam hanya melibatkan orang Islam sahaja.

Apa yang menjadi masalah sekarang ialah orang bukan Islam dimomokkan oleh orang Islam sendiri  iaitu orang Umno dan media massa yang telah mengeluarkan pelbagai kenyataan untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam.

Dalam perkembangan berlainan, beliau turut meminta supaya rakyat khususnya di Negeri Selangor terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

Kerajaan PR telah membuktikan kemampuan sepanjang mentadbir negeri-negeri tersebut. Kita bukan hanya bercakap semata-mata sebaliknya melaksanakan setiap apa yang dijanjikan kepada rakyat.

Sebagai contoh katanya, sewaktu PAS memerintah negeri Terengganu pada tahun 1999, Kerajaan Negeri Terengganu telah menghapuskan cukai pintu rumah kediaman yang bertujuan untuk meringankan beban rakyat. Selain itu, rakyat negeri Terenggnu yang miskin dan tidak mempunyai rumah, Kerajaan telah memberikan mereka tanah untuk mereka dirikan rumah kediaman.

Kerajaan Negeri Terengganu juga pernah bercadang untuk membina lebuhraya yang mana tol yang dikenakan kepada rakyat akan menurun setiap beberapa tahun sehinggalah tol tersebut dihapuskan, bukan sebagaimana sekarang rakyat dibebani dengan kenaikan tol setiap beberapa tahun.

Namun, katanya, belum sempat projek tersebut dilaksanakan, Kerajaan PAS Terengganu telah ditumbangkan dengan cara tipu oleh Umno dengan menggunakan pengundi luar yang diimport untuk mengundi di Negeri Terengganu.

Sekarang Umno sedang menggunakan taktik yang sama bagi merampas Kerajaan Negeri Selangor pada PRU akan datang. Justeru itu, seluruh rakyat diminta berhati-hati dan jangan tersilap langkah kerana Umno dan Bn  memang sangat mengidam untuk merampas kembali Negeri Selangor daripada PR.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah sempena dengan perasmian penutup Karnival Selangorku2011 yang diadakan selama enam hari di Padang Astaka Tanjong Karang. Turut berceramah ialah ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail yang juga Setiausaha Agung PKR.